Você está na página 1de 15

6.

1 DAPATAN KAJIAN

Gambar 6.0 (a) : Hadapan Rumah Merdeka


Pada asalnya, tapak rumah ini pernah dimiliki oleh Che Manjalara, bonda YTM Tunku
Abdul Rahman Putra yang dimasyurkan sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia.
Tanah ini kemudiannya dihadiahkan kepada Tunku. Pada akhir tahun 40-an, Tunku mula
merangka reka bentuk pelan Rumah Merdeka.

Gambar 6.0 (b): Pelan Rumah Merdeka

Gambar 6.0(c): Pelan Rumah Merdeka


Apabila pembinaan rumah ini telah siap, rumah ini merupakan antara rumah tercantik di
Alor Star. Semasa Pendudukan Jepun iaitu pada tahun 1942 Tunku telah membina sebuah
rumah papan di atas tanah ini. Rumah papan ini dikenali sebagai Rumah Jalan Baru. Pada
tahun 1953, Tunku telah menyediakan satu tapak baru untuk kediaman beliau di mana Tunku
telah mengangkat Rumah Papan yang dikenali sebagai Rumah Jalan Baru berkenaan menjadi
tingkat atas rumah baru tersebut. Pada tahun 1954, rumah ini telah dinamakan sebagai
Rumah Merdeka oleh Tunku atas nasihat sahabat sahabatnya seperti En Senu Abdul
Rahman, En Mohd. Khir Johari dan Tan Cheng Lock.
Dinding tingkat bawah rumah ini diperbuat dari batu-bata dan konkrit, manakala kayu
digunankan untuk dinding tingkat atas rumah. Warna merah dan putih di dinding rumah
tersebut dipercayai merupakan warna semangat patriotik Tunku terhadap UMNO. Sebelum
ini warna bilik Tunku ialah warna biru, iaitu warna kegemarran beliau. Rumah ini dihias
secara sedehana, tetapi menarik yang juga menggambarkan personaliti Tunku.
Kos membina Rumah Merdeka ini dianggar sebanyak RM 20,000. Pada Pilihanraya
Umum 1955, 1959, 1964 dan 1969, rumah ini menjadi tempat untuk Tunku merancang
starategi politik. Selain itu Tunku banyak menghabiskan masa lapangnya untuk melakukan
aktiviti penulisannya. Antaranya Tunku telah menyiapkan skrip filem Raja Bersiong dan
Mahsuri.
6.2 KEISTIMEWAAN SERTA FUNGSI SETIAP SUDUT DI RUMAH MERDEKA
6.2.1

Ruang Tamu

Gambar

6.1.1 : Ruang

tamu di

Rumah Merdeka

Ini

merupakan ruang

tamu di

Rumah

Merdeka

Tunku

Abdul

Rahman.

Disinilah

tempat

beliau

melayan

tetamu-

tetamu

yang hadir yang

biasanya terdiri daripada orang- orang kenamaan dari dalam serta luar negara. Susun atur ruang
tamu ini merupakan susun atur asal semasa Tunku mendiami rumah ini.
6.2.2

Ruang Makan Keluarga

Gambar 6.1.2(a)

Gambar 6.1.2 (b)

Gambar 6.1.2 (a) menunjukkan ruang makan bersama keluarga di Rumah Merdeka manakala
gambar 6.1.2(b) ialah koleksi gelas serta sudu di ruang makan keluarga. Ruang makan ini,
merupakan satu-satunya tempat berpenghawa dingin dan ini merupakan ruang makan untuk
keluarga sahaja. Antara makanan kegemaran beliau ialah kari kepala ikan yang dimakan bersama
kerak nasi. Setiap kali Tunku pulang ke Rumah Merdeka, tukang masaknya Aminah akan
memasakkan makanan kegemarannya.

