Você está na página 1de 57

JABATAN PENDIDIKAN

NEGERI MELAKA

MODUL PUNCAK

SEJARAH STPM
KERTAS 2

SEJARAH ISLAM
( 500 - 1918 )

PENGGAL 2
Edisi 2016

Modul Puncak Sejarah Penggal 2 : Edisi 2016


Negeri Melaka

Duduk dari kiri :

Ahli Panel Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2,, 2016

1.

Encik Noordin b.Ambon

SMK Lubok China

3.

Encik Mohd. Yusri b. Seman

SMK Munshi Abdullah

Encik Abd. Rashid b. Mohd Salleh

SMK Pulau Sebang

2.
4.
5.
6.
7.

Encik Jumali b. Rasikun

Tuan Haji Bahari b. Drus

Encik Shaharum b. Husain


Encik Bakhtiar b. Bahir

SMK Seri Tanjong

SMK Tun Haji Abdul Malek


SMK Infant Jesus Convent
Conven
SMK Seri Kota

Berdiri dari kiri :


8.

Cik Sim Swee Neo

10.

Puan Rodziah bt.Asmuni


Asmuni

9.

11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

SMK Tinggi Melaka

Puan Norazizah bt. Mohd. Khalid

SMK Datuk Bendahara

Puan Norhayati bt. Rambeli

SMK Dato Haji Talib Karim

Puan Aidah bt. Md. Said

SMK Dato Abdul Rahman Yaakub


SMK Seri Mahkota

Puan Khadijah bt. Baharudin

SMK Sultan Iskandar Shah

Encik Tan Soo Chok

SM Teknik Melaka

Encik N. Rajendran Nallatamby


Puan Siti Salwah bt. Majid

SMK St. Francis

SMK Bukit Baru

Puan Norhayati bt. Mohd


Mohd. Kassim

SMK Sultan Alauddin

Puan Siti Suhana bt. Tumin

SMKA Sultan Muhammad

Puan Kang Hwa Lih

Puan Khatijah bt. Arwan

SMK Tinggi Perempuan Melaka


SMK Munshi Abdullah

Modul Puncak Sejarah Penggal 2 Edisi 2016


Negeri Melaka

PENGETAHUAN
Fakta, Idea, Konsep,
Tema

RUBRIK PENSKORAN SEJARAH STPM


8

6-7

4-5

2-3

0-1

Penguasaan subjek
soalan luas dan
mendalam.

Penguasaan subjek soalan


agak luas tetapi kurang
mendalam.

Menguasai subjek soalan,


tetapi keluasan dan
kedalamannya terbatas

Hanya mengetahuai subjek


soalan secara kabur

Tiada pengetahuan subjek


soalan

Maklumat utama, bukti


sokongan dan pendetailan
terbatas, hanya
sebahagiannya tepat,
relevan, menyumbang
kepada kedalaman
jawapan.

Maklumat utama, bukti


sokongan sangat terhad dan
tidak mendasar, ada yang
kurang tepat, kurang relevan,
dan tidak membantu calon
menjawab soalan secara
memuaskan.

Gagal menyediakan
maklumat utama dan bukti
sokongan. Hanya
membuat kenyataan
umum, banyak tidak tepat,
tidak relevan, dan gagal
menyediakan maklumat
yang diperiukan bagi
menjawab soalan.

Kesilapan fakta kurang


ketara, tetapi agak
mencacatkan ketepatan
jawapan

Kesilapan agak ketara.


sehingga banyak kecacatan
dari segi ketepatan jawapan

Kesalahan amat ketara,


dan mencacatkan
ketepatan keseluruhan
jawapan

Menyediakan
maklumat utama, bukti
sokongan dan
pendetailan amat
memadai, tepat,
relevan, dan amat
membantu calon
menjawab soalan
secara terperinci dan
mendalam.
Kesilapan fakta amat
minimum, sama sekali
tidak mencacatkan
ketepatan jawapan

Menyediakan maklumat
utama, bukti sokongan
dan pendetailan agak
memadai, majoritinya
tepat, relevan, dan
membantu menjawab
soalan secara mendalam.

Kesilapan fakta
minimum, tidak
mencacatkan ketepatan
keseluruhan jawapan

Modul Puncak Sejarah Penggal 2 Edisi 2016


Negeri Melaka

TAAKULAN
Kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis,
evaluasi

6
Membina hujahan
teras secara logical
merujuk sepenuhnya
kepada kehendak
soalan - idea yang
dikembangkan
sebagaj respon
terhadap soalan,
kupasan isu
disandarkan pada
banyak contoh, fakta,
pendetailan yang
relevan menyebabkan
penaakulan sangat
mantap
Eviden dalam
hujahan amat relevan

0-2

Membina hujahan
teras merujuk kepada
kehendak soalankupasan
menggunakan
beberapa contoh, fakta
dan pendetailan yang
menyumbang kepada
taakulan yangagak
mantap

Pembinaan hujahan
teras merujuk secara
longgar kepada
kehendak soalankupasan idea yang
dikembangkan
berdasarkan bukti
terbatas, tetapi hujahan
agak koheren

Hujahan teras tidak jelas


dan hanya merujuk secara
longgar kepada soalankupasan idea hanya
berdasarkan sedikit bukti
menyebabkan hujahan
kurang koheren

Tiada hujahan teras,


kenyataan kabur dan
tidak jelas dan tidak
merujuk kepada
kehendak soalan kupasanidea yang
dikembangkan tidak
didasarkan bukti.

Eviden dalam hujahan


kebanyakannya
relevan

Sebahagian kecil eviden


kurang relevan

Ada eviden yang relevan,


tetapi kebanyakannya
lemah

Tiada eviden yang


relevan dalam hujahan

ii

KOMUNIKASI
Susunan wacana,
binaan tesis,
penyampaian isi,
fokus perbincangan,
penegasan wacana,
rumusan dan
kesimpulan

Modul Puncak Sejarah Penggal 2 Edisi 2016


Negeri Melaka

0-2

Susunan idea amat


logikal, analitikal,
teratur dan sesuai
kehendak soalan

Susunan idea logikal,


agak analitikal dan
tersusun sesuai
kehendak soalan
Penyampaian idea
jelas dan licin, tetapi
ada kesilapan ayat dan
tatabahasa yang
minimum.

Susunan idea kurang


logical, sangat deskriptif
dan tidak tersusun tetapi
tidak lari dari kehendak
soalan

Susunan idea tidak


logikal, dan tidak
tersusun lari dari
kehendak soalan

Penyampaian idea
amat jelas dan licin
menerusi ayat dan
tatabahasa yang
kemas.

Susunan idea secara


deskriptif, kurang
logical , tetapi tersusun
dan tidak lari dari
kehendak soalan
Penyampian idea kurang
jelas dan melompat,
kesilapan ayat dan
tatabahasa agak ketara.

Penyampaian idea kabur,


ada pengulangan dan
kesilapan ayat dan
tatabahasa ketara

Idea yang disampaikan


menyimpang, dipenuhi
kesilapan ayat dan
tatabahasa

Idea utama dalam


perenggan bertalian,
tetapi sebahagianya
kurang berkaitan
membentuk idea
keseluruhan yang agak
teratur

Idea utama dalam


perenggan banyak yang
tidak bertalian dan kurang
membantu pembentukan
idea keseluruhan secara
lancar

Perenggan tiada idea


utama, hanya kenyataan
umum yang tidak
terangkai dan binaan
idea keseluruhan tidak
teratur

Idea-idea utama
dalam perenggan
terangkai secara
bertalian membentuk
idea keseluruhan
yang padu
Wacana terfokus
pada tesis :
menunjukkan
kefahaman mendalam
terhadap pengetahuan
dan kehendak soalan
Mensintesis idea
keseluruhan secara
jitu sehingga rumusan
dan kesimpulan amat
padu.

Idea utama dalam


perenggan terangkai
secara bertalian
membentuk idea
keseluruhan yang
kemas
Wacana terfokus pada
tesis : menunjukkan
kefahaman tertiadap
pengetahuan dan
kehendak soalan

Wacana kurang terfokus


pada tesis :
menunjukkan
kefahaman tidak
sepenuhnya terhadap
pengetahuan dan
kehendak soalan

Wacana tidak banyak


terfokus pada tesis :
menunjukkan kefahaman
rendah terhadap
pengetahuan dan kehendak
soalan

Sintesis idea
keseluruhan agak jitu
sehingga rumusan dan
kesimpulan agak padu.

Sintesis idea
keseluruhan kurang jitu
menyebabkan rumusan
dan kesimpulan longgar.

Sintesis idea keseluruhan


longgar sehingga rumusan
dan kesimpulan tidak jelas.

Wacana tidak terfokus


pada tesis :
menunjukkan ketiadaan
kefahaman terhadap
pengetahuan dan
kehendak soalan
Sintesis idea
keseluruhan sangat
longgar sehingga
rumusan dan
kesimpulan tidak
relevan.
iii

Modul Puncak Sejarah Penggal 2 : Edisi 2016


Negeri Melaka

KERTAS 2 : SEJARAH ISLAM ( 500-1918M )

SOALAN SEBENAR TAHUN 2015 (UP2)


No.
Soalan

Soalan

Bincangkan sumbangan Khalifah Abu Bakar dalam


membanteras golongan ar-Riddah.

2
3
4
5
6

Sukatan Pelajaran
No.
No. Tajuk
Subtajuk
1

1.5.2

Nilaikan kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih dalam


bidang ketenteraan pada abad ke-15 Masihi.

1.7.3

Nilaikan sumbangan
penerokaan.

2.5

2.4

3.3

3.5

Huraikan cirri seni bina Islam di Andalusia pada abad


ke-13 Masihi.
al-Masudi

dalam

bidang

Terangkan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di


Syria pada awal abad ke-20.

Huraikan faktor yang menyumbang pembentukan


negara bangsa Mesir pada abad ke-20.

SOALAN SEBENAR TAHUN 2015 (P2)


No.
Soalan
1
2
3
4
5
6

Soalan
Sejauh manakah masyarakat Arab jahiliah dianggap
sebagai masyarakat yang tidak bertamadun?

Bincangkan pembaharuan politik dan ekonomi yang


dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a
semasa pemerintahannya.
Bincangkan pengurusan sumber
zaman Khulafa al-Rasyidin.

baitulmal

pada

Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Mahkota


Alam, institusi pendidikan dikatakan tumbuh bagai
cendawan selepas hujan. Jelaskan.
Bincangkan faktor peluasan kuasa Barat terhadap
pemerintahan kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-18
Masihi hingga abad ke-20 Masihi.
Galurkan penglibatan khalifah Uthmaniyah dalam
Perang Dunia Pertama.

Sukatan Pelajaran
No.
No. Tajuk
Subtajuk
1

1.1

1.5.2

2.1.2

2.2.2

3.1

3.4

Modul Puncak Sejarah Penggal 2 : Edisi 2016


Negeri Melaka

SOALAN SEBENAR TAHUN 2014 (UP2)


No.
Soalan
1
2
3
4
5
6

Soalan
Bincangkan pelaksanaan
Khalifah al-Rasyidin.

syura dalam

pemilihan

Bincangkan hubungan diplomatik yang berlaku pada


zaman Nabi Muhammad SAW.

Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh


Maharaja
Akbar
bagi
memantapkan
sistem
pemerintahannya.
Nilaikan sumbangan pemikiran Ibnu Khaldun tentang
peradaban manusia.

Bincangkan
peranan
gerakan
Islah
dalam
membangkitkan kesedaran politik di Mesir pada abad
ke-19 dan abad ke-20 Masihi.
Bincangkan faktor luaran yang membawa kepada
kemunculan negara bangsa di Turki.

Sukatan Pelajaran
No.
No. Tajuk
Subtajuk
1

1.5.1

1.8.1

1.6.2

2.3.2

3.3

3.5

SOALAN SEBENAR TAHUN 2014 (P2)


No.
Soalan

Soalan

Analisiskan pembaharuan dari aspek politik yang


dilaksanakan oleh Umar bin Abdul Aziz setelah beliau
dilantik sebagai khalifah Bani Umayyah.

2
3
4
5
6

Sukatan Pelajaran
No.
No. Tajuk
Subtajuk
1

1.5.2

Jelaskan strategi peperangan yang digunakan oleh


tentera Islam dalam Perang Khandak dan Badar.

1.7.2

Jelaskan sumbangan Ibnu Battutah dalam bidang


penjelajahan dan penerokaan.

2.1.1

2.4

3.3

3.5

Bincangkan konsep ekonomi Islam di Madinah


semasa zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.

Sejauh manakah golongan intelektual berperanan


dalam menyemarakkan gerakan nasionalisme di Mesir
pada abad ke-20 Masihi.
Huraikan faktor dalaman yang mempercepatkan
pembentukan negara bangsa di Turki dari tahun 1856
sehingga tahun 1918.

