Você está na página 1de 11

ASIA TENGGARA DAN ASIA TIMUR: LATAR BELAKANG SEJARAH DAN

WARISAN BUDAYA
dengan perhatian khusus kepada senario Malaysia
Khoo Kay Kim
Pendahuluan
Perlu dinyatakan dari awal bahawa perbincangan di sini condong kepada
persepsi negara Asia Tenggara terhadap subjek berbanding sebaliknya. Adalah
boleh difahami sekiranya ia dibuat sebaliknya jika perbincangan dipimpin oleh
seorang seseorang dari Asia Timur. Namun itu meletakkannya dalam keadaan
sangat umum. Baik di Asia Tenggara mahu pun di Asia Timur, tidak ada entiti yang
seragam. Keperluan mengambil pendekatan umum dalam perbincangan intelektual
ketika ia boleh dielakkan juga penuh dengan kelompongan.
Kesarjanaan seringkali, kerana satu sebab atau selainnya, diwarnai oleh sikap
sentimental yang boleh menyebabkan kecenderungan melihat lebih daripada apa
yang sepatutnya. Sebaliknya, jika masa lalu yang hampir hilang dalam memori atau
diselaputi oleh prejudis agama dan politik semasa, apa yang penting mungkin
diremehkan. Adalah sukar pada kadar apa pun untuk menafikan bahawa masa lalu
yang terpencil sekalipun tidak benar-benar terpadam. Bali, salah sebuah daripada
hampir 20,000 pulau di Indonesia, telah mengekalkan budaya dan agama Hindu di
sebuah negara yang populasi besar Muslim dan lapisan tebal fahaman Hindu masih
boleh dikesan dalam budaya Jawa hari ini. Walau bagaimanapun hubungan sejarah
dan budaya memberi lebih pengertian jika ia bersifat tulen berbanding mistik, dan
jika setiap generasi selanjutnya boleh secara sedar menjaganya dengan baik.
Disiplin sejarah memberi perhatian kepada peristiwa masa lalu - mengesan
sejauh mana yang mungkin sehingga masa lalu yang terdekat. Sudah tentu tidak
ada sejarawan yang boleh mengharap dapat mengetahui sepenuhnya tentang masa
lalu. Untuk membantu mempermudahkan tugas sarjana, perbezaan besar dibuat
antara "proto-sejarah" dan "pra-sejarah", dari satu sisi, dan "sejarah" dari satu sisi
lain. Tempoh sejarah bermula bila sejarawan dapat bergantung kepada bukti
dokumentasi yang kukuh. Tempoh sebelumnya ialah dan kebanyakannya adalah
domain ahli arkeologi yang pendekatan utama kajiannya adalah berasaskan artifak,
peninggalan, bangunan dan monumen.
Baik di Asia Tenggara mahu pun Asia Timur (terutamanya China), tidak sedikit
tapak lama dan artifak boleh ditemukan. Dalam masa sejarah, dokumen tidak
mudah ditemukan terutamanya tempoh abad ke-15 dan sebelumnya. Berdasarkan
apa yang ada dan apa yang masih boleh dilihat dalam senario budaya hari ini, kita
tidak dapat menolak daripada tanggapan bahawa terdapat hubungan budaya yang
kuat antara Asia Timur dan Asia Tenggara meskipun dipercayai bahawa orang Cina

