Você está na página 1de 5

i-THINK : PETA PEMIKIRAN vs PROSES BERFIKIR

Seperti yang dijanjikan hari ini baru saya berkesempatan berkongsi 8 elemen PETA
PEMIKIRAN (Thinking Map) dan PROSES BERFIKIR ( Thinking Process) yang terangkum
dalam Program i-THINK.
Sebelum ini para guru kebanyakannya hanya terdedah kepada penggunaan PETA MINDA (
Mind Map) sahaja. Peta Minda tidak diklasifikasikan tujuan dan objektifnya melainkan untuk
meringkaskan nota yang pada kebiasaannya ditulis dalam bentuk ayat.
Melalui Program i-THINK, 8 PETA PEMIKIRAN yang diperkenalkan dengan tujuan dan
objektif yang berbeza di samping proses pemikiran masing-masing dapat diaplikasikan dalam
proses Pengajaran Dan Pembelajaran di dalam kelas mengikut topik yang bersesuaian dengan
Peta Pemikiran yang dipilih.

Peta Bulatan digunakan bagi * menjana idea, *mengaitkan pengetahuan sedia ada, *membuat
gambaran awal topik dan *membuat rumusan.

Peta Buih digunakan dalam *menjelaskan sifat sesuatu perkara dan hanya *menggunakan
adjective / kata sifat

Peta Buih Berganda digunakan untuk * membuat perbandingan dari sudut persamaan dan
perbezaan yang wujud bagi dua benda / perkara

Peta Pokok digunakan untuk *membahagikan kepada kategori tertentu, * memberi contohcontoh, * membuat sub-topik dan * memberi huraian

Peta Dakap digunakan bagi * menyenaraikan komponen atau bahagian kecil sesuatu objek. Ianya
* melibatkan objek yang nyata (fizikal) sahaja

Peta Alir digunakan dengan tujuan untuk * membuat aliran, susunan, kronologi, siri, kitaran,
plot, proses sesuatu perkara

Peta Pelbagai Alir digunakan untuk * mencari sebab dan akibat bagi sesuatu perkara dan *
menjelaskan kesan sesuatu perkara tersebut

Peta Titi digunakan untuk * mencari analogi yang boleh digunakan untuk menghubungkan
pelbagai perkara, dan * memikirkan perkaitan yang boleh diwujudkan bagi pelbagai perkara.

Você também pode gostar