Modul Puncak Sejarah Penggal 2 : Edisi 2016


Negeri Melaka

SOALAN SEBENAR TAHUN 2013 (UP2)


No.
Soalan

Soalan

Bincangkan kemunculan golongan baharu dalam


masyarakat Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin.

2
3
4
5
6

Bincangkan ciri kepimpinan yang dimiliki oleh Sultan


Muhammed al-Fateh.

Bincangkan
peranan
Acheh
sebagai
pusat
perkembangan ilmu di Nusantara pada abad ke-16
Masihi.
Nilaikan sumbangan
pelayaran.

Ibn

Majid

dalam

bidang

Aspek pendidikan merupakan aspek yang penting


dalam kemunculan semangat nasionalisme di Mesir
pada abad ke-20. Berikan ulasan anda terhadap
pernyataan tersebut.

Berikan ulasan anda tentang penglibatan Khalifah


Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

Sukatan Pelajaran
No.
No. Tajuk
Subtajuk
1

1.2

1.7.3

2.2.2

2.4

3.3

3.4

SOALAN SEBENAR TAHUN 2013 (P2)


No.
Soalan

Soalan

Bincangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab


jahiliah sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW.

2
3
4
5
6

Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh


Nabi Muhammad SAW selepas baginda berjaya
menubuhkan negara Islam di Madinah.
Sejauh manakah kegiatan ekonomi masyarakat
Malaysia pada hari ini merupakan cerminan kepada
kegiatan ekonomi penduduk Melaka pada zaman
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

Sumbangan Ibn Sina dalam bidang perubatan telah


memberi impak yang besar kepada masyarakat pada
hari ini. Bincangkan penyataan tersebut.
Analisiskan
faktor
perkembangan
semangat
nasionalisme pada awal abad ke-20 Masihi di Syria.
Analisiskan faktor politik dan pengaruh luar yang
menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah
pada awal abad ke-20 Masihi.

Sukatan Pelajaran
No.
No. Tajuk
Subtajuk
1

1.1

1.4

2.1.1

2.3.2

3.3

3.5

JABATAN PENDIDIKAN
MELAKA

SEJARAH ISLAM
500-1918

ANALISIS SOALAN TAHUN 2013-2015


DAN FOKUS 2016

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMRINTAHAN, PERTAHANAN, DAN PERHUBUNGAN LUAR


TEMA
1

TAJUK
1.1 Masyarakat Jahiliah

1.2 Pembinaan Masyarakat


Islam Di Mekah

Pembentukan
Masyarakat Islam Di
Madinah.

HASIL PEMBELAJARAN
Konsep dan struktur
masyarakat Jahiliah

Konsep Ummah dan


perkembangan masyarakat
Islam

STPM
2013
S3

SOALAN

Bincangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab


Jahiliah sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW

2015
S1

FOKUS
2016

2013
UP2
S1

Bincangkan kemunculan golongan baharu dalam


masyarakat Islam pada zaman khulafa ar-Rashidin

FOKUS
2016

Huraikan peranan Muhajirin dan Ansar dalam dalam


perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad
S.A.W.

2013
S2

Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh


Nabi Muhammad SAW selepas baginda berjaya
menubuhkan Negara Islam di Madinah.

Konsep UMMAH

Sejauhmanakah masyarkat Arab Jahiliyah dianggap


masyarakat yang tidak bertamadun sebelum kerasulan
Nabi Muhamad SAW
Sejauhmanakah agama Wathani mendominasi agama
dan kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah.

Perkembangan
Masyarakat Islam

1.3 Sistem Pemerintahan

Piagam Madinah
Struktur Pemerintahan Di
Madinah

Kandungan dan peranan


Piagam Madinah
Struktur pemerintahan di
Madinah

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

FOKUS
2016

1.4

Kepimpinan Nabi
Muhammad SAW

FOKUS
2016

Ciri-ciri Kepimpinan Nabi


Muhammad SAW

Bukti Nabi Muhammad


SAW Sebagai Seorang
Negarawan

1.5 Institusi Khalifah

Ciri-ciri kepimpinan Nabi


Muhammad SAW

Pemilihan Khalifah
Sumbangan Khalifah /
Tokoh

Konsep dan ciri-ciri


khalifah
Kaedah pemilihan khalifah
Menilai sumbangan tokoh :
1. Khalifah Abu Bakar
2. Khalifah Umar alKhattab
3. Khalifah Umar Abdul
Aziz
4. Khalifah Harun alRasyid

2014
S1

2014
UP2
S1

2015
S2

2015
UP2
S1

Huraikan faktor-faktor yang mendorong pembentukan


Piagam Madinah
Sejauh
manakah
Piagam
Madinah
berjaya
menyatukan penduduk Madinah pada zaman Nabi
Muhammad S.A.W.
Bincangkan aspek kepimpinan Nabi Muhammad
S.A.W dalam bidang ketenteraan semasa baginda
mengetuai pemerintahan Negara Islam di Madinah.
Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja seorang Nabi
dan Rasul tetapi juga seorang negarawan.
Bincangkan pernyataan ini.

Analisiskan pembaharuan dari aspek politik yang


dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz setelah dilantik
sebagai khalifah kerajaan Bani Umayyah
Bincangkan pelaksanaan Syura dalam pemilihan
Khalifah al- Rasyidin
Bincangkan pembaharuan politik dan ekonomi yang
dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a
semasa pemerintahannya.
Bincangkan sumbangan Khalifah Abu Bakar dalam
membanteras golongan ar-Riddah.

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

1.6

Bentuk Pemerintahan
Pemerintahan Pusat dan
Wilayah
Sistem Pemerintahan Raja
/ Sultan / Amir

1.7 Pertahanan dan


Pembukaan Wilayah

Jihad
Peperangan
Kepimpinan

FOKUS
2016

Nilaikan sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid sepanjang


pemerintahannya pada zaman kerajaan Abbasiyah
Nilaikan sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
sepanjang pemerintahannya sebagai khalifah pertama
kerajaan Khulafa al-Rasyidin

Pemerintahan struktur
pemerintahan dan
pentadbiran pusat dan
wilayah pada zaman
Khalifah al-Rasyidin ( abad
ke- 7 ) dan Khalifah
Uthmaniyyah ( abad ke 1617 )
Sistem pemerintahan
raja/sultan dan amir di
Andalusia ( abad ke- 13)
dan di India ( abad ke- 1617 )

2015
UP2
S3

Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh


Maharaha
Akbar
bagi
memantapkan
pemerintahannya.

Pengertian Jihad, Etika dan


strategi peperangan pada
zaman Nabi Muhammad
SAW dan Khalifah alRasyidin ( abad ke-7 )

UP2
2013

Bincangkan ciri kepimpinan yang dimiliki oleh Sultan


Muhammed al-Fateh

Menilai sumbangan tokoh :


1. Salehuddin al- Ayyubi
2. Sultan Muhammad alFatih

2014
S2
2015
UP2
S2
FOKUS
2016

Jelaskan strategi yang digunakan oleh tentera Islam


dalam Perang Khandak dan Perang Badar

Nilaikan kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih


dalam bidang ketenteraan pada abad ke-15 Masihi.

Bincangkan konsep Jihad dan jenis-jenis Jihad


menurut Islam.

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

1.8 Perhubungan Luar

Diplomatik
Naungan
Perjanjian

Bentuk perhubungan luar


melalui :

Diplomatik pada zaman


Nabi Muhammad SAW dan
Khalifah al-Rasyidin ( abad
ke- 7 )
Naungan pada zaman
Khalifah al-Rasyidin dan
Khalifah Umayyah ( abad
ke- 7-8 )

Perjanjian pada zaman


Khalifah Abbasiyah ( abad
ke- 9-13 ) dan Khalifah
Uthmaniyah ( abad ke- 1719 )

2014
UP2
S2
FOKUS
2016

Bincangkan hubungan diplomatic yang berlaku pada


zaman Nabi Muhammad SAW

Bincangkan kepentingan perjanjian yang telah


ditandatangani pada zaman Kerajaan Abbasiyah pada
abad ke 9 hingga 13 masihi.

Bincangkan kepentingan perjanjian yang telah


ditandatangani pada zaman Kerajaan Uthmaniyah
pada abad ke 17 hingga 19 masihi.

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN :


TEMA
2

TAJUK
2.1 Ekonomi

HASIL PEMBELAJARAN

Sistem Ekonomi
Institusi Ekonomi

2.2 Pendidikan

Konsep dan Matlamat


Pendidikan Islam
Falsafah dan Ciri-ciri
Pendidikan Islam Zaman
Kerajaan Umaiyyah dan
Abbasiyah

Konsep dan ciri-ciri


ekonomi Islam pada
zaman Nabi Muhammad
SAW ( abad ke- 7 )
Kegiatan ekonomi pada
zaman Abbasiyah ( abad
ke- 11-13 ) dan
Kesultanan Melayu
Melaka ( abad ke- 15 )
Peranan Institusi Ekonomi
1. Baitulmal
2. Cukai
3. Zakat
pada zaman Khalifah alRasyidin ( abad ke-7-8 )
dan Khalifah Abbasiyah (
abad ke- 9-11)

Falsafah dan ciri-ciri


pendidikan Islan pada
zaman Khalifah Umayyah
(abad ke- 7-8 ) dan
Khalifah Abbasiyah ( abad
ke- 11-12 )

TAHUN

SOALAN

2013
S3

2014
S3

2015
S3

FOKUS
2016

2013
UP2
S3

2015
S4

Sejauhmanakah kegiatan ekonomi masyarakat


Malaysia pada hari ini cerminan kepada kegiatan
ekonomi penduduk Melaka pada zaman peperintahan
Kesultanan Melayu Melaka
Bincangkan konsep ekonomi Islam di Madinah
semasa zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW
Bincangkan pengurusan sumber Baitulmal pada
zaman Khulafa al-Rasyidin.
Perkembangan Baitulmal pada zaman khalifah arRasyidin
meningkatkan
pendapatan
negara.
Bincangkan

Jelaskan
sumber-sumber
Baitulmal
dan
pelaksanaannya semasa zaman pemerintahan Khalifah
Umar al-Khattab
Bincangkan sistem percukaian pada zaman kerajaan
Bani Abbasiyah pada abad ke 9 hingga 11 Masihi.
Bincangkan
peranan
Acheh
sebagai
pusat
perkembangan ilmu di Nusantara pada abad ke- 16
Masihi
Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Mahkota
Alam, institusi pendidikan dikatakan tumbuh bagai
cendawan selepas hujan. Jelaskan.

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

Perkembangan Pendidikan

2.3 Perkembangan Intelektual

Institusi pendidikan :
halaqah, masjid/surau,
pondok madrasah, istana
dan universiti, sistem
pendidikan; fardhu ain
dan fardhu kifayah serta
kaedah pengajaran dan
pembelajaran pada zaman
Mesir ( abad ke-8 ) dan
Acheh ( abad ke- 16-17 )

FOKUS
2016

Huraikan sistem pendidikan pada zaman kerajaan


Bani Umaiyah pada abad ke 7 hingga 8 Masihi.

Perkembangan ilmu Naqli


dan Aqli pada zaman
Khalifah Abbasiyah ( abad
ke- 11-13 ) dan Khalifah
Umayyah di Andalusia

2013
S4

Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang perubatan telah


memberikan impak yang besar kepada masyarakat
hari ini. Bincangkan pernyataan tersebut.

2014
S4

Nilaikan sumbangan Ibn Khaldun tentang peradaban


manusia.

FOKUS
2016

Nilaikan jasa dan sumbangan imam al-Ghazali dalam


tamadun Islam

Perkembangan Ilmu

Sumbangan Tokoh-tokoh
Intelektual Islam

( abad ke- 11-13 )


Sumbangan tokoh :
1. Al- Khawarizmi
2. Ibn Sina
3. Al-Ghazali
4. Ibn Khaldun
Pada zaman Khalifah
Abbasiyah (abad ke- 8-13)
dan Mesir ( abad ke- 15 )

Nilaikan sumbangan al-Khawarizmi dalam bidang


Matematik
Bincangkan faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai
pusat perkembangan intelek pada zaman kerajaan
Bani Abbasiyah.

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

2.4 Penerokaan

Konsep Penerokaan

Sumbangan Tokoh

2.5 Seni Bina

Pengertian Seni Bina dan


Ciri-ciri Utama seni Bina
Islam

Sumbangan tokoh :
1. Al- Masudi
2. Ibn Majid
3. Ibn Battutah

Pada zaman Khalifah


Umayyah ( abad ke- 7-8),
Abbasiyah ( abad ke- 9-13)
dan Andalusia ( abad ke- 14 )

Ciri-ciri senibina di
Andalusia (abad ke- 13)
dan India (abad ke- 16-17)

UP2
2013
S4
2014
S4

Nilaikan sumbangan
pelayaran.