telah menunjukkan kehadiran mereka lebih awal berbanding orang India. 1


Perbezaan antara India dan China, dua negara yang terbesar di dunia, juga dua
ketamadunan lampau yang tertua, ialah sementara ada orang India, pada masa
lalu, yang menjadi penduduk tetap dan kemudiannya bercampur dengan orang
tempatan, orang Cina, meskipun mereka menetap dan turut bercampur dengan
masyarakat, tetap mengekalkan identiti berbeza yang boleh dikesan. Sebabnya
terbuka kepada agakan namun pada tahap tertentu, kemampuan mereka
mengekalkan perbezaan etnik bergantung kepada kekuatan bilangan. Semakin
ramai bilangan mereka berbanding populasi peribumi, semakin berjaya mereka
mengekalkan perbezaan etnik.
Banyak di Asia Tenggara, pada zaman moden ini, terus menunjukkan bukti
kekuatan pengaruh budaya dan agama India, bahagian penting yang tidak
dihapuskan meskipun dengan kehadiran Islam dan kesan Islamisasi di Asia
Tenggara, sejak sekurang-kurangnya abad ke-11 dan ke-12. Ini mungkin juga kerana
sebenarnya, selepas abad ke-13, Muslim dari India telah banyak membantu
perkembangan Islam di Kepulauan Melayu. Dengan kejatuhan khalifah di Baghdad
pada separuh abad itu kemudiannya, aktiviti komersil Arab di Lautan Hindi
berkurangan. Ia telah diambil alih oleh India Muslim dari Gujerat dan pusat-pusat
lain di India. Saudagar Hindu yang biasanya tidak pergi ke luar negara mengeksport
barangan mereka dalam kapal yang dimiliki oleh Muslim. Pusat aktiviti komersil
Muslim berkembang maju di sepanjang pesisir pantai India. 2 Pedagang-pedagang ini
memenuhi Lautan Hindi dan Teluk Benggala, terutama sebelum munculnya Syarikat
Hindia Timur, memainkan peranan penting juga dalam membantu pengendalian
dagangan bagi pihak pemimpin-pemimpin peribumi. Sesungguhnya, hingga
pertengahan abad ke-18, apabila Belanda telah berada di Melaka, saudagar India
Muslim masih terus memainkan peranan komersil yang besar di Kepulauan Melayu.

Aktiviti Komersil
Tidak dinafikan, pada masa lalu, perdagangan merupakan motif utama untuk
orang India dan Cina merantau ke tanah asing. Namun ada tempoh di awal abad ke15 ketika orang Cina mempunyai motif lain dalam fikiran mereka. Mereka
mewujudkan hubungan ufti dengan banyak negara, Melaka adalah antaranya.
Tambahan pula, banyak penjelajahan semasa dinasti Ming dibuat dalam usaha
mereka yang dianggap elemen pemberontak atau diisytiharkan sebagai penjahat. 3
Perdagangan juga mendorong orang Eropah ke Amerika Utara dan Asia
bermula abad ke-15. Orang Portugis dan Sepanyol tiba di Asia Tenggara dari arah
berbeza semasa suku pertama abad ke-16. Kedua-duanya - Portugal dan Sepanyol 1

Brian Harrison, South-East Asia: A Short History, New York, 1968, Edisi ke-3.
Lihat Kamalik Pierie, "The Muslims in Sri Lanka" (http://www.geocities.com/forumsl/msl.htm)
3
Lihat "China to honour ancient navigator who came to India in 1405-07" (rediff.com di
http://ushome.rediff.com/news/2003/dec./10china.htm)
2

datang ke wilayah ini untuk mencari rempah. Sepanyol lebih bercita tinggi.
Termasuk dalam agenda mereka ialah mengkristiankan China dan Jepun - ini,
seperti yang dinyatakan oleh D.G.E. Hall adalah "sebuah khayalan". 4 Sepanyol
tangkas untuk merealisasikan ini dan ketika jelas bahawa rempah tidak dapat
diperolehi mereka kerana ia tidak terdapat di Filipina, mereka mewujudkan
hubungan dagang dengan China dan Jepun untuk menjadikan koloni Filipina
berbaloi. Ini berjaya dilakukan. Manila menjadi tempat persinggahan pedagang dari
China, Jepun, Siam, Kemboja dan Kepulauan Rempah. Sebelum akhir abad ke-16,
perdagangan China adalah makmur.
Misi keagamaan Sepanyol di Filipina sebahagiannya berjaya. Wilayah utara
Filipina moden telah berjaya ditukar kepada faham Katolik, namun Islam yang tiba
lebih awal terus dianuti di kepulauan selatan. Sehingga hari ini, situasi kekal tidak
berubah, walaupun Amerika (1898-1941) dan Jepun (1941-1945) memerintah
Filipina. Secara umumnya, mereka yang baru memeluk agama Kristian kurang aktif
berbanding Muslim di wilayah ini.5
Berkaitan subjek hubungan luar Asia Timur pada masa lalu, fokus diberikan
terutamanya kepada China yang menguasai Korea dan Taiwan sehingga mereka
menyerah kepada Jepun melalui Perjanjian Shimonoseki. Perjanjian tersebut
mengakhiri Perang China-Jepun antara tahun 1894-1895. China tidak pernah
berjaya membentuk kawalan hegemoni terhadap Jepun. Konfrontasi kapal yang
pertama antara China dan Jepun berlaku pada 662 tahun Masehi ketika zaman Tang.
Semasa Kublai Khan memimpin China, beliau cuba menakluk Jepun tetapi gagal.
Pada tahun 1281, beliau melakukan cubaan seterusnya dari pengkalan di China dan
Korea tetapi beliau telah dikalahkan oleh Jepun. Ringkasnya, Dinasti Yuan telah
gagal dalam usaha mereka menakluk Jepun. Bagaimanapun Jepun tidak membuat
usaha kuat bagi memulakan pembentukan hubungan ekonomi yang rapat dengan
Asia Tenggara sehingga lewat abad ke-19. 6
Banyak telah diperkatakan kebelakangan ini tentang penjelajahan untuk
China meneroka (nama seperti Cheng Ho atau Zheng-he telah mendapat profil
besar) sebelum Vasco da Gama dan Christopher Columbus. Sebenarnya hubungan
awal China dan Asia Tenggara dipercayai bermula semasa zaman empayar Western
Han (206 tahun Sebelum Masehi - 9 Masehi) yang mencapai pengaruh terbesar di
bawah maharaja Wu Ti (140-87 tahun Sebelum Masehi) ketika hubungan pengaruh
komersil dan budaya terbentuk di Asia Tengah dan juga Asia Tenggara. Kawalan Han
terhadap pesisir selatan China membolehkan jalan laut ke laut selatan (Nanyang)
dibuka antara 116-110 tahun sebelum Masehi dan negara-negara di selatan mula
menghantar duta untuk mengunjungi China sejak itu. 7

