Você está na página 1de 27

BAHAGIAN A (15%)

Ulasan ini adalah berdasarkan artikel Understanding Memory Difficulties yang


disediakan oleh Department of Education, United Kingdom.
1.

How does memory difficulties affect learning?


Kesukaran mengingat didefinisikan sebagai satu masalah psikologi dalam diri seseorang

yang mana otak mereka mempunyai keupayaan yang terhad dalam mengingat sesuatu sama ada
dalam jangka pendek mahupun jangka panjang. Walau bagaimanapun, kesukaran mengingat
dalam jangka masa pendek adalah yang paling banyak dikesan setakat ini.
Sememangnya kemahiran mengingat diperlukan bagi memudahkan proses dalam
pembelajaran dalam kehidupan. Namun tidak semua dianugerahi dengan kemahiran ini. Menurut
artikel ini, kesukaran mengingat mempunyai kesan yang berbeza dalam pembelajaran
berdasarkan jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Ingatan jangka pendek merujuk
kepada penyimpanan maklumat tanpa sebarang manipulasi dalam apa juga cara ke atas
maklumat yang disimpan itu manakala daya ingatan jangka panjang adalah penyimpanan tetap
ilmu pengetahuan dalam fikiran yang diletakkan dalam pelbagai bahagian otak. Penyimpanan
memori ini disertai dengan makna. Oleh sebab itu, ingatan ini lebih bertahan lama.
Kebanyakan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran biasanya akan dikaitkan
dengan kesukaran mengingati pelajaran sehingga menyebabkan sesi pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih mencabar. Hal ini berlaku kerana unsur-unsur dalam pendidikan
memerlukan pelajar menggunakan daya ingatan mereka demi menjadi pelajar yang cemerlang.
Mereka yang tergolong dalam kategori cerdas yakni mereka yang mempunyai tahap keaktifan
minda yang tinggi biasanya akan cenderung mengingati mata pelajaran lepas dengan mudah dan
ini menjadikan mereka tergolong dalam kalangan pelajar cerdik pandai kerana boleh mengikuti
sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lancar.
Berbeza pula halnya apabila berhadapan dengan pelajar yang mempunyai tahap
kecerdasan yang rendah seperti masalah kesukaran mengingat ini. Biasanya pelajar yang
mempunyai masalah mengingat pelajaran sama ada dalam jangka pendek mahupun jangka
panjang akan mengalami situasi seperti penggulangan pembelajaran lepas secara lebih kerap
1

dengan tujuan supaya pelajar sedikit sebanyak akan mengingati semula pelajaran lepas dalam
jangka masa panjang. Kaedah penggulangan ini perlu akan pelajar akan bersedia untuk
menerima pembelajaran baru yang berkaitan dengan pelajaran lepas dengan lebih mudah.
Selain itu juga, pelajar yang mempunyai masalah ini juga akan menekan guru untuk
memberikan mereka kerja tambahan. Kerja tambahan ini walaupun sedikit sebanyak
mengganggu perjalanan pelajaran harian yang sudah dirancang namun teknik ini juga sebenarnya
boleh membantu pelajar dalam menguasai sesuatu topik. Kerja tambahan ini boleh dijadikan
sebagai salah satu aktiviti pengukuhan kepada pelajar yang mempunyai masalah ingatan agar
mereka tidak ketinggalan dalam sesuatu topik.
Guru yang berhadapan dengan masalah ini juga memerlukan lebih banyak masa untuk
menilai kemampuan setiap pelajar yang bermasalah kerana akhirnya mereka perlu membuat
keputusan berkenaan kaedah pengajaran yang paling efektif terhadap golongan ini termasuklah
membuat pemilihan tepat ke atas bahan bantu mengajar dan pengisian P&P. Mempunyai murid
yang berbeza tahap IQ dalam sesebuah kelas juga sebenarnya sedikit sebanyak mengganggu
keseragaman pembelajaran. Pelajar yang lebih baik akan jauh kehadapan manakala pelajar yang
kurang baik akan ketinggalan. Sehubungan dengan itu, guru perlu bijak mengatur strategi
pengajaran mereka agar kedua-dua golongan ini mendapat manfaat yang sama.
Seperkara lagi, pelajar yang berhadapan dengan masalah kesukaran mengingat ini boleh
mengganggu pembelajaran apabila mereka yang tidak boleh menerima kaedah pengajaran guru
akan bertindak membuat gangguan dalam kelas. Misalnya seperti membuat bising, berjalan-jalan
dalam kelas dan mengganggu pelajar lain yang benar-benar ingin belajar. Guru tidak boleh
membiarkan keadaan ini berterusan kerana ianya menganggu semangat belajar dalam kalangan
pelajar dan akan memburukkan lagi keadaan.
2.

Discuss the intervention strategies that may be adopted by teachers to help learners
with memory difficulties.

Terdapat tujuh campur tangan atau strategi yang dikemukakan dalam artikel ini yang
boleh digunakan oleh guru bagi membantu pelajar yang mempunyai kesukaran mengingat.
Strategi ini merupakan saranan oleh S. Gathercole dan T. Alloway.
2

