Você está na página 1de 15

{M/S 1}

1.0

GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PENGENALAN

Malaysia mengamalkan

sistem Demokrasi

Berparlimen dibawah

pentadbiran raja

perlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang
dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun
sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Sistem ini adalah
berdasarkan sistem Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British.
Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri.
Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota
Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan
majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih
daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Sistem legaliti Malaysia berasaskan
undang-undang British. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada undang-undang dan
konstitusi telah diambil dari undang-undang India. Mahkamah Persekutuan mengkaji
kembali keputusan yang rujuk daripada Mahkamah Rayuan ia mempunyai jurisdiksi asal
dalam hal-hal konstitusi dan dalam perselisihan di antara negeri-negeri atau di antara
kerajaan persekutuan dan sesuatu negeri. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
setiap satunya mempunyai mahkamah tinggi. Kerajaan Persekutuan mempunyai autoriti
terhadap hal-hal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, keadilan (kecuali
kes-kes undang-undang sivil di kalangan orang Melayu dan orang-orang Muslims yang
lain dan juga orang-orang asli, yang diletakkan di bawah undang-undang Islam dan
tradisi), warganegara persekutuan, kewangan, perdagangan, industri, komunikasi,
pengangkutan, dan hal-hal lain

NO.MATRIK 192860
AM EMYHISSYAMSURY BIN MOHTAR

{M/S 2}

2.0

GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PERANAN YANG DI-PERTUAN AGONG SEBAGAI KETUA NEGARA

DAN KETUA NEGERI DALAM MEMBINA MALAYSIA DEMOKRATIK

Malaysia secara langsungnya mengamalkan Sistem Kerajaan Raja Berperlembagaan


dalam Demokrasi Berparlimen. Ianya terbahagi kepada dua peringkat iaitu Peringkat
Persekutuan dan Peringkat Negeri. Jawatan Yang di-Pertuan Agong bukanlah satu
jawatan yang diwarisi turun temurun dan Yang di-Pertua Agong adalah sebagai ketua
seperti berikut:Peringkat Persekutuan

Pada peringkat Persekutuan, Ketua Negara ialah Seri Paduka


Baginda Yang di-Pertuan Agong,

Ketua Kerajaan:Perdana Menteri

Peringkat Negeri

Dikenali sebagai Sultan, Raja atau Yang diPertuan Besar juga Yang Dipertua Negeri

Menteri Besar @ Ketua Menteri

NO.MATRIK 192860
AM EMYHISSYAMSURY BIN MOHTAR

{M/S 3}

GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

3.0 TERDAPATNYA INSTITUSI MAJLIS RAJA-RAJA

Dalam Perlembagaan Persekutuan urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan


Agong adalah terletak pada Majlis Raja-Raja. Dalam sistem kerajaan Persekutuan yang
terdapat ramai Raja, sebuah Majlis yang dinamakan Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan
mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang
Dipertua-Yang Dipertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang
tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi
nasihat daripada Majlis Raja-Raja.

4.0 SEBAGAI PENASIHAT KERAJAAN


Institusi pemerintahan beraja merupakan sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah
dan kerajaan. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari
perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara. Di
negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem
kerajaan Raja berperlembagaan, kuasa rakyat terletakhak pada Parlimen yang
kemudiannya meletakhakkan kuasa eksekutif kepada Jemaah Menteri. Walau
bagaimanapun, setiap tindakan pihak berkuasa dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan
Agong yang bertindak atas nasihat kerajaan.
5.0 BADAN KEHAKIMAN SEBAGAI TERAS PERUNDANGAN MALAYSIA
Kehakiman kadang-kala juga dipanggil judisiari. Ianya merupakan badan yang
bertanggungjawab mentafsir dan melaksanakan undang-undang. Badan ini juga dikenali
NO.MATRIK 192860
AM EMYHISSYAMSURY BIN MOHTAR

{M/S 4}

GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

sebagai sistem perundangan dan ahlinya terdiri dari para hakim dan majistret yang
biasanya dilantik oleh Ketua negara masing-masing. Mereka juga biasanya menjalankan
tugas di mahkamah dan bekerjasama dengan pihak berkuasa terutamanya polis dalam
menegakkan undang-undang.
Antara peranan badan kehakiman termasuklah:

Mentafsir undang-undang

Mengadili tindakan-tindakan sivil

Mengadili pendakwaan jenayah

Mendengar rayuan dari Mahkamah bawahan

Membuat dekri hal ehwal keluarga (perceraian, nafkah dll)

Pengurusan pusaka

Mengeluarkan waran tangkap

Badan kehakiman di Malaysia merupakan gambaran maruah dan imej di kalangan


pengamal undang-undang, rakyat biasa dan perspektif masyarakat antara bangsa terhadap
pemisahan antara kuasa eksekutif dengan kuasa kehakiman di Malaysia.
Tiga perdana menteri pertama iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun
Hussein Onn merupakan lulusan undang-undang dan bertindak berasaskan undangundang sedia ada. Mereka turut mengaplikasikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
atau ISA dalam melestarikan pentadbiran negara.