Jelaskan sumbangan Ibn Battutah dalam bidang


penjelajahan dan penerokaan.

Ibn Majid dalam bidang

2015
UP2
S4

2015
Up2
S3

Huraikan ciri-ciri seni bina Islam di Andalusia pada


abad ke-13 Masihi

Huraikan ciri-ciri seni bina Islam pada zaman


kerajaan Moghul di India pada abad 16-17 M.

FOKUS
2016

Nilaikan sumbangan
penerokaan.

al-Masudi

dalam

bidang

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


TEMA
3

TAJUK
3.1 Peluasan Kuasa Barat

Kemerosotan Kerajaan
Uthmaniyah

Pemerintahan Di Mesir Pada


Abad Ke- 19 -20

TAHUN

SOALAN

2013
S6

2015
S5

Reaksi masyarakat di Mesir


dan di Algeria pada abad
ke- 19-20.

FOKUS
2016

Faktor kemunculan gerakan


nasionalisme :
1. Pengaruh agama
2. Peranan Bahasa dan
kesusasteraan
3. Pengaruh
kewartawanan
4. Peranan Pendidikan
5. Peranan golongan
intelektual
6. Pengaruh Luar
di Mesir dan Syria pada
abad ke 20.

2013
S5

Pemerintahan Di Algeria
Pada Abad Ke 19 -20

3.3 Gerakan Nasionalisme

Faktor-faktor peluasan
kuasa Barat pada zaman
Khalifah Uthmaniyah
( abad ke- 18-20 )

Faktor-faktor Peluasan
Kuasa Barat Terhadap
Kerajaan Uthmaniyah

3.2 Reaksi Masyarakat Tempatan

HASIL PEMBELAJARAN

Faktor-faktor Kemunculan
Gerakan Nasionalisme Di
Mesir dan Syria Pada Abad
Ke- 20

UP2
2013
S5

2014
S5

Analisiskan faktor politik dan pengaruh luar yang


menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah
pada awal abad ke 20 M.
Bincangkan Faktor Peluasan Kuasa Barat Terhadap
Pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah Pada Abad Ke18 Masihi Hingga Abad Ke-20 Masihi.
Bincangkan
kebangkitan masyarakat Algeria
terhadap penjajahan Perancis pada abad ke-19
hingga abad ke-20.
Bincangkan reaksi masyarakat Mesir terhadap
penjajahan Barat pada abad ke-19 hingga abad ke20 M.
Analisiskan faktor-faktor perkembangan semangat
nasionalisme pada awal abad ke- 20 masihi di Syria.
Aspek pendidikan merupakan aspek yang penting
dalam kemunculan semangat nasionalisme di Mesir
pada abad ke- 20 masihi. Berikan ulasan anda
tentang pernyataan tersebut.
Sejauhmanakah golongan intelektual berperanan
dalam menyemarakkan gerakan nasionalisme di
Mesir pada abad ke-20 masihi.

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

2014
UP2
S5
2015
UP2
S5
FOKUS
2016

3.4 Perang Dunia Pertama

Kemelut Perang Dunia


Pertama
Penglibatan Kerajaan
Utmaniyah Dalam Perang
Dunia Kedua
Penyelesaian Perang Dunia
Pertama

Penglibatan Khalifah
Uthmaniyah dalam Perang
Dunia Pertama (abad ke20)

UP2
2013
S6
2015
S6

Bincangkan
peranan gerakan
Islah dalam
membangkitkan kesedaran politik di Mesir pada abad
ke- 19 dan 20 Masihi.
Terangkan faktor kemunculan gerakan nasionalisme
di Syria pada awal abad ke-20.
Nilaikan sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam
gerakan pembaharuan Mesir pada abad ke- 19 M.
Bincangkan
faktor-faktor
yang
mendorong
kemunculan semangat nasionalisme di Mesir pada
abad ke- 20 M.

Berikan ulasan anda tentang penglibatan Khalifah


Uthmaniyah dalam Perang Dunia Kedua.

Galurkan penglibatan khalifah Uthmaniyah dalam


Perang Dunia Pertama.

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

3.5 Pembentukan Negara Bangsa

Disediakan Oleh :

Kemunculan Konsep Negara


Bangsa
Faktor-faktor Pembentukan
Negara Bangsa
Pembentukan Negara
Bangsa di Dunia Islam

Faktor-faktor pembentukan
negara bangsa Turki dan
Mesir ( abad ke- 20 )

2014
S6
2014
UP2
S6
2015
UP2
S6

Huraikan
faktor-faktor
dalaman
yang
mempercepatkan pembentukan negara bangsa di
Turki dari tahun 1856 sehingga tahun 1918
Bincangkan
faktor luaran yang
kemunculan negara bangsa di Turki

membawa

Huraikan faktor yang menyumbang pembentukan


negara bangsa Mesir pada abad ke-20.

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

KELEMAHAN-KELEMAHAN UTAMA JAWAPAN CALON


1.

KELEMAHAN UTAMA :
a.
b.

2.

Penguasaan fakta
Penguasaan teknik menjawab

KELEMAHAN DAN KESILAPAN CALON STPM


1.
2.
3.

4.
5.
6.
7.

8.
9.

Tidak kena atau tepat dalam memilih soalan. Memilih soalan yang susah atau
sukar difahami, tidak jelas pertanyaan dan tidak memahami maksud soalan.

Pendahuluan yang tidak menentu dan panjang berjela-jela. Pendahuluan tidak


sesuai dengan kehendak soalan dan pokok persoalan.
Isi-isi atau fakta-fakta yang dikemukakan tidak lengkap dan tidak menentu atau
fakta-fakta atau isi-isi yang dikemukakan terkeluar dari kehendak soalan. Ini
kerana calon tidak menyediakan rangka jawapan terlebih dahulu.

Keluar dari tajuk. Calon-calon tidak memahami kehendak soalan yang


sebenarnya.
Tiada penekanan kepada peristiwa-peristiwa sejarah yang berhubung kait
dengan tajuk

Tulisan yang tidak dapat dibaca oleh pemeriksa seperti menggunakan ejaan
ringkas yang tidak jelas, kotor dll.

Tidak membahagikan masa dengan baik. Contohnya menjawab satu soalan


dalam masa melebihi 30 minit menyebabkan calon tidak mempunyai masa yang
tidak sepatutnya untuk menjawab soalan berikutnya.
Calon-calon tidak mematuhi arahan soalan. Umpamanya, tidak menjawab
semua soalan yang dikehendaki mengikut arahan soalan.
Calon terlalu bergantung kepada soalan ramalan hingga jawapan yang diberi
berlainan daripada apa yang dikehendaki soalan.

10. Tiada kesimpulan pada akhir jawapan.

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

3.

KELEMAHAN-KELEMAHAN JAWAPAN CALON


i.

Pendahuluan :
a.

b.

Tiada jawapan terus kepada isi.

Ada pendahuluan tetapi :

Terlalu ringkas atau terlalu umum

Tidak menjurus kepada kehendak soalan/ tiada kaitan dengan soalan.


Pendahuluan merupakan pengulangan kenyataan soalan.

ii.

Pendahuluan tidak menepati kehendak skema tetapi ada kaitan dengan


soalan (dimaafkan jika ia boleh diterima).

Isi-isi jawapan :
a.

b.

c.
d.
e.

f.

g.

h.

Gagal merancang jawapan kerana tiada pengetahuan/fakta yang cukup


untuk dikemukakan menyebabkan jawapan terlalu ringkas, umum dan
tiada contoh yang sesuai.

Tidak memahami istilah atau tidak memahami kehendak sebenar


soalan. Contohnya, soalan mengenai etika peperangan tetapi calon
mengemukakan fakta berkaitan strategi peperangan. Ini menyebabkan
jawapan calon terpesong dari kehendak soalan.
Gagal mengenal pasti susunan zaman atau tamadun atau peristiwa
dengan tepat .
Isi kurang daripada yang diminta atau disyaratkan.
Huraian yang cetek dan tiada contoh.

Tiada pengkategorian isi menyebabkan isi terlompat-lompat dan


menunjukkan calon tidak merancang jawapan mereka.
Sistem pemerengganan yang lemah.

Tidak menjawab semua bahagian soalan @ jawapan untuk setiap


bahagian tidak seimbang.

i.

Tidak menyatakan konsep yang dikehendaki.

k.

Terkeluar dari frame-time yang dikehendaki soalan.

j.
l.

Mutu bahasa yang lemah dan terlalu banyak kesalahan.


Perbandingan tidak sepadan.

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

m.
n.
o.
iii.

Kesalahan fakta seperti menganggap Melaka sebagai Alam Melayu


atau sebaliknya.
Fakta yang terpesong atau tiada kaitan.

Tidak memberikan contoh yang sesuai.

Kesimpulan :
a.

b.

Kesimpulan merupakan pengulangan isi.

Kesimpulan tiada kaitan.

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

TEMA 1 :
MASYARAKAT, PEMERINTAHAN,
PERTAHANAN DAN PERHUBUNGAN LUAR
Tajuk-Tajuk Fokus :
1.

Sejauhmanakah agama Wathani mendominasi agama dan kepercayaan masyarakat Arab


Jahiliah.

2.

Huraikan peranan Muhajirin dan Ansar dalam dalam perkembangan Islam pada zaman
Nabi Muhammad S.A.W.

3.

Huraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Khalifah Harun al-Rasyid sepanjang


pemerintahannya.

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
TEMA 1 :

MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN


DAN PERHUBUNGAN LUAR
Soalan 1
Sejauhmanakah Agama Wathani mendominasi agama dan kepercayaan masyarakat Arab
Jahiliah.
Agama dan kepercayaan merupakan pegangan ke arah penbentukan sahsiah
individu dalam masyarakat.Agama terbahagi kepada dua,iaitu agama
Samawi yang diturunkan oleh Allah SWT melalui nabi-nabi dan kitabkitab.Manakala agama Ardhi adalah agama yang direka sendiri oleh
manusia.Namun begitu,agama Wathani mendominasi pegangan agama
masyarakat Jahiliah di Tanah Arab.
Isi 1

Agama yang mendominasi pegangan agama masyarakat


Arab ialah agama Wathani.

Fakta

Jelas bahawa, majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut


agama Wathani.Agama ini dibawa masuk ke Tanah Arab oleh
Amru bin Luhay ketika berniaga ke Syam.Terdapat beberapa
faktor yang menyebabkan orang Arab menyembah berhala
iaitu sebagai penghormatan kepada Kaabah dan berhala
menjadi sebagai perantara antara mereka dengan Allah
SWT.Sesetengah orang Arab percaya bahawa berhala dapat
memberi
manfaat
dan
mudarat,mempunyai
keberkatan,keajaiban dan sebagainya. Berhala- berhala mereka
diperbuat daripada batu,kayu dan emas.Terdapat lebih 360
berhala disekeliling Kaabah.

Huraian

Sebagai contohnya, antara berhala yang terkenal ialah alLatta,al-Uzza dan al-Manar.Terdapat juga patung yang
menyerupai seorang lelaki yang melambangkan kekuatan
seorang lelaki iaitu al-Wad dan al-Suwa yang menyerupai
wanita yang melambangkan kecantikan wanita.

Contoh

Tegasnya, berhala bukan sahaja menjadi agama sembahan


nenek moyang masyarakat Arab Jahiliah tetapi menjadi aset
penting dalam menjana ekonomi mengukir patung.
Isi 2

Pendahuluan

Walau bagaimanapun terdapat agama-agama lain yang


menjadi anutan masyarakat Arab Jahiliah. Agama
seterusnya ialah agama Nasrani.

Penutup
Isi
Fakta

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
Hal ini kerana, agama Kristian mula bertapak di Kota Makkah
apabila Kerajaan Rom meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke
Yaman.Agama Kristian masih mempercayai kebesaran dan
kewujudan Allah SWT.

Huraian

Buktinya,mereka mendakwa bahawa Nabi Isa adalah anak


Tuhan dan Mariam,isteri Tuhan serta tidak mengakui
kedatangan nabi akhir zaman.

Contoh

Kesannya,agama ini telah dikembangkan ke utara


Semenanjung Tanah Arab menerusi penduduk Ghassan dan
Hirah.
Isi 3

Disamping itu, agama Majusi


masyarakat Arab Jahiliah.

turut

dianuti

oleh

Hal ini kerana,agama Majusi yang berasal dari Parsi tidak


mempunyai kitab suci dan tidak mengakui nabi yang diutuskan
oleh Allah SWT.Penganut agama ini menyembah api dan
mempercayai dua tuhan iaitu tuhan yang baik dan jahat.
Sebagai contoh,mereka percaya kepada dua konsep api iaitu
api sebagai penerang dan api sebagai pemusnah.
Tegasnya,agama Majusi juga menjadi anutan masyarakat Arab
Jahiliah walaupun tidak mempunyai nabi dan kitab.
Isi 4

Seterusnya,agama yang dianuti masyarakat Jahiliah ialah


agama Yahudi.
Hal ini dilihat apabila agama Yahudi yang berasal dari Palestin
bertapak di Kota Madinah semasa masyarakat Palestin
memasuki dan mendiami Hijaz dan Yaman.Agama Yahudi
dibawa oleh Nabi Musa as serta kitab Taurat dengan beberapa
pembaharuan oleh penganutnya.
Misalnya,penganut Bani Israel telah mengubah isi kandungan
kitab tersebut.
Kesannya, Allah SWT telah melaknat mereka. Namun agama
Yahudi masih mendapat tempat di hati masyarakat Jahiliah
terutama di Madinah.