Menurut mereka, prinsip utama yang boleh diaplikasikan dalam menangani masalah ini
pertama sekali adalah dengan mengenalpasti kegagalan working memory. Kegagalan ini
termasuklah ingatan yang tidak lengkap, kegagalan dan mengikuti arahan dan juga pengabaian
tugas semasa dalam proses penaplikasian working memory.
Guru juga perlu sentiasa mengawasi pelajar agar pelajar tidak mudah terpesong daripada
tujuan sebenar setiap kali sesi P&P berjalan. Misalnya dengan memanggil nama mereka dan
mengajukan soalan denagn kerap berkenaan situasi mereka pada masa tersebut. Guru juga
disarankan untuk melihat tanda-tanda bahawa working memory setiap pelajar telah mencapai
tahap tepu dengan melihat kepada perlakuan mereka semasa sesi P&P dan mencari penyelasaian
agar pelajar tidak terus diabaikan.
Menilai aktiviti pembelajaran murid adalah penting bagi memastikan keberkesanan
working memory dalam kalangan pelajar. Pastikan perkara yang ingin diingati itu tidak terlalu
banyak sehingga menyukarkan pelajar untuk menyimpannya dalam memori. Biasanya pelajar
yang bermasalah dalam working memory sukar untuk menyimpan tiga atau lebih data dalam
jangka pendek. Selain itu, isi kandungan yang tidak jelas atau tidak begitu dikenali oleh pelajar
juga akan menyukarkan pelajar untuk mengingatinya. Sehubungan dengan itu, guru perlu
memberikan penjelasan beserta contoh-contoh atau gambaran yang biasa ditemui oleh pelajar
bagi memastikan kecekapan working memory mereka. guru harus juga peka bahawa pelajar
dengan masalah ini tidak perlu terlalu dibebankan dengan dua kerja mengingat dalam masa yang
sama.
Di samping itu, strategi lain yang guru boleh gunakan adalah dengan menggurangkan
timbunan working memory dalam kalangan pelajar. Maksudnya, guru boleh menggunakana
bahan P&P yang ringkas atau sedikit. Misalnya dalam memberikan contoh ayat, guru boleh
menggunakan empat atau lima ayat untuk memudahkan pelajar mengingati isi kandungan
pelajaran selain itu, guru juga boleh memberikan contoh tindakan bagi setiap penerangan bagi
memudahkan pelajar mengingati penerangan. Guru juga perlu berpengetahuan dalam menjadikan
sesuatu topik dalam P&P yang tidak begitu dikenali oleh pelajar dengan memberikan lebih
banyak contoh-contoh yang dekat dengan pelajar. Misalnya contoh dalam persekitaran kelas,
sekolah ataupun rumah supaya pelajar akan lebih mudah mengingati topik tersebut.

Malahan, guru juga boleh menggurangkan beban working memory dengan meringkaskan
pemprosesan sesuatu memori iaitu dengan dengan membahagikan satu unit besar kepada dua
unit kecil. Ia juga dikenali sebagai penstrukturan semula dimana sesuatu topik yang luas
dibahagiakan kepada unit-unit kecil untuk memudahkan proses working memory dalam kalangan
pelajar.
Selain itu, guru juga perlu sentiasa bersedia untuk proses penggulangan dalam sesuatu
P&P. Dalam sesuatu kelas, tidak semua pelajar menghadapi masalah working memory. Oleh itu,
guru boleh meminta bantuan pelajar yang mempunyai reputasi working memory yang baik dalam
membimbing pelajar yang mempunyai working memory yang kurang baik. Mungkin dengan
penggulangan penerangan oleh rakan sebaya, mereka akan lebih faham dan mudah mengingati
sesuatu perkara.
Menggalakkan penggunaan bahan bantu memori juga amat digalakkan bagi mengasati
kesukaran working memory dalam kalangan pelajar. Misalnya seperti bahan bantu menulis,
bahan bantu mengira, peralatan bunyi-bunyian atau dengan bantuan perisisan komputer yang
mudah. Penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar pasti akan menampakkan sesi P&P lebih
mengujakan dan menyeronokkan. Sehubungan dengan itu, adanya usaha untuk mempelbagaikan
penggunaan bahan bantu mengajar oler para guru adalah perlu untuk memasptikan
perkembangan working memory pelajar mereka.
Seperkara lagi, guru harus membantu membangunkan penggunaan strategi oleh kanakkanak dalam menyokong memori mereka sendiri dengan melakukan aktiviti seperti meminta
pertolongan, berlatih, mengambil/ menyalin nota, menggunakan memori jangka panjang dan
penggunaan bahan-bahan seperti carta alir, gambar rajah dan sebagainya.
BAHAGIAN B: (15%)
Bahagian ini akan membincangkan artikel yang ditulis oleh B.F. Skinner yang bertajuk The
Origins of Cognitive Thought.
a)

How does Skinner define attitude? [ 1.5 pages]

Menurut Skinner, attitude atau tingkah laku merupakan kedudukan, postur serta gaya
yang diambil ketika ingin melakukan sesuatu. Definisi tingkah laku Skinner adalah berdasarkan
teori yang diciptanya iaitu Teori Pelaziman Operan. Secara asasnya pelaziman operan ini
merupakan satu proses pembelajaran yang melihat satu tingkah laku itu dapat mengubah kesan
yang berlaku sebelum ini secara sistematik. Ia turut memfokuskan kepada sebab dan akibat
daripada satu tingkah laku.
Tingkah laku ialah perbuatan yang dilakukan seseorang pada situasi tertentu. Tingkah
laku ini terletak di antara dua pengaruh yaitu pengaruh yang mendahuluinya (antecedent) dan
pengaruh yang mengikutinya (akibat). Dengan demikian, tingkah laku dapat diubah dengan cara
mengubah antecedent, akibat, atau kedua-duanya. Menurut Skinner, akibat itu sangat
menentukan apakah seseorang akan mengulangi suatu tingkah laku pada masa yang akan datang.
Tingkah laku bukanlah sekadar respon terhadap stimulus, tetapi suatu tindakan yang disengaja
atau operan. Operan ini dipengaruhi oleh perkara yang terjadi selepas itu.
Tingkah laku adalah hubungan antara perangsang (stimuli) dan respon. Tingkah laku
terjadi apabila adanya stimulus yang khusus. Skinner berpendapat, keperibadi seseorang
terbentuk akibat respon terhadap persekitarannya. Oleh itu, hal yang paling penting untuk
membentuk sebuah keperibadian adalah adanya penghargaan dan hukuman. Penghargaan akan
diberikan untuk respon yang diharapkan sedangkan hukuman untuk respon yang salah. Pendapat
Skinner ini berpusat kepada hubungan antara tingkah laku dan akibat. Contohnya, jika tingkah
laku seseorang itu diikuti rapat oleh tingkah laku lain yang menyenangkan, individu itu akan
menggunakan tingkah laku itu lagi sekerap yang mungkin atau mungkin akan dijadikan
kebiasaan atau amalan dalam kehidupannya.
Akibat daripada tingkah laku yang menyenangkan akan memperkuat lagi sesuatu tingkah
laku, sementara akibat yang tidak menyenangkan akan memperlemah tingkah laku. Jadi, akibat
yang menyenangkan akan bertambah kekerapan penggunaannya, sementara akibat yang tidak
menyenangkan akan berkurang kekerapan penggunaannya. Skinner juga turut memberikan dua
jenis respon (stimuli) iaitu :

