Você está na página 1de 2

Ulasan Jurnal

Impak Media Baharu Terhadap Sistem Nilai Masyarakat Melayu Di Malaysia

1.

Pendahuluan
Jurnal bertajuk Impak Media Baharu Terhadap Sistem Nilai Masyarakat

Melayu di Malaysia adalah kajian yang dirintis oleh Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff dan
Muammar Ghaddaffi Hanafiah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini
diterbitkan dalam Jurnal Komunikasi Malaysia Journal of Communication Jilid 31(2)
tahun 2015. Kajian penyelidik berhubung kesan atau impak serta pengaruh proses
modernisasi dan perkembangan teknologi komunikasi dalam memberikan impak
positif dan negatif terhadap gaya hidup dan amalan budaya masyarakat setempat iaitu
di Kampung Serkam Pantai, Melaka. Matlamat

kajian ini untuk mengenalpasti

apakah impak atau pengaruh perkembangan media baharu terhadap nilai-nilai tradisi
yang masih menjadi amalan masyarakat Melayu. Lokasi kajian rintis adalah sebuah
kawasan perkampungan tradisional yang masih mengekalkan mengamalkan dan
mewarisi tradisi-tradisi Melayu dalam kehidupan mereka. Sumber
ekonominya masih bergantung kepada aktiviti ekonomi tradisional
seperti pertanian sawah padi dan menangkap ikan dan aktiviti
pesisir pantai. Jumlah responden dalam kajian ini tidak dinyatakan
dengan jelas.
Penyelidik menggunakan kajian rintis kualitatif dengan menggunakan
pendekatan etnografi melalui kaedah pengumpulan data kajian menggunakan
pemerhatian dan kaedah ikut serta selama 14 hari. Teknik emik dan etik diguna pakai
sebagai teknik dalam kajian bersifat etnografi yang dijalankan. Kaedah pengumpulan
hasil ajian melalui kaedah temubual juga digunakan dalam usaha mendapatkan

gambaran yang lebih jelas berhubung dapatan kajian disamping kajian perpustakaan
bagi menambah maklumat kajian.

Você também pode gostar