4
5
6
7

A History of South-east Asia, New York, 1968. Edisi ketiga. Muka surat 274.
Ibid.
Lihat Hall Garner, "China and International Relations in the New Millenium" (internet, no reference given).
Brian Harrison, op. cit., muka surat 10.

Dikatakan terdapat juga bukti dari Asia Tenggara berkenaan kewujudan


perhubungan dengan China dalam bentuk pelbagai spesimen tembikar Han yang
dijumpai di Borneo timur, di Jawa Barat dan Sumatera selatan. Justeru
berkemungkinan perdagangan dan penempatan China di Asia Tenggara boleh
dijejak sehingga abad pertama Sebelum Masehi, bahkan mungkin sehingga
permulaan zaman Dong-son kira-kira 300 tahun Sebelum Masehi. 8 Namun
sementara China membangunkan hubungan diplomatik dengan banyak negara Asia
Tenggara, ia tidak menakluk mereka seperti kes Barat yang menghantar ekspedisi
kemudian dari China tetapi kisahnya hampir semua berbentuk "saya datang, saya
lihat dan saya takluk".
Hubungan sejarah China dengan Asia Tenggara boleh difahami kerana
pengaruh geografi. Tanah besar Asia Tenggara lebih terdedah kepada serangan dari
China berbanding pulau-pulau Asia Tenggara. Vietnam secara khususnya tidak
dapat mengelak daripada mengambil elemen kuat dari budaya China.
Walaubagaimanapun, pengaruh agama India kepada tanah besar Asia Tenggara
juga boleh dikatakan besar. Seluruh kawasan telah lama dimasuki oleh faham
Buddha. Ajaran Konfucius atau falsafah Tao tidak memberi kesan signifikan terhadap
masyarakat peribumi di kebanyakan tempat di Asia Tenggara khususnya komponen
pulaunya. Dalam menyampaikan hujah yang sama, Ronald Hill berkata:
Secara perbandingannya pengaruh China kebanyakannya kemudian
dan tidak banyak kecuali di sepanjang sempadan China, terutama
yang paling ternampak di Viet Nam, di mana seluruh struktur kerajaan,
bahkan seni bina dan susunan abad ke-9 dan 10 ibu negara di Hue,
adalah berasaskan model China, tidak mengejutkan kerana utara Viet
Nam pernah menjadi sebuah koloni China dari abad ke-2 Sebelum
Masehi sehingga 938 Masehi. Bahasa Viet Nam...telah ditulis dengan
karakter China sehingga zaman kolonial apabila Perancis... menukar
tulisan China dengan skrip Roman yang dibuat semula secara istimewa
yang dipanggil quoc nu.9
Dalam konteks yang sama, kes Burma juga patut diberi perhatian. Mereka
yang tinggal di kawasan pergunungan di bahagian utara dari segi kaumnya tidak
banyak berbeza dari China yang tinggal hampir dengan sempadan kedua-dua
negara. Di zon ini, pergerakan manusia dari China ke Burma tidak dapat dielakkan.
Namun bilangannya tidak ramai. Terdapat laluan lebih mudah antara India dan
Burma. Purcell membuat kenyataan menarik bahawa "Talian kaum Burma adalah
dengan China, tetapi budaya mereka dengan India;" 10
Adalah diketahui ramai bahawa sebahagian besar Asia Tenggara bergantung
kepada pertanian. Indonesia sendiri, meskipun mempunyai lebih 17 ribu pulau,
8