1. Respondent response (reflexive response), iaitu respon yang ditimbulkan oleh suatu
perangsang-perangsang tertentu. Misalnya, manusia berliur apabila melihat makanan
tertentu. Perangsang-perangsang yang sedemikian ini disebut eliciting stimuli, iaitu
perangsang yang menimbulkan respon-respon yang tetap.
2. Operan response (instrumental response), iaitu respon yang timbul dan berkembang
diikuti oleh perangsang-perangsang tertentu. Perangsang ini disebut reinforcing stimuli
kerana perangsang itu memperkuat respon yang telah dilakukan oleh seseorang.
Contohnya, jika seorang anak rajin belajar, lalu dia diberi ganjaran mendapat hadiah,
maka ia akan menjadi lebih giat belajar lagi.
Respon jenis pertama (respondent/reflexive response/behavior) seperti di atas sangat terbatas
bagi manusia. Sebaliknya operant response/behavior merupakan bahagian terbesar dari tingkah
laku manusia dan kemungkinan untuk mengubahsuainya hampir tak terbatas. Oleh karena itu,
fokus teori Skinner adalah pada respons atau jenis tingkah laku yang kedua ini.

b)

What did Skinner mean with the statement learning is not doing, it is changing what
we do?
Skinner mengatakan bahawa pembelajaran itu bukan melakukan tetapi mengubah apa

yang kita lakukan. Ini merupakan pernyataan Skinner dalam salah satu teori yang dihasilkannya
iaitu Teori Pembelajaran (Theory of Learning). Skinner juga menekankan beberapa prinsip
penting dalam pembelajaran. Skinner pernah mengkaji teori-teori behaviorisme yang dinyatakan
oleh ahli-ahli psikologi yang lain. Mereka menekankan bahawa setiap gerak balas adalah
dihasilkan daripada sesuatu rangsangan yang diketahui. Ahli-ahli ini berpendapat bahawa
6

tingkah laku manusia adalah pasif dalam kata lain, individu tidak dapat mengawal tingkahl
akunya.
Sebaliknya dari pemerhatian Skinner, tingkahlaku yang terhasil tidak mengikut urutan
kemunculan tingkahlaku selepas rangsangan, sama ada terlazim atau tak terlazim, tetapi ianya
berlaku kerana kesan daripada rangsangan yang berkenaan. Kesimpulannya, Skinner
berpendapat

manusia

dapat

mengawal

tingkah

laku

dirinya.

Bagi

membuktikan

hipotesisnya,Skinner telah mereka bentuk sebuah kotak yang dikenali dengan Kotak Skinner.
Tingkah laku tikus di dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatikan
dan direkodkan.
Konsep-konsep yang dikemukanan Skinner tentang belajar lebih mengungguli konsep
para tokoh sebelumnya. Ia mampu menjelaskan konsep belajar secara sederhana, namun lebih
komprehensif. Menurut Skinner hubungan antara stimulus dan respon yang terjadi melalui
interaksi dengan lingkungannya, yang kemudian menimbulkan perubahan tingkah laku, tidaklah
sesederhana yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh sebelumnya.
Dalam teori belajarnya Skinner mendefinisikan bahawa belajar adalah sebuah proses
perubahan tingkah laku yang telah dicapai dari hasil belajar melalui beberapa penguatanpenguatan tingkah laku yang baru, yang disebut dengan operan conditioning. Menurut Skinner
unsur yang terpenting dalam belajar adalah adanya peneguhan (reinforcement) dan hukuman
(punishment).
Peneguhan (reinforcement) adalah akibat yang meningkatkan kemungkinan sesuatu
tingkah laku akan terjadi. Sebaliknya, hukuman (punishment) adalah akibat yang menurunkan
kemungkinan terjadinya suatu tingkah laku. Dengan kata lain, pengetahuan yang terbentuk
melalui ikatan stimulus-respon akan semakin kuat apabila diberi penguatan. Peneguhan
(reinforcement) dibahagikan oleh Skinner kepada dua jenis iaitu penguatan positif dan penguatan
negatif.
Peneguhan positif adalah penguatan berdasarkan prinsip bahawa kekerapan respon untuk
terus meningkat adalah disebabkan adanya sokongon daripada bahan perangsang sebagai
7

stimulus dalam pembelajaran. Sebagai contoh, pelajar yang berjaya melakukan tugasan dengan
baik akan diberikan imbuhan misalnya diberikan gred A dalam tugasan mereka. Manakala
peneguhan negatif adalah sebaliknya iaitu kekerapan respon untuk terus meningkat diikuti oleh
kehilangan bahan perangsang yang akhirnya menjadikan pembelajaran kurang berkesan.
Misalnya, guru yang terlalu membebankan pelajar dengan tugas tambahan akan menyebabkan
pelajar tidak cukup masa untuk melakukan tugasan lain yang juga perlu mereka lakukan.
Teori belajar Skinner telah memberi banyak sumbangan dalam bidang pendidikan. Akibat
penguatan dan hukuman sebenarnya merupakan sebahagian dari kehidupan di alam
persekolahan. Jika digunakan secara praktikal, pandangan teori ini pasti akan mendapat
membantu para guru dalam pengendalian pembelajaran dalam bilik darjah. Demikian juga
dengan prinsip-prinsip dan hukum-hukum belajar yang terkandung dalam Teori pembelajaran
Skinner yang mana telah banyak membantu guru dalam menggunakan pendekatan pengajaran
yang sesuai untuk mencapai hasil pembelajaran dan perubahan tingkah laku yang positif ke atas
para pelajar. Teori Pembelajaran Skinner juga menekankan pendidik untuk menghargai semua
pelajar. Perkara ini dibuktikan dengan menghilangkan sistem hukuman di peringat sekolah.

c)

How does Skinner explain thinking?


