Você está na página 1de 15

Cetakan lino : Langkah demi langkah

Entri kali ini untuk memenuhi permintaan rakan-rakan dan murid. Lama betul
pakcik tak menulis, almaklumlah cuti sekolah, sibuk dengan kenduri sana-sini. Ramai
yang bertanya tentang langkah-langkah untuk menghasilkan seni cetakan timbul. Jadi
pakcik terpanggil untuk mewakafkan sekelumit ilmu berdasar sedikit pengetahuan
dan pengalaman menghasilkan cetakan semasa berguru dengan sifu Ponirin Amin.
Seni cetakan timbulan merupakan kaedah cetakan tradisional paling tua, dianggarkan
bermula sejak lebih 5000 tahun lampau. Seni cetakan awal ditemui di China, muncul
pada abad ke 7 masihi, mereka gunakan blok kayu untuk hasilkan cetakan kitab
keagamaan dan yang paling tua ditemui dalam piramid .
Cetakan timbul boleh dibuat menggunakan blok kayu, blok lino atau kolagraf. Di
Maalaysia teknik cetakan digunakan dalam penghasilan batik tradisional iaitu batik
cap, menggunakan blok kayu dan logam . Tujuan kita mencetak ialah untuk
mendapatkan imej yang sama berulang kali. Diringkaskan cerita mari kita bincangkan
proses catakan langkah demi langkah.

Langkah 1 : Menyediakan alat serta bahan


Bahan utama ialah kepingan lino dan dakwat cetakan. Kepingan lino ada
bermacam kualiti, yang paling bagus adalah kepingan lino buatan German dijual
dengan harga sekitar RM35 sekeping yang berukuran 1X1 kaki. Ada kepingan lino
buatan China yang dijual dengan harga lebih murah iaitu sekitar RM 11 hingg RM 15
untuk saiz yang sama. Dakwat cetakan pula dijual dalam bentuk tiub kecil (RM 6.50),
bekas kilo (RM30) dan Tin 1 kg (RM55).
Kedua-dua bahan ini agak sukar didapati disini, selalunya pakcik oder dari
Kak Tie Ketereh, nah ini no hp beliau 0179603324. Kebanyakan rakan
guru telahpun mengenali dia. Ehh!! iklan percuma lah pulak.
Peralatan lain yang diperlukan ialah pisau ukir, roller, pisau palit, kepingan
kaca, registration block, turpentine dan pastinya.. kertas.

Ini Dakwat cetak

Ini kepingan Lino

Langkah 2 : Menyediakan imej negatif


Untuk menghasilkan seni sudah pasti memerlukan imej. Dalam konteks cetakan
kita akan menyediakan imej secara terbalik, contohnya sekiranya kita ingin
memasukkan teks sebagai imej cetakan maka kita perlu sediakan design dengan
tulisan terbalik. Rujuk gambar dibawah untuk lebih jelas. Pakcik memilih gambar
tikus dan labu untuk demonstrasi kali ini. Buat beberapa cadangan komposisi dan pilih
satu yang paling berkenan dihati (atau paling senang dibuat).

Cadangan rekaan yg mengandungi teks

Ini imej yang dipilih

Langlah 3 : Memindahkan imej keatas blok / kepingan lino


Bagi mereka yang sudahdah pro, boleh terus ukir imej pada kepingan lino. Tapi
itu tentunya sukar, pakcik pun tak pernah buat macam tu.
Pilihan kedua ialah menampal design tersebut diatas kepingan lino dan ukir
mengikut imejnya. Ini pun masalah juga, kalau satu warna memang boleh, tapi untuk
cetakan berwarna-warni cara ini tidak sesuai, malah proses mengukir keluar imej juga
menjadi sukar kerana lapisan kertas atas permukaan lino akan koyak rabak semasa
proses mengukir.
Jadi pakcik cadangkan pilihan terakhir iaitu lukis imej negative atas permukaan
lino menggunakan pen marker berdakwat kekal. Kenapa dakwat kekal?? ,,,,,,supaya
imej pada blok tidak tertanggal semasa proses mencetak berulang kali. Terpulang
samada mahu lukis secara freehand atau trace dengan kertas karbon.

