Você está na página 1de 9

PERAHU SEBATANG DI SELANGOR : SUMBANGAN PERAHU

SEBATANG/ PERAHU JALUR DALAM INDUSTRI PERTANIAN DI SABAK


BERNAM.
oleh
HASLINDA BINTI ISMAIL
Perahu sebatang/batang atau dikenali sebagai perahu jalur di Selangor
dipercayai antara kenderaan di air yang terawal dibina oleh manusia untuk tujuan
pengangkutan. Apabila pengetahuan mengenai penggunaan alatan batu atau benda
tajam telah berkembang di dalam masyarakat dahulu kala, mereka mula membuat
kenderaan pengangkutan di air dengan menggunakan sebatang kayu yang dikeruk
atau ditebuk.
Perahu seperti ini diperbuat daripada sebatang kayu keras yang dibelah dua
dan dipotong mengikut bentuk sebuah perahu. Permukaan pada bahagian tengahnya
ditebuk hingga menghasilkan suatu ruang yang luas dari bahagian haluan hingga ke
bahagian butiran. Ruang yang dihasilkan boleh memuatkan sehingga empat atau lima
orang. Ia digunakan oleh penduduk kampung pesisir sungai sebagai alat
pengangkutan untuk membawa penumpang dan membawa barang keperluan harian.
Terdapat pelbagai jenis perahu sebatang tetapi yang biasanya ia diperbuat
daripada batang pokok yang ditarah dan diukir menjadi bentuk perahu. Selain
daripada kayu, terdapat juga perahu jalur yang diperbuat daripada kulit kayu.
Manakala di Negeri Utara Semenanjung Malaysia seperti Negeri Kedah mengenali
perahu jalur sebagai perahu sagur. (Perahu sagur bermaksud pembuatan perahu yang
ditarah daripada sebatang pokok. Ia melibatkan penggorekkan pada bahagian tengah
pokok untuk mendapatkan bentuk. Justeru, saiz perahu yang terhasil bergantung
kepada panjang dan lebar saiz pokok berkenaan. Untuk mendapat kestabilan perahu
berkenaan, ia diletakkan berhampiran dengan api pada bahagian kiri dan kanan,
sementara bahagian tengah yang telah siap akan dipenuhi dengan air. Kerja penarahan
diteruskan sehingga mendapat aras air yang sama di dalam perahu berkenaan. Tujuan
penggunaan api adalah untuk memudahkan penarahan dilakukan. Sehubungan itu,
perahu sagur tidak melibatkan sebarang penyambungan antara satu sama lain pada
bahagian perahu).

Negeri Pantai Timur Semenjung Malaysia seperti Terengganu pula perahu


yang ditarah dari sebatang kayu juga dikenali dengan nama perahu lading. De Eredia
(Rujukan daripada Norisah Baharum (Ketua ed.), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994 hlm 1167: Mohd Yusof Abdullah, Perahu
Besar Lambang Kegemilangan Tamadun Maritim Terengganu, Perahu Sagur di
Daerah Baling, Kedah : Data berteraskan kepada Jumpaan Tidak Sengaja dan Gali
Cari Arkeologi, hlm 66, Journal Arkeologi Malaysia 2008 : Mohd Supian Sabtu),
turut menyebut penggunaan perahu ini di Melaka dikenali dengan nama balloes dan
nambangues, mempunyai pendayung dan digunakan untuk tujuan penangkapa ikan
dan pengangkutan sungai. Jelas ia digunakan semasa dan selepas abad ke-16 M.