6.2.3

Ruang Makan bersama Tetamu

Gambar 6.1.3 : Ruang Makan bersama tetamu


Ruang ini merupakan ruang makan yang kedua dan ruang ini dikhaskan untuk tetamu-tetamu
sahaja. Disini juga merupakan tempat untuk Tunku merancang starategi politik bersama rakan
seperjuangannya.
6.2.4

Bilik Tunku Amat Nerang

Gambar 6.1.4 (a): Katil di bilik ini.

Gambar 6.1.4(b): Meja solek

Bilik tidur ini kebiasaannya digunakan oleh Tunku Amat Nerang iaitu anak lelaki Tunku hasil
daripada perkahwinannya dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan
anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Namun, Mariam meninggal dunia pada tahun 1934
kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Bilik tidur ini kebiasaan
digunakan oleh beliau dari tahun 1953 hingga 1954 iaitu sebelum beliau berangkat ke India
untuk mengikuti latihan kursus ketenteraan. Selepas menamatkan kursus ketenteraan di India,
Tunku Ahmad Nerang masih menggunakan bilik ini apabila beliau pulang ke Kedah. Bilik ini
juga pernah digunakan oleh tokoh-tokoh UMNO seperti Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman
sebagai bilik tidur mereka apabila bermalam di rumah ini.

6.2.5

Bahagian Belakang Rumah

Gambar 6.1.5(a): Ruang belakang rumah ini.

Gambar 6.1.5(b): Ruang santai di


belakang rumah

Ruang ini merupakan ruang santai yang berada di bahagian belakang rumah dan disini terdapat
peristiwa bersejarah yang pernah berlaku iaitu rundingan awal untuk menamatkan konfrontasi
MalaysiaIndonesia.

Pada 27 Mei 1966, "Misi Muhibbah" dari Jakarta yang terdiri dari 20 orang

pegawai tentera diketuai oleh Laksamana Muda Laut O.B Sjaaf telah berunding dengan Tunku di
rumah ini mengenai isu Konfrontasi. Usaha penamatan Konfrontasi Malaysia Indonesia pada 7
Jun 1966 di mana Malaysia diwakili oleh Tun Razak Hussein dan Indonesia Adam Malik. Disini
juga, Tunku selalu mengisi waktu dengan menghayati keindahan sambil menghirup kopi Turkey.
Disini juga Tunku sering berbincang dengan para penyokong parti terutamanya ahli UMNO
Kedah.

6.2.6

Bilik Tunku

Gambar 6.1.6 (a): Katil di bilik Tunku

Gambar 6.1.6(b): Ruang kerja di bilik Tunku

Tunku dan isterinya Sharifah Rodziah menggunakan bilik ini sebagai bilik tidur mereka apabila
pulang bercuti ke Kedah. Susun atur perabot seta lukisan yang terdapat di bilik ini adalah
berdasarkan susun atur asal ketika Tunku menginap di sini. Koleksi lukisan adalah koleksi di
rumah Takdir Pulau Pinang dan di Residensi Kuala Lumpur.

6.2.7

Bilik Tidur atau Bilik Sembahyang

Gambar 6.1.7 (a)

Gambar 6.1.7(b)

Gambar 6.1.7(c)

Bilik ini sebelumnya merupakan bilik Tunku Khadijah iaitu anak Tunku bersama isteri
pertamanya, Mariam. Selepas Tunku Khadijah berkahwin, bilik ini dijadikan sebagai bilik
sembahyang dan bilik ini digunakan hanya untuk ahli keluarga perempuan sahaja untuk tidur.

6.2.8

Bilik Tunku Khadijah

Gambar 6.1.8(a):Katil dibilik Tunku Khadijah

Gambar 6.1.8(b): Meja Solek beliau

Bilik ini digunakan oleh anakanda beliau iaitu Tunku Khadijah sebagai bilik pengantin pada
tahun 1954. Susun atur bilik serta perabot-perabotnya merupakan susun atur asal pada ketika itu

6.2.9

Bilik Bacaan dan Bilik Muzik

Gambar 6.1.9(a): Tunku sering duduk disini untuk membaca dan menulis skrip sambil
mendengar lagu kegemarannya, Bunga Tanjung

