Você está na página 1de 18

ISI KANDUNGAN

Bil.

Perkara

Muka Surat

Penghargaan

Pengenalan kepada motor


arus ulangalik

Prinsip kendalian motor AU 1


fasa
Ciri-ciri motor AU 1 fasa

5-6

Binaan motor AU 1 fasa

7-8

Jenis dan lakaran litar motor


AU 1 fasa

9-12

Kaedah menukar arah motor


AU 1 fasa

13

Kaedah mencari dan membaik


pulih kerosakan motor

Penutup

16

10

Rujukan

17

11

Lampiran

18

14-15

Page | 1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana saya dapat meyiapkan tugasan


teknologi elektrik ini yang diberikan oleh pensyarah pada masa yang ditetapkan.
Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah, Encik Muhammad Shukri
Bin Haji Ismail kerana telah memberi didikan dan tunjuk ajar kepada saya untuk
menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan
sekelas kerana membantu dalam saya menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga
kepada ibu bapa saya kerana telah memberi dorongan dan wang ringgit untuk saya
menyiapkan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.

Page | 2

PENGENALAN MOTOR ARUS ULANG-ALIK

Kawalan motor arus ulang-alik ( AU) dikelaskan melalui kaedah yang digunakan
semasa motor tersebut dihidupkan, iaitu sama ada secara penghidup melintangi
talian ( penghidup voltan penuh ) atau penghidup voltan terturun.
Jika sebuah motor aruhan AU dihidupkan dengan menyambungkannya melintangi
talian, motor tersebut akan mengeluarkan arus di antara empat hingga enam kali
lebih besar berbanding nilai arus kendalian beban penuh yang lazim. Motor AU
dibina supaya dapat bertahan daripada arus permulaan yang tinggi dan tidak
dirosakkan oleh percikan api lebihan yang dihasilkan oleh arus yang besar ini.
Apabila motor AU yang besar disambungkan melintangi talian, arus permulaan yang
tinggi akan menghasilkan tegasan yang kuat sehingga boleh merosakkan jentera
yang dipacu oleh motor tersebut. Arus permulaan yang tinggi juga akan
menyebabkan turun naik voltan talian yang besar sehingga boleh memberi kesan ke
atas kendalian motor-motor lain yang bersambung pada talian yang sama. Dalam
keadaan ini voltan permulaan sepatutnya dinaikkan secara berperingkat-peringkat
semasa motor sedang memecut ke kelajuan kendalian penuh. Oleh itu, suatu bentuk
kawalan diperlukan untuk menghidupkan motor AU.

Page | 3

PRINSIP KENDALIAN MOTOR AU

Prinsip kendalian motor AC 1 fasa ialah berasaskan tindakan medan magnet


belitan mula dan larian dengan medan magnet pemutar.
Apabila voltan dibekalkan pada motor, kedua-dua belitan mula dan belitan
larian akan menghasilkan medan magnet.
Arus pada belitan mula adalah lebih kecil disebabkan luas keratan rentas
yang kecil dan rintangan belitan pengalir yang tinggi.
Arus pada belitan larian adalah lebih tinggi disebabkan luas keratan rentas
yang besar dan nilai rintangan belitan pengalir yang rendah.
Kedua-dua perbezaan ini akan menyebabkan perbezaan fasa di antara arus
dengan voltan pada belitan mula dan belitan larian. Ini akan menyebabkan
medan magnet berputar.
Medan magnet berputar akan bergerak dengan satu kelajuan yang dinamakan
sebagai kelajuan segerak (N). Kelajuan segerak ini bergatung kepada
bilangan kutub dan frekuensi bekalan.
Medan magnet berputar akan memotong jalur-jalur pengalir pada pemutar.
D.G.E akan terhasil apabila medan magnet berputar pada pemutar.
Kedua-dua medan segerak dan pemutar akan bertindak di antara satu sama
lain.
Tindak balas medan magnet berputar dengan medan magnet pemutar akan
menghasilkan daya kilas permulaan untuk mengerakkan motor.