Ibid.
Southeast Asia People, Land and Economy, Australia, 2002, muka surat 9.
10
Victor Purcell, "The Chinese in Southeast Asia," London, 1965. Edisi Kedua, muka surat 49.
9

kebanyakan populasinya bertumpu di Jawa, lebih bersifat pertanian berbanding


lautan. Namun hubungan komersil Indonesia dan China dipercayai bermula
sekurang-kurangnya pada awal abad ke-5. D.G.E. Hall menyatakan: 11
Sejak awal 441 [tahun Sebelum Masehi] Kan-t'o-li [ketua pelabuhan di
Sumatera] telah mengambil dasar penghantaran ufti kepada China.
Bukti tidak menunjukkan sama ada ia bertempat di Jambi atau
Palembang, namun [O.W. Walters yang menerbitkan kajiannya tentang
sejarah Srivijaya pada tahun 1968] diyakini ada kota tunggal di
Indonesia yang 'membayar ufti' pada abad ke-5 dan ke-6, mendahului
Srivijaya sebagai dipertuan yang 'diistimewakan', menarik kepada
perkhidmatannya kapal-kapal Malaya yang berlegar di pesisir dan luar
pesisir pulau. Komunikasi antarabangsa, yang menghala atau datang
dari sana, mengekalkan hubungan dagang lautan dengan China.
Malah penempatan China telah muncul sebelum kehadiran Barat di Asia
Tenggara. Misalnya dalam kes Indonesia, dikatakan orang Cina telah datang
sebelum ketibaan Portugis di Kepulauan Melayu pada tahun 1509. Ketika Belanda
mengambil alih Jawa, orang Cina dihargai kerana industri dan sikap rajin sehingga
Belanda meminta mereka menetap di Batavia. Menjelang tahun 1700, terdapat
sekitar 10,000 orang Cina tinggal di sana atau kawasan pendudukan di bandar. Di
kalangan mereka ialah juru tukang, pedagang teh dan penanam tebu. Ramai juga
bertindak sebagai orang tengah antara Belanda dan orang Jawa. Sesetengahnya
menjadi sangat kaya. Bagaimanapun pada awal abad ke-18, Indonesia menghadapi
masalah yang kemudiannya turut dihadapi Malaya. Semakin banyak kayu lama dari
China yang tidak dapat dijual menjadikan mereka yang tidak menerima bantuan
mengadakan mogok sosial.12
Ada bukti bahawa China mungkin tiba di Palembang lebih awal. Selepas
kejatuhan Srivijaya, Palembang jatuh ke tangan China dan mereka kekal berkuasa di
sana sehingga 200 tahun kemudian. Ia mungkin merupakan antara tempat terawal
di Asia Tenggara di mana orang Cina menetap dalam jumlah tertentu. Kebanyakan
orang Cina di sana ialah Hokkien (Fujiang) atau Kantonis (Quangdong). 13
Untuk beberapa abad, Asia Tenggara, khususnya Kepulauan Melayu, adalah
tempat subur bagi aktiviti komersil. Ia bukan hanya pasar di mana saudagar dari
Asia Selatan dan Asia Barat boleh menukar barangan dengan saudagar dari Asia
Timur, ia juga merupakan kawasan yang sangat produktif. Selain rempah, terdapat
pelbagai produk - rotan, sarang burung, atap, kapur barus, gading dan terumbu
karang, dan pelbagai jenis kayu - yang mempunyai permintaan dari negara di luar
kawasan. Ada satu masa ketika Syarikat Hindia Timur yang berpengkalan di India
mengambil produk Asia Tenggara untuk membantu mengurangkan kos dagangan
11
12
13

op. cit., muka surat 47.