Gambar 6.1.9(b): Antara barang peribadi Tunku

Gambar 6.1.9(c): Pemain piring hitam


milik Tunku

Di bilik inilah Tunku banyak menghabiskan masanya sewaktu bercuti untuk menjalankan aktiviti
penulisan dan membaca di bilik ini. Antara aktiviti penulisannya, ialah menyiapkan skrip Filem
Raja Bersiung dan Mahsuri. Beliau turut mendengar muzik kegemarannya di sini. Disini
Tunku sering bersendirian dan mendengar lagu-lagu kegemaran beliau seperti Bunga Tanjung
sambil mencari ilham.
6.1.10 Rumah kakitangan

Gambar 6.1.10(a)

Gambar 6.1.10(b)

Gambar 6.1.10(a) serta gambar 6.1.10(b) menunjukkan rumah disebelah Rumah Merdeka yang
mana sebelum ia menjadi surau untuk para pengunjung serta menjadi pejabat di Rumah
Merdeka, disini merupakan rumah kakitangan Tunku.

6.1.11 Sudut Tayangan Video

Gambar 6.1.11(a): Kami menonton tayang video

Gambar 6.1.11(b): Tayang video

Gambar diatas menunjukkan sudut tayangan video tentang rumah merdeka yang berada di
tingkat bawah. Banyak informasi yang boleh di dapati tentang Tunku serta rumah merdeka
selepas menonton tayangan video itu.

6.2 HOBI TUNKU ABDUL RAHMAN


Berdasarkan pemerhatian kami di Rumah Merdeka, kami mendapati Tunku mempunyai beberapa
hobi seperti fotografi, memancing, memburu dan bermain golf
6.2.1

Fotografi

Gambar 6.2.1(a): Antara kamera milik Tunku

Gambar 6.2.1(b): Polaroid turut dipamerkan

Gambar di atas merupakan antara koleksi kamera milik Tunku, yang dipamerkan di
Rumah Merdeka. Antaranya ialah Camera Canon, Camera Leica, Camera Yasheika Flex, Land
Cameran Auto dan Filem Polaroid.
6.2.2

Bermain Golf

Gambar 6.2.2 (a) :Set golf milik Tunku

Gambar 6.2.2 (b): Tunku bermain Golf


Sumber: http://www.thestar.com.my/news/community/2014/03/24/on-golden-fairways-malaccasiconic-golf-club-marks-50th-anniversary-in-style-by-percy-dcruz/

Gambar 6.2.2 (a) menunjukkan set golf yang dipamerkan di Rumah Merdeka milik Tunku Abdul
Rahman manakala gambar 6.2.2(b) menunjukkan Tunku sedang bermain golf di Ayer Keroh
Country Club (AKCC) yang merupakan antara salah satu daripada kelab-kelab golf yang paling
dihormati di Malaysia pada Februari 1966.
6.2.3

Memancing dan Memburu

Gambar 6.2.3 (a): Hobi Tunku ialah memburu dan memancing

Gambar 6.2.3 (b): Bot yang digunakan oleh Tunku

Gambar 6.2.3(c): Sungai dibelakang


Rumah Merdeka

Gambar 6.2.3 (a) menunjukkan gambar Tunku pergi memburu serta bot Tunku iaitu Sri Banang
yang digunakan.bot Sri Banag milik Tunku berkelajuan enjin 100 sisi Tunku juga pernah
membina sebuah jeti berbentuk L, di sungai di gambar 6.2.3 (c) namun telah musnah ditelan arus
modenisasi. Sudah menjadi kebiasaan penduduk di situ, pada suatu ketika dulu untuk melihat
Tunku mengemudik botnya di Sungai Anak Bukit.
6.3 BARANG PERIBADI TUNKU
6.3.1

Koleksi Tongkat yang digunakan oleh Tunku

Gambar 6.3.1(a):Antara tongkat yang dipamerkan

6.3.2

Gambar 6.3.1(b): Tongkat dari sisi dekat

Tali Leher milik Tunku

Gambar 6.3.2: Antara koleksi tali leher milik Tunku yang dipamerkan di Rumah Merdeka

