Você está na página 1de 25

BML 3092 ANALISIS WACANA

TUGASAN KUMPULAN :
ANALISIS INTERTEKS BERDASARKAN MAHARAJA LAWAK MEGA KUMPULAN
SEPAHTU PADA MINGGU KE-10
KUMPULAN KULIAH : B
NAMA AHLI KUMPULAN:
NAMA
NURUL AZLIZA BINTI RAMLEE
MUHAMAD AFIQ BIN M.RIDZUAN
NURUL HUDA BINTI MAMAT
HABIBAH RABIAH BINTI MD.GHAZALI

NO MATRIK
D20131063374
D20131063292
D20131063233
D20131063240

PENSYARAH : MOHD RASHID BIN MD IDRIS


SEMESTER 2 SESI 2015/2016

Kandungan
1.0 Pengenalan
2.0 Latar Belakang Kajian
3.0 Objektif Kajian
4.0 Persoalan Kajian
5.0 Batasan Kajian
6.0 Kepentingan Kajian
7.0 Metodologi Kajian
8.0 Dapatan Kajian
9.0 Kesimpulan
Rujukan
Lampiran

Muka surat
1
2
2
2
3
3
4
5
12
13
14

1.0 Pengenalan
Dalam kehidupan seharian, komunikasi akan berlaku kerana amat
penting. Dalam komunikasi, akan wujud maklumat dan maklumat adalah
termasuk dalam wacana.

Menurut Mohd Rashid Md Idris et.al (2012),

wacana boleh didefinisikan sebagai unit bahasa yang mempunyai kesatuan


fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Wacana merupakan kesatuan
bahasa yang paling lengkap dan digunakan dalam kehidupan sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Menurut Mohd Rashid Md Idris et.al
(2012), konsep yang diketengahkan dalam wacana ialah meliputi komunikasi
bertulis, iaitu melibatkan pembaca dan penulis dan komunikasi lisan pula

melibatkan penutur dan pendengar. Dapatlah dikatakan bahawa komunikasi


bertujuan memberikan kefahaman dan maklumat.
Menurut Harimurti Kridalaksana dalam Mohd Rashid Md Idris (2007),
mendefinisikan wacana sebagai satuan bahasa terlengkap dalam hirarki
gramatikal yang tertinggi dan terbesar. Salah satu ciri wacana ialah
interteks. Interteks dapat memudahkan pembaca atau pendengar untuk
lebih memahami tujuan wacana disampaikan. Menurut Idris Aman (2010),
intertekstualiti bermaksud teks-teks lain yang dianyam sama oleh seseorang
pewacana bagi menghasilkan teks semasa (baru). Kefahaman seseorang
terhadap sesuatu wacana yang dibaca atau didengar akan membantunya
menghasilkan interteks. Interteks boleh dilihat melalui ayat dengan ayat,
perenggan dengan perenggan, bab dengan bab dan buku dengan buku.
Pembaca atau pendengar akan mengetahui tujuan penulis menulis sesuatu
perkara berdasarkan pembacaannya terhadap maklumat sebelumnya.
Menerusi program Maharaja Lawak Mega, penggunaan interteks ini
digunakan oleh para pelawak walaupun mereka tidak menyedari bahawa
mereka menggunakannya dalam persembahannya. Oleh itu, pengkaji
mengkaji program Maharaja Lawak Mega kumpulan Sepahtu minggu ke-10
sahaja.

2.0 Latar Belakang Kajian


Analisis ini dibuat untuk mengenal pasti interteks yang terdapat dalam
program Maharaja Lawak Mega. Kumpulan yang dipilih ialah Sepahtu.
Penyelidik melihat kembali video yang terdapat di dalam Youtube dan
menukarkannya ke dalam bentuk teks untuk dikaji penggunaan interteks dari

ayat ke ayat. Ayat dalam video kumpulan Sepahtu adalah sebanyak 173 ayat
sahaja.
Memandangkan setiap kumpulan Maharaja Lawak Mega ini diberikan
masa 7 minit sahaja untuk membuat persembahan, maka perenggan dengan
perenggan dan babak dengan babak tidak digunakan dalam persembahan
ini. Pengkaji mendapati bahawa interteks yang dapat dikaji hanyalah melalui
ayat dengan ayat. Kajian interteks ini telah dilakukan oleh ramai penyelidik
yang menggunakan novel, cerpen, teks dan lain-lain sebagai bahan kajian.
Namun penyelidik mengambil kaedah lain iaitu dengan menggunakan
bahannya ialah dialog dalam persembahan Sepahtu menerusi Maharaja
Lawak. Antara pelawak yang terlibat ialah Rahim, Jep dan Shuib.
3.0 Objektif Kajian
Dalam kajian ini, terdapat beberapa objektif kajian iaitu:
i.
ii.

Mengenal pasti fungsi interteks dalam program Maharaja Lawak Mega.


