Você está na página 1de 11

Isu Pendidikan dan Kontroversi Sepanjang Tahun 2015

Selasa, Disember 29, 2015 Hal Guru, Hal Pelajar, Hal Sekolah No comments
Isu pendidikan dan kontroversi dalam dunia pendidikan di negara Malaysia sepanjang
tahun 2015. Jika tahun 2014, isu-isu seperti PT3, UPSR bocor dan juga kes buli yang
berlanjutan, tahun 2015 pula banyak dengan isu bencana, dasar baru Kementerian dan
penghargaan. Macam biasa, isu guru dan pendidikan memang menjadi perhatian
masyarakat umum di Malaysia. Maka jom kita soroti kembali isu-isu pendidikan dan
kontroversi sepanjang tahun 2015.

Banjir
Awal persekolahan 2015 dibuka dengan kisah banjir besar yang melanda beberapa
negeri di Malaysia. Sabah, Sarawak, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang
adalah antara beberapa negeri yang diuji pada tahun ini. Tapi serasanya, negeri yang
menerima kesan paling besar tentu lah negeri Kelantan.

SK Kuala Nal yang rosak teruk selepas banjir


Selain menyebabkan kemusnahan yang teruk, bencana juga menyebabkan banyak
fasiliti sekolah musnah teruk, sehingga sesi persekolahan 2015 terpaksa ditunda.
Beberapa liputan daripada sekolah yang terlibat cukup memilukan hati apabila melihat
buku sekolah, meja dan kerusi yang rosak teruk diselaputi lumpur merah.

Isu Rotan
Isu rotan kembali panas apabila dikeluarkan kenyataan bahawa merotan anak adalah
suatu kesalahan. Kenyataan media ini menarik ramai orang untuk memberikan
pendapat yang berbeza. Majoritinya tidak ramai yang menyokong dengan pelaksanaan
ini, sehingga keluar kenyataan, "Jangan samakan mendidik dengan mendera".

Hukuman rotan untuk anak adalah satu kesalahan

Ada juga yang mengatakan statement tersebut disalahertikan. Walau apa pun alasan
yang digunakan oleh pihak yang menyokong dan menentang, saya yakin pendekatan
rotan masih lagi relevan dalam mendidik anak. Apatah lagi Islam juga memasukkan
elemen merotan anak bagi tujuan mendidik, dengan garis panduan yang dinyatakan
dengan jelas.

Pembelajaran Abad ke 21

Antara perkara yang paling disebut untuk tahun 2015 ini adalah Pembelajaran Abad ke
21. Rasanya giat dipromosikan pada tahun ini bermula dengan susunatur kelas abad 21,
kemahiran yang perlu pelajar abad ke 21 kuasai dan juga ciri-ciri pembelajaran abad 21.
Beberapa sekolah telah dipilih sebagai sekolah penanda aras bagi abad 21.

Susunatur kelas abad ke 21


Antara kekangan yang sering diutarakan oleh para guru berkenaan dengan perkara ini
adalah fasiliti yang tidak menyokong serta bilangan murid yang terlalu ramai dalam
sesuatu kelas. Dengan susunan yang seperti dicadangkan, agak mustahil untuk
dipraktikkan di kelas dengan 35-45 orang pelajar.

Ranking Malaysia
Pada tahun ini juga sekali lagi sistem pendidikan Malaysia menerima tamparan selepas
ranking dikeluarkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development
(OECD) menunjukkan Malaysia hanya mampu berada di tangga ke 52 daripada 72 buah
negara yang dinilai menerusi Ujian TIMSS dan PISA.

Transformasi pendidikan Malaysia yang akan melonjakkan sistem pendidikan kita di


mata dunia
Negara-negara dengan asas pendidikan Confucian pula masih unggul berada di tangga
teratas, seperti Singapura, Jepun, Korea dan China. Manakala negara Vietnam pun
sudah mula melonjak ke tangga 16 untuk Matematik dan tangga ke-7 untuk Sains. Jauh
mengatasi pendidikan Malaysia. Sumber
Ranking yang dikeluarkan tersebut ternyata meresahkan ramai pihak. Namun,
diharapkan dengan beberapa transformasi pendidikan yang telah dijalankan, mampu
mengubah, sekali gus melonjakkan sistem pendidikan Malaysia setaraf dengan negara
luar.

Global Teacher Prize

Sekalipun ranking pendidikan Malaysia kelihatan sangat membimbangkan, namun kita


masih boleh berbangga dengan pencapaian guru-guru Malaysia di peringkat
antarabangsa. Awal tahun 2015, negara dikejutkan dengan pencapaian seorang guru
Malaysia, Cikgu Yasmin Noorul Amin yang telah berjaya disenaraikan antara 50 guru
terbaik dunia menerusi satu pertandingan guru, Global Teacher Prize.