6.0

BADAN PERUNDANGAN SEBAGAI PENGAWAL UNDANG-UNDANG


NO.MATRIK 192860
AM EMYHISSYAMSURY BIN MOHTAR

{M/S 5}

GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undangundang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen meluluskan undangundang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada,
memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasilhasil cukai yang baru.
Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai
perkara-perkara nasional. Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya
dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan
beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil "Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" di
dalam Dewan. Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua Dewan secara keseluruhannya,
dan untuk ahli-ahli Parlimen secara individu.
7.0

DEMOKRASI BERPARLIMEN

Dalam sistem berparlimen, badan perundangan yang tertinggi kuasanya ialah parlimen.
Negara-negara yang mengamalkan sistem ini ialah Britain, Jepun, Malaysia, dan India.
Di Malaysia amnya, Parlimen ataupun (legislature) terdiri daripada ahli-ahli yang dipilih
didalam pilihanraya umum, yang selalunya diadakan sekurang-kurangnya lima tahun
sekali. Parlimen juga sebuah badan yang mewakili rakyat dan undang-undang negara.
Tugasnya ialah menggubal undang-undang dan dasar-dasar melalui kuasa yang diberi
kepadanya oleh undi rakyat.

Sistem demokrasi berparlimen terbahagi kepada dua, iaitu dua dewan. Pertama,
dewan yang yang dipilih oleh orang ramai melalui pilihanraya umum dan yang kedua,

NO.MATRIK 192860
AM EMYHISSYAMSURY BIN MOHTAR

{M/S 6}

GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

dewan yang ahli-ahlinya dilantik oleh ketua negara atau institusi-institusi tertentu yang
ditugaskan oleh perlembagaan untuk berbuat sedemikian. Britain, India dan Malaysia
adalah contoh negara yang mempunyai sistem seperti ini. Singapura, Denmark dan
Sweden mempunyai hanya satu dewan yang ahli-ahlinya dipilih secara langsung oleh
pengundi.
Parti atau gabungan parti-parti yang mempunyai majoriti kerusi dalam parlimen akan
membentuk kerajaan. Kerajaan ini yang akan mengemukakan dasar-dasar dan rang
undang-undang untuk perbahasan dan dan keputusan. Ahli-ahli parlimen biasa, termasuk
pembangkakng, boleh juga membentangkan rang undang-undang tetapi lazimnya ini
dilakukan oleh parti yang memerintah. Rang undang-undang ini diteliti oleh parlimen.
Setiap rang undang-undang melalui tiga tahap iaitu:1. bacaan pertama, di mana rang undang-undang tersebut diedarkan kepada ahli-ahli
parlimen.
2. bacaan kedua, di mana perbahasan umum diadakan.
3. bacaan ketiga, di mana rang undang-undang itu dikaji fasal demi fasal. Selepas
diluluskan oleh dewan rakyat, rang undang-undang tersebut akan dikemukakan di
dewan kedua pula, (dipanggil senat, dewan negara dan sebagainya) iaitu bagi
parlimen yang mempunyai dua dewan.
Di senat perbincangan juga diadakan di tiga peringkat bacaan. Selepas diluluskan oleh
senat rang undang-undang itu dikemukakan kepada ketua negara-raja atau presiden untuk
ditandatangani. Selepas ditandatangani dan digazetkan ia dianggap sebagai rang undangundang.

