Você está na página 1de 23

CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

(Zainal Rashid Ahmad)

1. CerpenCinta Ahmad Mutawakkil( Zainal


Rasyid Ahmad) telah menggunakan
pendekatan sorot balik (imbas kembali
)tentang kisah perjuangan Ahmad
Mutawakkil dalam menzahirkan
cintanya terhadap bangsa dan negara.
Ahmad Mutawakkil yang parah
ditembak telah memeranjatkan penduduk
kampung yang ketika itu sedang berdoa
seusai solat maghrib .

Setelah menjelaskan keadaan Ahmad


Mutawakkil yang parah, terkulai
lalu pengsan, penulis mula mengimbas
kembali kisah perjuangan anak muda
tersebut bermula daripada perubahan
sosioekonomi penduduk kampung
kesan kehadiran Tuan Booth sekeluarga.

Kehadiran mereka bukan sahaja berjaya


meningkatkan ekonomi penduduk
kampung, malahan Ahmad Mutawakkil
membesar sebagai pemuda berilmu
hasil bantuan anak Tuan Booth, Sandra.

Dia bukan sahaja menjadi penyebar


maklumat tentang hal ehwal semasa
kepada masyarakat di kampungnya,
malahan turut bekerja membaca dan
menjawab surat-surat rahsia daripada
Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun.

2. Cerpen ini diteruskan lagi dengan


Ahmad Mutawakkil menyampaikan
khabar kepada penduduk kampung
tentang pengeboman Hiroshima dan
Nagasaki yang membawa kelegaan
dan rasa syukur mereka.

Ahmad Mutawakkil kemudiaannya


digambarkan sebagai pemuda yang berjiwa
pemimpin apabila dia dapat
mempengaruhi penduduk kampung
dengan pidatonya yang
membangkitkan semangat patriotisme
dalam jiwa mereka.

Dalam masa yang sama Ahmad Mutawakkil


berjaya mengajak penduduk kampung
untuk menjalinkan silaturahim
dengan Tuan Booth sekeluarga yang tidak
pernah memusuhi masyarakat di situ.
Cerpen ini juga dikembangkan dengan
kisah hubungan antara Ahmad Mutawakkil
dengan Sandra yang sering menjadi tanda
tanya kepada penduduk di situ.

3. Plot dirumitkan lagi dengan situasi 16


Jun 1948 di Perak apabila darurat
diisytiharkan kerana Parti Komunis
Malaya mula menggila .

Ahmad Mutawakkil tetap mengajak


masyarakat kampungnya berjuang tanpa
menghiraukan keselamatan dirinya
walaupun pihak komunis telah memberi
amaran kepadanya melalui Tuan
Booth agar tidak menghasut orang
kampung membenci komunis.

Kemuncaknya, Ahmad Mutawakkil berjaya


meniupkan semangat perjuangan yang
begitu mendalam dalam jiwa penduduk
kampung melalui pidato citra merdeka dan
kritikan terhadap bangsa Melayu yang
sanggup diperalat Parti Komunis Malaya.

Setelah ditemui oleh seorang budak lelaki


yang tidak dikenali seusai majlis ceramah
tersebut, Ahmad Mutawakkil pergi dan
tidak pulang-pulang sehingga dia datang
pada malam esoknya di surau kampung
dalam keadaan berlumuran darah.

Ahmad Mutawakkil terbunuh namun


semangat perjuangannya terus membara
dalam masyarakat kampung sama seperti
mereka rindu akan kata-kata semangat
anak muda itu Tanah Melayu pasti
merdeka!.

Tuan Booth sekeluarga pulang ke England


seminggu selepas Tanah Melayu merdeka
namun rasa cinta yang mendalam Sandra
terhadap Ahmad Mutawakkil telah
membawa dia pulang ke kampung tersebut
untuk meneruskan kehidupannya di situ.

Kehadiran Tuan Booth dan keluarga, serta lima


belas keluarga buruh estet keturunan India serba
sedikit merubah wajah kampung kami.
Jalan yang dulunya tanah merah batu lada, sudah
dikejapkan ; tak lagi becak kala musim
hujan, dan kurang berkeladak
pada musim kemarau.

