Você está na página 1de 5

APA ITU STROK HABA ?

Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setiap tahun pada bulan Mac dan
September. Pada ketika itu matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas
terutama pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.
Rentetan dari keadaan suhu yang tinggi, kita boleh terdedah pada strok haba atau heat stroke iaitu paras suhu
badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius. Suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celcius.
Apabila kepanasan dirasai badan, kita akan alami proses berpeluh bagi menyejukkan badan kita. Ia adalah satu
proses yang normal tetapi jika berterusan ia akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan yang
sekaligus akan berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan,
koma dan seterusnya kematian.
Strok haba ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan peliharaan. Hipertermia ialah keadaan
seseorang mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan. Risiko hipertermia lebih tinggi buat warga
tua, pesakit diabetes, orang obese dan pesakit yang menghidap hipertiroidisme. Maka, penting untuk ambil tahu
tanda-tanda awal strok haba, cara rawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba.
Tanda awal strok haba:
1. Sakit kepala berdenyut

6. Mual

2. Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas

7. Sawan

3. Denyutan nadi yang pantas

8. Pitam

4. Otot lemah dan kejang

9. Tangan dan kaki menjadi sejuk

5. Muntah/rasa hendak muntah

10. Kulit kering dan kemerahan

Cara rawat mangsa strok haba:


1. Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
2. Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
3. Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
4. Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
5. Mangsa ditempatkan di bawah kipas
6. Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
7. Rendam mangsa di dalam kolam air
8. Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui intravenous drip.
9. Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Cara pencegahan strok haba:


1. Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
2. Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
3. Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang
maksimum
4. Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
5. Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen
Sumber rujukan: Astro Awani, MMA Gazette, Kosmo, Utusan, MOE, Sinar Harian
LIKE Facebook The Vocket disini

dua murid mati mengejut


27 April 2016 12:38 AM
4966 24 Google +2
KUALA LUMPUR 26 April - Dua murid tahun enam meninggal dunia secara tiba-tiba dalam kejadian di dua
buah sekolah di sini.

Mohd. Aiman Mohd. Zalizan


Dalam kejadian pertama di Sekolah Kebangsaan (SK) Setiawangsa kira-kira pukul 10.10 pagi ini, Mohd. Aiman
Mohd. Zalizan, 12, terjatuh dari kerusi di makmal komputer sekolah tersebut lalu pengsan sebelum disahkan
meninggal dunia oleh pegawai kesihatan.
Ibu saudara mangsa, Noraini Ishak, 35, berkata, Mohd. Aiman meninggal dunia secara tiba-tiba ketika sedang
mengikuti sesi pembelajaran di makmal komputer.

Dia yang menjaga Mohd. Aiman seperti anaknya sendiri sejak 12 tahun lalu mengakui sangat terkilan dengan
kejadian itu.
Saya tidak menyangka perubahan sikap anak saudara saya yang murah senyuman sejak kebelakangan ini
merupakan petanda dia akan pergi buat selamanya, katanya ketika ditemui.
Menurut Noraini, dia reda dengan pemergian mengejut tersebut.
Pada bulan lalu, anak saudara saya pernah terjatuh beberapa kali dan mengalami muntah-muntah.
Selepas kejadian itu, kami telah menghantar Aiman untuk mendapatkan rawatan di hospital namun doktor
tidak dapat mengesan apa penyakitnya, katanya.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohd. Roy Suhaimi Mohd. Shariff ketika dihubungi
mengesahkan kejadian tersebut.
Menurutnya, hasil bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat penyakit sawan dan kes
diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Dalam kejadian kedua, seorang murid perempuan tahun enam SK Sungai Pusu, Gombak, dekat sini maut
selepas dikatakan pengsan di dalam bilik darjah kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa, Lyana Shaqirah Amin, 12, dikatakan pengsan di dalam kelas
Enam Canggih ketika bangun untuk keluar rehat.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, ekoran kejadian pihak sekolah telah
menghubungi ibu mangsa sebelum membawanya ke klinik di Batu 8, berhampiran dengan sekolah berkenaan.
Mangsa disahkan meninggal dunia di klinik pada pukul 11 pagi dan jenazahnya telah dihantar ke Hospital
Selayang untuk dibedah siasat.
Namun punca kematian masih belum dikenal pasti dan pihak polis kini sedang menunggu keputusan ujian
makmal, katanya ketika hubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut Ali menambah, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian
mengejut.
Ibu mangsa, Aidy Derwina Ismail, 40, ketika dihubungi berkata, dia menerima panggilan telefon mengatakan
anak ketiga daripada empat adik-beradik itu pengsan di sekolah pada pukul 9.50 pagi.
Ujarnya, dia segera ke sekolah bersendirian kerana suaminya, Amin Dahari, 51, yang bekerja sebagai juruukur
sambilan menjaga anak bongsunya yang masih kecil di rumah.
Bila saya sampai, wajah anak saya dah biru. Ketika itu, saya tahu anak saya sudah tiada, saya reda dengan
pemergiannya, ujarnya.
Ketika ditanya sama ada terdapat perubahan sikap pada anaknya sebelum kejadian, Aidy Derwina memberitahu,
Lyana ada meminta untuk dibuatkan bilik kecil kerana tidak mahu lagi berkongsi bilik bersama kakaknya.
Tidak sangka, permintaan itu adalah tanda dia akan tinggalkan kami sekeluarga, ujarnya sebak.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/dua-murid-mati-mengejut1.292743#sthash.iMw38D2q.dpuf

Pelajar tingkatan 2 putus tangan disedut pam angin


MASZUREEN HADZMAN | 27 April 2016 10:53 PM
6 8 Google +0
KUALA LUMPUR 27 April - Pelajar tingkatan dua yang putus tangan kanan serta patah tangan dan kaki
kirinya selepas disedut mesin pam angin di sebuah bangsal ternakan ayam di Kampung Ulu Krong, Tanjung
Lengkong, Perak, kelmarin, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Mangsa, Mohd. Syafiq Mohd. Rosdi, 14, kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.
Menurut bapa mangsa, Mohd. Rosdi Mat Shohor, 46, meskipun anaknya, Mohd. Syafiq telah mula sedarkan
diri, dia masih mengalami trauma sebaik sahaja menyedari tangan kanannya hilang.
Setakat ini, saya belum dapat berbual dengannya bagi mengetahui punca sebenar memandangkan dia masih
terkejut dengan kejadian itu.
Syafiq masih meracau dan tidak menjawab pertanyaan saya. Kini saya dan isteri menjaga Syafiq di hospital,
katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, pelajar dari sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai
Bayor, Rantau Panjang, Perak, tersebut dikatakan melakukan kerja sambilan di sebuah bangsal ternakan ayam
berdekatan rumahnya.
Difahamkan, semasa melakukan kerja tersebut, tangan kanan mangsa terkena mesin pam angin sebelum disedut
dan putus sebaik sahaja terkena bilah kipas dalam mesin berkenaan.
Susulan kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Selama sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping.
Bagaimanapun doktor mengambil keputusan memindahkannya ke HKL, awal pagi semalam. - UTUSAN
ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/pelajar-tingkatan-2-putus-tangan-disedut-pamangin-1.293422#sthash.70qjDL70.dpuf

Você também pode gostar