Você está na página 1de 7

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

KURSUS

FALSAFAH & PERKEMBANGAN


PENDIDIKAN MALAYSIA ( DBK 10102 )

PENSYARAH :

DR. KHAIRUL AZMAN BIN MOHD.


SUHAIMY

NAMA

REHAN QISTINA BT ABU BAKAR

NO. MATRIK

LB 110440

TARIKH

14 JUN 2012

BAHAN ILMIAH

UTUSAN MALAYSIA ONLINE

TAJUK

KPM KOMITED TERHADAP MBMMBI

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) akan berusaha lebih gigih untuk


memartabatkan bahasa Malaysia dengan mengukuhkan penggunaannya sebagai
bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan
matlamat kerajaan dalam Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan
Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program literasi
kepada murid sekolah rendah akan lebih tertumpu kepada kemahiran membaca
dan menulis dalam bahasa Malaysia dalam semua aliran pendidikan.
``Ini bagi memastikan semua murid dapat berkomunikasi dan memahami antara
satu sama lain dalam satu bahasa yang akan mewujudkan semangat perpaduan
dan muhibah di kalangan rakyat pelbagai kaum,'' kata ketika menyampaikan
Perutusan Tahun Baru 2010 baru-baru ini.
Menurutnya, KPM juga akan melaksanakan transformasi bahasa Malaysia dengan
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan
modular yang bersepadu, seimbang, dan holistik.
``Untuk berjaya pada peringkat antarabangsa, kita perlu menguasai bukan sahaja
satu bahasa malah pelbagai bahasa antarabangsa.
``Bagi tujuan itu, KPM telah mengambil langkah untuk memperkukuhkan
penguasaan dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua negara, lantas
dapat meningkatkan keupayaan murid menguasai ilmu terutama dalam bidang

sains dan teknologi, serta mempersiapkan mereka menghadapi persaingan arus


globalisasi, selain menggalakkan murid menguasai bahasa-bahasa antarabangsa
lain di dunia,'' jelas beliau yang juga Menteri Pelajaran.
Antara usaha yang dijalankan untuk mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris
ialah dengan menambah bilangan guru bahasa Inggeris berkualiti melalui latihan
perguruan menggunakan jurulatih utama dari luar negara atau penutur jati bahasa
tersebut.
Selain itu katanya, penambahan masa dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Inggeris sebanyak 90 minit untuk Sekolah Kebangsaan dan 60 minit untuk
Sekolah

Jenis

Kebangsaan

membuktikan

kesungguhan

KPM

untuk

memperkukuhkan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.


``Sebanyak empat IPG dan English Language Training Centre (ELTC) telah
dikenalpasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris.
Semua IPG ini akan melaksanakan pelan tindakan untuk memperkukuhkan
penguasaan

bahasa

Inggeris

dalam

kalangan

guru

pelatih

dan

perkhidmatan sepanjang tahun 2010 dan tahun-tahun berikutnya,'' katanya

sumber maklumat : Utusan Malaysia

dalam

ULASAN DAN PENDAPAT


Pendidikan merupakan agenda utama pembangunan sesebuah negara dan
sistem pendidikan yang baik mampu memberikan pendidikan kepada semua. Oleh
itu, pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan
yang pelbagai juga perlu disediakan bagi merealisasikan matlamat kerajaan itu.
Oleh kerana kerajaan sentiasa menginginkan pendidikan yang terbaik dan
kondusif bagi rakyatnya seiring dengan negara maju, maka pada tahun 2010 telah
diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia merangkap jawatan bersama
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melancarkan
dasar kerajaan baru terhadap pendidikan umum di Malaysia iaitu Memartabatkan
Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi
murid Tahun 1 di semua sekolah rendah seluruh Malaysia mulai tahun 2012.
Maka,bermulanya tahun ini telah dilaksanakan dasar kerajaan tersebut dengan
jayanya
Perlaksanaan dasar baru ini adalah bagi menggantikan perlaksanaan dasar
sebelum ini yang meletakkan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Matematik
dan Sains dalam Bahasa Inggeris atau lebih dikenali sebagai PPSMI. Hal ini
adalah disebabkan oleh tentangan daripada pelbagai pihak termasuklah daripada
golongan pakar pendidikan di Malaysia. Antaranya kenyataan Penyandang Kursi
Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Profesor Datuk
Dr Zainal Kling, berkata pelaksanaan dasar baru yang menggantikan Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) itu tidak
boleh dilengahkan lebih lama kerana sejak PPSMI diperkenalkan enam tahun lalu,
ia memberi kesan negatif kepada pelajar sekolah rendah terutama di luar bandar.
Tindakan yang sama juga diambil oleh ahli-ahli Gerakan Memansuhkan PPSMI
(GMP) yang membantah polisi ini kerana ia bukan sahaja membebankan pelajar