Tuan Booth yang murah senyuman itu, lamakelamaan menjadi sebahagian panorama
kampung. Walaupun lelaki berkulit putih yang gemar
berseluar pendek dan bertopi bulat itu terkenal
kerana kemurahan senyumannya, kawasan kebun
getah, estet pekerja serta banglo kolonialnya
tetap asing kepada kami.

Cuma sejak kematian Wak Sadir, anaknya,


Ahmad Mutawakkil, yang sudah yatim piatu itu
sudah menjadi satu-satunya anak kampung yang
sentiasa keluar masuk ke perkarangan estet
Tuan Booth.
Eloklah... paling tidak, dia bekerja dengan
Orang Putih tu, belajar mencari makan sendiri .
Begitulah pandangan kami. Walaupun hasil getah
Tuan Booth setiap tahun nampaknya sangat
menjadi, kami tetap bertani secara tradisi.
Di kebun, berselerak pokok pisang yang
ditanam, berselang-seli dengan ubi kayu dan
keledek. Sawah pula, laksana lautan emas kala
musim menuai. Kami tetap orang kampung yang
dulu, yang hidup atas dua matlamat- rezeki dan
ibadat .

(i)Apakah bentuk perubahan yang berlaku


di kampung itu dengan kehadiranTuan
Booth dan pekerja estet keturunan
India?(2 m)

(ii)Pada pendapat anda, mengapakah


kawasan kebun getah , estet pekerja, dan
banglo Tuan Booth begitu asing kepada
penduduk kampung tersebut?(3 m)

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang


terdapat dalam petikan di atas dansatu
latar masyarakat lain dalam cerpen
tersebut yang tidak terdapatdalam
petikan. (4 m)

Selain citra merdeka, dalam ceramah


pada malam itu, dengan nada penuh kesal ,
Ahmad Mutawakkil turut mengkritik orang
Melayu yang sanggup diperalat Parti
Komunis Malaya. Walaupun, siang tadi Penghulu
Ibrahim Sigap berulang kali menasihatinya agar
tidak menyentuh perihal komunis, Ahmad
Mutawakkil tetap Iantang membidas
.
Mereka bukan pejuang, tapi orang yang
sanggup menjual agama dan bangsa kepada
komunis.
Apa-apa pun, kami Iega . Tiada
sebarang gangguan komunis dan keadaan di
sekitar surau tenang, aman.

Sekalipun majlis ceramah sudah usai ,


kami orang lelaki, masih bersantai di
surau. Kira-kira pukul 11:00 malam, seorang
budak IeIaki mendekati Ahmad Mutawakkil yang
sedang berbuaI-bual dengan Imam Ngah
Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap.
Budak IeIaki itu membisikkan sesuatu.
Kemudian, kami nampak Ahmad Mutawakkil
tersenyum, bangun IaIu bersalaman , tanda
minta diri .
Kami masih duduk bergebang di
beranda surau sambiI menghirup sakibaki kopi ketika Ahmad Mutawakkil menyusur
tangga IaIu menghilang diteIan kegelapan
malam.

(i) Apakah kandungan ceramah yang


disampaikan oleh Ahmad Mutawakkil
berdasarkan petikan di atas?
[2
markah]
Jawapan
-berkaitan citra merdeka
- Berkaitan orang Melayu yang
sanggup diperalat oleh komunis/Parti
Komunis Malaya

(ii) Pada pendapat anda, wajarkah Ahmad


Mutawakkil membidas perihal gerakan Parti
Komunis Malaya di Taa Melayu pada waktu itu?
Berikan tiga alasan anda.
[3 markah]
Jawapan: Wajar, kerana
-Parti Komunis Malaya hanya memperalat
masyarakat untuk kepentingan parti mereka
sahaja.
- Perjuangan Parti Komunis Malaya tidak
bertunjangkan agama dan nasionalisme
tanah air
- Perjuangan Parti Komunis Malaya terlalu
ekstrem hingga menzalimi rakyat.

(iii) Huraikan satu persoalan yang


terkandung dalam petikan di atas dan satu
persoalan Iain daripada cerpen tersebut
yang tldak terdapat dalam petlkan.
[4markah]
Jawapan: Dalam petikan: semangat
patriotisme.

Você também pode gostar