6.3.3 Minyak Rambut serta minyak wangi kegemaran Tunku, pelbagai jenama.
Gambar 6.3.3:
di biliknya

6.4 Rumah

Barang peribadi Tunku

Malaysia

Gambar 6.4(a): Rumah Malaysia

Gambar 6.4(b): Rumah Malaysia

Berdasarkan tayangan video yang telah kami tonton di Rumah Merdeka, di sebelah kanan
Rumah Merdeka terdapat rumah asal Tunku. Namun, ia telah dirobohkan dan disebelahnya
dibina sebuah rumah yang indah yang bumbungnya bercirikan bumbung Minangkabau. Ia
dinamakan sebagai Rumah Malaysia, yang mana ia digunakan sebagai berek polis pada suatu
ketika dahulu. Berek ini menempatakan anggota polis serta keluarga mereka yang menjaga
keselamatan Rumah Merdeka pada suatu ketika dulu. Namun, rumah ini sudah tiada lagi kerana
telah telah dirobohkan.

6.5 Hotel Royale

Gambar 6.5(a): Hotel Royale

Gambar6.5(b): Encik Jamil dan Cik Ani

Hotel Royale yang bertempat dihadapan Rumah Merdeka rupa-rupanya milik Tunku
Abdul Rahman pada suatu ketika dulu menurut Puan Habsah Binti Ibrahim atau lebih senang
dipanggil Cik Ani. Cik Ani merupakan penduduk tetap berhampiran dengan Rumah Merdeka

sejak tahun 1972, iaitu ketika berumur 19 tahun. Sekarang Cik Ani berusia 63 tahun. Semasa
Cik Ani berumur lingkungan 20-an, beliau diajak menemani Mak Sadiah serta Mak Tom semasa
bekerja di Rumah Merdeka. Mak Sadiah serta Mak Tom merupakan penjaga Rumah Merdeka
suatu ketika dulu dan tinggal di rumah kakitangan yang berada di sebelah Rumah Merdeka.
Menurut Cik Ani lagi, mereka berdua tidak mempunyai anak serta keluarga jadi Cik Ani yang
tidak mempunyai kerja selepas berkahwin, membantu mereka mencuci pakaian kotor mereka dan
sering kali membantu mereka membuat kerja di Rumah Merdeka. Pada suatu hari, Sharifah
Rodziah iaitu isteri Tunku terserempak dengan beliau dan menanyakan tentang beliau kepada
Mak Sadiah serta MakTom. Disebabkan Cik Ani, tidak mempunyai kerja pada ketika itu,
Sharifah Rodziah telah menyaerankan Cik Ani untuk mencari pengalaman bekerja di Hotel
Royale milik Tunku yang berada di hadapan Rumah Merdeka.
Pada mulanya Cik Ani, tidak mahu bekerja disitu kerana tidak mempunyai apa-apa
pengalaman bekerja di sebuah hotel. Namun, pada tahun 1980, Cik Ani mula bekerja disitu dan
mendapat pengalaman bekerja di sebuah hotel. Tunku memberi Cik Ani sijil semasa bekerja di
situ agar Cik Ani boleh menggunakannya semasa meminta kerja di tempat lain terutamanya di
mana-mana hotel. Semasa bekerja di situ, Cik Ani pernah menyertai Staff Party, yang diadakan
oleh Tunku di Hotel tersebut serta pernah menari beramai-ramai dengan Tunku dan kakitangan
yang lain semsa majlis itu. Pada tahun 1984, Cik Ani berhenti bekerja di situ ekoran pertukaran
pemilik hotel selepas Tunku mula sakit.
Menurut Cik Ani, Tunku merupakan seorang pemimpin yang mesra rakyat dan lembut
dalam berbahasa. Tunku ni, orangnya lembut bila bercakap, tak cakap kasar-kasar lepastu ayat
yang keluar dari mulut Tunku sangat tersusun., ujar Cik Ani apabila ditanyakan tentang sikap
Tunku.
Melalui, temu ramah kami dengan Cik Ani dan Encik Jamil Bin Mansor yang berusia 60
tahun, juga penduduk sekitar Rumah Merdeka, mereka menyatakan bahawa suasana di Rumah
Merdeka suatu ketika dulu amat meriah, lebih-lebih lagi apabila Tunku pulang. Selepas Arkib
Negara mengambil alih rumah ini, rumah ini dijaga dengan baik dan terdapat beberapa aktiviti
yang diadakan. Namun, mereka tidak menafikan ramai yang tidak mengetahui tentang
kewujudan Rumah Merdeka disebabkan kedudukannya yang agak tersorok.
6.6 Usaha - Usaha yang telah di ambil untuk menarik masyarakat menghargai tinggalan
sejarah terutamanya Rumah Merdeka.
Menurut Encik Zamri, melalui sesi wawancara kami dengan beliau Rumah Merdeka di
hari biasa selalunya dilawati sekurang-kurangnya 30 orang pelawat, namun ketika waktu cuti
persekolahan Rumah Merdeka ini biasanya dipenuhi oleh para pelawat kanak-kanak hingga
dewasa. Menurutnya juga, terdapat juga pelancong asing yang pernah mengunjungi Rumah
Merdeka ini.