NO.MATRIK 192860
AM EMYHISSYAMSURY BIN MOHTAR

{M/S 7}

GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Oleh kerana kabinet yang mengemukakan rang undang-undang dan dasar-dasar,


sama ada dalam bidang pendidikan, pertahanan atau pembangunan ekonomi, maka
kabinetlah yang sebenarnya merupakan penggubal undang-undang. Ahli-ahli kabinet
memainkan peranan utama dalam perdebatan dan perbincangan tentang sesuatau dasar
itu. Tetapi menteri-menteri kabinet bukan sahaja berperanan dalam proses perundangan,
mereka juga mengetuai kementerian-kementerian yang melaksanakan dasar-dasar yang
diluluskan oleh parlimen. Sebagai contoh, menteri pengangkutan bukan sahaja
bertanggungjawab menggubal dasar-dasar pengangkutan, beliau juga yang menyelia
dasar-dasar itu dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan (atau birokrasi). Menterimenteri dan birokrasi (pentadbiran) kedua-duanya bertanggungjawab melaksana. Badan
perlaksanaan ini dipanggil eksekutif dan pentadbiran awam.
Legislature (perundangan) dan ekskutif adalah dua cabang terpenting dalam
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Walaupun dua badan ini berbeza daripada
segi fungsi dan kedudukan undang-undang, daripada segi lain pula mereka mempunyai
hubungan sangat rapat. Menteri-menteri kabinet memainkan peranan utama dalam keduadua badan ini. Itulah sebabnya apa yang berlaku dalam sistem demokrasi berparlimen ini
selalu digelar sebagai satu fusion of power ataupun satu percantuman kuasa.
Justeru itu juga ada ahli teori yang mengatakan bahawa sistem demokrasi berparlimen
adalah bertentangan dengan semanagat konsep pengasingan kuasa dalam teori demokrasi
liberal.

Demokrasi berparlimen juga mempunyai institusi yang bertanggungjawab


memastikan bahawa undang-undang dijalankan dengan adil. Ini ialah badan kehakiman

NO.MATRIK 192860
AM EMYHISSYAMSURY BIN MOHTAR

{M/S 8}

GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

(judiciary). Satu perbezaan yang menarik tentang badan ini di antara demokrasi
berparlimen dan demokrasi berpresiden ialah kehakiman dalam sistem yang pertama itu
kurang kuasanya jika dibandingkan sistem berpresiden. Badan kehakiman di negaranegara demokrasi berpresiden seperti Amerika Syarikat lebih bebas dan berkuasa jika
dibandingkan di negara-negara demokrasi berpresiden seperti England, Jerman Barat dan
Kanada. Mengikut teori demokrasi, badan kehakiman adalah bebas daripada kawalan
politik. Hakim-hakim dilantik oleh ketua negara dan bukannya oleh kabinet walaupun
perlantikan oleh ketua negara itu adalah di atas nasihat perdana menteri, iaitu ketua parti
memerintah dan seorang ahli politik. Hakim-hakim tidak boleh disingkirkan oleh kabinet
atau parti yang memerintah. Jawatan hakim dibezakan daripada jawatan-jawatan kerajaan
yang lain. Gaji, kenaikan pangkat dan syarat-syarat perkhidmatan mereka adalah di
bawah jagaan satau Suruhanjaya Kehakiman yang tersendiri.

Kebebasan kehakiman adalah salah satu daripada kekuatan sistem demokrasi.


Kebebasan ini memastikan bahawa keadilan dapat dilaksanakan dengan berkecuali dan
hakim-hakim dapat menjalankan tugas mereka tanpa menyebelahi mana-mana pihak.
Hakim-hakim bebas untuk mentafsirkan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen
mengikut fahaman mereka tentang keadilan pelaksanaanya. Kebebasan kehakiman ini
merupakan ukuran terpenting dalam menentukan sifat demokratik sesuatu sistem politik
itu.

8.0

WUJUDNYA HIDUP BERHARMONI DAN PERPADUAN:-

NO.MATRIK 192860
AM EMYHISSYAMSURY BIN MOHTAR

{M/S 9}

GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perpaduan akan wujud apabila anggota masyarakat dapat disatupadukan menerusi


perkongsian identiti dan nilai serta perasaan kebangsaan. Rukun Negara merupakan satu
ideologi negara tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei
1969. Ideologi ini digubal semasa negara berada di bawah pimpinan MAGERAN dan
badan yang bertanggungjawab atas penggubalannya adalah Majlis Perundingan Negara
(MPN). Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara ini dicetuskan semasa
mesyuarat pertama MPN pada 27 Januari 1970. Bahkan DEB dirumuskan dengan
berpandukan prinsip dan kepercayaan yang termaktub di dalam Rukun Negara (Rahimah
A. Aziz, 1994 ).
Rukun Negara adalah hasil penyatuan pemikiran ahli-ahli cerdik pandai dan
pemimpin-pemimpin negara yang ingin melihat rakyat negara ini peka kepada keperluan
bagi mewujudkan negara bangsa yang bukan sahaja mempunyai identiti sendiri tetapi
juga pegangan yang sama. Tujuan asasnya ialah bagi membentuk sebuah bangsa
Malaysia yang bersatu padu, bersefahaman, bermoral, taat setia, melambangkan satu
identiti kebangsaan dan mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan (Rahimah
A. Aziz, 1994).
Rukun Negara bercita-cita melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik,
saintifik dan progresif serta bersatu padu dan bersikap terbuka terhadap pelbagai cara
hidup rakyat pelbagai keturunan, Cita-cita ini dipercayai akan tercapai apabila kelimalima objektif Rukun Negara diamalkan.