Menganalisis ciri interteks dalam program Maharaja Lawak Mega
kumpulan Sepahtu.

4.0 Persoalan Kajian


Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dinyatakan untuk
mencapai objektif yang bertepatan dengan tajuk kajian ini. Beberapa
persoalan kajian telah dikenal pasti iaitu :
i.

Adakah terdapat fungsi interteks dalam program Maharaja Lawak

ii.

Mega?
Sejauh manakah ciri interteks yang digunakan dalam Maharaja
Lawak Mega kumpulan Sepahtu?

5.0 Batasan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji tidak mampu untuk mengkaji sesuatu yang
besar secara lebih khusus, jadi pengkaji membataskan kajian ini supaya
batasan kajian memuaskan. Pengkaji meletakkan skop dan ruang yang agak
sempit dalam batasan kajian, namun keseluruhan aspek dalam pertuturan
kumpulan Sepahtu bagi rancangan hiburan Maharaja Lawak Mega pada
minggu ke-10 adalah merupakan inti pati yang menyeluruh. Kajian ini tidak
melibatkan sebarang responden. Objek kajian pula merupakan dialog antara
Rahim, Jep dan Shuib (kumpulan Sepahtu) dalam rancangan hiburan,
Maharaja Lawak Mega pada minggu ke-10. Kajian ini memfokuskan kepada
pertuturan sebenar kumpulan Sepahtu dalam rancangan hiburan tersebut
dan pada minggu tersebut.
Kajian ini juga melibatkan aktiviti kepustakaan untuk mencari bahanbahan ilmiah berkaitan tajuk kajian. Namun begitu, tidak banyak maklumat
yang diperoleh. Selain itu, kajian juga dijalankan melalui pemerhatian
terhadap rancangan hiburan Maharaja Lawak Mega oleh kumpulan Sepahtu
pada minggu ke-10.

6.0 Kepentingan Kajian


Kajian ini adalah penting bagi pengkaji untuk mengetahui apakah
fungsi interteks dalam program Maharaja

Lawak Mega 2013 kumpulan

Sepahtu minggu ke-10 dan bagi menganalisis ciri interteks berkenaan dalam
program Maharaja

Lawak Mega 2013 Kumpulan Sepahtu minggu ke-10.

Kedua-duanya ini adalah penting bagi memudahkan khalayak atau pembaca


memahami wacana yang hendak disampaikan oleh pencipta karya ataupun
sesiapa sahaja.
Namun begitu, hubungan interteks ini dapat dilihat sama ada antara
teks dengan teks yang lain saling berkaitan bagi memberi penerangan
dengan lebih jelas. Selain itu, interteks juga boleh dianalisis hubungannya

dari segi aspek ayat, perenggan dan babak bagi melihat hubungan antara
satu sama lain.
Oleh itu, dalam menganalisis interteks dalam

program Maharaja

Lawak Mega 2013 kumpulan Sepahtu minggu ke 10 ini pengkaji hanya


menggunakan aspek ayat dengan ayat. Hal ini kerana, program berkenaan
hanya memaparkan ayat dengan ayat sahaja tanpa melibatkan perenggan
dan babak.

7.0 Metodologi Kajian


Bagi menjalankan kajian terhadap wacana interteks dalam rancangan
hiburan Maharaja Lawak Mega, oleh kumpulan Sepahtu pada minggu ke-10,
penyelidik disertasi telah memulakan langkah pertama dengan membuat
banyak rujukan ke atas buku-buku rujukan yang berkaitan dengan interteks
iaitu menggunakan kaedah kepustakaan. Memang terdapat beberapa buah
buku rujukan dan beberapa buah jurnal ilmiah yang membincangkan tentang
interteks secara mendalam terutamanya dalam bahasa Inggeris.
Terdapat laman web yang memberi maklumat tentang ciri-ciri
wacana, perkaitan interteks antara ayat, maksud interteks dan lain-lain
khususnya dari beberapa pendapat ahli ilmiah. Carian melalui atas talian
telah digunakan untuk mencari video berkaitan Maharaja Lawak Mega
kumpulan Sepahtu minggu ke-10. Selain itu, melalui internet juga, pengkaji
telah dapat mengakses data dari pengkaji-pengkaji lain yang melanjutkan
pendidikan mereka ke tingkat yang lebih tinggi.

8.0 Dapatan Kajian


8.1 Fungsi Interteks
Teori Interteks memandang bahawa sebuah teks yang ditulis lebih
kemudian mendasarkan diri pada teks-teks lain yang telah ditulis orang
sebelumnya. Tujuan kajian interteks adalah untuk memberikan makna secara
lebih penuh terhadap karya yang ditelaah. Luxemburg mengertikan interteks
sebagai, kita menulis dan membaca dalam suatu interteks suatu tradisi
budaya, sosial, dan sastera yang tersedia dalam teks-teks. Interteks dapat
memberi bimbingan kepada pembaca untuk memandang teks-teks terdahulu
sebagai sumbangan pada suatu kod yang memungkinkan efek signifikansi
yang bermacam-macam-macam.
Menurut Teori Interteks, pembacaan yang berhasil justeru apabila
didasarkan

atas

pemahaman

terhadap

karya-karya

terdahulu.