Ibid., muka surat 356.
Ibid.

dengan China. Sehingga awal abad ke-18, malah selepas kuasa Eropah awal tiba,
kawasan pesisir pantai Asia Tenggara merupakan yang pertama dilawat dan didiami
oleh orang Cina.
Dalam kes Semenanjung Malaya, selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis
pada tahun 1511, diikuti dengan kemerosotan aktiviti komersil di sepanjang Selat
Melaka terutamanya selepas Aceh hilang kekuatannya semasa tempoh Belanda
mengusir Portugis dari Selat Melaka, pantai timur Semenanjung Malaya mula
menarik perhatian pedagang luar. Sepanjang abad ke-18, penempatan Cina telah
dibangun di Kuala Kelantan, Kuala Terengganu dan Kuala Pahang. Pedagang Cina
dilantik menjadi ejen kepada raja setempat. Kuala Terengganu khususnya seperti
Riau yang merupakan sebahagian dari Johor lama pada waktu itu, merupakan
pelabuhan antarabangsa. Populasi Cina berkembang pesat meskipun terdapat
pelabuhan di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura pada awal abad ke-19. Situasi
berubah secara radikal dari sekitar pertengahan abad ke-19 disebabkan oleh
perkembangan teknologi di Barat yang memberi kesan signifikan kepada
Semenanjung Malaya.14

Era Revolusi Industri di Barat


Sementara hubungan antara Asia Timur (terutamanya China dan Jepun)
dengan Asia Tenggara telah bermula lama sebelum abad ke-19 (era yang
menyaksikan perluasan pesat kawalan hegemoni Barat terhadap Asia Tenggara),
pergerakan ramai dan berterusan populasi dari Asia Timur (terutamanya dari
China) ke Asia Tenggara bermula lebih signifikan apabila Barat secara pesat
mengambil alih wilayah ini. Agak diketahui ramai kini bahawa malah Siam
(Thailand) yang berjaya mengekalkan kemerdekaan wilayahnya dari kuasa Barat
pada lewat abad ke-19 dan terpaksa akur kepada Pembaratan sistem urus tadbir
dan ekonomi bagi meyakinkan kuasa Barat bahawa struktur negara itu tidak dalam
situasi anarki. Sehingga satu tahap penting, ia berjaya dalam mengekalkan integriti
juga kerana, secara geografinya, ia merupakan penampan antara British di Burma
(Myanmar) dan Perancis di kawasan yang dipanggil sebagai Indochina.
Sehingga masuk abad ke-19 rekod statistik masih secara umumnya
bersandar kepada anggaran. Ia sangat tidak tepat. Semasa tempoh Kemelesetan
1930, sistem perangkaan populasi di rantau ini telah sampai ke satu peringkat yang
lebih boleh dipercayai. Angka di bawah memberikan satu perspektif yang baik
tentang kewujudan demografi orang Cina di Asia Tenggara semasa tempoh
kemelesetan ekonomi dunia (angka untuk tahun 1947 juga diberikan di sini untuk
memberikan perspektif lebih baik tentang subjek)*
Populasi orang
14

Jumlah Populasi

Lihat Khoo Kay Kim, "Kuala Terengganu: International Training Centre", Malaysia in History, Jilid 17, No. 2, 1974.

Burma
(Myanmar)
Siam (Thailand)
Indochina
Perancis
Malaya

194,000

Cina
1947
300,000

1947

445,000
418,000

2,500,000
850,000

17,459,000
27,000,000

1,704,000

2,615,000

5,840,000

n.a

220,000

878,000

1,233,000
72,000

1,900,000
120,000

69,000,000
19,511,000

17,000,000

(dengan Singapura)