NO.MATRIK 192860
AM EMYHISSYAMSURY BIN MOHTAR

{M/S 10}

9.0

GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

WUJUDNYA GAGASAN 1 MALAYSIA:-

Konsep 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, telah diperkenalkan


oleh Dato Sri Najib Bin Tun Abdul Razak setelah beliau secara sah dilantik sebagai
Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pada 3 April yang lalu. Secara umumnya, Malaysia
yang berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum dalam satu naungan kuasa raja
berperlembagaan amat menitikberatkan semangat perpaduan dan patriotisme yang tinggi
dalam setiap diri masyarakatnya. Hal ini perlu dijaga dan sering diberi perhatian bagi
menjaga keamanan dan keselamatan negara. Oleh itu, konsep 1 Malaysia ini secara
sosiologinya bermaksud kewujudan satu bangsa yang besar yang digelar Bangsa
Malaysia dan menggantikan dasar perkauman yang hanya menjauhkan hubungan antara
kaum di negara ini. Bangsa-bangsa di negara ini harus membentuk satu budaya
penerimaan pelbagai aplikasi adat, budaya dan peraturan yang dipraktikkan sesebuah
kaum bagi meningkatkan kesefahaman dan menjayakan gagasan ini. Sikap hormatmenghormati dan mesra antara kaum amat penting bagi menzahirkan jati diri Bangsa
Malaysia. Oleh itu, pemupukan nilai murni ini bolah dilaksanakan di peringkat awal lagi
khususnya dalam membina kehidupan berjiran di kawasan perumahan agar gagasan 1
Malaysia dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat.

9.0.1 MASYARAKAT YANG SETARA ANTARA KAUM


Sistem demokrasi akan lebih berjaya jika masyarakat dapat disatukan walaupun
terdiri dari pelbagai latarbelakang agama, bangsa, warna kulit dan sebagainya. Sistem
demokrasi tidak akan dapat berjalan dengan lancar seandainya terdapat perselisihan
dalam masyarakat yang majmuk ini dan tentunya akan lahir golongan yang akan suka

NO.MATRIK 192860
AM EMYHISSYAMSURY BIN MOHTAR

{M/S 11}

GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

menimbulkan masalah dan berhasrat untuk meruntuhkan sistem demokrasi dalam negara.
Jesteru menjadi suatu kepentingan kepada sesebuah kerajaan untuk mencari jalan
penyelesaian seandainya terdapat perselisihan faham diantara golongan yang berbeza
demi menjayakan sistem demokrasi di sesebuah negara.

9.0.2 PERSATUAN POLITIK MEWAKILI KAUM


Jika terdapat perbezaan dari segi agama, bangsa dan nilai-nilai yang diterima
umum maka wujudlah faktor-faktor pemaksaan dan pemerasan. Persetujuan asas perlu
ada dalam setiap peraturan yang dikeluarkan oleh masyarakat dan kerajaan. Rakyat
berhak menentang kerajaan seandainya kerajaan telah menyeleweng dari dasar kepada
rakyat dan tidak dapat memenuhi tuntutan rakyat. Seandainya pemerintahan itu tidak
mempunyai tahap kecekapan yang diperlukan, maka rakyat berhak menolak kerajaan
tersebut dari tampuk pemerintahan negara dengan menggunakan saluran yang betul iaitu
pilihanraya yang akan diadakan pada masa yang akan datang. Dengan itu corak
pemerintahan kerajaan sentiasa menjadi berwibawa untuk melaksanakan agenda untuk
rakyat.