***Gambar Perahu Jalur/Perahu Sebatang Di Sabak Bernam Suatu Ketika Dahulu.

Kajian awal di daerah Sabak Bernam dan Sungai Besar, Selangor di


dilaksanakan berdasar kepada keadaan fizikal dan lokasi daerah-daerah ini dahulu
terkenal dengan pengangkutan air yang menggunakan Sungai Bernam pada satu
ketika dahulu. Kedudukan Sabak Bernam adalah sejauh 135 km dari Shah Alam, Ibu
negeri Selangor dengan tempoh perjalanan menaiki kenderaan selama 2 jam 30 minit.
Kajian awal dijalankan mengalami kesukaran kerana di daerah ini industri
perikanan di Selangor telah lama mengalami arus kemodenan dan telah mula
menggunakan perahu atau sampan yang lebih moden dengan pembuatan fiber-glass.
Warga tua atau orang-orang lama di sini telah menjadi sumber maklumat penting
berkenaan perahu sebatang suatu ketika dahulu.
Menurut Khazin Mohd Tamrin(1978:78 journalarticle.ukm.my/4654/2/Khazin
Mohd. Tamrin 7-8.), perancangan kerajaan British telah menyumbang kepada
penghijrahan orang Jawa ke Daerah Kuala Selangor. Penghijrahan ke kawasan seperti
Tanjung Karang dan Sabak Bernam adalah disebabkan oleh aktiviti pertanian seperti
padi dan kelapa yang mereka usahakan. Penghijrahan yang berlaku sekitar tahun
1930an ini bukan sahaja melibatkan orang jawa yang datang dari Pulau Jawa, tetapi
juga mereka yang telah menetap di kawasan berhampiran, umpamanya dari Hilir
Perak. Walaubagaimanpun, sebelum adanya penghijrahan besar-besaran ini,
sebilangan kecil orang jawa telah pun ada di Sabak Bernam. Generasi pertama orang
Jawa di Sabak Bernam ini menyara hidup sebagai pekebun kecil dan dipercayai mula
berada dikawasan tersebut 20 tahun lebih awal, iaitu sekitar 1910.
Hasil maklumat yang diperolehi dari penduduk kampung lama bernama Encik
Shokif b. Harun yang tinggal di Kampung Sungai Tiang, Bagan Datoh, masyarakat
sekitar Sabak Bernam dan sempadan Perak adalah saling berkait dan sangat rapat
dengan hubungan kekeluargaan. Justeru itu di daerah-daerah sempadan di Perak
seperti Hutan Melintang, Bagan Dato dan Selekoh mengenali perahu sebatang
dengan nama perahu batang.
Perahu sebatang yang dijumpai

di sebatang tali air di kampung yang

bersempadanan antara Sabak Bernam dan Hutan Melintang menggunakan perahu


sebatang untuk membawa hasil pertanian seperti buah kelapa, pisang, ubi kayu,

keledek dan hasil tanaman pertanian yang lain. Berlainan dengan penggunaannya
dengan perahu jalur di Kuala Langat dan di tempat-tempat lain Ia lebih popular untuk
kegunaan industri pertanian sebagai salah satu kenderaan pengangkutan membawa
hasil petani dan pesawah.
Laluan tali air dan sungai digunakan kerana lebih pantas dan cepat berbanding
daratan kerana sistem jalanraya yang masih tidak sempurna pada awal-awal tahun
1930 an hingga 1980 an. Kedudukan tali air yang berada di depan laman rumah
penduduk kampung memudahkan orang kampung memudik untuk ke kebun dan ke
baruh bagi menjemur dan menjual kelapa dan hasil tanaman kepada tauke-tauke Cina
yang sedia menanti. Komoditi utama adalah membawa muatan kelapa yang boleh
memuatkan sehingga 1000 hingga 1500 biji kelapa dalam satu perjalanan. Anggaran
panjang perahu batang yang dijumpai ini adalah lebih kurang 980 cm dan lebar 80
cm.
***Cara Pengangkutan Perahu Sebatang Di Kawasan Tali Air Kampung.

Penggunaan Perahu Jalur/Perahu sebatang di daerah ini lebih menyumbang di


dalam sektor pertanian. Pengendalian perahu ini semasa pengangkutan komoditi
pertanian memerlukan tenaga kepakaran 2 orang lelaki dewasa untuk mengawal dan
memudik perahu tersebut dari darat ke baruh (dari kawasan lebih tinggi hingga ke
kawasan atau tanah yang lebih rendah letaknya seperti berdekatan pantai).
Uniknya disini, di tempat lain seperti Johor, Pahang dan Kedah perahu
jalur/perahu sebatangnya menggunakan pendayung yang agak sama dengan perahu
nelayan tradisi yang lain. Bagaimanapun perahu jalur/perahu sebatang di daerah ini
menggunakan batang galah yang panjang atau kayu panjang untuk memudahkan
pergerakan semasa memudik ke baruh. Dua batang galah atau kayu panjang
diperlukan dengan anggaran panjang galah atau batang kayu dari enam kaki hingga 9
kaki panjang mengikut kepanjangan galah buluh yang di perolehi.
Kawalan terhadap kelajuan perahu akan di ketuai oleh seorang sahaja yang
akan berada di dalam perahu manakala seorang pembantu pula akan berada di daratan
bagi memastikan perahu terus berada di dalam laluan dan tidak melanggar manamana tebing tali air. Kedua-dua pendayung memerlukan kekuatan fizilkal dan mental
untuk bertindak pantas bagi mengawal perahu

