Você está na página 1de 2

MODUL PONTENG SKSM

Aktiviti 2

SUDUT RISAU (ANXIETY CORNER)


Murid diberi peluang mengenalpasti sebab-sebab mereka ponteng seperti kehendak
keluarga, rakan, persekitaran sekolah dan guru. Dengn bantuan kaunselor, murid perlu
memastikan adakah sebab-sebab ponteng dapat dikategorikan seperti berikut:
1. Jelas sebagai penyebab perbuatan ponteng
2. Adalah pengalaman pahit baginya
3. Punca baginya membuat salahlaku yang lain selain ponteng
Seterusnya, kaunselor telah meminta murid menyatakan apa yang boleh dilakukan oleh
rakan, keluarga, guru dan sekolah ke atasnya bagi mengatasi masalah ponteng.
Pemerhatian
Melalui aktiviti ini, didapati murid lebih serius dan komited untuk benar-benar mereflek
factor rakan dan dalaman diri murid yang mengalami inferiority complex menyebabkan
mereka menyalahkan orang lain kerana tidak Berjaya menyesuaikan diri dalam
persekitaran sekolah. Oleh itu murid mengalami kesan emosi, akademik, mental dan
social kesan dari perbuatan mereka sendiri.
Refleksi
Sebilangan murid berpotensi untuk menghentikan perbuatan ponteng sekiranya apa
yang diingininya dilaksanakan oleh pihak yang menjadikan penyebab utama kepada
masalah pontengnya. Pada tahap ini, aktiviti 2, cuba mengisi perasan bersalah murid di
atas tindakannya dengan bimbingan kaunselor. Murid telah disedarkan samaada
tindakan ponteng mereka sesuai dilakukan esoran sebab-sebab tadi.

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SKSM 2016

Page 1

MODUL PONTENG SKSM


Lampiran 2
Sudut Risau ( Anxiety Corner)
Masa
Alatan
Peserta

: masa 1 jam
: Kertas Majong, Marker, Pita pelekat
: 8 orang

Objektif
Di akhir sesi, murid;
1. Mendapat peluang mengenalpasti sebab-sebab mereka ponteng
2. Mendapat peluang mengaitkan sebab-sebab tersebut dengan tindakan ponteng
3. Membuka minda klien adakah sesuai tindakan yang dilakukan atas sebab-sebab
itu.
Langkah-Langkah
1. Kaunselor menetukan sudut-sudut untuk dipilih oleh klien
a. Sudut sebab-sebab keluarga
b. Sudut sebab-sebab kawan-kawan
c. Sudut sebab-sebab sekolah
d. Sudut sebab-sebab guru
e. Sudut sebab-sebab saja-saja
f. Sudut sebab-sebab yang peserta saja yang tahu.
2. Setelah dikelompokkan, setiap kumpulan akan dipimpin seorang ketua
3. Ketua dikehendaki melakukan tugasana seperti biasa (panduan, arahan dan
prosuder kelompok)kemudian proses interaksi sijalankan. Antara persoalan
dan isu yang mesti ditimbulkan adalah :
a. Adakah dia jelas dengan sebab-sebab itu
b. Sejak bila gejala tersebut melanda dirinya
c. Pengalaman pahit yang menjdi penyebab
d. Selain daripada memilih ponteng, adakah cara lain yang pernah dibuat.
Nyatakan kalau dia sebagai ibu/bapa, guru besar/guru, apakah perasaan,
persepsi dan tindakan apabila melihat gejala ini?
e. Apakah sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa/guru besar/ guru ke atasnya
supaya tidak ponteng lagi
f. Kesan-kesan fizikal, emosi, akademik mental dan social yang dialami
daripada perbuatan ponteng ini.
4. Setelah interaksi selesai, fasilitator meminta setiap kumpulan membuat satu
resolusi yang paling minima sesuai dengan aspirasi kumpulan. Mohn elakkan
resolusi yang drastic.

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SKSM 2016

Page 2

Você também pode gostar