Penutup
Isi
Fakta
Huraian
Contoh

Penutup
Isi
Fakta

Huraian

Contoh
Penutup
Isi

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
Seterusnya, agama yang menjadi anutan masyarakat
Jahiliah ialah agama Hanif.

Isi 5

Agama Hanif adalah agama yang diwahyukan oleh Allah SWT


kepada Nabi Ibrahim as yang mentauhidkan Allah
SWT.Penganut agama ini tidak menyembah berhala,tidak
berjudi,tidak minum arak dan tidak melakukan perkara keji
yang dikutuk oleh Allah SWT.
Sebagai contohnya,antara penganut agama Hanif yang terkenal
ialah Zaid bin Amru bin Naufal.

Fakta

Huraian
Contoh

Tegasnya dapat dikatakan bahawa agama Hanif dianuti oleh


individu yang benar-benar menolak segala bentuk kekufuran
dalam masyarakat dan bilangannya tidak ramai.

Penutup Isi

Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa agama Wathani dianuti


majoriti masyarakat Arab Jahiliah. Namun begitu agama-agama lain masih
mendapat tempat dalam masyarakat. Selepas kedatangan Islam, Islam telah
mengubah corak kehidupan masyarakat Jahiliah dari segala aspek termasuk
rohani dan jasmani.

Kesimpulan

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
Soalan 2 :
Huraikan peranan Muhajirin dan Ansar dalam dalam perkembangan Islam pada zaman
Nabi Muhammad S.A.W.

Umat Islam yang dipimpin olen Nabi Muhammad S.A.W di Madinah


terdiri daripada dua golongan iaitu Muhajirin dan Ansar.
Muhajirin ialah penduduk asal Mekah yang dikenali sebagai masyarakat
Quraisy, manakala Ansar meruapakan penduduk asal Madinah dari suku
kaun Aus dan Khazraj yang telah memeluk Islam selepas perjanjian
Aqabah 1 dan 2.
Kedua-dua golongan ini memainkan peranan yang cukup besar dalam
perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.
Isi 1
Peranan
Muhajirin
di Mekah

Antara peranan Muhajirin di Mekah ialah menerima


dan mempertahankan Islam walaupun menerima
tentangan yang hebat daripada kaum musyrikin Mekah.

Mereka adalah kelompok pertama menerima Islam dan


mempertahankan keutuhan Islam yang disampaikan olen
Nabi Muhammad S.A.W.
Mereka juga adalah golongan pertama yang melafazkan
kesetiaan terhadap Islam dan berjuang bersama-sama
dengan Nabi Muhammad S.A.W.
Mereka sanggup menerima tentangan sama ada dalam
bentuk fizikal dan mental. Mereka menerimapelbagai
ejekan, penghinaan, kata nista, penyeksaa dan
pembunuhan

Sebagai contohnya, tokoh-tokoh seperti Abu Bakar alSiddiq, Zubair bin Awwam, Uthman bin Affan, ali bin Abi
Talib dan lain-lain adalah pendukung Islam semasa dakwah
secara sulit di Mekah
Tegasnya, mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan
penentangan daripada kaum musrikin Quraisy bagi
memastikan Islam terus tertegak dan berkembang.
Isi 2
Peranan
Ansar di
Mekah

Selain itu, peranan golongan Ansar di Mekah ialah


menerima dan menyokong ajaran Nabi Muhammad
S.A.W. yang merintis penghijrahan ke Madinah

Mereka menyatakan kesanggupan menerima Islam dalam


Perjanjian Aqabah 1 dan 2, dalam keadaan golongan
musyrikin Mekah melancarkan penentangan yang keras.
Mereka berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi
Muhammad S.A.W.

Pendahuluan

Fakta

Huraian

Contoh
Penutup Isi
Fakta

Huraian

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
Buktinya, mereka bertanggungjawab
menyebarkan Islam di Madinah.

membawa

dan

Kesannya, agama ini telah berkembang di Madinah dan


golongan Ansar saling berganding bahu dengan golongan
Muhajirin dalam mepertahankan Islam.
Isi 3
Peranan
Muhajirin
di Madinah

Disamping itu, peranan golongan Muhajirin di Madinah


ialah membantu Nabi Muhammad S.A.W. dalam urusan
keagamaan dan dakwah.

Golongan Muhajirin merupakan pembantu utama Nabi


Muhammad S.A.W. di Madinah khususnya dalam urusan
keagamaan dan pentadbiran.
Muhajirin berperanan dalam mengembangkan dakwah
Islam. Mereka bersama p Nabi Muhammad S.A.W.
menjalankan dakwah secara terbuka di Madinah.
Hasilnya umat Islam berjaya membina Masjid di tengahtengah Kota Madinah dan dapat melakukan ibadat secara
terbuka.

Tegasnya, peranan golongan Muhajirin semasa dakwah Nabi


Muhammad S.A.W. di Madinah dapat membantupenduduk
Madinah mendalami ajaran Islam.
Isi 4
Peranan
Ansar di
Madinah

Akhirnya, peranan golongan Ansar di Madinah ialah


menyumbang harta benda dan buah fikiran.

Sebagai
penduduk
tempatan,
mereka
turut
menyumbangkan harta benda dan buah fikiran dalam
menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam
termasuk menyertai perjuangan jihad.
Golongan Ansar juga menyumbangkan harta benda
dalam menghadapi serangan musuh Islam.
Sebagai contoh, Salman al-Farisi mencadangkan pembinaan
parit dalam Perang Khandak.
Tegasnya, mereka telah memainkan peranan penting dalam
merperjuangkan dan membangunkan negara Islam Madinah

Sebagai kesimpulan, golongan Muhajrin dan Ansar mempunyai peranan


tersendiri dalam membantu Nabi Muhammad S.A.W. mempertahanjan dan
mengembangkan risalah Islam. Masing-masing berperanan besar yang
menjadi tulang belakang dan gandingan mantapbagi memastiksn kejayaan
perjuangan Nabi Muhammad S.A.W di Mekah dan Madinah.

Contoh
Penutup Isi
Fakta

Huraian

Contoh
Penutup Isi
Fakta

Huraian

Contoh
Penutup
Isi
Kesimpulan

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
Soalan 3 :
Huraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Khalifah Harun al-Rasyid sepanjang
pemerintahannya.

Kerajaan Abbasiyah ditubuhkan melalui revolusi yang dilancarkan terhadap


pemerintahan Kerajaan Umayyah pada tahun 750 M dan bertahan sehingga
tahun 1258 M.

Sepanjang pemerintahan kerajaan ini, terdapat beberapa orang


pemerintah yang terkenal seperti Khalifah Harun al-Rasyid. Baginda
merupakan khalifah yang keempat selepas Khalifah al-Mahdi. Sebelum
menaiki takhta ,baginda memegang jawatan Gabenor sehinggalah
dilantik sebagai Putera Mahkota pada tahun 782M.
Beliau seorang yang bijaksana, berilmu dan cekap dalam siasah telah
membolehkan kerajaan Abbasiyah semasa pemerintahan baginda
menuju era kegemilangan
Isi 1

Antara kejayaan yang dicapai oleh Khalifah Harun alRasyid sepanjang pemerintahannya ialah mengadakan
Hubungan diplomatik dengan negara luar.

Khalifah Harun al-Rasyid telah menjalin hubungan dengan


negara-negara lain Byzantine, Perancisdan Andalusia bagi
meluaskan
syiar
Islam
dan
mengukuhkan
kerajaanAbbasiyah. Melalui hubungan diplomatik ini telah
banyak memberi faedah kepada kerajaan Abbasiyah.
Langkah ini juga dapat memelihara kedaulatan kerajaan
Abbasiyah daripada di serang musuh.
Hubungan Khalifah Harun al-Rasyid dengan Charlemenge,
perjanjian perdamaian dengan Byzantine yang menyerang
wilayah Islam di Asia Minor.

Hubungan antara kerajaan dengan Perancis dijalin kerana


Perancis juga bermusuhan dengan kerajaan Umayyah di
Andalus. Strategi ini amat berkesan sehingga kerajaan
Umayyah tidak berani mengganggu gugat kerajaan
Abbasiyah.
Isi 2

Selain itu, Khalifah Harun al-Rasyid juga berjaya


menghadkan serta menghapuskan pengaruh keluarga
Barmaki

Pendahuluan
Latarbelakang

Fakta

Huraian

Contoh

Penegasan
Isi
Fakta

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

Khalifah Harun al-Rasyid telah menghadkan serta


menghapuskan pengaruh keluarga Barmaki yang semakin
kukuh. Beliau bimbang pengaruh yang terlalu kuat akan
menjadi ancaman kepada kerajaan Abbasiyah di masa depan.

Mengahwini Puteri Jaafar bin Yahya al-Barmaki, diikuti


membunuh tokoh-tokoh yang berbahaya seperti Yahya alBarmaki. Tindakan tersebut berjaya menghilangkan
pengaruh keluarga Barmaki dalam kerajaan baginda.

Pengaruh keluarga Barmaki yang semakin meningkat tidak


mustahil akan menjadi satu ancaman kepada Khalifah Harun
al-Rasyid. Pengawalan pengaruh tersebut bertujuan untuk
mengelakkan kemungkinan buruk dari berlaku seperti
rampasan kuasa dan sebagainya.
Isi 3

Kejayaan seterusnya ialah menyusun semula angkatan


tentera dan membuat kawalan rapi di lautan.

Khalifah Harun al-Rasyid juga menyusun semula angkatan


tentera dan membuat kawalan rapi di lautan dan di pelabuhan
bagi menjamin keselamatan kapal-kapal asing yang berlabuh
di Basrah, sekaligus dapat memastikan kestabilan politik
dalam negeri.
Ini membolehkan kapal-kapal dagang
berduyun-duyun datang ke Baghdad dan melakukan aktiviti
perniagaan di sana.
Kota Baghdad telah berjaya menjalankan perdagangan dalam
bentuk tiga dimensi iaitu antara Baghdad-Eropah, BaghdadIndia dan Baghdad-China.
Langkah yang diambil oleh Khalifah Harun al-Rasyid ini
telah berjaya memajukan kegiatan perdagangan sehingga
Kota Baghdad menjadi kota yang terkenal di seluruh dunia.

Isi 4

Huraian

Contoh

Penegasan Isi
Fakta

Huraian

Contoh
Penegasan
Isi

Selain itu, Khalifah Harun al-Rasyid menekankan soal


kemajuan dalam bidang pertanian dan perdagangan.

Fakta

Dalam bidang ekonomi, Khalifah Harun al-Rasyid


menekankan soal kemajuan dalam bidang pertanian dan
perdagangan. Ini kerana kedua-dua bidang tersebut telah
menyumbangkan banyak faedah dan menjadi sumber
ekonomi kepada penduduk dan negara. Pelbagai usaha telah
dijalankan bagi memastikan kedua-dua bidang ini dapat
beroperasi dengan jayanya dan seterusnya menjana ekonomi
Baghdad.

Huraian

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
Khalifah menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru serta
memberikan bekalan bijih benih secara percuma kepada
petani. Baginda juga membahagikan tanah-tanah kerajaan
dan rampsan perang kepada tentera dan golongan miskin
untuk diusahakan
Aktiviti pertanian dan perdagangan telah berjaya
meningkatkan ekonomi Baghdad sehingga menjadi kegiatan
yang amat penting dalam usaha menjadikan Baghdad sebuah
kota tersohor di mata dunia.
Isi 5

Akhir sekali
keilmuan.

ialah

kejayaan

memajukan

bidang

Khalifah Harun al-rasyid amat mencintai ilmu pengetahuan


sebagai bukti, baginda menggalakkan kedatangan para
sarjana ke Baghdad bagi mengadakan seminar, pidato dan
majlis-majlis ilmu yang berkaitan. Pusat-pusat pengajian
telah didirikan seperti sekolah, masjid dan maktab. Bukubuku asing juga turut diterjemah ke dalam bahasa Arab.
Pada zaman ini muncul beberapa cendekiawan terkenal
seperti Imam Muhammad , Al-Hajjaj bin Matar, Yuhanna bin
Musawaih dan Suffian al-Thauri . Perkembangan intelektual
pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid amnya dapat
dibahagikan kepada tiga
Tahap iaitu kegiatan pembukuan penyusunan ilmu
pengetahuan agar tidak menyimpang daripada syariat Islam
dan kegiatan penterjemahan.
Baginda telah membina Baitul Hikmah untuk menempatkan
buku-buku berkaitan ilmu astronomi, perubatan, falsafah,
sejarah dan geografi. Bandar-bandar Islam seperti Madinah,
Kufah dan Kaherah telah dijadikan pusat keilmuan.