Bagi Skinner, untuk berfikir adalah untuk melakukan sesuatu supaya sikap lain mungkin

dapat diwujudkan. Skinner percaya bahawa penganalisis tingkah laku tidak boleh berurusan
dengan proses-proses kognitif yang dikenali sebagai pemikiran. Manusia sering berfikir apabila
merujuk kepada tingkah laku yang lemah. Jika tidak cukup yakin untuk berkata, "Dia adalah
salah," kita akan berkata, "Saya rasa ia adalah salah." Dengan menggunakan kata-kata seolaholah kita masih memikirkan atau mentafsir sama ada sesuatu tingkah laku itu salah atau tidak.
seorang juga akan berfikir apabila tingkah laku yang lebih kuat tidak boleh dilaksanakan pada
8

masa itu. Oleh itu, kita akan berfikir tentang bagaimana sesuatu itu digambarkan tetapi ianya
belum lagi kelihatan di sana dan kita berfikir untuk melakukan sesuatu yang belum boleh kita
lakukan pada masa itu.
Berfikir adalah untuk melakukan sesuatu agar tingkah laku lain itu mempunyai kemungkinan
untuk berlaku. Menyelasaikan masalah adalah salah satu contoh. Masalah adalah satu keadaan di
mana ia tidak semestinya akan menimbulkan tindak balas yang berkesan tetapi kita akan
menyelasaikannya dengan mengubah situasi sehingga tidak balas terjadi. Berikut merupakan
beberapa cara manusia bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan.

1. Apabila tiada rangsangan yang berkesan, kadang-kadang kita akan mendedahkan satu.
Kita menemui perkara baru dengan dengan mendedahkan mereka. Untuk mengesan
isyarat tidak semestinya bermaksud kita perlu bertindak balas terhadapnya tetapi
membuka sesuatu yang menutupnya.
2. Apabila kita tidak boleh mendedahkan rangsangan, kita kadang-kadang menyimpan satu
perkara yang boleh diakses sehingga tindak balas berlaku.
3. Kita tidak melihat perkara untuk difahamkan dengan lebih baik tetapi kita juga mencari
mereka. Kita akan mencari atau meneroka. Kita mencari untuk memperolehi sesuatu dan
pencarian ini tidak boleh dielak tanpa kita memberi sedikit sumbangan ke atas sesutu
supaya ianya dapat dilihat.
4. Kita melihat beberapa perkara yang berbeza bersama-sama untuk membuat tanggapan
tunggal untuk dilaksanakan apabila kita menumpukan perhatian dengan lebih baik.
B.F. Skinner telah membuat impak

yang besar pada psikologi dan pendidikan.

Pandangan Skinner melihat pelajar adalah untuk mempelajari tabula rasa, pelaziman
disebabkan oleh persekitarannya. Skinner berpendapat matlamat psikologi adalah meramal dan
menguasai tingkah laku. Organisma melakukan sesuatu atas fungsi persekitaran di mana mereka
ditempatkan dan juga sejarah pembelajaran mereka. Dengan menguasai sebelum dan akibat
tingkah laku ini, ramalan dan penguasaan dapat dicapai. Dengan membekalkan akibat positif
tingkah laku dan menguasai jadual di mana akibat itu dihasilkan, tingkah laku boleh dikuasai dan
ditajamkan. Dalam kajiannya, Skinner mendemonstrasikan haiwan ujian memang sangat sensitif
untuk manipulasi tindakan sebelum dan akibatnya. Misalnya dengan tekankan bar,adalah
dijangka akan diberi makanan atau minuman selepas tindakan itu.
9

BAHAGIAN C: (30%)
a. Briefly describe the principles of constructivism and the scholars who proposed
constructivism.
Istilah konstruktisme adalah berdasarkan kepada konsep bahawa pelajar sebenarnya
boleh membina pengetahuan untuk diri mereka sendiri. Pelajar akan membina makna contoh
bagi setiap ilmu pengetahuan yang diterima agar mereka lebih mudah memahami atau
mengingati sesuatu perkara. Konstruktisme juga menekankan bahawa proses pembelajaran itu
adalah sesuatu yang aktif dan dinamik. Sehubungan dengan itu, ia akan mengalami
perkembangan sedikit demi sedikit mengikut masa dan hayat seseorang individu. Dengan kata
lain, konstruktisme menekankan pembelajaran melalui pengalaman sebagai sandaran kepada
ilmu yang ada dalam diri seseorang. Melalui pembelajaran ini, pelajar akan membina atau
konstruk ilmu pengetahuan melalui usaha mereka sendiri.
Pendekatan konstruktivis dalam pendidikan merupakan satu pembaharuan tentang kaedah
pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Konstruktivisme menekankan peranan pelajar dan
10

guru sahaja. Kelebihan pendekatan ini ialah pelajar berpeluang membina pengetahuan secara
aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran
terbaharu. Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaharu. Perkaitan ini dibina
sendiri oleh pelajar. Hal ini kerana menurut teori kontruktivisme ini, konsep-konsep yang dibina
pada struktur kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan
atau pengalaman baru.
Seseorang dapat membina konsep dalam struktur kognitifnya dengan pengetahuan yang
sedia ada padanya dan proses ini dikenali sebagai accretion menurut Subadrah Nair dan Malar
Muthiah (2005). Beliau turut menjelaskan bahawa pendekatan konstruktivisme sangat penting
dalam proses pembelajaran kerana pelajar digalakkan membina konsep sendiri dan
menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada pada mereka.
Dalam hal ini, pelajar pastinya akan dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu
perkara.
Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana teori ini terbukti sangat dominan
dalam pendidikan sekarang kerana menyediakan perubahan paradigma kepada pendekatan yang
lebih berasaskan kognitif berbanding pendekatan tradisional yang lebih kepada behaviourisme.
Kajian yang dilakukan oleh Peter, Abiadun dan Jonathan (2010), menunjukkan bahawa
pendekatan konstruktivisme memberi kesan yang positif kepada akademik murid. Teori ini
menyangkal