CIRI-CIRI MOTOR A.U

Page | 4

CIRI-CIRI
BI

JENIS MOTOR

DAYA KILAS

ARUS

KUASA

Rendah

Rendah

Rendah

Rendah

Rendah

Rendah

Rendah

Rendah

Rendah

Rendah

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Rendah

Rendah

L.
1

Motor fasa belah mula


rintangan
Contoh kegunaan : Pam air

Rendah
ketika
bermula dan
kendalian

Motor fasa belah pemuat


tetap
Contoh kegunaan : Kipas
angin

Rendah
ketika
bermula dan
kendalian

Motor fasa belah mula


pemuat
Contoh kegunaan : Mesin
parut kelapa

Tinggi ketika
bermula dan
malar ketika
kendalian

Motor fasa belah mula


pemuat, larian pemuat
Contoh kegunaan : Mesin
basuh

Tinggi ketika
bermula dan
malar ketika
kendalian

Motor tolakan
Contoh kegunaan : Peralatan
makmal

Tinggi ketika
bermula dan
ketika
kendalian

Motor siri
Contoh kegunaan : Kren

Tinggi ketika
bermula dan
ketika
kendalian

Motor semesta
Contoh kegunaan :
Pembersih hampa gas

Tinggi ketika
bermula dan
ketika
kendalian

Motor kutub terteduh


Contoh kegunaan : Pemutar
pemain rekod

Rendah
ketika
bermula dan
ketika

Page | 5

kendalian

Motor segerak
Contoh kegunaan : Jam
elektrik

Rendah
ketika
bermula dan
ketika
kendalian

Rendah

Rendah

Page | 6

BINAAN MOTOR AU 1 FASA

(a) Pemegun
Pemegun ialah bahan yang tidak bergerak dalam motor a.u., di sini akan
ditempatkan belitan utama dan belitan tambahan. Pemegun ini dibuat berlurah dan
berlapis bagi membolehkan pengalir-pengalir belitan dimasukkan ke dalamnya di
samping mengurangkan kehilangan arus pusar. Pemegun bolehlah dianggap sama
seperti kutub dalam motor a.t. Bezanya adalah ia mempunyai lubang alur
mengelilingi keseluruhan rangka motor itu. Pemegun diperbuat daripada besi tuang.
Belitan utama berada di sebelah bawah sementara belitan tambahan di bahagian
atas permukaan pemegun.

(b) Pemutar
Pemutar ialah bahagian yang berputar dalam motor a.u. Pemutar ini tidak
mempunyai belitan seperti angker dalam mesin-mesin a.t. tetapi mempunyai batangbatang pegalir yang telah dipaterikan pada bahagian hujung atau dipanggil sebagai
pemutar sangkar tupai kerana bentuknya seakan-akan sangkar tupai. Pada
keseluruhannya bentuk pemutar ini seperti silinder yang berlapis-lapis, batangbatang pengalir yang berlitar pintas ini dipasangkan berhampiran dengan permukaan
pemutar. Batang ini diperbuat daripada kuprum atau aluminium. Rajah dibawah
menunjukkan binaan sebuah pemutar.

(c) Suis Empar


Suis ini dipasangkan pada bahagian pemutar dalam motor. Suis ini adalah daripada
jenis kutub tunggal dan dikendalikan secara daya empar yang diperolehi apabila
pemutar berputar. Dalam keadaan biasa, (motor tidak bekerja) suis ini tertutup
(hidup) dan ia akan terbuka apabila motor ini telah bekerja. Rajah di bawah
menunjukkan suis empar pada pemutar.

Page | 7

(d) Perisai hujung


Dua perisai hujung dilekapkan kepada rangka motor bersama-sama galas bebola
bagi menyokong aci pemutar. Terdapat berbagai jenis perisai hujung. Dua jenis yang
umum ialah :
(i)
(ii)

tutupan terbuka
tutupan sepenuhnya

(e) Kuk
Kuk motor-motor aruhan ini diperbuat daripada besi tuang. Pemegun motor akan
dipasangkan pada kuku ini. Di samping itu ada juga kuk yang dibuat bersirip bagi
memerangkap udara sejuk untuk menyejukkan motor. Haba motor akan keluar
secara sinaran terus melalui kuk.

(f) Kipas
Kipas ini dipasang pada bahagian hadapan dan belakang pemutar. Satu daripada
dua kipas ini mempunyai pembilah besar dan satu lagi pembilah kecil. Kipas yang
kecil melekat terus ke bahagian pemutar sementara yang besar melekat pada aci di
hadapan pemutar.

Page | 8

JENIS DAN LAKARAN LITAR MOTOR AU

(a) Motor Tolakan


- Keupayaan yang kecil.
- Statornya dibelitkan dengan belitan 1-fasa yang disambung terus kepada bekalan
satu fasa.
- Mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan motor belitan medan siri.Untuk
menyongsangkan putaran motor ini , kedudukan berus karbon perlu ditukarkan
sama ada ke depan atau ke belakang daripada kedudukan mengufuk.

(b) Motor Universal


- Juga dikenali sebagai motor belitan medan siri arus ulang-alik, sebenarnya serupa
dengan motor belitan medan siri arus terus.
- Untuk menyongsangkan putaran motor ini, caranya serupalah dengan cara yang
digunakan pada motor belitan medan siri arus terus iaitu menukarkan samada belitan
medan siri atau belitan angker.