Ilmu pengetahuan merupakan aset penting bagi menilai


kemajuan sesebuah negara. Tindakan khalifah memberi
penekanan maksimum dalam bidang ini telah menjadikan
Baghdad pusat tumpuan bagi sesiapa yang ingin mendalami
ilmu pengetahuan.

Zaman Pemerintahan khalifah Harun Al-Rasyid dianggap sebagai zaman


kegemilangan kerajaan Abbasiyah kerana baginda bukan sahaja berjaya
menghapuskan atau memadamkan apa jua bentuk penentangan tetapi yang
paling penting mampu mewujudkan sebuah negara yang makmur dengan
ekonomi yang teguh.

Contoh

Penegasan
Isi
Fakta

Huraian

Contoh

Penegasan
Isi

Kesimpulan

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

TEMA 2 :
PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN
Tajuk-Tajuk Fokus :
4.

Bincangkan sistem percukaian pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah pada abad ke 9
hingga 11 Masihi.

5.

Huraikan sistem pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah pada abad ke 7 hingga
8 Masihi.

6.

Bincangkan faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan intelek pada
zaman kerajaan Bani Abbasiyah.

10

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
TEMA 2 :

PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN


Soalan 4 :
Bincangkan sistem percukaian pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah pada abad ke 9 hingga 11
Masihi.
Pada zaman Khalifah Abbasiyah, wujud dua buah diwan terpenting
iaitu Diwan al-Jund dan Diwan al Kharaj. Selain itu wujud juga
pelbagai diwan lain seperti Diwan al-Rasail al-Khatam, al-Barid, alAZimmah as-Sawafi, al-Sirr dan lain-lain.
Setiap dewan diketuai oleh seorang pegawai tadbir yang
bertanggungjawab menjalankan urusan mengikut keperluan negara
Sistem percukaian pada zaman kerajaan ini meliputi tiga sumber
utama iaitu Kharaj, jizyah dan usyur
Isi 1

Diwan al-Kharaj

Diwan al-Kharaj merupakan Jabatan Percukaian Negara


yang mengendalikan pentadbiran cukai tanah yang
mengeluarkan hasil pertanian. Diketuai oleh pegawai yang
berkuasa melantik wakil-wakil pemungut cukai mengikut
kawasan. Pegawai tersebut bertanggungjawab memastikan
seua pihak mematuhi peraturab dan pelaksanaan kutipan
cukai tersebut

Khalifah al-Mahdi menubuh Jabatan Akauntan Negara


mengawal-selia setiap akaun setiap jabatan khasnya
mengenai hasil pungutan dan perbelanjaan

Isi 2

Pendahuluan

Fakta

Huraian

Contoh

Penubuhan jabatan ini memang bersesuaian dengan situasi


semasa memandangkan sektor pertanian merupakan bidang
yang diceburi majoriti penduduk.
Sektor pertanian menjadi nadi kepada jentera pentadbiran
kerajaan bani Abbasiyah

Penegasan
Isi

Kadar Kharaj tidak sama antara kawasan. Kadarnya


mengikut lokasi kawasan, kualiti tanah, penggunaan alat
siraman dan kualiti benih. Setiap unit tanah pertanian
biasanya dikenakan kharaj minima sebanyak 10 dirham.
Bayaran Kharaj dibayar dalam bentuk mata wang dan harta
benda seperti haiwan ternakan dan hasil tanaman.

Huraian

Seterusnya, pelaksanaan Kharaj

Fakta

11

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

Syarat-syarat tanah dikenakan kharaj antara pemilik tanah


golongan zimmi, tanah kharaj yang disewa atau dipajak dan
pengecualian kharaj jika tanaman musnah akibat bencana
alam.

Sistem percukaian Muqasamah iaitu cukai sebahagian hasil


pertanian diperkenalkan oleh Khalifah al-Mahdi.
Kharaj satu sumber terpenting Baitumal ekoran kemajuan
pesat ekonomi dalam pertanian
Isi 3

Selain itu, pelaksanaan Jizyah

Pungutan cukai jizyah dipraktikkan semula oleh


Kerajaan Bani Abbasiyah daripada zaman Khulafah
Rasyidin. Kadar jizyah tahunan ialah 48 dirham untuk
golongan kaya, 24 dirham golongan pertengahan dan
12 dirham untuk miskin.
Gabenor memantau pelaksanaan punguntan cukai
jizyah mengikut wilayah masing-masing. Golongan
dikecuali daripada cukai jizyah ialah perempuan,
kanak-kanak, orang tua, hamba dan sakit
berpanjangan.
Pelaksanaan cukai ziyah ini meliputi kawasan taklukan
bekas wilayah Parsi dan Turki. Hasil pungutan disimpan
di Baitulmal.
Pada zaman Kerajaan Abbasiyah, tiada diskriminasi dalam
pelaksanaan jizyah

Isi 4

Akhir sekali, pelaksanaan Usyur

Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan


kepada semua peniaga islam dan bukan islam apabila
menjalankan perniagaan dalam Negara Islam.
Kadar usyur berbeza mengikut jenis pedagang dan nilai

dagangan. Cukai 2,5% dikenakan katas peniaga islam, 5%


peniaga kafir zimmi dan 10% keatas peniaga kafir harbi.
Jumlah usyur yang dikenakan adalah 200 dirham apabila
cukup kadar nisabnya

Kerajaan Bani Abbasiyah mencapai kemajuan ekonomi


pesat dalam sektor perdagangan, perindustrian dan
pertanian
Baghdad muncul pusat perdagangan tersibuk ketika itu

Contoh
Penegasan Isi
Fakta

Huraian

Contoh
Penegasan Isi
Fakta

Huraian

Huraian

12

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
Bermula zaman pemerintahan khalifah al-Mahdi, kerajaan
Abbasiyah mengenakan cukiai perniagaan di pasar dan
kedai-kedai sekitar kota Baghdad dan wilayah kekuasaan
Islam.

Usyur adalah cukai penting keatas peniaga atau pedagang.


Hasil pungutan usyur amat bermanfaat untuk pembangunan
negara seperti menyediakan kemudahan tempat-tempat
perniagaan dan sebagainya

Sistem percukaian
sistematik dan terancang menyumbang
pembangunan dan kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah.
Sumber cukai yang stabil dan banyak membolehkan banyak
prasarana dapat dibina bagi kepentingan rakyat

Contoh

Penegasan Isi

Kesimpulan

13

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
Soalan 5 :
Huraikankan sistem pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah pada abad ke 7
hingga 8 Masihi
Perkembangan pesat pendidikan berlaku dalam Zaman Bani Umayyah
didorong oleh perkembangan kerajaan itu sendiri, perkembangan ilmu
pengetahuan dan masyarakat, gerakan agama, falsafah dan sejarah.
Galakan dan kecintaan para khalifah bani Umayyah terhadap pemdidikan
merupakan asas utama berlakunya perkembangan ilmu keagamaan dan
keduniaan
Usaha memperkasa bidang pendidikan dilihat melalui peranan khalifah
yang menjadikan kota-kota utama seperti Damsyik, Kufah dan Basrah
sebagai pusat perkembangan ilmu
Isi 1

Dasar Pendidikan

Dasar pendidikan percuma dipraktikan keatas golongan


miskin di khuttab dan pengajian terbuka di masjid-masjid.
Tumpuan kurikulum diberikan kepada ilmu fardhu ain dan
fardhu kifayah. Pendidikan formal berlangsung di istana dan
kuttab manakala tidak formal di masjid.
Kebanyakan umat islam ghairah/berlumba-lumba menuntut
ilmu manakala putera-putera khalifah diberi pelajaran wajib
sama ada didatangkan guru-guru khas ke istana atau dihantar
ke halaqah pengajian.
Bentuk pendidikan berubah mengikut keadaan semasa
ekoran pengaruh falsafah Yunani dan Nasrani

Khalifah Abdul Malik Marwan memberi garis panduan


kepada guru yang mengajar puteranya dalam bidang rohani
dan jasmani. Khalifah Hisyam Abdul Malik menyuruh
Sulaiman al-Kalibi mengajar puteranya al-Quran, fiqh, syair
dan sejarah
Dasar dan panduan pendidikan yang ditekankan menunjukan
bahawa ilmu pendidikan semasa amat dititikberatkan bagi
mengelakan daripada ketinggalan.

Pendahuluan

Fakta

Huraian

Contoh

Penegasan
Isi

14

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
Isi 2

Isi 3

Seterusnya, sistem pendidikan pada zaman kerajaan Bani


Umaiyah dilihat dari segi institusi pendidikan dan bentuk
pengajaran

Fakta

Pada zaman Kerajaan Bani Umyyah terdapat tiga institusi


pendidikan terpenting iaitu masjid, istana khalifah dan
sekolah iaitu kuttab.
Kurikulum yang diajar dimasjid adalah ilmu-ilmu naqli iaitu
tafsir dan hadis. Kaedah pengajaran di masjid adalah dalam
bentuk syarahan bebas.
Masjid-masjid di Makkah, Madinah dan Damsyik adalah
pusat perkembangan dan penyebaran ilmu agama. Masjid
Kufah dan Basra pusat bahasa dan nahu.
Tanda-tanda bunyi dalam tulisan Arab seperti dhammah,
fathah dan kasrah diperkenalkan.
Istana khalifah dijaikan pusat pendidikan tempat belajar
putera khalifah dan anak pembesar.
Mata pelajaran utama adalah sejarah, kesusteraan, ilmu
pidato dan akhlak.
Kuttab merupakan sekolah permulaan yang menekankan
pengajian al-Quraan dan asas ilmu agama sebagai persedian
kepada pengajian lebih tinggi

Huraian

Khalifah Abu Sufyan mengundang para cendekiawan ke


istananya di Damsyik untuk membincangkan disiplin ilmu
sejarah. Pada Zaman Bani Ummyah terdapat dua jenis kuttab
iaitu kuttab untuk awam (dikenakan yuran) dan kuttab alSabil untuk kanak-kanak miskin

Contoh

Peranan institusi pendidikan tersebut telah membolehkan


masyarakat zaman ini menerima ilmu pengetahuan secara
sistematik dan menyeluruh

Penegasan
Isi

Selain itu, kemunculan bandar-bandar utama yang menjadi


pusat perkembangan pendidikan.

Pada zaman Khalifah Bani Ummyah, terdapat banyak bandar


yang menjadi pusat perkembangan pendidikan, intelektual
dan tamadun Islam.
Damsyik adalah ibu kota pentadbiran Kerajaan Ummyah
turut menjadi tumpuan aktiviti pendidikan dan intelektual.
Pelbagai kemudahan pendidikan disediakan iaitu sekolah dan
masjid.

Fakta

Huraian

15

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

Isi 4

Bandar Madinah, Basrah dan Kufah menjadi tumpuan


seluruh penduduk Negara Islam mempelajari bahasa Arab
seperti memperbaiki sebutan dan deklamasi sajak.

Basrah tempat lahirnya Abdul Aswad Duali, Khalid bin


Ahmad iaitu tokoh nahu Arab. Khalid al Walid menjadikan
Kufah sebagai pusat ilmu pengetahuan

Contoh

Kemunculan bandar-bandar intelektual diatas menyebabkan


tempat tersebut menajdi tumpuan tokoh-tokoh ilmuan bukan
sahaja dikalangan ilmuan Islam bahkan bukan Islam

Penegasan
Isi

Sistem pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah


juga dilihat dari sudut tenaga pengajar.

Fakta

Peranan kerajaan melantik guru-guru dan diberikan gaji


merupakan usaha murni untuk membuktikan kepentingan
ilmu pengetahuan.
Guru-guru di institusi pendidikan terdiri daripada mahzab
berbeza dan pengetahuan serta kemahiran berbeza mengikut
tahap pendidikan
Ulama terkenal mendapat menarik perhatian ramai pelajar
yang dikatakan mencecah ribuan orang.
Guru-guru dimasjid terdiri dari golongan ulama yang
mengajar secara ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran. Guruguru yang mengajar di istana khalifah dikenali muaddih
bertanggung jawab mengajar kerabat diraja dan pembesar
berkenaan dengan aspek sahsiah
Tokoh-tokoh ulama terkenal di Masjidil Haram ialah
Abdullah bin Abbas mahir ilmu tafsir, hadis dan fiqh. Ulama
terkenal lain ialah seperti Abu Musa al-Asyaari, Hasan alBasri, Ubaidillah bin Zubayr.
Kemunculan tenaga pengajar terkenal iaitu ulama telah
menarik minat ramai pelajar dari seluruh pelusuk Negara
Islam bagi menuntut ilmu pengetahuan dalam zaman Bani
Ummyah

Isi 5

Disamping itu, sistem pendidikan pada zaman kerajaan


Bani Umaiyah berkaitan bidang-bidang pengajian yang
ditawarkan.