dengan menyatakan

perkembangan kognitif sebagai

hasil

pengumpulan

pengetahuan dan perubahan perkembangan hanya akan berlaku apabila mencapai kematangan
iaitu pendapat Piaget yang berpendapat pembelajaran hanya akan berlaku apabila perkembangan
telah terbentuk. Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme telah digunakan secara meluas
dalam mata pelajaran sains menurut Subadrah Nair & Malar Muthiah (2005).
Teori konstruktivisme menurut Abdul Jalil dan Bahtiar (2005), menyatakan bahawa murid
membina makna mengenai dunia dengan mensintesis pengalaman baru terhadap apa-apa yang
mereka telah fahami sebelumnya. Mereka menjelaskan bahawa melalui prinsip konstruktivisme,
ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh setiap individu berasaskan pengalaman yang
dilaluinya. Manakala menurut Vighnarajah, Wong Su Luan dan Kamariah (2008), mendapati

11

guru yang menggunakan pendekatan teori konstruktivisme dapat mengaktifkan murid dalam
penglibatan proses pengajaran dan pembelajaran.
McBrien dan Brandt (1997), menyatakan konstruktivisme adalah satu pendekatan
pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan
penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya menerima
pengetahuan daripada orang lain. Nik Aziz Nik Pa (1999), menyebut konstruktivisme adalah
tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan
sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah
hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut dan bukan sesuatu maklumat atau
pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar.
Terdapat beberapa prinsip pemikiran konstruktisme yang mesti dipertimbangkan oleh
tenaga pengajar ketika dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Prinsip ini adalah
berlandaskan kepada kepercayaan bahawa pembelajaran seseorang pelajar itu bergantung kepada
cara mereka menggunakan pengetahuan sedia ada dengan pembelajaran baru sebagai
pembelajaran kendiri mereke sendiri.
Prinsip pertama dalam pembelajaran konstruktisme adalah kepercayaan bahawa
pembelajaran adalah sesuatu yang aktif yakni pelajar menggunakan kesemua input deria untuk
membina makna daripada proses pemebelajaran yang sedang dilaluinya. Dengan kata lain,
pembelajaran itu sesuatu yang aktif apabila pelajar menerima pembelajaran baru dan
menghubungkaitkannya dengan pegetahuan sedia ada mereka kerana seseuatu pembelajaran itu
terbina apabila pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada dalam diri memandangkan ilmu
pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda pelajar.
Prinsip kedua menekankan tentang manusia belajar cara belajar kerana mereka belajar
kerana sesuatu pembelajaran itu bukan sahaja menekankan tentang pembinaan makna malah
keseluruhan sistem makna itu sendiri. Setiap makna yang berjaya dibina itu pastinya akan
membantu pembelajaran akan datang yang mempunyai konsep yang serupa.

12

Selain itu, pembelajaran juga melibatkan bahasa kerana penggunaan bahasa yang tepat
boleh mempengaruhi proses pembelajaran. Ianya bukan sesuatu yang pelik bahawa ketika proses
pembelajaran, setiap individu itu akan bercakap dengan diri mereka sendiri. Oleh itu, adalah
penting untuk menghormati bahasa yang biasa kita gunakan dalam pembelajaran seharian agar
proses konstruk makna dalam diri setiap pelajar akan lebih berkesan.
Konsep konstruktisme menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu aktiviti sosial,
dimana pembelajaran juga berkaitrapat dengan hubungan kita dengan guru-guru, rakan sebaya
serta keluarga. Namun begitu pendidikan masa kini seolah-olah mengarah kepada pengasingan
pelajar dengan semua interaksi sosial dan menjadikan pendidikan itu sebagai satu-satunya
hubungan pelajar semasa dalam pembelajaran.
Pembelajaran juga adalah sesuatu yang kontekstual iaitu kita sebenarnya akan menerima
pembelajaran jika ada interasi dengan orang luar dan bukan duduk dalam pengasingan. Dengan
adanya hubungan ini, komunikasi akan menerbitkan kepercayaan dan keyakinan kerana
pembelajaran itu sebenarnya sesuatu yang aktif dan bersifat sosial. Sehubungan dengan itu, kita
tidak boleh mengelak kewujudan interasi sosial yang aktif dalam proses pembelajaran.
Seperkara lagi adalah ilmu pengetahuan. Pengetahuan adalah diperlukan dalam proses
pembelajaran pelajar. Adalah sukar bagi seseorang pelajar untuk mengasimilasi pembelajaran
baru jika tiada pengetahuan sedia ada berkenaan bidang atau konsep pembelajaran yang sedang
dipelajari. Dengan kata lain, lebih banyak kita tahu, lebih banyak kita boleh belajar. Oleh itu
sebarang usaha guru dalam kelas mesti menitikberatkan keadaan seseorang pelajar yakni dengan
mengambil kira pengetahuan terdahulu pelajar sama ada melalui pembelajaran lepas mahupun
pengalaman mereka sendiri bagi memudahkan pemahaman pelajar.
Terakhir sekali adalah masa. Masa juga penting kerana setiap proses pembelajaran itu
memerlukan masa dari seorang pelajar. Masa ini amat penting kerana sesuatu pembelajar tidak
dapat diperolehi dalam masa yang singkat. Pembelajaran memerlukan masa yang panjang untuk
tingkat pengetahuan yang semakin berkembang. Pembelajaran juga memerlukan proses
pengulangan pembelajaran lepas untuk hasil yang lebih mantap. Sehubungan dengan itu, dengan
13

adanya masa, pelajar boleh mengimbas semual idea dan bermain dengan idea-idea untuk
disesuaikan dengan aktiviti P&P.
Terdapat enam tokoh utama yang telah membentangkan proses pembelajaran
konstruktisme ini iaitu Jean Piaget, Jerome Bruner, John Dewey, Cunningham dan Duffy, Von
Glaserfeld dan Vygotsky.

