Você está na página 1de 2

Anda telah mempelajari cara mengakses maklumat.

Adakah anda masih bermasalah


untuk mencari bahan ilmiah untuk digunakan dalam penulisan esei (Tugasan 1). Jika
masih ada, apakah tindakan anda?
NOTA: SETIAP KUMPULAN SILA MEMBAWA SEKURANG-KURANG 3 BAHAN
ILMIAH BERKAITAN TAJUK PENULISAN ANDA KE KELAS MINGGU 4. TK

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam satu malaysia...


Pada minggu ke-4, saya telah mempelajari pelbagai cara dalam mencari bahan
ilmiah untuk dijadikan sumber rujukan bagi penulisan ilmiah saya. Saya berterima
kasih kerana dapat belajar perkara baru yang saya tidak pernah tahu.
Walaubagaimanapun, masih mempunyai masalah dalam mencari bahan ilmiah
yang bersesuai dengan tajuk penulisan ilmiah saya.
Pertama adalah masalah penggunaan internet atau Wifi. Masalah ini adalah masalah yang
selalu dihadapi dalam kalangan mahasiwa di universiti kerana selalu berlakunya
gangguan pada sistem wifi menyebabkan pelajar tidak dapat mengakses maklumat yang
dikehendaki terutamanya melalui maklumat elektronik.
Kedua adalah bahasa iaitu penggunaan bahasa yang sukar untuk difahami juga menjadi
masalah kepada pelajar terutamanya pelajar yang tidak begitu baik dalam bahasa
inggeris.
Ini kerana banyak bahan ilmiah terutama di internet adalah berbahasa inggeris dan ini
menyukarkan kepada para pelajar untuk memahami dan melakukan penulisan.
Ketiga adalah kekurangan bahan ilmiah. Masalah ini juga sering berlaku kerana sumber
buku ilmiah yang terdapat di perpustakaan adalah terhad menyebabkan pelajar terpaksa
menunggu atau menempah buku yang hendak dipinjam.
Tindakan saya untuk mengatasi masalah ini adalah saya membeli internet sebulan untuk
memudahkan saya mengakses maklumat yang dikehendaki melalu internet kerana banyak
bahan ilmiah yang boleh diperolehi melalui internet(maklumat elektronik) sama dari
dalam negara atau luar negara.
Selain itu, saya juga cuba untuk pergi ke perpustakaan lebih awal untuk mencari dan
meminjam buku yang berkaitan dengan tajuk penulisan ilmiah saya kerana sumber buku
ilmiah yang ada di perpustakaan sangat terhad.
Manakala, saya juga cuba untuk bertanya atau minta tunjuk ajar daripada orang lain yang
pandai berbahasa inggeris untuk membantu saya dalam memahami sesuatu artikal atau
bahan ilmiah yang berbahasa inggeris dan saya juga cuba untuk meningkatkan kemahiran
saya dalam bahasa inggeris.

Kesimpulannya, itu saja yang saya boleh katakan mengenai masalah dan tindakan yang
perlu diambil dalam memudahkan kita melakukan penulisan yang baik.
Jika salah tolong betulkan,
Sekian terima kasih.

Você também pode gostar