Antara usaha yang telah di ambil untuk menarik masyarakat menghargai tinggalan
sejarah terutamanya Rumah Merdeka dapat dilihat apabila rumah ini diambil alih oleh Arkib
Negara untuk dijadikan sebagai salah satu tempat lawatan pelancong dari dalam serta luar
negara. Usaha, yang telah diambil oleh Arkib ini berlanjutan apabila pihak Arkib
menggunakan peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk membaik pulih rumah
ini namun, susun atur serta perabot di rumah ini dikekalkan agar nilai sejarah didalamnya
tidak luntur. Usaha ini diambil untuk memastikan identiti sertaperjuangan Perdana Menteri
pertama di Malaysia tidak dilupakan oleh generasi baru.
Menurut Encik Zamri lagi, beberapa aktiviti seperti kuiz, pertandingan melukis serta
mewarna turut dijalankan di rumah ini untuk menarik para pelajar meminati nilai tinggalan
sejarah. Risalah-risalah tentang rumah ini turut diedarkan di beberapa buah hotel dengan
harapan, para pelancong tertarik untuk mengunjungi rumah ini. Pada baru-baru ini, terdapat
suatu majlis bacaan Yaasin untuk Almarhum Tunku Abdul Rahman telah diadakan.
Harapan Encik Zamil ialah, beliau mengharapkan ramai elajar tertarik untuk membuat
kajian tentang rumah ini dan menghasilkan Thesis berkaitan rumah ini agar nilai sejarah
rumah ini dapat diketahui ramai.
Walaubagaimanapun, menurut pemerhatian kami tidak semua penduduk Kedah orang
mengetahui kewujudan rumah ini. Antara salah seorang ahli kumpulan kami iaitu Aida yang
berasal dari Sungai Petani Kedah, kunjungan kami pada 24 Mac 2016, merupakan kunjungan
kali pertamanya juga. Bahkan, Aida tidak pernah tahu kewujudan rumah ini di Kedah. Jadi,
walaupun pelbagai usaha telah diambil untuk menarik masyarakat menghargai tinggalan
sejarah yang cukup berharga seperti ini telah diambil tetapi tiada usaha yang kuat untuk
mewar-warkan kewujudan serta keistimewaan rumah ini, usaha tersebut tidak akan dapat
mencapai tahap kepuasan pencapaian yang tinggi. Malahan, menurut kajian kami, laman
sosial Facebook Rumah Merdeka turut tidak bergerak aktif. Menggunakan pendekatan laman
sosial sepeti Facebook, merupakan langkah yang sepatutnya diambil oleh pihak Rumah
Merdeka di arus modenisasi ini.

Você também pode gostar