Guru Malaysia tersenarai dalam Global Teacher Prize


Sekalipun gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya, pencalonan tersebut telah
membuka lebih banyak mata mengenai kualiti guru-guru yang dihasilkan negara kita.
Tambah menarik lagi, untuk Global Teacher Prize 2016, 2 orang lagi guru dari Malaysia
disenaraikan sebagai 50 terbaik, iaitu Cikgu Noor Jahan dan juga Cikgu Vanesri.
Semoga keduanya mampu mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Jerebu

Isu jerebu juga menarik banyak perhatian pada kali ini. Apatah lagi ketika musim jerebu
yang menjadi semakin teruk, dan sekolah diberikan cuti. Ada jugak lah pihak-pihak
yang tidak berpuas hati dengan keputusan KPM memberikan cuti kepada pihak guru
dan pelajar sehingga timbul komen-komen yang tidak sepatutnya di media
sosial. Ekoran daripada itu timbul pula tindakan balas di media sosial sehingga lah ada
yang menganggap guru sebagai pengasuh anak-anak.

Cuti sekolah kerana jerebu


Dalam kes ini, pada pendapat saya, wajar lah kedua-dua belah pihak bertindak dengan

lebih waras dan memahami usaha mendidik ini perlukan usaha rapat daripada ibubapa
dan juga para guru. Tidak baik sekiranya hubungan yang sepatutnya erat antara kedua
entiti ini menjadi bermasalah atas isu yang remeh. Keduanya patut saling sokong
menyokong.

Guru Tak Faham PBS

Saya rasa ini kontroversi yang paling panas sekali untuk warga pendidik di Malaysia
pada tahun ini, apabila keluar kenyataan bahawa kegagalan pelaksanaan PBS adalah
disebabkan oleh guru tak faham. Kenyataan yang dikeluarkan di kaca TV tersebut,
seterusnya diviralkan sedutan video tersebut serta mendapat respon yang sangat
negatif.

Statement yang mendapat respon pelbagai daripada pihak guru


Ramai yang mengecam kenyataan tersebut kerana setelah bertungkus lumus
menyediakan sedaya upaya keperluan seperti yang diharapkan, guru pula yang
dipersalahkan tidak memahami dan menjalankan kesemuanya dengan salah. '
Apatah lagi dengan pelbagai rungutan dan kemelut yang dihadapi sepanjang
pelaksanaan PBS, kenyataan seperti ini tentulah cukup membuatkan ramai guru yang
berkecil hati. Bukan sedikit usaha yang diberikan oleh guru dalam menyediakan semua
benda ini.

Acara Tayang Result


UPSR pada tahun ini juga berjalan dengan jauh lebih lancar berbanding tahun lepas.
Tetapi kontroversinya datang selepas itu. Apabila keputusan UPSR diumumkan
sebahagian pihak mula menayangkan result anak-anak yang mendapat keputusan
cemerlang. Maka mulalah mendapat reaksi yang berbeza daripada netizen.

Tahniah untuk adik-adik UPSR!


Ada yang menyelar tindakan tersebut yang dianggap masih awal untuk menilai
kemajuan seorang kanak-kanak dalam hidup. Ada juga menganggap ianya sesuatu yang
positif. Ada juga yang menasihatkan supaya anak-anak yang gagal juga diangkat dan
diberi motivasi untuk mendapatkan keputusan lebih baik lepas ini. Macam-macam.
Pada pendapat saya, memang susah untuk menggembirakan hati semua orang. Apatah
lagi jika berada di media sosial. Ada yang kadang-kadang tangannya jauh lebih laju
berbanding otaknya. Maka, pendekatan bersederhana adalah sangat dituntut.

Tahun Kedua PT3


Tahun kedua PT3 pula menyaksikan kurang kontroversi berbanding semasa mula
diperkenalkan pada tahun lepas. Soalan juga semakin berkualiti dan mantap, sesuai
dengan kehendak dan keperluan untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang boleh berfikir
dengan kemahiran berfikir aras tinggi.

PT3 perlu lari daripada orientasi peperiksaan


Cuma yang menjadi agak terkilan adalah apabila keputusan diumumkan dan
pencapaian sekolah-sekolah masih dibandingkan seolah-olah ianya masih
berorientasikan peperiksaan. Sedangkan tujuan mewujudkan PT3 adalah bagi
membolehkan kita lari sejauhnya daripada orientasi pendidikan. Integriti sesetengah
guru dan pihak sekolah juga dipersoalkan dalam membuat penilaian ini.
Semoga tahun-tahun mendatang akan membolehkan PT3 menjadi penilaian yang lebih
telus dan semakin dipercayai.