Ini imej yang dilukis dengan marker pen diatas kepingan lino. Mungkin ada yang
bertanya kenapa kepingan lino pakcik berwarna hijau. Sebenarnya ini eksperimen,
pakcik guna cutting matt..... alaaah benda yang orang buat lapik untuk memotong
kertas tu. Tauke Art Jaya Machang yang minta pakcik cuba bahan ini... Iklan
percuma lagi. Cutting matt boleh digunakan cuma mungkin lebih baik kepingan
lino.Dan gambar diatas sebenarnya yang telah siap diukir lapisan pertama, yang belum
diukir pakcik terlupa snap. Korang guna imaginasi sendiri lah.
Langkah 4 : Menngukir keluar imej
Proses mengukir imej dilakukan menggunakan pisau ukir. Ukir keluar mengikut
urutan warna yang dirancang. Warna cerah akan dicetak lebih dahulu jadi bahagian
tersebut diukir keluar dahulu, diikuti warna yang semakin gelap dan diakhiri dengan
warna paling gelap atau hitam.

Nah!!! Ukior! Ukior!!


Langkah 5 : Menyediakan registration block
Registration block adalah tempat untuk kita letakkan blok cetakan untuk proses
cetak keatas kertas. Kegunaannya ialah supaya imej tidak lari bila dicetak kali kedua
dan seterusnya. Dua paku dibahagaian atas akan memastikan kertas berada ditempat
yang sama apabila dicetak. Rujuk gambar supaya lebih jelas.

Potong mountingboard dan tampal atas plywood atau mountingboard besar,


buat sarang ikut saiz kepingan lino
Langkah 6 : Menyediakan dakwat
Dakwat cetak dilepa diatas permukaan kaca menggunakan pisau palit sehingga
lembut dan tidak berketul. Gelek dengan roller sehingga rata dan nipis, kemudian
gelekkan roller keatas blok lino untuk meratakan dakwat cetak. Sedia untuk
mencetak.

Langkah 7 : Proses mencetak


Letakkan kepingan lino dalam registration block dengan berhati-hati. Letakkan
kertas pada lubang paku, dan lepas kan kertas supaya terhampar diatas kepingan lino.
Gosok dengan sudu atau sudip kayu, tapi Pakcik lebih selesa guna upih pinang untuk
menggosok cetakan. Setelah diyakini dakwat telah melekat barulah kertas diangkat
dengan cermat. Keringkan ditempat teduh selama 1 hingga 3 hari atau sehingga
dakwat kering.

Imej yang siap dicetak warna pertama


Langkah 8 : Membersihkan dakwat
Bersihkan dakwat pada permukaan kaca, roller, kepingan lino dan pisau palit
menggunakan turpentine. Lapkan dengan kertas surat khabar dan kain sehingga semua
kesan dakwat hilang. Sedia untuk proses mengukir untuk cetakan warna kedua.
Rasanya langkah ini tak perlu gambar.

Langkah 9 : Proses mengukir untuk cetakan warna kedua


Ukir keluar semua bahagian yang akan dibiarkan dengan warna kuning dari
cetakan pertama. Lihat gambar untuk lebih jelas.

Setelah diukir keluar kali kedua : tinggal bahagian yang akan dicetak hitam sahaja

Langkah 10 : Ulang cetak dengan warna kedua


Untuk cetakan kali ini, pakcik Cuma menggunakan dua warna, jadi warna kedua
ialah warna hitam. Lihat gambar langkah-demi langkah.

Gelek dakwat

Roll pada blok, letak dalam registration block

Letak kertas yang telah dicetak warna pertama

Gosok dengan upih

Angkat balik kertas

Sidai ditempat teduh


Sudah masuk Asar...... nanti pakcik sambung kemudian
9:27 pm,, ok sambung lagi. Proses mencetak diatas mengambil masa selama 5 hari. Walaupun cuma dua
warna, prosesnya tetap makan masa terutamanya proses menjana idea, mengukir, mencetak dan
pengeringan dakwat sangat perlahan.
Sekitar bengkel cetakan di SMK Kubang Kerian

Você também pode gostar