Dalam

interteks, sesuai dengan hakikat teori-teori pasca strukturalis, pembaca


bukan lagi merupakan konsumen, melainkan produsen, teks tidak dapat
ditentukan secara pasti sebab merupakan struktur dari struktur, setiap teks
menunjuk kembali secara berbeza-beza kepada lautan karya yang telah
ditulis dan tanpa batas, iaitu sebagai teks jamak.
Menurut Kristeva (via Napiah, 1994:xv) interteks mempunyai prinsip
dan kaedah tersendiri dalam penelitian karya sastra antara lain. Interteks

melihat hakikat sebuah teks yang di dalamnya terdapat banyak teks,


interteks juga menganalisis sebuah karya berdasarkan aspek yang membina
karya tersebut, iaitu unsur seperti tema, plot, watak, dan bahasa serta unsurunsur di luar unsur struktur seperti sejarah, budaya, agama dan lain
sebagainya yang menjadi bahagian dari komposisi teks. Seterusnya,
intertekstual mengkaji keseimbangan antara aspek dalaman dan aspek
luaran dengan melihat fungsi dan tujuan kehadiran teks-teks tersebut, teori
interteks juga menyebut bahwa sebuah teks itu tercipta berdasarkan 15
karya-karya yang lain. Kajian tidak hanya tertumpu pada teks yang dibaca,
tetapi dengan meneliti teks-teks lainnya untuk melihat aspek-aspek yang
meresap ke dalam teks yang ditulis, dibaca atau dikaji, yang dipentingkan
dalam interteks adalah menghargai pengambilan, kehadiran, dan masuknya
unsur-unsur lain ke dalam sebuah karya. Berdasarkan prinsip dan kaedah
intertekstual yang dikemukakan Kristeva (via Napiah, 1994:xv-xvi) terdapat
beberapa rumusan antaranya pendekatan interteks ternyata mempunyai
kaedah atau metodologi tersendiri. Kaedah itu mencuba meneliti bahawa
sastera merupakan suatu proses pengolahan, pembinaan, dan pencemaran
dua aspek, iaitu aspek dalam dan aspek luar, yang saling membantu untuk
membentuk sebuah karya, intertekstualitas juga melihat adanya berbagai
bentuk hadirnya sebuah teks yang menjadi dasar motif dan aspirasi
pengarang.
Dapat
kefahaman

disimpulkan
sama

ada

bahawa
kepada

interteks

pembaca,

berfungsi
penonton,

untuk

memberi

pendengar

atau

pengkritik. Bagi kajian ini, interteks berfungsi untuk memberi kefahaman


dalam setiap pertuturan yang diungkapkan oleh Rahim, Jep dan juga Shuib
dalam persembahannya pada minggu ke-10 bagi program Maharaja Lawak
Mega. Setiap kata-kata yang diungkapkan mempunyai perkaitan bagi
menerangkan atau menyatakan sesuatu. Dapat dilihat di sini bahawa
interteks sangat berfungsi besar untuk menerangkan maksud ungkapan.

8.2 Ciri Interteks


Dalam mengenal ciri interteks, terdapat tiga cara iaitu melalui
perkaitan ayat, melalui perenggan dan melalui babak. Namun begitu,
pengkaji terbatas untuk mengkhususkan perkaitan ayat sahaja. Dalam
program Maharaja

Lawak Mega 2013 kumpulan Sepahtu minggu ke-10,

pengkaji menganalisis perkaitan interteks, iaitu ayat dengan ayat melalui


dialog Sepahtu dalam Maharaja Lawak Mega. Program Maharaja Lawak Mega
kumpulan Sepahtu telah ditranskripsikan menjadi dialog. Hal ini demikian
kerana, ayat dialog memudahkan untuk mengesan maksud yang ingin
disampaikan. Pengkaji hanya menganalisis perkaitan interteks, iaitu dari segi
ayat dengan ayat sahaja, iaitu sebanyak 173 ayat sahaja.
1. Menunjukkan latar belakang bunyi semasa menjadi pengacara radio.
(A1) Rahim : Dum dedap dum dedap.
(A2) Rahim : Video pakai mulut sebab cut kos bajet.
2. Memperlihatkan watak Rahim menjadi pengacara radio.
(A4) Rahim : Macam tak percaya, minggu lepas orang gila minggu ni
jadi DJ.
(A6) Rahim : Okay seperti biasa Assalamualaikum saya DJ anda Bro J
akan
Menemani anda selama 7 minit ini.
3. Memberikan gambaran artis jemputan yang akan bersama semasa
mengendalikan segmen radio tersebut.
(A7) Rahim : Yaaaa, bersama artis jemputan kita, siapakah artis
jemputan kita?
(A10) Rahim

: Yaaaa. Dan artis jemputan yang dipilih yang cukup

akhir yang paling


hebat kumpulan paling hebat yang baru

saja

memenangi kereta minggu


lepas.
(A11) Rahim
: Dum dedap dum dedap, kita akan bersama Sepahtu
sebentar lagi.