Jean Piaget (1976), dalam bukunya To Understand is to Invent: The Future of


Education menjelaskan bahawa pengetahuan berkembang hasil daripada pembinaan
pengetahuan individu selepas pemahaman individu tersebut. Piaget menekankan pengetahuan
semasa bersifat sementara dan bertukar mengikut masa. Ia merupakan sebuah proses secara
berterusan dan sentiasa disusun semula. Konsep konstruktivisme merupakan satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang menerangkan bagaimana manusia belajar dengan cara
pengetahuan disusun dalam minda manusia.
Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran di semua peringkat. Konstruktivisme telah dipelopori oleh Lev Semyonich
Vygotsky (1978) iaitu seorang ahli psikologi melalui bukunya Mind in Society. Beliau
memisahkan antara pemikiran dan bahasa bebas dan berkembang secara terpisah. Beliau juga
menumpukan kepada zon perkembangan proksimal (ZPD) yang relevan dengan teknologi
pengajaran.
Terdapat juga beberapa tokoh lain yang memperkembangkan konsep konstruktisme
misalnya Jerome Bruner (1960). Beliau menyatakan bahawa konstruktisme sebagai satu teori
pembelajaran yang aktif di mana pelajar akan membina atau mengkonstruk idea baru dalam
sesuatu konsep berdasarkan pengetahuan terdahulu dan sedia ada mereka.
John Dewey pula menyatakan konsep konstruktisme sebagai satu gaya pembelajaran yang

mana pendidikan adalah bersandarkan kepada tindakan. Beliau menambah bahawa pengetahuan
dan idea hanya akan wujud apabila berada dalam keadaan di mana pelajar berada dalam situasi
perhubungan sosial iaitu terdapat interaksi antara pelajar dan individu luar seperti guru dan rakan
sebaya dan belajar bersama-sama dalam membina pengetahuan mereka.
14

Von Glaserfeld pula melihat ilmu pengetahuan akan lebih diterima dengan berkesan
apabila wujudnya komunikasi antara pelajar kerana pelajar yang akan mencipta atau
mengeluarkan idea untuk menjadikan pembelajaran lebih baik. Pelajar juga yang akan mentafsir
dan membina realiti berdasarkan pengalaman mereka berinteraski dengan persekitaran. Malah
Vvgotsky turut bersetuju dengan Von Glaserfeld dengan menyatakan bahawa sememangnya
setiap

individu membina pengetahuan mereka melalui interaksi sosial dalam sesuatu

persekitaran mereka. Keadaan persekitaran (budaya) dan interasi sosial yang terjadi pastinya
akan mengajar seseorang mengetahui apa yang perlu difikirkan dan bagaimana ia difikirkan.
Turut memberi sumbangan terawal dalam pembelajaran konstruktisme ialah Cunningham
dan Duffy. Mereka turut memperkuatkan kenyataan terdahulu yang meyatakan bahawa

konstruktisme merupakan pembelajaran yang lebih kepada membina pengetahuan dan bukannya
sekadar menerima pengetahuan.
b. Give specific examples illustrating how these principles are used in the classroom.
i.

Teaching Language Based On Constructivism


Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu


pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang
serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masingmasing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu
pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai
bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi
realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti
yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang
membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil
kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan
15

diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru
tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang
bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Seorang guru perlu
melaksanakan pengajaran supaya murid dapat membina atau membentuk idea baru dan bukan
menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman
yang dilalui dalam proses pembelajaran. Murid perlu asimilasikan idea baru atau menyesuaikan
(accommodate) idea yang sedia ada.
Pembelajaran konstruktivisme dalam dapat melahirkan murid yang boleh membina
pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus
belajar sepanjang hayat. Murid cuba memperoleh pemahaman mengenai pengalaman baru &
fenomena dengan cara membentuk atau membina makna mengenai perkara tersebut.
Dalam konstruktivisme, pembelajaran dilihat sebagai :

Pengubahan idea,

Pembinaan & penerimaan idea baru.

Penstrukturan semula idea sedia ada

16

ii.

Teaching Social Science Topics Based On Constructivist Principles


Pembelajaran dari perspektif konstruktivisme dilihat sebagai suatu proses pelajar

membina makna secara aktif daripada pengalaman yang dilaluinya. Juga makna yang dibina itu
bersangkutan dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Ciri paling penting pembelajaran
konstruktivisme ialah pelajar-pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya. Guru-guru
mesti sedar tentang corak mental pelajar yang membantu mereka mengerti dunia dan membuat
andaian-andaian untuk

menyokong pemikiran

mereka.

Dalam teori

konstruktivisme,

pembelajaran bukan merupakan satu proses penghafalan maklumat di mana jawapan betul
diberikan oleh guru
Justeru itu, pembelajaran mesti bermula dengan isu-isu yang berkait rapat dengan minat
dan naluri ingin tahu pelajar. Pemahaman sesuatu konsep harus dibuat secara menyeluruh dan
sebagai kaitan di antara bahagian-bahagian yang kecil dan pembelajaran berpusatkan kepada
pengusaan konsep-konsep asas. Guru harus menunjukkan pertalian di antara fakta-fakta dalam
sesebuah konsep supaya pelajar dapat mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada. Bagi
17