Sarawak, Borneo
Utara dan Brunei
Indonesia
Filipina

*v. Victor W.W.S. Purcell, The Chinese in South-East Asia, London, 1965, Edisi Kedua.
m.s. 2
Adalah penting untuk dicatatkan di sini bahawa di Malaya sahaja dari semua
negara di rantau ini mempunyai populasi Cina yang membentuk sekitar 50% jumlah
populasinya. Dari segi nombor, ia juga mencecah bilangan orang Cina kini di manamana negara lain di rantau ini. Tidak diragukan bahawa ketidakstabilan politik dan
ekonomi secara berterusan di China merupakan sebahagian daripada sebab
berlakunya migrasi orang Cina dari bahagian tenggara China. Ini khususnya betul
pada pertengahan abad ke-19 yang merupakan tempoh Perang Candu dan
Pemberontakan Taiping. Sehingga abad ke-19, masih boleh dihujahkan bahawa
perdagangan terus menjadi faktor penarik utama dalam pergerakan orang Cina ke
bahagian barat Malaya.
Antara tahun 1786 dan 1824, British telah mengambil alih sepenuhnya Pulau
Pinang, Singapura dan Melaka dan ketiga-tiga pelabuhan memainkan peranan
utama di pesisir perdagangan Kepulauan. Kebanyakan pedagang ialah Hokkien dan
sehingga kini di semua bandar pelabuhan di Malaysia (kecuali Sabah), Hokkien
menjadi dialek perbualan. Ia berterusan di kalangan generasi tua. Dengan Belanda
meninggalkan Melaka pada tahun 1824, sekaligus mengakhiri monopoli yang
dikenakan pada eksport timah dari negara jiran Malaya, aktiviti perlombongan
timah semakin berkesan dan berjaya. Menjelang pertengahan abad ke-19, ketika
industri plat-timah Britain kekurangan bahan mentah kerana lombong Cornwall
merosot, sektor perlombongan timah di Semenanjung Malaya mula rancak.
Pekerja Cina paling dilibatkan dalam perlombongan. Ketika sektor
perlombongan timah berada di puncak, bilangan orang Cina yang memasuki negerinegeri Melayu juga bertambah secara drastik. Ramainya bilangan mereka sehingga
membentuk populasi majoriti di kawasan bandar baru yang dibuka berhampiran
pusat perlombongan. Kuala Lumpur merupakan salah satu daripadanya. Dengan
Hokkien membekalkan modal, Hakka (pelbagai kawasan kumpulan) menjadi pekerja

lombong. Terbentuknya pentadbiran British di negeri-negeri perlombongan timah


pada dekad 1870-an dan 1880-an membantu memperkenalkan elemen kestabilan
kepada kawasan di mana populasi orang Cina terus bertambah.
Sistem pentadbiran Barat telah diperkenal semula oleh teknologi Barat
kerana semasa tempoh antara tahun 1806 dan pada dekad 1860-an menyaksikan
pengenalan percetakan dan penggunaan stim. Orang Cina yang pada waktu itu
mengawal perkapalan di pesisir pantai segera bertukar daripada layar kepada stim.
Menjelang suku terakhir abad ke-19, terdapat hampir 200 syarikat operasi kapal
Cina yang berkhidmat di seluruh Kepulauan dan juga antara Kepulauan dan China.
Sementara itu Terusan Suez telah dibuka pada tahun 1869 yang memberi
kesan peralihan trafik dari Eropah, menjauhi Cape of Good Hope (di Afrika Selatan),
ke Selat Melaka justeru merancakkan lagi kepentingan komersil Singapura dan
kemudiannya Pelabuhan Swettenham (dibuka pada tahun 1901) di pantai barat
Semenanjung. Pembukaan Terusan Suez sedikit sebanyak berlaku semasa
penerimaan stim sebagai ledakan komunikasi di rantau ini. Menjelang abad ke-20,
telegraf juga menjadi alat penting bagi transaksi komersil di Malaya. 15
Pembangunan teknologi Barat memberi kesan kepada rantau ini secara
menyeluruh, di mana sebahagiannya tentu bermanfaat berbanding yang lain.
Singapura dan Semenanjung Malaya secara khususnya mendapat manfaat. Populasi
Cina sedia ada memainkan peranan dalam memujuk orang Cina lain datang ke Asia
Tenggara kerana pembangunan ekonomi sedang berlaku kesan daripada aturan
politik dan ekonomi yang lebih besar dibawa oleh kuasa Barat. Peningkatan populasi
warga asing tentu mendorong isu, jika tidak menjadi masalah, berkenaan hubungan
antara masyarakat peribumi dengan mereka.