4. Menunjukkan bahawa Rahim sudah menunggu lama kehadiran Jep dan


Shuib.
(A13) Rahim

: Ohhh nampaknya saya mendapat signal, mereka

telah hampir
(A15)
(A16)
(A20)
(A21)

Rahim
Rahim
Rahim
Rahim

sampai.
: Jangan lama-lama.
: Berminngu aku kat sini.
: Jangan engkau tak masuk.
: Yaaaaa, begitu lama, dum dedap dum dedap,

arrrrrr.
5. Memperlihatkan Rahim mempelawa tetamu jemputan untuk duduk.
(A24) Shuib
: Haaaiiii, assalamualaikum.
(A25) Rahim
: Biasalah artis baru naik, jarang jaga call time, silasila.
6. Menunjukkan

Rahim

cemas

untuk

mengendalikan

radio

secara

berseorangan.
(A27) Jep : Tadi Nampak macam cemas betul larrr.
(A28) Rahim
: Gila tak cemas, hahahahahaha, ok, dum dedap dum
dedap.
7. Memperlihatkan Jep menyindir Rahim yang berada dalam keadaan
yang cemas.
(A29) Jep : Saya dalam kereta dengar tadi.
(A30) Rahim
: Radio nie memang kuat.
(A31) Jep : Dum dedap dum dedap, hehehe. Ok, rasa memang kuat.
(A32) Rahim
: Ok, rasa macam menyindir pulak.
8. Menunjukkan pertanyaan DJ (Rahim) kepada kumpulan Sepahtu atau
pertanyaan Shuib kepada DJ Rahim.
(A36) DJ (Rahim) : Sebelum itu, saya nak tanyalah.
(A38) DJ (Rahim) :Err, mana Rahim?
(A66) Shuib
: Ini on air ke tak?
(A77) DJ (Rahim) : Siapa siapa siapa?
9. Memperlihatkan jawapan yang berikan oleh Jep dan Shuib.
(A37) Jep
: Yaaaaa.
(A40) DJ (Rahim) : Arrrrrr.
(A41) Jep
: Ok.

(A42) Jep
(A43) Jep

: Aaaaa.
:Sebenarnya.

10.
Menunjukkan rasa kecewa dengan sikap Rahim
(A48) Jep : Sebenarnya kita pun kecewa dengan Rahim selepas dia
menang Men of
the Match dia dah berubah.
(A50) Jep : Kita tak sangka larrr sikap dia macam gitu kan.
(A52) Shuib : SMS apa semua pun dah tak balas.
11.

Menceritakan bagaimana dengan kereta yang dimenangi oleh

Rahim dalam Men of the Match.


(A56) DJ (Rahim) : Macam mana dengan kereta yang dimenangi tu?
(A59) Shuib
: Kau ceritalah macam mana.
12.

Memperlihatkan sikap cemburu Jep di atas kemenangan Rahim

dalam Men of the Match.


(A61) Jep : Sini habis sinilah.
(A63) Jep : Sini habis sini.
(A64) Jep : Kita tak nak orang dengar.
13.

Memperjelaskan keadaan Jep semasa Rahim menang dalam

Men of the Match.


(A72) Jep : Masa menang tuu.
(A73) Jep : Kita orang kat rumah.
(A74) Jep : Jadi bila dah tidur semua.
(A75) Jep : Dia kata nak pergi allingment tayar.
(A80) Jep : Kita orang pun pelik sebab malam mana ada kedai buka,
lepas tu
semenjak dia keluar dah seminggu tak balik-balik dengan
kereta tu.
14.

Menunjukkan sikap Rahim selepas menang Men of the Match.

(A82) Shuib : Jadi memang betul semenjak dia menang Men of the
Match, dia
memang lain sangat lar.
(A87) Shuib : Sms sms pun tak balas.
(A88) Shuib : Berkawan pun tak nak.

15.

Menceritakan siapa yang memenangi Men Of The Match.

(A99) Shuib

: Sebenarnya, macam minggu lepas Rahim menang

Men Of The
Match.
(A105) DJ (Rahim)
16.

: Tolong kuat sikit kalau nama dia.

Menunjukkan bahawa Jep dan Shuib tidak menyenangi cara

yang dilakukan oleh Rahim.