malah tidak bersesuaian dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam
negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Pada pandangan saya,kerajaan telah mengambil pelbagai langkah inisiatif untuk
mempertingkatkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Malaysia
dan melihat generasi muda sebagai salah satu agen untuk mempertingkatkan
penggunaan Bahasa Inggeris seiring dengan dasar ekonomi negara yang kini
menghala kepada pandangan Barat. Maka, demi mencapai hasrat tersebut,
langkah langkah untuk menyediakan rakyat terhadap pandangan ekonomi baru
itu adalah sesuatu yang positif. Seharusnya, semua pihak memahami mengapa
dasar kerajaan

itu diubah dengan memperhalusi tuntutan hasrat pendidikan

negara yang diwujudkan sejak pemerintahan matan Perdana Menteri kita iaitu Tun
Dr. Mahathir Mohammad. Antara tuntun hasrat pendidikan negara ialah melahirkan
seorang rakyat Malaysia yang Global Player, iaitu seorang yang berdaya saing,
mempunyai jati diri malah dapat menguasai bahasa antarabangsa. Ternyata hasrat
dasar baru ini bukan sahaja membantu rakyat Malaysia pada masa akan datang
untuk selesa bersaing dengan negara maju yang lain malah tidak gentar untuk
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat antarabangsa
yang lain. Sejajar dengan dasar tersebut, pihak Kementerian telah membentuk
enam Jawatankuasa Kecil sebagai persiapan untuk melaksanakan dasar baru ini.
Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memperincikan aspek latihan guru,
kurikulum, penyediaan buku teks, lojistik, personel dan penerangan
Langkah demi langkah yang diatur oleh pentadbiran kerajaan telah membentuk
suatu sinar baru dalam masyarakat Malaysia. Seharusnya kita mengambil saranan
kerjaan ini sebagai suatu cabaran diri; dan menggalas tanggungjawab kita sebagai
seorang yang berjasa di bumi sendiri demi masa depan kita bersama. Kita juga
seharusnya faham akan sejarah rakyat Malaysia yang sering dijajah sehingga
menimbulkan personaliti baru sesama kita iaitu bersifat mudah lentur dan berubah

mengikut peredaran zaman.Oleh itu, saya rasakan tidak salah untuk kita mengikut
saranan kerajaan ini dan pada masa yang sama kita masih memperkasakan
bahasa ibunda kita. Melalui kefahaman, sokongan dan usaha berterusan seluruh
warga pendidik dalam menjayakan dasar baru ini, kita akan dapat mencapai
matlamat menambahbaik kualiti pendidikan di negara kita secara berterusan demi
kepentingan masa depan negara.
Saya juga tertarik dengan inisiatif kerajaan dalam menjayakan perlaksanaan
ini dengan menjalankan usahasama dengan negara Eropah seperti Britian dan
Amerika Syarikat , menggembleng tenaga dalam memperkukuhkan penguasaan
pelajar dan pendidik dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Pihak Kementerian telah
menyediakan tenaga pakar dari dlam dan luar negara di setiap zon pilihan negeri
di seluruh negara bagi merealisasikan matlamat ini. Guru terlatih bersama sama
dengan tenaga pakar negara luar berusaha mengupas pelbagai aktiviti yang
menarik kepada pelajar dalam usaha mendekatkan pelajar dengan pertuturan
dalam Bahasa Inggeris. Pihak Jabatan pelajaran negeri (JPN) dan Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD) juga sentiasa memantau perjalanan perlaksanaan
program tersebut di setiap sekolah dan membuat perbincangan serta hasilan post
mortem bagi penambahbaikan program. Melalui usaha ini, para pelajar dapat
membuka fikiran mereka ke tahap yang lebih global dan terbuka. Mereka bukan
sahaja dapat belajar akan tentang bahasa malah tentang budaya dan cara hidup
masyarakat luar secara perlahan perlahan. Inilah soft landing yang diperlukan
oleh semua pelajar sebelum mereka melangkah ke tahap pengajian yang lebih
tinggi.
Akhir sekali, amatlah diharapkan agar perlaksanaan ini bukanlah suatu
senjata bagi pihak pihak tertentu untuk memasak diri dalam jawatan pentadbiran
negara tetapi sebagai suatu amanat yang harus dipikul bersama rakyat.
Sehubungan dengan itu, perlaksanaan MBMMBI bukanlah Sesutu yang harus

ditakutkan, tetapi harus disokong oleh semua pihak demi mencapai impian kita
bersama iaitu sebuah negara dan masyarakat maju pada tahun 2020.

RUJUKAN MEDIA ELEKTRONIK :

1. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/385-inforingkas/6091-memartabatkan-bahasa-malaysia-dan-memperkukuhkanpenguasaan-bahasa-inggeris-mbmmbi.html
2. http://www.dsd.gov.my/
3. http://world-afterlife.blogspot.com/2010/03/ulasan-berkenaan-penggunaanbahasa.html
4. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/385-info-ringkas/5565kpm-komited-terhadap-mbmmbi.html
5. http://www.facebook.com/media/set/?
set=a.250206281734737.61053.201328273289205&type=3
6. http://www.jpnperlis.gov.my/skpauh/index.php?
option=com_content&view=category&id=20:program-penuturjati&Itemid=64&layout=default
7. http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/