Você está na página 1de 8

ALAT PERKUSI

Apakah alat perkusi?


PENGENALAN
Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk murid
sekolah rendah. Kanak-kanak pada usia ini dapat merasai konsep muzik melalui
pengalaman bermain muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untuk
mengiringi nyanyian hanya dengan memainkan corak irama yang dipelajari.
Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan
anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka
kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk
semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jaw ab. Oleh yang
demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat
perkusi.
Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan
bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan
sesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara
memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat
membina kebiasaan yang baik dari awal lagi.

KAEDAH M ENGAJAR LAGU


Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah-kaedah
yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote
learning). Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara
mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural
memory) murid.
Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah:
a) Kaedah keseluruhan lagu
b) Kaedah baris demi baris
c) Kaedah solfege

Kaedah keseluruhan lagu


Sesuai untuk mengajar lagu pendek.
Langkah-langkah:
a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.
b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik.
c) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau
sebutan vokal a,e,i,o,u) berulang-ulang.
d) Mengikut guru menyanyi lirik lagu secara keseluruhannya.
e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.
Kaedah baris demi baris
Kaedah ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran
lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikuti
dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi
keseluruhan lagu.
Langkah-langkah:
a) Memperdengar keseluruhan lagu.
b) Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara
humming.
c) Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming baris
demi baris.
d) Mengikut guru menyanyi lirik baris demi bar is.
e) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik.
f) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

Kaedah Solfege dengan isyarat tangan.


Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote dan
bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d) digunakan
sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem do bergerak
(movable do) yang mana pic do bergantung kepada nada lagu.
Misalnya dalam nada C major-minor, pic do ialah not C. Manakala bagi
nada D major-minor, pic do ialah not D.
Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu
pengajaran secara solfege. Kedua-dua sebutan syllable dan isyarat
tangan membantu perkembangan inner-hearing sambil melihat notasi
muzik.
Salah satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut:
so mi
la so mi
la so mi re
la so mi re do
la so mi re do la
la so mi re do la so
la so fa mi re do
ti la so fa mi re do
do` ti la so fa mi re do
do re mi fa so la ti do`

SOLFA ISYARAT TANGAN


Teknik solfa menggunakan isyarat tangan bermula dari do baw ah yang berada
di paras pinggang dan seterusnya menaik sedikit demi sedikit sehingga do
atas yang terletak di paras kepala.
Panduan isyarat tangan adalah seperti gambarajah di baw ah :

PERNAFASAN
Dengan pengurusan pernafasan yang baik, seseorang dapat menghasilkan

ton yang berkualiti, sebutan yang jelas serta nada dan pic yang tepat. Di
samping itu murid dapat menyanyikan frasa yang panjang dengan selesa.
Proses pernafasan melibatkan pengembangan pada rangka rusuk, abdomen
dan diafragma. Kemahiran mengaw al pernafasan boleh dibina melalui
latihan. Latihan pernafasan perlu dijalankan semasa aktiviti warm-up atau
latihan persediaan. Terdapat banyak latihan pernafasan yang boleh
dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut:a) Menghembus dan menarik nafas
Hembuskan semua udara dari paru-paru sehingga anda terasa anda
diperlukan udara. Kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang.
b) Bernafas secara cepat
Biasanya apabila kita terkejut, kita akan menarik nafas dengan cepat.
Ulang perbuatan seperti ini beberapa kali.
c) Pernafasan staccato
Latihan ini dilakukan dengan sebutan ts secara berulang-ulang
sehingga murid dapat merasakan otot-otot di bahagian perut ter libat
dalam proses pernafasan. Latihan ini boleh menguatkan otot-otot
tersebut untuk membantu mengaw al pernafasan.
d) Hiss/Hoo
Sambil menarik nafas secara perlahan, angkat kedua-dua tangan ke
atas secara perlahan dan hembuskan nafas dengan bunyi hiss.

Nyanyian
Menyanyi merupakan aktiviti teras dalam konteks kurikulum Pendidikan Muzik
KBSR, pada peringkat awal persekolahan. Proses mempelajari sebuah lagu melibatkan
pengetahuan dan kemahiran. Dalam menyanyi, lagu merupakan bahan sumber utama yang
boleh dihuraikan kepada
beberapa bahagian seperti berikut:

a) Aural

- kemahiran mendengar melalui lagu yang dipelajari

b) Fizikal - pengawalan pernafasan dan mekanisma vokal.


c) Verbal - kefahaman lirik lagu, pembinaan kosa kata dan penguasaan bahasa.
d) Daya ingatan muzikal - kebolehan mengingat bunyi muzik dan menghasilkannya semula.
e) Persembahan - menghasilkan irama, melodi dan ekspresi dengan peka dan tepat.
f) Interaksi sosial - berkebolehan bekerjasama semasa nyanyian dalam kumpulan.
g) Komunikasi -

menyatakan maksud rasa dan fikiran melalui nyanyian

TEKNIK NYANYIAN 2
POSTUR
Kedudukan badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang
bermutu. Postur yang baik akan membantu pernafasan dan pengeluaran
suara semasa menyanyi.
Postur Berdiri

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika


menyanyi dalam keadaan berdiri adalah seperti ber ikut:
Kaki - berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang sedikit.
Lutut - dilonggarkan (rileks), tidak kaku.
Badan - belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus.
Dada - dinaikkan.
Bahu - ditarikkan ke belakang sedikit.
Dagu - selari dengan lantai.
Tangan - di sisi.

Teknik Nyanyian 3
PENGHASILAN TON
Penghasilan ton dipengaruhi oleh kemahiran penggunaan dan pengaw alan organ
vokal (mulut, bibir, rahang dan lidah) bagi memanipulasi suara.
Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut:
a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas ( a, e, i, o, u).
b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat.
c) Mulakan dengan nilai not yang pendek. Kemudian beransur-ansur
dilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang.
Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong
terbuka.
Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah:
a) Glissando vokal dengan sebutan O dari pic tinggi ke rendah atau sebaliknya.
b) Menguap dengan bunyi ah.
c) Mengajuk bunyi siren, angin, keretapi dan siulan.
d) Latihan bercakap dan menyanyi seperti contoh berikut:
Hee hee hee ! Apa khabar ?

Untuk video sila cari dalam you tube.

1Postur Duduk
Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika
menyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut:

Bahagian badan hingga kepala - keadaannya sama seperti postur


berdiri.
Belakang badan - tidak bersandar.
Punggung - terletak di tengah kerusi.
Kaki - diletak di atas lantai dengan satu kaki
ke hadapan sedikit.
Tangan - diletak di atas paha.

Você também pode gostar