(A107) Shuib

: Okayy, saya tak kisah tapi sebab apa yang saya

kecewanya bila saya


dapat tahu Rahim menggunakan orang untuk mengundi
dia di Sinar FM
untuk Men Of The Match.
(A109) Jep
17.

: Tak adil.

Memperlihatkan

maksud

tersirat

dalam

kata-kata

Shuib

terhadap Rahim.
(A113) DJ (Rahim)

: Okey, saya sendiri peminat Maharaja Lawak

Mega.
(A114)

Jep

: Okey.

(A115)

Jep

: Peminat Maharaja Lawak Mega, kita tak kisah

janji jangan
peminat Rahim.
18.

Menampakkan bahawa wujud keserasian dalam kata-kata Rahim

dan Shuib.
(A118) DJ (Rahim)

: Tak kisah lah minat siapa, itu pilihan masing-

masing.
(A119) Shuib

: Okey.

19.

Menjelaskan bahawa Rahim antara individu yang terpilih untuk

terlibat dengan Sepahtu.


(A122) DJ (Rahim)

: Tapi saya difahamkan bahawa , ermm, kenapa

pada awalnya ada


idea untuk ambil Rahim untuk masuk Sepahtu?
(A123) Shuib

: Oh, kami sebenarnya dah tapis 120 pelawak

untuk memasuki
Sepahtu.
20.
Menunjukkan bahawa Rahim telah dibantu oleh rakan-rakannya.
(A128) Jep : Jadi, atas semangat setia kawan, apa salahnya rezeki
yang kita ada kita
kongsikan dengan orang yang memerlukan.
(A129) Shuib
: Betul.
21.
Menunjukkan bahawa Rahim telah dikenali ramai.
(A136) DJ (Rahim)
: Jadi, kita tak mahu cerita banyak fasal Rahim
lah.
(A137) DJ (Rahim)
sangat.
(A170) Jep

: Pasal Rahim pun dah banyak, orang dah kenal

: Sebenarnya Sepahtu, kita pergi berdua je, Rahim

tak ikut kalau


(A171) Jep

show-show ni.
: Kita memang tak bawak Rahim, ar eh.

22.
Memperlihatkan peranan Rahim dalam Maharaja Lawak Mega.
(A140) DJ (Rahim)
: Jadi, Rahim pada saya di ibarat sebagai satu
permata dalam
(A142) DJ (Rahim)

lumpurlah.
: Baiklah, kalau tak setuju saya ibaratkan

Rahim itu seperti di


(A143) Jep

dalam loji.
: Tak, Rahim ni ye sebiji seperti pangkal Rahim.

Hahaha.
(A144) Jep

: Sebab dia adalah tunjang utama pangkal idea kita

untuk besarkan
benda itu.

23.

Menampakkan bahawa Jep seorang yang menjadikan keadaan

lebih baik tanpa salah faham yang berlaku.


(A143) Jep : Tak, Rahim ni ye sebiji seperti pangkal Rahim. Hahaha.
(A144) Jep : Sebab dia adalah tunjang utama pangkal idea kita untuk
besarkan benda
(A145)
(A146)
(A147)
(A148)

itu.
Shuib
: Okey, kau cuba cover balik.
Jep : Kita kena cuba cover balik.
Jep : Kalau melawak, kita kena cepat.
Jep : Kita takut orang salah sangka. Hahaha.

24.
Menampakkan bahawa punchline Rahim tidak diingati.
(A149) Jep
: Sebenarnya kalau saya tanya awak pun, awak
mungkin tak tahu
(A151) Shuib
(A152) DJ (Rahim)

punchline yang Rahim buat yang anda ingat.


: Tak ingat.
: Takkan tak ada, cuba ingat balik.

25.
Memperlihatkan keberanian Shuib semasa membuat puncline.
(A161) Shuib
: Hey, macam saya ada, saya, saya, pening ah.
(A164) Jep
: Dia ni berani sangat.
(A165) DJ (Rahim)
: Berani, berani.
26.
Menunjukkan bahawa masa untuk beraksi di pentas telah tamat.
(A172) DJ (Rahim)
: Dum dedap dum dedap
(A173) AC Mizal : Itu dia, tepukan untuk Sepahtu. (tepukan studio)

9.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa salah satu ciri
wacana yang utuh iaitu interteks sememangnya digunakan dalam perbualan,
penulisan dan sebagainya yang melibatkan komunikasi lisan dan bukan lisan.