yang penuh sarat dengan hasil

pertanian agar tidak terbalik atau kemalangan melanggar mana-mana tebing dan
perahu-perahu yang lain.
***Ilustrasi Cara-Cara Perahu Jalur/Perahu Sebatang Ini Dikendalikan Untuk
Membawa Komoditi Pertanian Boleh Dilihat Pada Ilustrasi Seperti Dibawah.

Melihat dari perspektif persekitaran kawasan di kampung-kampung di daerah


ini yang mempunyai saliran tali air di hadapan laman rumah memberi makna
pengangkutan air ini begitu popular digunakan suatu ketika dahulu. Malahan
Kampung Sungai Air Tawar dahulu sangat terkenal sebagai tempat atau bengkel
terbesar pembuatan dan penghasilan perahu jalur dari tahun awal 1930 an hingga awal
1980 an. Tukang yang terkenal pada masa tersebut merupakan datuk kepada Encik
Abdullah b. Kassim (respondan) yang dikenali sebagai Husin.
Kawasan bengkel pembuatan perahu jalur ini terletak di satu kawasan yang
dikenali sebagai Ban Kanal, Sungai Air Tawar, Sungai Besar. Di dalam kawasan
tersebut terdapatnya pokok-pokok yang mudah diperolehi untuk menghasilkan perahu
batang ini. Antaranya adalah kayu Meranti Merah, Merbau, Bekam, Balau, Chengal,
Resak dan Kempas. Walaubagaimanapun kemahiran dan perniagaan pembuatan
perahu batang ini tidak diwarisi oleh Encik Abdullah b. Kassim kerana beliau telah
berpindah ke Hutan Melintang semasa usia seawal 20 an untuk meneroka dan
membuka tanah untuk tujuan berkebun dan berladang. (Hulunya dari Bukit Tagar dan
dari aliran anak sungai turun dari Pahang ke Sungai Tengi. Ia hanya jadi payau kalau
kunci air ke/dari laut dibuka. Alirannya terus ke Sg Panjang dan mengairi sawah
hampir keseluruhan Sungai Besar/ Sabak Bernam).
***Peta Kawasan Daerah Sabak Bernam

Adalah

dipercayai

penggunaan

perahu

sebatang mengalamai

zaman

penghujung pada lewat tahun 1980-an. Pada masa tersebut kerajaan sudah mula
menjalankan projek pembangunan untuk rakyat dengan membina dan menaik taraf
jalan-jalan kampung. Selain dari itu, Industri kelapa telah mula digantikan dengan
tanaman kelapa sawit dan banyak jentera-jentera penggangkut hasil tanaman
diperkenalkan.
Selain penggunaan perahu ini sebagai kenderaan pengangkutan membawa
komoditi pertanian seperti kelapa, ubi-ubian, pisang dan hasil tananam, perahu
sebatang juga digunakan di sawah padi untuk membawa benih anak padi semasa
musim menyemai benih padi. Bagaimanapun saiz dan panjang perahu sebatang yang
digunakan tidak sebesar seperti yang digunakan di sungai dan tali air.
Saiz perahu yang digunakan lebih kecil dan pendek sesuai digunakan di dalam
petak sawah membawa anak benih padi. Perahu sebatang tersebut mudah ditarik dan
hanya di tambat di pinggang pesawah mengikut perjalanan semaian yang dilakukan
oleh pesawah. Benih anak padi diletakkan di dalam perahu dalam jumlah yang banyak
untuk memudahkan ia diangkut dari satu petak ke petak yang lain. Mengikut
penerangan orang lama atau anak kampung asal yang lahir dan membesar di Sabak
Bernam, Encik Mohd Komari Bin Mozio perahu sebatang yang digunakan tidaklah
sebesar dan sepanjang perahu sebatang di tali air. Seingat beliau panjang perahu
tersebut hanya lebih kurang sedepa tangan orang dewasa atau lebih pendek lagi.
Mengikut kiraan kaki persegi, saiz perahu adalah tidak lebih antara 5 x 2 kaki persegi
untuk mudah ia ditarik dan dibawa diangkut ke mana sahaja.
***Ilustrasi cara-cara perahu jalur/perahu sebatang ini dikendalikan oleh pesawah
untuk membawa anak pokok padi untuk disemai.

