Você está na página 1de 4

TUGAS KEM KOMANDAN

Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan selamat-

Memantau disiplin pelajar dan memastikan setiap AJK melaksanakan tugas dengan baik
1)Ketepatan masa
2)

Sentiasa membawa buku catatan (Sila catat dalam buku laporan jika berlaku sebarang perlanggaran
disiplin oleh pelajar atau ada masalah masalah yang timbul)-

Sentiasa berhubung dengan pengarah program / pengarah dan tahu tentang masa setiap aktivitiyang
akan dijalankan-

Menyelia sesi perhimpunan pagi


1) Menerima laporan daripada penghulu dan penghuluwati (catit dalam buku laporan)
2) Tanya samada ada pelajar yang sakit dsb (catit jika ada dengan lengkap dalam buku laporan)-

CTH BUKU LAPORAN

Taklimat kepada peserta


1) Sebelum melakukan aktiviti perkhemahan
2) Sebelum melakukan aktiviti bagi setiap program

TAKLIMAT PERKHEMAHAN 2016


Tarikh Perkhemahan : 6 8 April 2016
Masa Perkhemahan : Sepenuh Masa
Tempat Perkhemahan :
PERATURAN SEMASA PERKHEMAHAN
Sebagai seorang perserta di dalam Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 201..,
. Peserta adalah termaktub di bawah
peraturan-peraturan seperti di bawah:
1. Peserta hendaklah sentiasa mematuhi jadual perkhemahan yang telah disediakan
oleh pihak penganjur
2. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan perkhemahan semasa program
diadakan tanpa keizinan dari pihak penganjur.
3. Peserta hendaklah mematuhi kod etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh
pihak penganjur. Baju tidak berkolar, seluar pendek, baju yang menampakkan
susuk tubuh bagi peserta perempuan adalah dilarang sama sekali.
4. Peserta tidak dibenarkan membawa segala peralatan yang dilarang ke dalam
kawasan perkhemahan.
5. Peserta tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman daripada kawasan luar
pekhemahan. Makanan akan disediakan oleh pihak penganjur.
6. Kesemua peralatan perkhemahan hendaklah dibawa sendiri oleh pelajar. Sila
Berurusan dengan guru penasihat unit beruniform masing-masing.
7. Barang-barang perhiasan (gelang, rantai, etc) dan telefon bimbit tidak dibenarkan
untuk dibawah ke kawasan perkhemahan. Jika ada barangan berharga yang
dibawa sila serahkan kepada pihak penganjur. Ini bagi mengelakkan sebarang kes
kecurian.
8. Pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan yang telah ditentukan oleh
pihak penganjur dan juga pihak perhutanan Negeri Sembilan
9. Pelajar dibenarkan mandi sungai apabila terdapat pengawasan dan keizinan
daripada

pihak

penganjur.

Keselamatan

pelajar

adalah

keutamaan

pihak

penganjur.
10.Keselamatan pelajar adalah tanggunjawab pelajar sendiri jika pelajar mengingkari
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Saya,__________________________________________________, peserta Perkhemahan Perdana
Unit Beruniform 2016, telah membaca, memahami dan diberi taklimat tentang peraturan
perkhemahan pada _________________ pukul ______________ bertempat di
_______________________________.

Jika saya didapati melanggar mana-mana peraturan

di atas, maka saya adalah bertanggungjawab ke atas segala tindakan saya.

Yang Benar,

Saksi,

__________________________________

__________________________________

PERATURAN KESELAMATAN KETIKA MENGIKUTI PROGRAM SEKOLAH


KETIKA DI DALAM PERJALANAN DAN MENGHADIRI AKTIVITI
Pelajar MESTILAH
1. Bersama dengan rakan pada setiap masa. Pelajar tidak dibenarkan bergerak berseorangan.
2. Sentiasa berada di tempat yang di tetapkan. Meminta kebenaran guru yang bertugas jika
mahu pergi ke tempat yang tidak di tetapkan.
3. Menepati masa dan melapurkan diri pada waktu yang ditetapkan.

KETIKA DI BASE CAMP 1 DAN SEMASA MENGIKUTI AKTIVITI


Pelajar TIDAK dibenarkan
1. Berada di tapak Perkhemahan jantina lain.
2. Membuang sampah merata rata.
3. Menukar khemah tanpa kebenaran.
4. Memetik atau merosakkan tumbuh tumbuhan disekeliling.
5. Membawa masuk rokok, minuman keras, gambar-gambar lucah, bacaan yang diharamkan
atau audio visual yang diharamkan.
6. Memiliki atau menggunakan bahan-bahan kimia atau ubat- ubatan yangmembahayakan.
Jika pelajar membawa sebarang ubat, haruslah di lapurkan kepada guru keselamatan.
7. Melakukan perbuatan yang membahayakan diri seperti memanjat pokok/batu atau
mengeluarkan kepala keluar dari bas dll.
8. Melakukan apa-apa jenis perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman dan
keharmonian pelajar yang mengikuti program ini
9. Berkhalwat termasuk berdua-duaan di kawasan tapak perkhemahan.
10.Bermain judi/permainan yang ada unsur pertaruhan
11.Merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain
12.Memberi makanan kepada binatang-binatang
13.Berkeliaran di luar kawasan khemah masing-masing selepas jam 10.00 malam
14.Memancing, berburu dan menagkap binatang tanpa kebenaran
15.Membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan
16.Keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi
17.Berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur
PERATURAN TAMBAHAN
1. Kekemasan dan Kebersihan Khemah
Setiap penghuni bertanggungjawab terhadap kebersihan khemah masing-masing pada
setiap masa.
2. Peraturan Berpakaian
Semua pelajar diingatkan supaya mematuhi cara berpakaian yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Peendidikan Malaysia.
3. Peraturan Rohani
Semua pelajar di wajibkan mengerjakan solat pada waktu yang ditetapkan oleh kem
komandan.

4. Peraturan lain-lain
Semua pelajar diingatkan supaya menjaga diri, peralatan dan harta persendirian pada
setiap masa.Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah dibawah penyeliaan dan
pengawasan pihak bertanggungjawab .Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di
bawah penyeliaan/pengawasan dan mendapat kebenaran dari pihak penganjur

Você também pode gostar