Page | 9

(c) Motor Fasah Belah @ Fasa Pisah


- Di kenali juga motor aruhan fasa pergerakan aruhan.
- Ia diputarkan dengan bantuan belitan tambahan.Belitan ini disambung selari
dengan belitan utama.
- Untuk menyongsangkan arah putaran motor aruhan fasa belah ini salah satu
sambungan belitan medan utama atau belitan tambahan itu hendaklah
disongsangkan ( tidak kedua-duannya sekali)

Page | 10

(d) Motor Kapasitor


- Di bahagikan kepada tiga iaitu
a. Motor pemula kapasitor pergerakan aruhan
b. Motor kapasitor pemula kapasitor pergerakan kapasitor
c. Motor pemula dua kapasitor. Kapasitor mula dan Kapasitor larian ( satu menjadi
pengerak dan satu lagi menjadi pemula) .Untuk menyongsangkan arah putaran
motor ini, hendaklah diubah sama ada sambungan litar belitan utama atau belitan
tambahannya.

Page | 11

(e) Motor Kutub terteduh @ Kutub Telau.


- Motor jenis ini mempunyai kutub tertonjol pada statornya .
- Terdapat dua jenis belitan iaitu:a. Gelang telau
b. Belitan utama.
- Secara Praktis, motor jenis ini tidak disongsangkan arah putarannya kerana ia
berkait dengan putaran dan pemasangan dalaman mesin ini .

KAEDAH MENUKAR ARAH MOTOR AU


Page | 12

Menyongsangkan putaran motor, caranya serpatah dengan cara yang digunakan


pada motor belitan medan siri arus terus iaitu menukar sama ada sambungan belitan
medan siri atau sambungan angker. Pada praktiknya penukaran belitan medan siri
yang lazim dilakukan ialah dengan menggunakan dua belitan medan. Satu belitan
untuk putaran motor mengikut arah jam dan satu lagi arah lawan jam.

Page | 13

MENCARI DAN MEMBAIK PULIH KEROSAKAN MOTOR A.U


Bil.

Jenis Kerosakan

Tanda
Kerosakan/Alat
uji
Terbalik fasa
-Putaran motor
Punca sambungan
berada pada
bekalan tiga fasa
keadaan yang
yang tidak mengikut
bertentangan
urutan fasa yang
dengan arah
betul iaitu, merah,
putaran yang
kuning dan biru.
diperlukan.
-Alat uji yang
digunakan ialah
meter urutan
fasa.
Terbuka
-Motor tidak
Berlaku pada belitan- dapat
belitan motor
berkendali
disebabkan oleh:
walaupun
a)Belitan putus
bekalan
b)Sambungan longgar disambungkan
c)Belitan terbakar
ketika dalam
kendalian, jika
berlaku
keadaan salah
satu belitan
terbuka, motor
akan terus
berkendali
tetapi akan
keluarkan haba
dan bunyi
dengung.
-Alat uji yang
digunakan ialah
meter pelbagai
dan penguji

Membaik pulih

Tukar
sambungan

Sambung
semula belitan
atau melilit
semula belitan.

Page | 14

penebat Meger.

Pintas
Kerosakan yang
berlaku pada belitanbelitan motor
disebabkan oleh:
a)Kerosakan
penebatan
b)Salah sambungan
tamatan
c)Belitan terbakar

-Motor tidak
dapat
berkendali.
-Alat uji yang
digunakan ialah
meter pelbagai
dan meter
penguji
penebatan.

Betulkan
semula
sambungan
atau melilit
semula belitan
motor.

Kebocoran
Sentuhan terus
belitan dengan
rangka motor yang
disebabkan oleh
kerosakan penebatan.

-Terdapat arus
yang mengalir
pada bahagian
rangka motor.
-Pemutus litar
bocor ke bumi
terpelantik.
-Alat uji yang
digunakan ialah
meter pelbagai
dan meter
penguji
penebatan.

Hidupkan
semula
pemutus litar
bocor ke bumi
atau melilit
semula belitan
motor.

Page | 15

PENUTUP

" Motor satu fasa ialah motor yang direka khas supaya dapat dikendalikan pada
bekalan satu fasa sahaja. Saiz motor ini dibuat kecil sebab kecekapannya rendah
dan perbelanjaan pengurusannya lebih tinggi jika dibandingkan dengan motor tiga
fasa pada ukuran fizikal yang sama .Lazimnya motor ini digunakan di kilang-kilang
perusahaan dan kadar kuasanya dihadkan sehingga 8 kW sahaja"

Page | 16

RUJUKAN
http://affifrosli.blogspot.com/2010/07/ac-motor.html
http://sabahwebs.blogspot.com/2011/06/asas-kawalanmotor.html
http://belajarbersamausop.blogspot.com/2011_03_01_archi
ve.html
Aplikasi Elektrik dan Elektronik, Ramli Bin Jiman, cetakan
dewan bahasa dan pustaka 2005
Elektrik Dan Elektronik tingkatan 5 ,Salwani binti Mohd
Daud, Dewan bahasa dan pustaka

Page | 17

LAMPIRAN

Motor AC / Arus A.U

Page | 18

Você também pode gostar