Hasil analisis ini dapat dilihat bahawa sesuatu ayat dengan ayat lain saling
memerlukan

bagi

memberi

lebih

kefahaman

kepada

pembaca

atau

pendengar.
Melalui program Maharaja Lawak Mega ini yang dipersembahkan oleh
kumpulan

Sepahtu

sememangnya

menggunakan

interteks

untuk

menjalankan plot cerita atau komedi mereka dengan baik. Interteks ini
penting bagi memberi kefahaman khususnya kepada juri dan penonton
untuk faham tentang cerita yang mereka ingin sampaikan. Walaupun mereka
melakukan komedi atau lawak, mereka tidak boleh meninggalkan interteks
kerana melalui interteks sahajalah yang dapat memberi kefahaman yang
lebih kepada juri dan penonton.
Jelaslah bahawa interteks merupakan salah satu ciri wacana yang
penting dalam melakukan perbualan dan penulisan. Tanpa interteks,
pembaca atau pendengar akan mengalami kesukaran untuk memahami apa
yang hendak disampaikan oleh penulis atau penutur.

RUJUKAN
Idris Aman. (2010). Analisis wacana. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Mohd Rashid Md Idris. (2007). Bahasa Melayu jilid 2. Kuala Lumpur: ACH
Communications
Sdn. Bhd.
Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob.
(2012).
Analisis wacana berdasarkan teks komsas terpilih. Tanjong Malim:
Emeritus
Publications.
Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob.
(2012).
Tatabahasa wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publications.

LAMPIRAN
Teks Analisis Maharaja Lawak Mega Kumpulan Sepahtu Pada Minggu
Ke-10
A.1

DJ Rahim

: Dum dedap dum dedap.

A.2

DJ Rahim

: Video pakai mulut sebab cut kos bajet.

A.3

DJ Rahim

: Dum dedap dum dedap.

A.4

DJ Rahim

: Macam tak percaya, minggu lepas orang gila minggu ni

jadi DJ.
A.5

DJ Rahim

: Dum dedap dum dedap.

A.6

DJ Rahim

: Okay seperti biasa Assalamualaikum saya DJ anda Bro J

akan
menemani anda selama 7 minit ini.
A.7

DJ Rahim

: Yaaaa. Bersama artis jemputan kita, siapakah artis

jemputan kita?
A.8

DJ Rahim

: Dum dedap dum dedap.

A.9

DJ Rahim

: Ahaaaa. Sampai ke sudah aku dum dedap dum dedap.

A.10 DJ Rahim

: Yaaaa. Dan artis jemputan yang dipilih yang cukup akhir

yang paling
hebat kumpulan paling hebat yang baru saja memenangi
kereta minggu
lepas.
A.11

DJ Rahim : Dum dedap dum dedap. Kita akan bersama Sepahtu


sebentar lagi. Ohhh

saya difahamkan kalau dulu

kereta Mini tapi sekarang kereta Alza Jennss sikit lar tak
muat kereta besar.
A.12 DJ Rahim

: Dum dedap dum dedap.

A.13 DJ Rahim

: Ohhh nampaknya saya mendapat signal, mereka telah

hampir sampai.
A.14 DJ Rahim

: Dum dedap dum dedap.

A.15 DJ Rahim

: Jangan lama-lama.

A.16 DJ Rahim

: Berminngu aku kat sini.

A.17 DJ Rahim

: Dum dedap dum dedap.

A.18 DJ Rahim

: Yaaaaa. Jangan lupa jika anda ada apa-apa pesanan atau

apa-apa
pertanyaan yang ingin ditujukan kepada artis
jemputan anda, sila berikan
kepada saya sebentar lagi saya bagi alamat.
A.19 DJ Rahim

: Dum dedap dum dedap.

A.20 DJ Rahim

: Jangan engkau tak masuk.

A.21 DJ Rahim

: Dum dedap dum dedap.

A.22 DJ Rahim

: Yaaaaa. Begitu lama. Dum dedap dum dedap. Arrrrrr.

A.23 Jep

: Haiii

A.24 Shuib

: Haaaiiii.. Assalamualaikum.

A.25 DJ (Rahim) : Biasalah artis baru naik, jarang jaga call time. Sila-sila.
A.26 Shuib

: Boleh duduk ekk?

A.27 Jep

: Tadi Nampak macam cemas betul larrr.

A.28 DJ (Rahim) : Gila tak cemas. Hahahahahaha. Ok. Dum dedap dum
dedap.
A.29 Jep

: Saya dalam kereta dengar tadi.

A.30 DJ (Rahim) : Radio nie memang kuat.


A.31 Jep

: Dum dedap dum dedap. Hehehe. Ok. Rasa memang kuat.

Ok.
A.32 DJ (Rahim) : Ok. Rasa macam menyindir pulak.
A.33 Jep

: Biasalah.

A.34 Jep

: Ok.

A.35 Jep

: Nampaknya Sepahtu telah pun berada bersama kita jadi

ada beberapa
soalan yang nak dikemukakan tapi sebelum tu.
A.36 Jep

: Sebelum itu, saya nak tanyalah.

A.37 Jep

: Yaaaaa.

A.38 DJ (Rahim) : Err..Mana Rahim?