Perspektif Budaya
Telah dinyatakan di awal tulisan ini bahawa pengaruh budaya orang Cina
terhadap masyarakat peribumi di Asia Tenggara agak tidak penting. Sebaliknya, di
hampir semua negara tersebut, penerimaan secara berperingkat orang Cina ke
dalam masyarakat peribumi melalui proses asimilasi, meskipun tidak sepenuhnya,
telah menyebabkan sukar untuk membezakan peribumi dan orang Cina. Namun
tidak seperti kebanyakan wilayah di Asia Tenggara di mana orang Cina menetap,
hanya ada sedikit integrasi, dan kurang asimilasi, antara masyarakat peribumi dan
mereka yang baru datang ke Malaya meskipun orang Cina telah menetap di Pulau
Pinang dan Melaka sejak abad ke-18 telah hampir berasimilasi. Oleh kerana wanita
Cina tidak menemankan yang lelaki, mereka yang mengahwini atau
bersekedudukan bersama lelaki Cina ini ialah orang tempatan, tidak hanya orang
15

Untuk satu perspektif aktiviti ekonomi orang Cina di Semenanjung Malaya dari abad ke-19 hingga tahun 1941,
lihat Khoo Kay Kim, "The Western Malay States: The Political Effects of Commercial Development in the Malay
States 1850-1873", Kuala Lumpur, 1972, dan Khoo Kay Kim, "Chinese Economic Activities in Malaya: A Historical
Perspective" dalam Manning Nash (ed.), "Economic Performance in Malaysia: The Insiders' View", New York, 1988.

Melayu tetapi juga orang bukan Islam dari Sumatera, Siam dan dalam jumlah lebih
kecil, Burma. Maka lahirlah kumpulan yang dipanggil Baba dan Nyonya, lebih sering
dirujuk sebagai peranakan atau Cina kelahiran tempatan. 16
Ada tanggapan yang salah termasuk di kalangan orang Cina di luar kumpulan
bahawa peranakan Cina telah lama meninggalkan tradisi budaya Cina. Sebaliknya,
meskipun telah mengambil sebahagian budaya peribumi, terdapat (bilangannya
sering berubah kini) mereka yang tekun menjaga budaya Cina. Agak mengejutkan,
sementara asal komuniti peranakan berpunca daripada perkahwinan antara lelaki
Cina dengan wanita daripada kumpulan etnik yang lain, apabila komuniti telah
mencapai jumlah yang cukup ramai, mereka menolak perkahwinan dengan
kumpulan lain sama ada dari kalangan Cina atau bukan Cina. Situasi ini
bagaimanapun berubah selepas Perang Dunia Kedua kerana sebab yang tidak akan
dibincangkan di sini. Perubahan sosio-budaya Cina Malaysia sepanjang abad ke-20
memerlukan kajian mendalam secara berasingan.
Berbanding orang Cina di bahagian lain wilayah ini, Singapura dianggap
terkecuali kerana amat ketara kelihatan seperti negara orang Cina, orang Cina di
Malaya berjaya secara berkesan mengekalkan identiti budaya mereka. Ini telah
dimungkinkan oleh kewujudan sekolah-sekolah Cina sejak pentadbiran British, juga
surat khabar Cina (kini berita dalam bahasa Cina boleh didapatkan melalui radio
dan juga televisyen), wilayah orang Cina serta persatuan berasaskan suku, tokongtokong Cina, gereja di mana khutbahnya disampaikan dalam bahasa Cina dan tidak
kurang penting daripada semua itu, berlaku di masa terdekat ini, parti politik orang
Cina atau berasaskan orang Cina.
Sehingga tahun 1949, hubungan Cina Malaya dengan negara China secara
praktikalnya tidak dapat dielakkan. Meskipun tidak semua dapat mengekalkan
hubungan rapat dengan kampung di mana mereka berasal, mereka berusaha
mengekalkan memori melalui pelbagai pertubuhan yang dibentuk. Pelbagai
perkembangan politik dan pergerakan budaya di China mendapat sokongan Cina
Malaya yang sentiasa dalam kedudukan sedia memberi sumbangan besar kepada
keperluan kewangan kerajaan China. Kuomintang, sejak kira-kira tahun 1912,
merupakan organisasi yang sangat berkuasa di Malaya dan berurusan rapat dengan
beberapa pergerakan rahsia (secret societies) yang utama. Meskipun perintah
Darurat diisytiharkan antara tahun 1948-1960 kerana kebangkitan komunis, Parti
Komunis Malaya tidak pernah dapat mempengaruhi komuniti Cina melebihi
Kuomintang di mana pemimpinnya telah memainkan peranan penting dalam
mengasaskan Pertubuhan Cina Malaya (MCA) pada tahun 1949.
Ada dakwaan bahawa British memainkan peranan penting dalam
pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Bukti sejarah tidak menyokong
dakwaan ini. British bukanlah yang pertama telah menggalakkan migrasi orang Cina
16