Huraian

Contoh
Penegasan
Isi

Fakta

16

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

Bidang-bidang pendidikan yang berkembang pesat adalah


pengajian ilmu keagamaan seperti tafsir al-Quran, hadis,
fiqah dan sebagainya.
Pengajian seni muzik dan puisi berpusat di kota Makkah,
Madinah dan Damsyik menjadikan istana sebagai tempat
mendapatkan ganjaran. Puisi berperanan menyampaikan
sesuatu penerangan dan propaganda bagi kerajaan.
Para penyair diberi layanan istimewa kerana dapat
membangkitkan semangat jihad dan meningkatkan
kotokohan khalifah serta keagungan Kerajaan Bani
Ummyah.
Pengajian kesusasteraan dan ilmiah berkembang di masjidmasjid kota Basrah dan Kufah.
Pendidikan seni ukir dan pahat mendapat tempat terutama
ukiran ayat al-Quran pada istana, masjid, mimbar dan mihrab

Huraian

Penyair terkenal Qays bin Mulawa pencipta puisi cinta Laila


dan Majnun

Contoh

Pada zaman Kerajaan Bani Umaiyah berlaku pertambahan


aktiviti ko-kurikulum.
Penglibatan ulama dan khlifah membantu kepesatan
pendidikan yang menjadi asas tamadun dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial umat Islam.
Perkembangan ini dilihat sebagai asas legasi kukuh bagi
pendidikan pada zaman-zaman kerajaan Islam seterusnya.

Penegasan
Isi

Pemerintahan Bani Umayyah yang mementingkan pendidikan telah


mempelbagaikan mata pelajaran yg diajar di institusi pendidikan . Selain
daripada ilmu agama sepertit Fiqah , Tauhid , Tafsir Al-Quran dan Hadis , mata
pelajaran lain yg diajar Ialah Ilmu Hisab, Sejarah, Sastera , Ilmu Perubatan,
Kesenian dan Falsafah .
Walaupun kerajaan bani umayyah telah ditumbangkan dalam revolusi
Abbasiyah, namun sistem pendidikan terus kekal dan dijadikan contoh untuk
perkembangan seterusnya

Kesimpulan

17

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
Soalan 6 :
Bincangkan faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan intelek pada
zaman kerajaan Bani Abbasiyah.
Baitul Hikmah aadalah gedung ilmu pengetahuan diasaskan pada 815 M
oleh Khalifah Harun al-Rashid. Menjadi tumpuan para sarjana
menjalankan kegiatan akademik, mencapai kegemilangan pada zaman
khalifah al-Makmum
Baitul Hikmah juga dikenali Khazanatul Hikmah dan Darul Hikmah.
Peranan utama ialah sebagai pusat penterjemahan, perpustakaan dan
institusi pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai kursus professional
dalam bidang sains dan falsafah
Isi 1

Pendahuluan

Antara faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat


perkembangan intelek ialah peranan Khalifah Abbasiyah

Fakta

Para Khalifah Bani Abbasiyah berpandangan terbuka dalam


bidang intelektual. Penterjemah dilantik untuk Baitul Hikmah
tidak terikat dengan faktor agama dan bangsa.
Khalifah
al-Makmum pencita
seni
dan
falsafah
mempertingkatkan kegiatan intelektual dalam Baitul Hikmah.
Ganjaran wang emas kepada penterjemah merancakan lagi
kegiatan keilmuan tersebut sehinggakan Zaman Bani
Abbasiyah memperuntukan dana yang besar bagi Baitul
Hikmah khusus perbelanjaan bayaran gaji dan sebagainya.

Huraian

Yuhanna Musawaih beragama Kristian dan Abu Sahl al-Fadl


berbangsa Parsi pernah dilantik sebagai penterjemah.
Utusan-utusan dihantar ke Rom, Kepulauan Sicily dan Qugrus
bagi mendapatkan karya-karya Yunani. Al-Makmum juga
menghantar Hunain Ishak ke Konstantinopole mendapatkan
karya hebat disana

Contoh

Dasar terbuka dan usaha Khalifah dalam Kerajaan Bani Abbasiyah ini
menunjukkan betapa seriusnya mereka dalam memajukan bidang
intelektual.

Penegasan
Isi

18

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

Isi 2

Seterusnya, peranan para Wazir (Menteri) juga menjadi


faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan
intelek
Para wazir khasnya dalam zaman Harun al-Rashid dan alMakmum gigih dan aktif menjalankan usaha membangunkan
bidang ilmu.
Peruntukan dana yang banyak oleh wazir-wazir bagi
membiayai kegiatan penterjemahan dan penulisan. Mereka
sering bekerjasama dengan khalifah menjalankan kegiatan
penterjemahan.
Wazir Muhammad bin Abdul Malik memberi 2000 dinar
seorang sebagai ganjaran

Isi 3

Fakta

Huraian

Contoh

Peranan wazir tersebut membolehkan Baitul Hikmah muncul


sebagai pusat intelektual terkemuka didunia

Penegasan Isi

Para hartawan turut membantu perkembangan Baitul Hikmah.


Mereka terlibat secara aktif membelanjakan sebahagian harta
bagi membiayai kegiatan penterjemahan dan penulisan

Huraian

Selain itu, peranan para hartawan Islam turut menjadi


faktor kejayaan Baitul Hikmah.

Muhammad, Ahmad dan al-Hassan dari keturunan Bani Musa


al Munajjim antara tokoh yang membayar sebahagian kos
penterjkemahan buku-buku asing ke dalam bahasa Arab.
Mereka juga member ganjaran dan kepada para penterjemah
dan pengarang.

Fakta

Contoh

Peranan golongan hartawan secara tidak langsung membantu


Penegasan Isi
merancakan lagi usaha kegiatan intelektual di Baitul Hikmah
Isi 4

Faktor seterusnya
pengarang

ialah

peranan

penterjemah

dan

Ramai tokoh intelektual member sumbangan cemerlang dalam


kegiatan penulisan dan penterjemahan di Baitul Hikmah.
Fasa-fasa perkembangan kegiatan penterjemahan boleh dalam
zaman pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, Khalifah
Haru al- Rashid

Hunain bin Ishak menguasai bahasa Arab, Suryani dan Parsi


adalah pakar ilmu perubatan,, falsafah dan Sejarah. Khalifah
al-Makmum melantik beliau sebagai ketua Baitul Hikmah.
Yuhannad bin al-Bitriq (Abu Zakaria) pakar bahasa Latin
menterjemah karya falsafah dan perubatan Yunani. Tokohtokoh lain Sahl al-Harun, Yahya abi Mansur, Umar alFarrukhan, Muhamad bin Musa al Khwarizmi

Fakta
Huraian

Contoh

19

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
Zaman kegemilangan Baitul Hikmah mencapai ke kemuncak
sehingga 1258 M ini melahirkan ramai tokoh ilmuan Islam

Isi 5

Akhir sekali, faktor kecekapan pengurusan dan pentadbiran


Baitul Hikmah

Fakta

Kerjasama dan persefahaman jitu antara kakitangan Baitul Hikmah,


penterkemah dan pengarang membolehkan institusi ini berfungsi
dengan baik dan berkesan.

Ketiga-tiga kimpulan ini bertugas secra automatik dan


berperanan sebagai penterjemah, penulis, penyalin,
pengarang, penjilid dan pengedar. Beban tugas diagihkan
berdasar kepakaran dan minat masing-masing.
Pegawai Baitul Hikmah dan para
pembantunya
bertanggungjawab dalam mnguruskan penyusunan dan
katalog buku-buku

Sahl bin Harun, said bin Harun, Hunain bin Ishak merupakan
pegawai-pegawai terkenal dalam Baitul Hikmah ketika zaman
Bani Abbasiyah. Mereka menghabiskan sepanjang hayat
untuk berkhidmat kepada ilmu pengetahuan dmi kepentingan
imu sejagat

Penegasan Isi

Huraian

Contoh

Peranan para pegawai dan kakitanga yang cekap menjadikan


Baitul Hikmah sebagai gedung ilmu pengetahuan terbesar dan Penegasan Isi
teragung di dunia

Pada masa pemerintahan Khalifah Al Mamun Baitul Hikmah mengalami


kemajuan yang luar biasa. Pada smasa itu itu Baitul Hikmah menjadi pusat kajian
yang memunculkan banyak ilmuan, baik ilmuan agama atau ilmu umum. Maka
di sinilah Baitul Hikmah mempunyai peranan yang cukup besar dalam
memajukan peradaban Islam, bahkan pada masa itu Islam mengalami masa
keemasanya The Golden Age Of Islam.

Kesimpulan

20

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

TEMA 3 :
NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA
Tajuk-tajuk Fokus :
7.

Nilaikan sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam gerakan pembaharuan Mesir pada abad
ke- 19 M.

8.

Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan semangat nasionalisme di Mesir


pada abad ke- 20 M.

9.

Bincangkan reaksi masyarakat Mesir terhadap penjajahan Barat pada abad ke-19 hingga
abad ke- 20 M.

21

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
TEMA 3:

NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN


NEGARA BANGSA

Soalan 6 :

Nilaikan Sumbangan Muhammad Ali Pasha Dalam Gerakan Pembaharuan Mesir Pada
Abad Ke 19 Masihi.
Muhammad Ali atau lebih dikenal dengan Muhammad Ali Pasya
dilahirkan pada bulan Januari 1765 M, di Kawalla, sebuah kota yang terletak
di utara Yunani dan meninggal di Mesir pada tahun 1849. Ayah Muhammad
Ali Pasya bernama Ibrahim Agha, seorang imigran Turki, kelahiran Yunani.
Walaupun tidak bersekolah semasa kecilnya namun Muhammad Ali Pasya
merupakan seorang yang cerdas dan telah muncul sebagai panglima tentera
yang membebaskan Mesir daripada cengkaman kuasa Napoleon. Akhirnya
dengan kebijaksanaannya Muhammad Ali Pasha (MAP) telah dilantik sebagai
penguasa Mesir. Kearifannya mewujudkan keamanan di bumi Mesir telah
membolehkan banyak program pembangunan dan pembaharuan dilakukan
sepanjang pemerintahannya. Kejayaannya menghapuskan saingan daripada
Dinasti Mamluk, ancaman golongan Wahabi serta meningkatkan kekuatan
ketenteraan menwujudkan suasana aman di Mesir. Oleh itu, pembaharuan
dapat dilakukan dalam aspek ketenteraan, pentadbiran, pendidikan dan
ekonomi.
Isi 1

Sumbangan Muhammad Ali Pasha Dalam Gerakan


Pembaharuan Mesir ialah pembaharuan dalam bidang
ketenteraan

Menyusun semula angkatan tentera Mesir agar lebih


berdisiplin dan pentadbirannya lebih cekap dan teratur.
Contohnya, tentera yang sukar dibentuk dan tidak mematuhi
arahan seperti tentera berbangsa Sudan diganti dengan
golongan fellahin (tentera petani berbangsa Mesir) dan
Albania.
Mencontohi disiplin tentera Perancis ( pimpinan Napoleon
Bonaparte) Teknologi peperangan Perancis membolehkan
mereka dengan menguasai Mesir ( 1798- 1802M) Berjaya
diusir pada tahun 1802. MAP mengagumi tentera Perancis ini.
Oleh itu MAP telah mendapat bantuan Eropah khususnya
kuasa Perancis.

Pendahuluan

Fakta

Huraian
Contoh

22

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

Mengasaskan Kolej Military atau Ketenteraan pada tahun


1815 di Aswan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada
pegawai tentera.

Ramai pakar tentera asing terutama daripada Perancis diambil


berkhidmat di Mesir seperti Kolonel Seve (nama Islamnya
Sulayman Pasha) Beliau memberi nasihat kepakarannya untuk
menaiktaraf bidang ketenteraan Mesir.
Kesannya 1826 terdapat 90 000 anggota tentera yang
lengkap dengan pasukan meriam yang setanding dengan
Negara Eropah.

Huraian
Contoh

Kesan daripada pembaharuan :


i. Utara Sudan serta Levant (pesisir pantai Syria) dan Lubnan
berjaya dikuasai.
ii. Mematahkan pemberontakan al Muwahhidun Wahhabidi
Hijaz (Arabia) 1818.
iii. Memberi keyakinan kepada Sultan Mahmud II meneruskan
program reformasi ketenteraan dalam kerajaan Turki
Uthmaniyyah.