A.39 Jep & Shuib : Rahim?
A.40 Jep
: Arrrrrr
A.41 Jep

: Ok.

A.42 Jep

: Aaaaa.

A.43 Jep

: Sebenarnya.

A.44 DJ (Rahim) : Dum dedap dum dedap.


A.45 DJ (Rahim) : Maklumlah radio mana ada gap.
A.46 DJ (Rahim) : Hahahahaha.
A.47 Jep

: Ok larr

A.48 Jep

: Sebenarnya kita pun kecewa dengan Rahim selepas dia

menang Man of
the Match dia dah berubah.
A.49 Shuib

: Betul

A.50 Jep

: Kita tak sangka larrr sikap dia macam gitu kan.

A.51 Shuib

: Betul betul berubah lar dia.

A.52 Shuib

: SMS apa semua pon dah tak balas.

A.53 Jep

: Ehhhh.

A.54 Jep

: Dum dedap dum dedap.

A.55 DJ (Rahim) : Dum dedap dum dedap Jadi aaaaa.


A.56 DJ (Rahim) : Macam mana dengan kereta yang dimenangi tuu? Shuib.
A.57 DJ (Rahim) : Kereta yang dimenangi ekkk.
A.58 DJ (Rahim) : Aaaa.
A.59 DJ (Rahim) : Kau ceritalah macam mana.
A.60 Jep

: Ok.

A.61 Jep

: Sini habis sinilah.

A.62 Jep

: Ok.

A.63 Jep

: Sini habis sini.

A.64 Jep

: Kita tak nak orang dengar.

A.65 DJ (Rahim) : Ok ok ok.


A.66 Shuib

: Ini on air ke tak?

A.67 DJ (Rahim) : Tak.


A.68 DJ (Rahim)

: Tak.

A.69 DJ (Rahim) : Kita habis sini jer larr.


A.70 Jep

: Ok..

A.71 Jep

: Aaaa...

A.72 Jep

: Masa menang tuu.

A.73 Jep

: Kita orang kat rumah.

A.74 Jep

: Jadi bila dah tidur semua.

A.75 Jep

: Dia kata nak pergi allingment tayar.

A.76
A.77
A.78
A.79

Shuib
:
DJ (Rahim) :
Jep & Shuib :
DJ (Rahim) :

A.80 Jep

Betul.
Siapa siapa siapa?
Rahim! Rahim! Rahim!
Si Rahim tu.

: Kita orang pun pelik sebab malam mana ada kedai buka,

lepas tu
semenjak dia keluar dah seminggu tak balik-balik dengan
kereta tu.
A.81 Shuib

: Betul.

A.82 Shuib

: Jadi memang betul semenjak dia Man of the Match

A.83 Shuib

: Dia memang lain sangat larr.

A.84 DJ (Rahim) : Lain macam mana tu?


A.85 Shuib

: Kecewa

A.86 Shuib

: Macam gitu lah

A.87 Shuib

: Sms Sms pun tak balas.

A.88 Shuib

: Berkawan pun tak nak

A.89 Shuib

: Teruklah dia sekarang.

A.90 DJ (Rahim) : Atau atau mungkin awak cemburu sebab awak tak dapat
lagi?
A.91 DJ (Rahim) : Dum dedap dum dedap.
A.92 DJ (Rahim) : Saya tak der berkepentingan, saya tak kenal Rahim.
A.93 DJ (Rahim) : Saya tanya jer.
A.94 Shuib

: Jadi, soalan awak apa sekarang ini?.

A.95 DJ (Rahim) : Adakah awak cemburu?


A.96 DJ (Rahim) : Dum dedap dum dedap.
A.97 Shuib

: Okey.

A.98 Shuib

: Okey

A.99 Shuib

: Sebenarnya, macam minggu lepas Rahim menang Men

of the
men.
A.100 Shuib

: Saya tak kisah fasal menda tu

A.101 Shuib

: Fasal apa.

A.102 DJ (Rahim) : Siapa menang?


A.103 DJ (Rahim) : Siapa menang?
A.104 Shuib

: Rahim, Rahim.

A.105 DJ (Rahim) : Tolong kuat sikit kalau nama dia.


A.106 Shuib

: Okey.

A.107 Shuib

: Saya tak kisah tapi sebab apa yang saya kecewanya bila

saya dapat
tahu Rahim menggunakan orang untuk mengundi
dia di Sinar Fm
untuk Men of the men.
A.108 Shuib

: Bagi saya itu tak adil.

A.109 Jep

: Tak adil.

A.110 DJ (Rahim) : Ok lah.


A.111 DJ (Rahim) : Saya braketkan tomahan.
A.112 DJ (Rahim) : Hahahahhahaha.
A.113 DJ (Rahim) : Okey, saya sendiri peminat Maharaja Lawak Mega.
A.114 Jep
A.115 Jep

: Okey.
: Peminat Maharaja Lawak Mega, kita tak kisah janji

jangan peminat
Rahim.
A.116 Jep

: Hahahhahaha, itu je

A.117 Jep

: Dum dedap dum dedap.