membolehkan pelajar memahami pengajaran guru, maka guru-guru perlu mencungkil


pengetahuan sedia ada pelajar dan membina kefahaman berdasarkan pengetahuan sedia ada ini.
Selain itu, guru juga harus mendorong proses pembelajaran pelajar dengan mengemukakan
soalan-soalan terbuka dan sering mengadakan perbincangan kumpulan di kalangan pelajar. Oleh
itu dapat dirumuskan bahawa pembelajaran secara konstruktivisme hanya berlaku dengan adanya
penglibatan aktif pelajar dan tahap pemahaman pelajar bergantung kepada pengetahuan sedia ada
mengenai konsep yang dipelajari.
Prinsip yang paling penting adalah bahawa guru tidak memberikan pengetahuan kepada
murid. Sebaliknya murid-murid mesti membangunkan ilmu pengetahuan secara kendiri dalam
struktur mental mereka. Pelajar-pelajar hanya boleh membina ilmu pengetahuan dengan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka perlu
menggunakan minda mereka secara aktif untuk membandingkan maklumat-maklumat baru
dengan pengalaman sedia ada mereka dan untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru
ini. Pelajar-pelajar juga terlibat dalam proses metakognitif, iaitu operasi yang mengarah dan
mengawal kemahiran secara kognitif dalam minda mereka. Pada akhir sesi pengajaran, mereka
terlibat dalam proses-proses menilai dan menaksir pemikiran sendiri melalui refleksi dan
renungan.Sebagai contoh guru mengadakan sesi soal jawab di akhir pengajaran untuk
memastikan setiap pelajar mengikuti sesi pembelajaran tersebut dengan berkesan.

18

iii.

Training Based On Constructivism


Teori pembelajaran konstruktisme berasaskan latihan dalam kelas tradisional misalnya,

perlu melibatkan kerjasama antara pelajar dalam satu kumpulan kecil, dimana tiada seorangpun
pelajar yang akan tercicir daripada membuat tugasan kumpulan kerana tugasan telah diberi sama
rata. Teori ini juga memandang pentingnya pandangan yang diberikan oleh pelajar. Walaupun
kerja berkumpulan memerlukan kerja tambahan, penglibatan dalam pembelajaran adalah cukup
berbaloi.
Peta minda adalah satu kaedah yang baik untuk membantu pelajar untuk mempelajari
subjek sains sosial misalnya Sejarah. Dengan menggunakan peta minda, nota sejarah boleh
ditulis dengan menggunakan pelbagai corak dan reka bentuk. Begitu juga dengan penggunaan
warna dalam peta minda. Warna akan dapat memanipulasi pemikiran pelajar untuk menjadikan
subjek Sejarah menjadi subjek yang kelihatan membosankan kepada subjek yang lebih
menyeronokkan untuk dipelajari.

19

Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam semua mata pelajaran sudah semestinya
amat membantu murid dalam meningkatkan prestasi mereka. kaedah pembelajaran secara
konstruktisme juga menekankan penggunaan BBM yang bersesuaian agar pelajar boleh
mengeluarkan idea mereka sendiri berdasarkan pengalaman lepas mereka. mereka tidak akan
hanya bersandarkan kepada guru semata-mata sebagai pemudah cara kerana konstruktisme juga
merupakan pembelajaran berpusatkan pelajar yang mana guru akan membuka ruang kepada
pelajar untuk mempelajari sendiri sesuatu mata pelajaran.
Aktiviti pembelajaran berkumpulan juga misalnya seperti membuat kajian sejarah
berkenaan tempat/ bangunan atau tokoh juga menyebabkan pelajar mengintegrasikan
pengalaman, pengetahuan, dan kepercayaan dan pada masa yang sama, pengetahuan dan
kepercayaan dapat dibentuk dalam diri setiap pelajar. Aktiviti berkumpulan juga secara tidak
langsung membolehkan pelajar untuk mendapatkan pengalaman baru.

c. Write one Lesson plan teaching a topic or subtopic which illustrates the application of the
principle/s of constructivism in the classroom.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 2

Tarikh

25 Oktober 2014

Masa

8.00-9.00 pagi (60 minit)

Tahun

2 Bakawali

Mata pelajaran

Bahasa Melayu Tahun 2

Tema

Keluarga

Tajuk

Jasa Ibu

Objektif

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :


20

1.
2.
3.

Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.


Menyatakan lima isi penting daripada teks yang telah disediakan.
Menulis lima ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang
betul.

Fokus utama

Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada
teks.
Aras 2 (i) mengecam isi penting daripada pelbagai bahan bacaan.

Fokus sampingan

: 1.

Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi


yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan pada
penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

Sistem bahasa

2.

Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.


Aras 3 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap.

Tatabahasa

tanda baca, kata hubung, sebutan/intonasi

Kosa kata

menyayangi, berbudi bahasa, membantu,


derhaka, bergembira, dll.

Ilmu

Pendidikan Agama Islam dan Moral, Pendidikan Muzik

Nilai

Hormat, kasih sayang.

KBT

KB-, menyenaraikan, belajar cara belajar.


Kontekstual, Konstruktivisme

BBM

Petikan teks syarahan Hargai Pengorbanan Ibu, Kad imbasan,


Lembaran kerja,

Pengorbanan

Masa /

Klip video syarahan Hargai

Ibu, Klip video lagu Ibuku.

Isi Pelajaran

Aktiviti P& P

Catatan

Langkah

21

Set Induksi
(5 minit)

Klip video Bangun

1.Guru menayangkan klip

Pagi.

video

bertajuk

Bangun -Klip

Pagi.
2.Guru

BBM
video

Bangun Pagi.
meminta

murid

menonton sambil mengenal KBT


pasti

nama

sebutan, Kontekstual

intonasi dan gaya syarahan Kecerdasan


yang terdapat dalam klip pelbagai
video tersebut.

Kemahiran berfikir

3. Murid mendengar dan Nilai


menyatakan

hormat,

sebutan, kasih sayang

intonasi dan gaya syarahan


dalam klip video yang
telah ditonton .
1. Guru memilih 5 orang
Langkah 1

Bacaan teks syarahan

murid membaca teks Kemahiran Lisan

(20 minit)

Menghormati

syarahan

Amalan Mulia

Guru

sebutan

dengan
dan

intonasi Teori

yang betul.