Jelas kepada kita dengan pembaharuan ketenteraan yang


dilakukan telah menyebabkan Mesir muncul sebagai satu kuasa
tentera yang terkuat di Asia Barat.
Isi 2

Selain itu, sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam Gerakan


Pembaharuan Mesir ialah pembaharuan dalam bidang
pentadbiran

Era pemerintahan MAP 1805-1848 : permulaan kepada


pemerintahan Dinasti. Sebelum itu Mesir di bawah taklukan /
pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintahan
diteruskan oleh anak-anaknya Khedif Abbas Hilmi 1 (18481854), Muhamad Said Pasha (1854 1863)dan Ismail (18631879)
1806, MAP telah membentuk sekumpulan pemerintah Mesir
yang terdiri daripada bangsa Turki dan Mesir serta pegawai
elit yang terpelajar untuk menguruskan pentadbiran negara
serta mengutip cukai di seluruh Negara

Penegasan
Isi
Fakta

Huraian
Contoh

23

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

Isi 3

Hubungan dengan negara Barat dibaiki contoh dengan negara


Perancis, Itali, Britain, Austria. Dengan ada hubungan baik
ini, pelajar-pelajar dihantar untuk belajar di negara-negara ini.
Tenaga-tenaga pakar dibawa dari Negara-negara ini.
Mengenepikan golongan ulama dalam pentadbiran.
Menganggap
ulama
menghalang
kepada
usaha
pembaharuannya yang berkiblatkan barat. Bertentangan
dengan tradisi kerajaan Uthmaniyyah, ulama amat
berpengaruh dalam perlaksanaan dasar kerajaan.
MAP mempunyai hala tuju yang jelas. Dengan adanya
hubungan yang baik dengan Negara-negara barat, berlaku
pemindahan teknologi dan ilmu. Ini mempercepatkan proses
pemodenan Negara Mesir ini.

Di samping itu, Muhammad Ali Pasha turut menyumbang


dalam pembaharuan bidang pendidikan.

Menubuhkan institute-institut yang berkaitan dengan


pendidikan.
Kementerian Pendidikan, sekolah rendah, maktab tentera,
sekolah teknik, sekolah perubatan dan banyak lagi.
Banyak sekolah didirikan. Contoh : Sekolah Military (1815),
Sekolah Teknik (1816), Sekolah Perubatan /Kedoktoran
(1827), Sekolah Farmasi (1829), Sekolah Perlombongan
(1831) Sekolah Penterjemahan (1836) dan banyak lagi
sekolah seperti kesenian, industry, pengairan (irrigation), dan
bahasa-bahasa asing ditubuhkan.
Guru-guru yang bertugas di institusi pendidikan didatangkan
khas dari Eropah. Contohnya pakar kedoktoran dari Perancis
Clot Bey dilantik sebagai Pengarah Sekolah Tinggi
Kedoktoran 1827 1849 (22 tahun berkhidmat)
Pelajar-pelajar dihantar ke luar Negara untuk menuntut
pelbagai ilmu. Contoh pada tahun 1809 1819 28 orang
pelajar dihantar ke Itali (Milan, Florence, Rom) untuk
mempelajari ilmu teknikal, ketenteraan, industri kapal dan
ilmu pencetakan.Pada 1826-1844 319 orang pelajar
dihantar ke Paris dan tokoh intelektual dan pengarang
terkenal al Thahtawi dihantar dan bertugas sebagai imam
mahasiswa Mesir. Pada tahun 1844-1863, 89 orang pelajar
dihantar ke Perancis termasuk ahli keluarga MAP.

Huraian
Contoh

Penegasan
Isi
Fakta

Huraian
Contoh

24

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

Di Paris disediakan rumah Mesir- kemudahan untuk


pelajar-pelajar yang belajar di sana
Individu yang lulus dalam peperiksaan akan diserap dalam
pentadbiran Negara dan ketenteraan.
Aktiviti penterjemahan telah digalakkan dalam usaha untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
Pelajar-pelajar dihantar ke luar Negara untuk belajar bahasa
asing dan apabila balik diberi tugasan untuk menterjemahkan
buku-buku tulisan bahasa asing ke dalam bahasa
Arab.Contoh buku-buku dari barat tentang Sejarah Raja-raja
Perancis, buku tulisan Voltaire, Rosseau, Montesquies, idea
demokrasi, Parlimen, Idea Republik dan sebagainya
Antara tokoh penterjemah yang terkenal ialah al-Tahtawi.
Sekolah Bahasa-bahasa Asing (Sekolah Penterjemahan) turut
didirikan dan hamper 1000 buah buku Berjaya diterjemahkan
ke dalam bahasa Arab.
Sekolah-sekolah yang didirikan pada awalnya diletakkan di
bawah penyeliaan Jabatan Tentera (Jabatan Diwan alJihadiyya) Kemudian dipisahkan.Untuk mewujudkan
koordinasi yang berkesan Majlis Syura al Maktab
ditubuhkan pada 1830. Matlamat meningkatkan pendidikan
dalam kalangan rakyat Mesir, menambah pembangunan
sekolah-sekolah di Cairo dan Alexandaria dan dilantik
Inspektor Jeneral sekolah iaitu Kolonel Seve.
Setelah itu Jabatan Diwan al-Jihadiyya berubah nama
menjadi Jabatan Diwan al-Madaris atau disebut Ministere de
linstruction Publique, yang setelah itu berubah lagi menjadi
Kementerian Pendidikan, kementerian ini selain bertugas
mengawasi dan melakukan pembangunan sekolah-sekolah
baru juga kementerian ini bertugas menghasilkan kembali
penerbitan majalah al-waqai al-Mishriyya.Diwan al-Madaris
ini tugasnya dibagi menjadi tiga bahagia iaitu bahagian
bahasa Arab, bahagian bahasa Turki, bahagian Teknik.
Pembaharuan daam bidang kurikulum yang disesuaikan
dengan keadaan dan tuntutan zaman supaya tidak tertinggal
dengan ilmu pengetahuan dan teknologi di Eropah.
Contohnya,
i. aspek Bahasa Bahasa yang penting dipelajari Itali,
Perancis, Turki dan Rusia.
ii. Pengetahuan Sosial mata pelajaran Sejarah, Geografi,
Ekonomi, Antropologi, Pentadbiran Negara,Pendidikan
Kemasyarakatan, Falsafah, Ketenteraan dan Hukum.

Huraian
Contoh

25

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

iii. iii.Ilmu pengetahuan Alam Farmasi, Ilmu Alam,


Kedoktoran, Teknikal, Arkitek.
iv. Matematik Aritmetic, Kimia, Matematik
v. Pengetahuan Ketrampilan

Perubahan dan pembaharuan pendidikan ini telah membawa


kepada kemajuan dan permodenan masyarakat Mesir. Landasan
pemikiran masyarakat juga telah berubah selaras dengan idea-idea
pemikiran
barat
yang
cuba
diserapkan
kepada Penegasan Isi
masyarakat.Kesannya lahir tokoh-tokoh seperti Jalaluddin AlAfghani, Muhammad Abduh, Mohammad Rasyid Redha, al
Tahtawi dan ramai lagi.
Isi 4

Akhirnya, pembaharuan dalam bidang ekonomi

MAP memperbaiki system pengairan. Dengan adanya


sistem pengairan ini, tanah menjadi subur.
Beberapa tanaman baru diperkenalkan. Contohnya benih
kapas didatangkan dari India dan Sudan
-Melaksanakan dasar memilik Negara tanah-tanah dan
kerahan tenaga.
-Melaksanakan system monopoli khususnya yang berkaitan
dengan hasil-hasil pertanian.
Mengenakan cukai kepada petani yang mengusahakan tanah
serta membeli hasil usaha petani dengan harga yang murah
dan menjual semula kepada masyarakat tempatan dan para
pedagang dengan harga yang lebih tinggi.
Pentadbiran ekonomi semakin teruk dan sikap tamak
pemerintah khasnya British yang menaikkan cukai sesuka hati
menambah kesengsaraan penduduk Mesir.
Para ulama bangkit menentang kezaliman tersebut.
Kejatuhan ekonomi dan penjualan saham Terusan Suez
menjadi penyebab dijajah semula oleh British.

Jelas bahawa MAP berjaya memakmurkan ekonomi Mesir


walaupun tidak mencapai matamatnya 100 peratus. Bandarbandar atau kota-kota di Mesir telah berubah menjadi kota-kota
yang moden. Namun, ketidakpuasan hati rakyat dengan dasar
kerajaan memiliknegara tanah dan kadar cukai yang tinggi sedikit
sebanyak membantutkan proses pertumbuhan ekonomi Negara.

Fakta

Huraian
Contoh

Penegasan
Isi

26

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
Era pemodenan Mesir bermula apabila Muhammad Ali Pasha melabuhkan
kuasanya di sini. Ketaksubannya terhadap kuasa-kuasa Barat terutamanya
kuasa Perancis telah mengubah lanskap Mesir dengan pembaharuanpembaharuan ala Barat. Namun, ketaksuban ini telah memakan diri MAP
apabila beliau terperangkap dengan muslihat kuasa barat terutama British
yang memaksa beliau menandatangani Perjanjian London 1840.
Perjanjian ini menyebabkan kuasa MAP serta berlaku pengunduran
tentera Mesir di Levant. Di samping itu telah wujud penentangan daripada
golongan ulama dan rakyat dan ini merupakan antara faktor yang
membawa kepada kegagalannya. Walau bagaimanapun pembaharuanpembaharuan yang dilakukan harus juga dikagumi kerana bukan semua
pemimpin dapat melakukannya.

Kesimpulan

27

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
Soalan 8.
Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan semangat nasionalisme di Mesir
pada abad ke 20 M.

Awal abad ke 20, Mesir adalah di bawah naungan empayar Turki


Uthmaniyah tetapi pengaruh British di Mesir amat kuat. Ini kerana British
telah mengukuhkan kuasa selepas mengatasi pemberontakan Urabi pada
1881.
Semangat nasionalisme bermaksud semangat cintakan dan taat setia kepada
tanah air dan bercita-cita membebaskan Negara dan bangsa daripada
penguasaan kuasa asing.
Penguasaan British di Mesir berlaku semasa pentadbiran Lord Cromer
yang dilantik sebagai konsul general antara athun 1883 hingga 1907.
Pengaruh British di Mesir amat kuat walaupun pentadbiran asas di bawah
pimpinan pemerintahan Mesir iaitu Khedif dikekalkan.
Semangat anti-British memuncak selepas Perang Dunia Pertama. Terdapat
banyak faktor yang mendorong gerakan nasionalisme dalam kalangan
penduduk Mesir menjelang abad
Isi 1

Antara faktor-faktor yang mendorong kemunculan


semangat nasionalisme di Mesir pada abad ke 20 M ialah
faktor sistem pendidikan

Sistem pendidikan dikatakan adalah salah satu faktor


membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir pada abad
ke 20.
Gerakan
nasionalisme
Mesir
dimulakan
dengan
membangkitkan penekanan terhadap ilmu pengetahuan dan
pendidikan. Golongn cerdik pandai telah menjadi pencestus
kepada perjuangan gerakan nasionalisme.
Penjajah British mengamalkan diskriminasi dalam memberi
peluang pendidikan kepada penduduk Mesir kerana
bimbang graduan-graduan tempatan yang diberi pendidikan
Inggeris mampu mempelopori kebangkitan nasionalisme
tempatan.
Seterusnya pihak British mengabaikan pendidikan sekolah
kerajaan Mesir walaupun mereka mampu membangun dan
membiayai sekolag tersebut.
Dasar pendidikan British adalah bertujuan melatih anak
tempatan dari golongan kaya untuk berkhidmat dengan
kerajaan kolonial.
Hampir semua jawatan kerajaan disandang oleh golongan
berpendidikan daripada keluarga bangsawan.

Pendahuluan

Fakta

Huraian

28

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

Isi 2

Rasa tidak puas hati penduduk kian memuncak apabila banyak


jawatan kerajaan diisi oleh pegawai British yang kurang
berkelayakan dengan gaji yang tinggi jika dibandingkan dengan
rakyat tempatan.

