Você está na página 1de 3

Apa yang berlaku sekiranya kandungan bahan dibawah meningkat atau berkurang.

Terangkan dari segi aspek homeostasis.

a) Kalsium

Homeostasis kalsium dikawal oleh hormon kalsitonin yang dirembeskan


oleh kalenjar tiroid dan hormon paratiroid yang dirembeskan oleh kalenjar
paratiroid. Apabila paras ion kalsium dalam plasma darah meningkat, kalenjar
tiroid akan merembeskan hormon kalsitonin. Organ sasaran hormon ini ialah
tulang dan buah pinggang. Hormon ini akan menyebabkan tulang
meningkatkan ion kalsium dari plasma darah dan meningkatkan pemendakan
kalsium di tulang. Ia juga akan mengurangkan aktiviti osteoklast iaitu sejenis
sel yang mencerna matrik tulang yang mana akan menghasilkan ion kalsium
daripada mendakan kalsium dalam tulang. Hormon ini juga akan menghalang
tubul resapan semula didalam buah pinggang meresap semula ion kalsium
dan menyebabkan ia akan dibuang bersama air kencing. Namun apabila
paras ion kalsium dalam plasma darah rendah, hormon paratiroid akan
dirembeskan. Hormone ini akan meransang aktiviti osteoklast untuk
mencernakan matrik tulang dan membebaskan ion kalsium ke dalam plasma
darah. Ia juga akan meransang penyerapan semula ion kalsium di buah
pinggang dan pengurangkan kandungan ion kalsium dalam buah pinggang.
Keadaan peningkatan ion kalsium ini akan mengaktifkan vitamin D yang mana
akan membantu penyerapan ion kalsium di dalam usus kecil. Ini akan
meningkatkan semula paras ion kalsium dalam plasma ke tahap yang normal
dan stabil.
b) Oksigen

Kekurangan oksigen akan dikesan oleh oleh buah pinggang melalui darah
yang mengalir melaluinya. Apabila mengesan kekurangan oksigen, buah
pinggang akan menghasilkan hormon eritropoitin yang akan merangsang
sum-sum tulang meningkatkan penghasilan sel darah merah dan
mempercepatkan kematangannya. Ini bagi memaksimumkan pengangkutan
oksigen kerana seperti yang kita tahu, sel darah merah mengandungi
haemoglobin yang akan bergabung dengan oksigen membentuk
oksihemoglobin yang akan diangkut keseluruh badan. Apabila kadar oksigen
mula mencapai tahap yang sepatutnya, hormone ini tidak akan dihasilkan lagi
tidak ada lagi sel darah merah dihasilkan. Ini menyebabkan sel di dalam sum-
sum tulang mengalami proses memusnahkan diri sendiri iaitu juga dikenali
sebagai apoptosis. Jika berlebihan hormon ini, terlalu bnayak sel darah merah
dihasilkan dan ini akan menyebabkan kepekatan darah menjadi tinggi dan
darah menjadi susah untuk mengalir di dalam salur darah. Ia juga mungkin
akan menyebabkan salur darah senang untuk tersumbat.

c) Gula (glukosa)

Kadar gula dalam darah dikawal oleh insulin dan glucagon yang dirembeskan
oleh pankreas. Apabila terdapat peningkatan gula dalam darah, pankreas
akan dirangsang untuk merembeskan insulin. Insulin akanmenukarkan gula
yang berlebihan ini menjadi glikogen. Glikogen merupakan satu bentuk
simpanan gula yang akan disimpan di hati untuk digunakan pada saat
kekurangan gula dalam darah. Selain itu, glikogen juga akan disimpan oleh
sel otot dan membentuk lemak dalam bentuk lemak adipos. Apabila kadar
gula dalam darah menurun, pankreas akan diransang untuk menghasilkan
glucagon yang akan merangsang glikogen ini tadi dipecahkan menjadi
glukosa semula. Glukosa di hati dan lemak adipos akan dipecahkan semula
menjadi glukosa daripada glikogen oleh glukagon.
d) Air

Pengawalan air berlaku di buah pinggang dimana kadar penyerapan semula


air dikawal oleh hormone antiduratik (ADH) yang kurang dirembeskan oleh
kalenjar pituitari posterior . Apabila kadar air dalam badan tinggi, kalenjar
pituitari posterior akan merembeskan lebih sdikit ADH dan menyebabkan
ketelapan tubul penyerapan semula di duktus pengumpulan menjadi kurang
telap terhadap air. Ini menyebabkan penyerapan semula air menjadi rendah
dan berkurangan. Ini menyebabkan banyak air akan dibawa ke pundi kencing
dan dibuang sebagai air kencing. Jika terlalu sedikit air dalam badan, kalenjar
posterior pituitari akan merembeskan lebih banyak ADH yang mana akan
meningkatkan ketelapan duktus pengumpul terhadap air menyebabkan
banyak air dapat diserap semula. Apabila banyak air diserap semula, ini akan
meninggikan paras air dalam darah dan mengurangkan kandungan air dalam
air kencing menjadikan air kencing pekat.

e) Suhu Badan

Apabila hypothalamus mengesan peningkatan suhu dari paras normal, ia


akan menyebabkan salur darah untuk mengendur dan dekat kepada
permukaan kulit kerana haba yang berlebihan itu tadi akan dibawa berdekatan
dengan kulit untuk dibebaskan keluar melalui kulit. Pada masa yang sama
kalenjar peluh akan menghasilkan peluh untuk mekanisme penyejukan badan.
Apabila suhu badan terlalu rendah, salur darah akan mengecut dan kalenjar
peluh menjadi kurang aktif. salur darah akan mengecut dan menjauhi
permukaan kulit. Ini akan mengurangkan pengalian darah dan mengelakkan
haba terbebas keluar dari badan.

Você também pode gostar