Behaviourisme

2. 5 orang murid

Sistem bahasa:

menyampaikan

Sebutan, intonasi

syarahan berdasarkan
teks Menghormati

kontekstual

Guru Amalan Mulia


dengan sebutan dan
intonasi yang betul.

22

Langkah 2

isi

penting

(15 minit)

syarahan
Menghormati

Teks 1. Guru membahagikan


murid kepada lima
Guru

Amalan Mulia

Kemahiran
Membaca

kumpulan dan setiap


kumpulan.

BBM
Teks

2. Guru mengedarkan teks

syarahan

Menghormati

syarahan bertajuk

Guru

Menghormati Guru

Mulia

Amalan

Amalan Mulia kepada


murid-murid.

Kemahiran
Berfikir-

3. Guru meminta setiap


kumpulan mencari 5 isi

menyenaraikan,
belajar cara belajar

penting daripada teks


syarahan yang
diberikan.
4. 5 orang murid
menyatakan dan

Koperatif,
kontekstual
Nilai: Kerjasama

menyenaraikan 5 isi
penting di papan hitam

Langkah 3

Ayat Tunggal dan Ayat

(15 minit)

Majmuk

Kemahiran
1. Guru menerangkan

Menulis

penggunaan kata
23

Kata Hubung:
- dan

hubung dan dan

KBT:

tetapi.

Konstruktivisme,

2. Guru mengedarkan

- tetapi

lembaran kerja kepada

Kemahiran

murid.

berfikir:

3. Murid membina 5 ayat


majmuk berdasarkan

Kemahiran Belajar
Cara Belajar

ayat tunggal yang


diberikan dalam

Sistem bahasa:

lembaran kerja.

Kata hubung

4. Guru meminta 5 orang


murid menyatakan
jawapan dengan kuat
dan jelas.
Penutup

-Rumusan isi

(5 minit)

-Murid-murid diminta

dengan sesi soal jawab Lagu

menyanyikan

bersama murid.

Keluarga Saya

1. Guru merumuskan P&P BBM: Klip Video


lagu

Keluarga

Saya

2. Guru memasang klip


video lagu Keluarga Nilai

Hormat,

Saya Murid dan guru kasih sayang


menyanyikan

lagu

tersebut bersama-sama.
Penilaian / Refleksi:
Kesimpulannya jelas menunjukkan terdapat perbezaan prestasi bagi murid yang menggunakan
kaedah konstruktivisme dengan menggunakan kaedah tradisional pada sesi P&P sebelumnya.
Selain itu, murid juga semakin berminat terhadap pembelajaran bahasa Melayu setelah kaedah
ini diperkenalkan. Ini dapat dilihat dari hasil pembelajaran bahasa Melayu selama sejam dengan
menggunakan pendekatan konstruktivisme. Murid menjadi seorang yang aktif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana kaedah ini menggalakkan murid lebih berfikir,
lebih yakin, lebih berkemahiran sosial kerana pembelajaran dua hala, serta lebih seronok dengan
24

aktiviti yang dilakukan. Aktiviti yang dijalankan telah dapat menarik minat murid maka sudah
pastilah proses pengajaran dan pembelajaran juga berjalan dengan lancar dan berkesan. Murid
berpeluang membina soalan-soalan yang kreatif dan murid sentiasa merasai bahawa dirinya
dihargai.

Lembaran Kerja
Gunakan sama ada kata hubung dan atau tetapi untuk setiap ayat majmuk di bawah.

1. Ali ___________ Ahmad pergi ke sekolah bersama-sama.


2. Siti Sarah tinggi lampai orangnya ____________ adiknya Siti Solehah kecil molek
orangnya.
3. Makanan kegemaran Aiman ialah nasi lemak ____________ ayam goreng.
4. Mak Timah gemuk orangnya _______________ Mak Linah kurus orangnya.
5. Hobi saya ialah mengumpul setem, memancing _____________ membaca buku.

Lampiran 1
Petikan teks syarahan Menghormati Guru Amalan Mulia
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah Menghormati guru amalan mulia.
25

Hadirin sekalian,
Menghormati guru merupakan amalan mulia kerana mereka orang yang berjasa kepada kita
semua. Gurulah yang mendidik kita sehingga kita pandai membaca, menulis dan
mengira. Mereka telah mendidik kita tanpa mengenal erti penat dan lelah agar kita menjadi insan
yang berguna. Mereka juga banyak memberi dorongan kepada kita agar terus berusaha mencapai
kejayaan dalam pelajaran dan sebagainya.
Guru merupakan orang yang kedua perlu kita hormati selepas ibu bapa. Ini kerana hampir
separuh masa seharian kita bersama mereka. Merekalah yang menjaga, memberi nasihat, tempat
kita mengadu dan sebagainya sepanjang kita berada di sekolah.
Guru juga banyak berkorban demi kejayaan kita. Antaranya mereka sanggup mengajar lebih
masa atau hadir ke kelas tambahan untuk mengajar secara suka rela demi memastikan kita
berjaya dalam pelajaran.
Hadirin sekalian,
Kita wajar menghomati guru bukan sekadar dengan ucapan sahaja malah haruslah dibuktikan
antaranya dengan belajar bersungguh-sungguh. Apabila kita berjaya, guru pasti akan
gembira. Doakanlah moga guru-guru kita dilimpahi segala kebaikan seperti dimurahkan rezeki
dan sebagainya.
Sesungguhnya jasa mereka amat besar dan tidak terbalas. Oleh itu, kita harus mengingati jasajasa mereka dengan menghormati mereka seumur hidup agar kita terus mendapat keberkatan
daripada Allah.
Setakat ini sajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan
supaya menghormati guru-guru dengan seikhlas hati kerana kejayaan seseorang itu pastinya hasil
daripada didikan para guru.
26

Sekian ,terima kasih.


Lampiran 2
Klip video Bangun Pagi
Lampiran 3
Klip video lagu Keluarga Saya

27

Você também pode gostar