Contoh

Tegasnya, gerakan nasionalisme di Mesir telah dibangkitkan


oleh golongan graduan sekolah undang-undang yang juga
terdedah kepada sistem dan ideologi politik barat. Anatara
tokoh nasionalis Mesir seperti Mustafa Kamil yang merupakan
aktivis pro Islam yang menentang dasar pemerintahan British

Penutup
Isi

Selain itu, faktor golongan intelektual


Golongan intelektual yang menyemai dan membangkitkan
semangat nasionalisme di Mesir terbahagi kepada tiga
golongan iaitu golongan berpendidikan barat, golongan
agama dan golongan elit tentera.
Tokoh intelektual berpendidikan barat seperti Mustafa
Kamil Pasha yang pakar undang-undang menyokong
gerakan nasionalisme sekular seperti yang berlaku di dunia
Barat dan cuba meraih sokongan intelektual daripada
keturunan Qibti.
Tokoh agama pula seperti Sheikh Hasan al-Banna telah
mempelopori kebangkitan golongan intelektual Islam
menentang British melalui penubuhan Ikhwanul Muslimin.
Beliau berusaha melakukan gerakan Islah. Hassan al-Banna
memperjuangkan idea islah yang berinspirasi dari Sayid
Jamaluddin al-Afghani. Perjuangan islah Hassan al-Banna
bersifat sederhana meliputi aspek akidah, integrasi ilmu dan
kecekapan pentadbiran.
Muhammad Rasyid Rida juga seorang reformis Islam
memperjuangkan kepentingan menyesuaikan pendidikan
moden dan agama menerusi penubuhan madrasah alDakwah al-Irshad pada tahun 1912 di Kaherah.
Kumpulan intelektual dari kalangan tentera Mesir
berketurunan Fellahin turut terlibat gerakan nasionalisme
menentang British dan pemerintahan Khedif yang
bersekongkol dengan penjajah

Fakta

Huraian
Contoh

29

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
Kesannya, Rasyid Rida menyeru umat Islam agar mengambil
ikhtibar dari peradaban Barat dengan aspek-aspek positif seperti
ilmu sains dan teknologi. Idea-idea beliau banyak
mempengaruhi tokoh pemikir Islam pada abd ke 20 M.
Isi 3

Seterusnya, faktor pengaruh kewartawanan.

Bidang keartawanan turut memainkan peranan dalam


menimbulkan kesedaran rakyat Mesir. Ini disebabkan
pengaruh kewartawanan melalui penerbitan akhbar telah
digunakan sesetengah pihak untuk memperjuangkan hak
mereka. Pada awal abad ke 20 M , penerbitan akhbar
semakin rancak berikutan kemunculan parti-parti politik dan
perkembangan nasionalisme.
Rasyid Rida adalah orang kanan Muhammad Abduh telah
menimbulkan kesedaran melalui ahkbar Salafiya. Beliau
sentiasa mengkritik dan menyalahkan pihak penjajah atas
nasib malang masyarakat Arab.
Rasyid Rida bersama penyokongnya telah mempopularkan
konsep modenisasi Islam dan cuba menegakkan warisan dan
keperibadian Arab terutamanya dalam memperkukuhkan
bahasa Arab Mesir.
Seterusnya, penulis wanita seperti Malak Hifni Nasif turut
tidak ketinggalan dalam memperjuangkan hak terutama
dalam isu pendidikan. Beliau telah membincangkan peranan
wanita secara terbuka sehingga menarik minat golongan
intelektual.
Tegasnya, kerancakan penerbitan akhbar telah mempercepatkan
penerimaan masyarakat terhadap gerakan nasionalisme Mesir

Isi 4

Selain itu, faktor Agama.

Usaha pembaratan British ke atas masyarakat Mesir


menyebabkan muncul gerakan reformis yang dikenali
sebagai Ikhwanul Muslimin pimpinan Sheikh Hassan alBanna.
Pertubuhan Ikhwanul Muslimin cuba mengembalikan
keutuhan agama Islam di Mesir berpandukan ajran al-Quran
dan al-Sunnah di samping menolak fahaman modenisme
yang membentuk pemikiran secular dalam masyarakat
Mesir.

Penutup
Isi
Fakta

Huraian
Contoh

Penutup
Isi
Fakta

Huraian
Contoh

30

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

Ikhwanul Muslimin menekankan kepentingan pengaruh


agama dengan menyedarkan umat Islam Mesir agar bangun
berjihad dengan membersihkan jiwa daripada amalan syirik,
khurafat dan sebagainya dan kembali kepada ajaran Islam.
Ikhwanul Muslimin juga bimbang apabila terdapat golongan
cerdik pandai Islam yang terpengaruh dengan gaya
pemikiran Barat.

Antaranya ialah Sheikh Ali Abdul Raziq yang telah


menghasilkan karya berjudul Dasar-dasar Pemerintahanya
yang telah mengiktirafkan tindakan Mustafa Kamal Atartuk
yang memisahkan antara agama dan politik. Beliau
menegaskan bahawa Islam tidak mewajibkan umatnya
mendirikan Negara dan dengan adanya khalifah Islam itu
hanya akn membawa kemudaratan kepada umatnya

Isi 5

Tegasnya, faktor agama adalah pencetus kepada gerakan


nasionalisme Mesir

Penutup Isi

Pengaruh luar juga penting dalam mencetuskan semangat


nasionalisme iaitu tercetusnya Perang Dunia Pertama 19141918. Rakyat Mesir terutamanya golongan petani telah
dikerah oleh British meninggalkan pekerjaan mereka dan
menjadi sukarelawan, pertubuhan Palang Merah dan
menjadi hamba kepada tentera British di Palestin, Gallipoli
dan Perancis. Dalam peperangan ini, banyak nyawa telah
terkorban.
Pada masa yang sama, kehadiran tentera pihak Bersekutu
yang ramai di Mesir telah menjadikan penduduk berasa
lemah dan amat mengharapkan kuasa asing untuk
melindungi dan mempertahankan mereka di negara mereka
sendiri.
Tentera Amerika Syarikat turut bertapak di bumi Mesir.
Fenomena ini telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat
Mesir untuk mempertahankan imej dan maruah negara
daripada cengkaman penjajahan Barat.

Huraian
Contoh

Akhirnya, faktor pengaruh luar.

Keadaan ini telah menyuntik semangat kebangsaan hingga


akhirnya melahirkan gerakan nasionalisme untuk menuntut
kemerdekan.

Fakta

Penutup Isi

31

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka

Kebangkitan semangat nasinalisme Mesir berlaku akibat kesedaran


masyarakat tentang pelbagai kepincangan yang berlaku dalam Negara.
Pelbagai faktor mendorong kebangkitan nasionalisme di Mesir sama ada
dalam aspek politik ,ekonomi dan sosial.
Kesan penentangan yang berterusan oleh nasionalisme Mesir menyebabkan
British mengistiharkan kemerdekaan Mesir pada tahun 1922.

Kesimpulan

32

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
Soalan 9 :
Bincangkan reaksi masyarakat Mesir terhadap penjajahan Barat pada abad ke-19 hingga
abad ke- 20 M.

Sepanjang abad ke-18 masihi, Mesir merupakan sebahagian daripada


wilayah kekuasaan empayar Uthmaniyah.
Sejarah penguasaan Barat ke atasMesir dimulai penjajahan Perancis dari
tahun 1798 hingga 1801 dan diikuti oleh British.
British mula berkuasa di Mesir sejak 1882 hinnga 1918 iaitu sehingga
tamatnya Perang Dunia Pertama.
Akibat daripada cengkaman ekonomi yang dikuasai oleh British telah
menyebabkan reasksi masyarakat Mesir yang diterajui oleh pemimpin
tempatan hinggalah kepada masyarakat setempat.
Isi 1

Isi 2

Penaklukan Perancis ke atas Mesir 1798-1801

Pendahuluan

Fakta

Napoleon telah berjaya menduduki Mesir pada tahun 1798 dan


telah bertahan selama tiga tahun sahaja setelah dikalahkan oleh
Pakatan Tentera Uthmaniyah.
Perancis yakin mampu
melemahkan ekonomi Mesir yang terletak di tengah-tengah
laluan perdagangan.

Huraian

Penaklukan Perancis telah meninggalkan kesan mendalam


polotik, ekonomi dan social rakyat Mesir. Konsep Modenisme
dan sekularisme mula meresap dalam pemikiran rakyat Mesir.

Contoh

Situasi ini sesungguhnya telah menjadikan rakyat Mesir bangkit


lebih-lebih lagi Perancis telah memperkenalkan tamadun Barat
melalui Institut dEgypt yang dianggotai 167 sarjana Barat.

Penegasan
Isi

Pemberontakan Syeikh Muhammad Sadat

Pembaharuan ala Barat yang dibawa oleh penjajahan Perancis


tidak disenangi oleh golongan agama Mesir. Majlis Syura AlAzhar telah membuat pengisytiharan jihad menentang
pencerobohan Perancis.
Pada 21 Oktober 1798, Syeikh Muhammad Sadat telah
memimpin gerakan pemberontakan menentang Perancis.

Hal ini demikian kerana perbezaan agama merupakan faktor


utama kebangkitan Syeikh Muhammad Sadat. Rakyat Mesir
beranggapan bahawa kerajaan Uthmaniyah sebagai saudara
seagama yang perlu dibantu bagi menghadapi pihak Perancis
yang beragama Kristian

Fakta
Huraian
Contoh
Penegasan
Isi

33

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
Isi 3

Pemerintahan Muhammad Ali Pasha

Pengaruh Barat semakin subur apabila Muhammad Ali Pasha


menubuhkan institusi baharu seperti Kementerian Pendidikan,
sekolah dan maktab tentera dan sekolah perubatan.
Kebanyakan tenaga pengajar dari Eropah. Dasar pentadbiran
ala Barat ini telah melahirkan gerakan islah yang dipelopori
oleh intelektual Islam.
Muhammad Ali Pasha telah membentuk sekumpulan
pemerintah berbangsa Turki dan pasukan golongan elit
menguruskan pentadbiran negara dan mengutip cukai di seluruh
Mesir

Isi 4

Huraian

Contoh

Akibat keadaan ini telah menjadikan rakyat Mesir terutama


golongan ulama memimpin gerakan untuk menentang
kezaliman kerajaan. Kejatuhan ekonomi dan penjualan saham
Terusan Suez menjadi sejarah hitam apabila Mesir dijajah pula
oleh British

Penegasan
Isi

Pada tahun 1840 satu perjanjian memorandum British dan


Mesir melalui Konvensi Alexandria. Dalam perjanjian ini
diakui Mesir masih tetap di bawah kerajaanUthmaniyah. Ini
mengakibatkan Mesir sedikit demi sedikit menerima kehadiran
British. Konsesi pembinaan Terusan Suez yang diberikan
kepada Perancis pada 1857 telah meningkatkan kecurigaan
British.

Huraian

Penaklukan British ke atas Mesir pada 1882-1918

Kemerosotan ekonomi telah memaksa


sahamTerusan Suez kepada British.

Isi 5

Fakta

Mesir

menjual

Fakta

Contoh

Oleh itu British telah melaksanakan misi ketenteraan di Mesir


sehingga berjaya menguasai Kaherah pada 1882 dan ini
menandakan bermulanya penjajahan British di Mesir.

Penegasan
Isi

Gerakan ini dikenali sebagai Gerakan Islah yang dipelopori


tokoh intelektual Islam iaitu Jamaluddin Alafghani dan
Muhammad Abduh. Ciri-ciri utama gerakan ini ialah Gerakan
Pan Islamisme yang menggunakan kaedah seperti pidato, proses
pengajaran dan melalui media massa

Huraian

GerakanPemulihan Islam

Kempen-kenpen yang dijayakan oleh tokoh-tokoh ini telah


berjaya membangkitkan semangat perasaan anti-penjajah Barat
dalam kalangan masyarakat Mesir.

Fakta

Contoh

34

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016


Negeri Melaka
Hal demikian kerana tokoh-tokoh ini telah menyuntik semangat
ingin membebaskan Mesir dari belenggu penjajahan Barat.
Isi 6

GerakanIkhwabulMuslimin

Pertubuhan Ikhwanul Muslimin dipelopori oleh Hassan alBanna pada tahun 1928 yang matlamat awalnya ialah untuk
menamatkan pendudukan British di Mesir dan menyelamatkan
rakyat daripada ideologi Barat yang bertentangan dengan ajaran
Islam.

Perjuangan Ikhwanul Muslimin amat tersusun dan konsisten


meskipun ramai ahlinya yang telah dipenjara termasuk Hassan
al-Bannna.
Walaubagaimanapun pada tahun 1946-1948
Gerakan Ikhwanul Muslimin telah menisytiharkan perang
terhadap British.

Penegasan
Isi
Fakta
Huraian

Contoh

Sesungguhnya kebangkitan Gerakan Ikhwanul Muslimin telah


mengembalikan maruah masyarakat Mesir walaupun gerakan
ini akhirnya diharamkan oleh British atas tuduhan merancang
pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan.

Penegasan
Isi

Kezaliman pihak penjajah dan dasar pembaratan kerajaan telah


membangkitkan gerakan penentangan rakyat Mesir.
Kesan penentangan yang berterusan oleh golongan nasionalis Mesir
memaksa British mengisytiharkan kemerdekaan pada 1922.
Namun kemerdekaan dalam erti kata sebenarhanya berlaku pada
tahun1952 apabila Mesir menjadi sebuah negara Republik Mesir.

Kesimpulan

MODUL TAMAT
35

Você também pode gostar