Lihat Khoo Kay Kim, "Malaysia: Immigration and Growth of a Plural Society" dalam Journal of the Royal Asiatic
Society Malaysian Branch, Jilid LXXI, Bahagian 1, 1998.

ke Malaya dan meskipun mereka membawa orang India dan Jafna untuk bekerja di
sektor awam dan swasta, mereka tidak bertanggungjawab terhadap persatuan etnik
dan budaya yang dibentuk dan berkembang pada lewat abad ke-19 dan awal abad
ke-20. Kewujudan sekolah Cina tidak ada kena mengena dengan British walaupun
British ada mengarahkan ladang-ladang menyediakan pendidikan Tamil. Adalah
lebih tepat untuk mengatakan masyarakat majmuk di Malaya wujud (dan terus ada)
kerana pelbagai kumpulan etnik mahukannya.
Kesimpulan
Adalah lebih masuk akal untuk memahami sejarah dari masa lalu yang
terdekat dan ke belakang berbanding memulakannya dari yang lama dan
menyemak pelbagai kesan perkembangan sejarah yang rumit tanpa memberikan
keutamaan kepada keperluan semasa. Sebagaimana dinyatakan lebih awal, sejarah
sukar dipadam kecuali adanya usaha tersusun dan bersungguh-sungguh untuk
memastikannya. Kejayaan agenda seperti itu bergantung kepada terkaan.
Kecenderungan sejarah hubungan Asia Tenggara-Asia Timur pada masa kini
jelas didorong oleh keinginan memberikan kesan kepada hubungan ekonomi yang
rapat antara dua wilayah ini. Tidak ada keraguan bahawa mereka yang tinggi
kepercayaannya boleh mencerapnya dari pengalaman sejarah. Namun antara masa
lalu yang terdekat dan jauh, jarang ada sejarah yang jauh memberikan kesan yang
signifikan kepada masa kini.
Kini Asia Timur (kali ini termasuk Jepun, Korea Selatan dan Taiwan) dianggap
penting kepada Asia Tenggara dan begitulah sebaliknya, dan sebagaimana Barat,
setiap negara Asia Timur lebih gemar ingin melihat Asia Tenggara sebagai satu
entiti ekonomi kerana ia perlu mencapai transasi ekonomi berkekalan yang menjadi
masalah utama semua negara yang lebih maju di dunia.
Secara kebetulan Jepun tidak dibincangkan di sini kerana minat mereka
kepada ekonomi Asia Tenggara sebahagian besarnya adalah fenomena abad ke-20.
Di Semenanjung Malaysia, mereka berjaya membentuk kedudukan penting
tersendiri dalam ekonomi negara sehingga menjelang Perang Dunia Kedua, ada
ketakutan bahawa ia akan muncul sebagai pendahulu kuasa ekonomi di Singapura.
Namun, pada masa lalu, meskipun ia terlibat dalam ekonomi negara, ada beberapa
percubaan oleh Jepun untuk bergaul dengan populasi tempatan. Selain dari
Singapura, terdapat dua tempat - Melaka dan Seremban - di mana Jepun agak aktif
terlibat dalam aktiviti sosial. Mereka secara aktifnya berminat dengan tenis. Satusatunya kelab Jepun yang dibentuk sebelum Perang Dunia Kedua ialah di Seremban.
Ini tentunya tidak bermaksud mengatakan mereka tidak jelas kelihatan di
negara ini terutama dalam sektor perniagaan. Mereka boleh dilihat jelas menjadi
doktor gigi dan jurugambar namun kawalan mereka terhadap ekonomi

kebanyakannya dalam perikanan, sektor tekstil, perlombongan bijih besi dan


perdagangan barangan getah. 17
Hubungan Asia Tenggara-Asia Timur kini belum dikaji dan cenderung dilihat
secara kasar dalam pengertian ekonomi. Namun sekali pandang boleh dikatakan
bahawa jurang budaya antara Asia Timur dengan masyarakat peribumi di Asia
Tenggara masih jelas terpisah jauh.

17

Você também pode gostar