Ramal Sejarah SPM


Tahun ini juga soalan Sejarah SPM menjadi viral di internet kerana 'keanehan' nya.
Ramai yang merungut soalannya yang tidak seperti soalan peperiksaan untuk SPM.
Soalan seperti 'Ramalkan masa depan dunia' dan juga 'Ferdinand Magellan' merupakan
antara yang banyak diperkatakan, termasuk tidak masuk akal dan juga melampaui batas
KBAT yang dikehendaki. sumber

Soalan Sejarah SPM yang dikatakan bikin kontroversi


Pelbagai reaksi dan pendapat mengenai bentuk-bentuk soalan ini. Tapi saya yakin,
pihak yang terlibat dalam menghasilkan soalan-soalan ini sudah tentu sangat berusaha
keras dan bertungkus lumus untuk menghasilkan soalan yang terbaik.

Menteri Pelajaran Baharu

Tahun 2015 juga menyaksikan pertukaran Menteri Pelajaran baharu, iaitu Dato' Seri
Mahdzir Khalid yang menggantikan Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin. Pelantikan
beliau dah tentu menarik banyak perhatian dan harapan baru daripada warga pendidik.
Apatah lagi dengan latar belakang beliau sebagai seorang guru, juga dikatakan akan
lebih memahami fungsi dan tugas sebenar para guru.

Menteri Pelajaran baharu yang diharapkan dapat membawa sinar baru kepada warga
pendidik

Telahan itu mungkin ada benarnya juga. Antara perkara pertama yang disebutkan
beliau adalah mengurangkan beban tugas guru. Isu lama, tetapi diharapkan dapat
memberi sinar baharu kepada para pendidik. Isu lain yang disentuh adalah mengenai
pertukaran guru, terutamanya bagi guru-guru berpasangan yang terpisah. Dalam
kenyataan terbaru, lebih daripada 1848 daripada 7000 pasangan telah berjaya
disatukan kembali. sumber
Dah tentu itu suatu usaha yang sangat baik dalam mengharmonikan jiwa pendidik
dalam memberikan usaha terbaik untuk berbakti. Diharapkan juga semoga pertukaran
guru-guru bujang yang berada di wilayah berbeza (Semenanjung - Sabah/ Sarawak)
untuk tempoh yang melebihi 5 / 6 tahun juga diberi pertimbangan sewajarnya.

Tragedi Guru

Beberapa kejadian buruk yang melibatkan guru juga ada berlaku pada tahun ini. Yang
paling terkesan tentulah kejadian guru yang maut ditimpa tayar lori bauksit di Pahang.
Dengan segala kontroversi bagi kes bauksit tersebut, kemalangan seperti ini ternyata
adalah akibat yang sudah dijangka-jangka. Semoga kejadian yang berlaku memberi
kesedaran kepada pihak terlibat untuk bertindak menangani masalah dengan segera.
Sumber

Kemalangan maut guru dihempap tayar lori bauksit

Gelombang ke-2 PPPM


Tahun 2015 juga menyaksikan persediaan yang lebih hebat dalam usaha
mentransformasikan sistem pendidikan Malaysia. Dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia juga kita sedang bergerak ke arah Gelombang Ke-2, iaitu ke arah

memacu peningkatan sistem.

Gelombang Ke-2 PPPM yang akan memacu peningkatan dan penambahbaikan sistem
Gelombang Ke-2 akan lebih memfokuskan kepada pergerakan guru dan pengetua/guru
besar kepada pakej kerjaya baharu dan penstrukturan semula kementerian. Selain itu,
dalam tempoh ini juga KSSR dan KSSM akan disemak semula bagi membolehkan ianya
sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.
Tahun 2016 pula akan diperkemaskan lagi dengan program baharu seperti DLP dan
juga HIP. DLP (Dual Language Programme) akan melibatkan 300 buah sekolah yang
memohon dan berkemampuan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran bagi
subjek Sains, Matematik, ICT dan Rekabentuk Teknologi dalam Bahasa Inggeris.
Manakala HIP (High Immersive Programme) pula akan melibatkan sekolah-sekolah di
negeri Perlis, Perak, dan beberapa lagi negeri untuk permulaan. Ianya merupakan
program meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris melalui penggunaan dalam
komuniti sekolah dengan mengambil pendekatan fokus kepada pengupayaan sekolah,
oleh sekolah, dan untuk sekolah.

Semoga dengan perkongsian isu pendidikan dan juga kontroversi pendidikan yang
berlaku sepanjang tahun 2015 ini mampu memberi kita pengajaran dan juga inspirasi
untuk bekerja dengan lebih bersemangat pada tahun 2016.

Você também pode gostar