A.118 DJ (Rahim) : Tak kisah lah minat siapa, itu pilihan masing-masing.
A.119 Shuib

: Okey.

A.120 Shuib

: Okey.

A.121 DJ (Rahim) : Err


A.122 DJ (Rahim)

: Tapi saya difahamkan bahawa, emm, kenapa pada

awalnya ada idea


untuk ambik Rahim untuk masuk Sepahtu.
A.123 Shuib

: Oh, kami sebenarnya dah tapis 120 pelawak untuk

memasuki
Sepahtu.
A.124 DJ (Rahim) : Di antara pelawak yang ditapis?
A.125 Shuib

: Er, ramai.

A.126 Shuib

: Man Belon pun kami pernah letakkan, er.. tapi bila kami

nampak
Rahim ni.
A.127 Jep

: Rahim ni paling daif sekali. (tepukan di studio).

A.128 Jep

: Jadi, atas semangat setia kawan, apa salahnya rezeki

yang kita ada kita


kongsikan dengan orang yang memerlukan.
A.129 Shuib

: Betul.

A.130 DJ (Rahim) : Panas.


A.131 DJ (Rahim) : Dum dedap dum dedap.
A.132 DJ (Rahim) : Ouh, nampaknya studio semakin panas, ouh.. (loceng
dibunyikan).
A.133 Shuib

: Ouh, alamak,

A.134 DJ (Rahim) : Jadi kita teruskan pada soalan jelah.


A.135 Shuib

: Cantik!

A.136 DJ (Rahim) : Jadi, kita tak mahu cerita banyak fasal Rahim lah.
A.137 DJ (Rahim) : Pasal Rahim pun dah banyak, orang dah kenal sangat.
A.138 DJ (Rahim) : Okey, tengok In Sha Allah, kalau tak ada apa hal, mungkin
tercalon
untuk Top5.
A.139 DJ (Rahim) : Tapi terpulanglah, kia tengok nanti macam mana.
A.140 DJ (Rahim) : Jadi, Rahim pada saya di ibarat sebagai satu

permata

dalam lumpurlah.
A.141 Shuib

: Saya tak setuju, saya tak setuju.

A.142 DJ (Rahim) : Okey, kalau tak setuju saya ibaratkan Rahim itu seperti di
dalam loji.
A.143 Jep

: Tak, Rahim ni ye sebiji, err, seperti pangkal Rahim.

Hahaha.
A.144 Jep

: Sebab dia adalah tunjang utama pangkal idea kita untuk

besarkan benda
itu.
A.145 Shuib

: Okey, kau cuba cover balik.

A.146 Jep

: Kita kena cuba cover balik.

A.147 Jep

: Kalau melawak, kita kena cepat.

A.148 Jep

: Kita takut orang salah sangka. Hahaha.

A.149 Jep

: Sebenarnya kalau saya tanya awak pun, awak mungkin

tak tahu
punchline yang Rahim buat yang anda ingat.
A.150 Jep

: Sebab kita pun tak ingat.

A.151 Shuib

: Tak ingat.

A.152 DJ (Rahim) : Takkan tak ada, cuba ingat balik.


A.153 Jep

: Ha, yang mana eh, ada ke?

A.154 DJ (Rahim) : Minggu pertama, minggu pertama.


A.155 Shuib

: Boleh saya cek dekat youtube dulu?

A.156 DJ (Rahim) : Tak payah!


A.157 Jep

: Punchline Rahim yang memang buat orang gelakkan.

A.158 DJ (Rahim) : Ha, yang buat orang gelak.


A.159 DJ (Rahim) : Rahim buat.
A.160 Jep & Shuib : Rasanya tak ada lah.
A.161 Shuib

: Hey, macam saya ada, saya, saya, pening ah.

A.162 Jep

: Apa dia?

A.163 Shuib

: Pening ah.. (tepukan studio).. hah, nampak.

A.164 Jep

: Dia ni berani sangat.

A.165 DJ (Rahim) : Berani, berani.


A.166 DJ (Rahim) : Saya rasa juri pun dah boring dengan tagline tu.
A.167 Jep

: Errr, jap jap, ada fon lah, ada col.

A.168 Jep

: Helo, apa dia.

A.169 Jep

: Ooo, nak panggil buat show er, Sepahtu.

A.170 Jep

: Sebenarnya Sepahtu, kita pergi berdua je, Rahim tak ikut

kalau show
show ni.
A.171 Jep

: Kita memang tak bawak Rahim, ar eh.

A.172 DJ (Rahim) : Dum dedap dum dedap.


A.173 AC Mizal

: Itu dia, tepukan untuk Sepahtu. (tepukan studio)

Você também pode gostar