Berdasarkan kepada jumpaan perahu sebatang/jalur di daerah-daerah di


Selangor dan maklumat yang baru diperolehi menunjukkan negeri Selangor
menggunakan pengangkutan air di sungai-sungai sama seperti yang terdapat di Johor,
Kedah, Terengganu, Pahang dan Melaka. Jika di Johor kawasan-kawasan di Kota
Tinggi, Muar dan Pontian penggunaan perahu jalur atau dikenali juga sebagai perahu
kolek lebih kepada pengangkutan perdagangan, mengail dan perahu penambang
kepada masyarakat di sana. Di kawasan tersebut juga popular dengan perahu jalur
atau perahu kolek yang diperbuat daripada kulit kayu meranti merah dan kayu resak
yang dijahit dengan rotan bagi mengukuhkan struktur rangkanya.
Manakala di Pahang pula, perahu jalurnya lebih kecil saiznya bayak
digunakan di sungai atau jeram-jeram di pedalaman Pahang. Banyak digunakan oleh
Orang-orang asli dan kawasan-kawasan sekitar tasik Chini dan Tasik Kenyir. Fungsi
sebagai kegunaan sendiri untuk tujuan membeli keperluan harian dan memancing.
Perahu sebatang yang juga yang lebih dikenali sebagai perahu sagur di
daerah Baling, Kedah memberikan makna yang besar dalam konteks budaya
masyarakat disana. Menurut keterangan Supian Sabtu :
jumpaan perahu sagur yang pernah ditemui di Daerah Baling, Kedah, amat jelas
menunjukkan satu keistimewaan dari segi bentuk. Ia menunjukkan kegunaan yang
erat dengan lingkungan geografis, dimana sungai merupakan saranan utama untuk
tujuan perhubungan sama ada sebagai pengangkutan atau perdagangan
(Rujukan hlm 78, Perahu Sagur di Daerah Baling, Kedah : Data berteraskan kepada
Jumpaan Tidak Sengaja dan Gali Cari Arkeologi, Jurnal Arkeologi Malaysia, 21,
2008.)
Pengamatan terhadap perahu jalur ini dapat dilihat juga dari segi saiz dan
teknologi pembuatannya. Selain ditarah dari sebatang pokok, ia juga dapat ditinjau
dari aspek penggunaan sumber alam sebagai penyokong. Adalah disebabkan fizikal
dan bentuknya yang amat kecil dengan ketinggian yang amat rendah, hanya
membataskan penggunaannya di tali air dan sungai-sungai kecil di kampungkampung pedalaman.

Bibliografi

1. Mohd Supian Sabtu, , Perahu Sagur di Daerah Baling, Kedah : Data


berteraskan kepada Jumpaan Tidak Sengaja dan Gali Cari Arkeologi,
Jurnal Arkeologi Malaysia, 21, 2008.
2. Mohd Yusof Abdullah, Perahu Besar Lambang Kegemilangan Tamadun
Maritim

Terengganu,

Seminar

Warisan

Negeri

Teregganu

2007,

Terengganu : Universiti Darul Iman Malaysia, 2007.


3. Khazin Mohd Tamrin(1978:78 journalarticle.ukm.my/4654/2/Khazin Mohd.
Tamrin 7-8.)
Rujukan
1.

Encik Abdullah b. Kassim, 11 September, 2008, Pekebun Kecil berasal dari


Sungai Air Tawar, Sungai Besar tetapi menetap di Hutan Melintang,
Perak.

2.

Encik Shokif b. Harun,

28 Ogos

2008,

Nelayan Tradisi Kampung

Sungai Tiang, Bagan Datoh, Perak.


3.

Encik Mohd Komari Bin Mozio, 26 Julai 2007 pernah bekerja kampung
sebagai Pekebun,

Pesawah dan juga pernah berkhidmat sebagai Pegawal

Keselamatan di

Muzium Daerah Sabak Bernam.

Você também pode gostar