9.0.3 PENGAGIHAN HARTA BENDA DENGAN ADIL


Demokrasi akan lebih berjaya seandainya pengagihan harta dan kekayaan itu meliputi
keseluruhan masyarakat. Ini bermakna dalam sesebuah negara itu, tidak akan ada situasi
di mana orang yang kaya akan terus kaya manakala orang yang miskin tetap akan terus
miskin tanpa sebarang pembelaan. Demokrasi juga tidak akan berjaya diamalkan dengan
lancar seandainya kebebasan untuk memiliki harta persendirian disekat. John Locke ada

NO.MATRIK 192860
AM EMYHISSYAMSURY BIN MOHTAR

{M/S 12}

GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

mengatakan iaitu the great and chief end of mens uniting into common wealths and
putting themselves under government in the preservation of their property
Menurut teori ini, kerajaan haruslah membenarkan dan memberi hak kepada
semua rakyat untuk menyimpan dan mengumpul kekayaan. Jesteru, ini dapat memberi
gambaran sebenar berkenaan sifat individu tersebut melalui cara mereka menggunakan
kekayaan dan mengumpul kekayaan. Mempunyai harta kekayaan bukanlah hanya
bertujuan untuk ekonomi semata-mata tetapi banyak lagi faedah-faedah psikologi yang
lain. Untuk tujuan ini, kerajaan haruslah mengawal hak rakyat untuk mempunyai harta
benda dan kekayaan.

9.0.4 SIKAP BERTOLAK ANSUR ANTARA KAUM


Sikap bertoleransi haruslah ada dalam masyarakat yang mengamalkan demokrasi agar
banyak cadangan-cadangan dapat diutarakan untuk kebaikan negara dan rakyat. Antara
cara yang paling baik untuk mengutarakan pendapat adalah melalui perbincangan
diantara dua buah pihak dan ini adalah cara yang lebih baik dari melalui sistem paksaan
dan tekanan. Sikap memberi dan menerima juga haruslah ada di dalam perbentukan
masyarakat yang mengamalkan sistem demokrasi iaitu melibatkan konsep peraturan oleh
kelompok majoriti dan kelompokn minoriti haruslah menerima keputusan dan peraturan
itu dengan hati yang terbuka demi mengelakkan berlakunya perkara perkara yang
menggugat suasana demokrasi tersebut.

NO.MATRIK 192860
AM EMYHISSYAMSURY BIN MOHTAR

{M/S 13}

10.0

GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KESIMPULAN

Apa yang dapat saya simpulkan disini iaitu mengenai sahsiah diantara perkauman yang
sedikit sebanyak sebagai faktor pengwujudan antara masyarakat. Malaysia adalah sebuah
negara yang unik dan kaya dengan pelbagai khazanah. Khazanah yang paling bernilai
iaitu Sistem Demokrasi yang digunakan oleh Malaysia sebagai penggerak utama
kemajuan negara dan rakyat. Tanpa struktur yang kukuh didalam pentadbiran kerajaan
maka pelbagai masalah akan timbul dari segi masalah perkauman, jurang pendapatan
diantara kaum yang jauh berbeza, tahap pendidikan yang kurang dan masyarakat menjadi
mundur.
Walaubagaimanapun, secara kesimpulannya saya mengambil konsep gagasan 1
Malaysia. Konsep ini bukan sahaja satu harapan untuk generasi akan datang sebaliknya
langkah ke arah pembentukannya perlulah bermula daripada sekarang. Seruan pemimpin
negara, perlu disahut semua pihak dalam usaha menjayakannya. Perkongsian ideologi
dalam menjayakannya perlulah bersifat mantap dan pelaksanaannya perlulah secara
bersepadu bagi merealisasikan harapan kepada negara. Kesannya bukan sahaja
melibatkan negara secara umumnya, malahan meliputi pelbagai lapisan masyarakat di
negara ini. Oleh itu, semangat 1 Malaysia perlu didukung semua pihak untuk memacu
negara ke peringkat yang lebih tinggi dan menyiapkan negara dalam mengharungi arus
permodenan, pembangunan, persaingan dan globalisasi dunia. Diharap gagasan ini akan
mencapai matlamat dan halatuju seperti yang telah ditetapkan.

NO.MATRIK 192860
AM EMYHISSYAMSURY BIN MOHTAR

{M/S 14}

10.0

GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

BIBLIOGRAFI

10.0.1 http://www.utusan.com.my/utusan/info
10.0.2 http://202.190.126.84/utusan/info.asp?y=2007
10.0.3 http://utusan.com.my/utusan/arkib.
10.0.4 Malaysia. 1990. Bernama Act 1967 (Revised 1990). (Act 449).
10.0.5 Malaysia. 1974. Environmental Quality Act. (Act 127).
10.0.6 ISO 900:2000, Quality management System Guidelines for performance
improvement

NO.MATRIK 192860
AM EMYHISSYAMSURY BIN MOHTAR

{M/S 15}

GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

11.0 LAMPIRAN

NO.MATRIK 192860
AM EMYHISSYAMSURY BIN MOHTAR

Você também pode gostar