Você está na página 1de 4

Apa itu Wahabi?

 
Wahabi merupakan satu fahaman/aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama
Haramain/Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan
lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-
Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab
Saudi.

Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabisma. Istilah ini muncul
berdasarkan nama bapa pengasasnya.

 Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah,
Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.
 Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal (al Hanbaliah, al
Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah.
Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada tafsiran Ibn Taymiyyah. Faham
Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahkan dalam banyak
hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.

Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria,
Palestin dan Mauritania.

[sunting] Pengasas

Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab
Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'.

Beliau adalah seorang ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang
mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding
salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab.

Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau


sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah].

Beliau belajar agama dari Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi dan kepada bapanya
sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah
dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan balik semula ke Kampung Ainiyah,
Najd, Arab Saudi.

Semasa di Madinah, beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan
dengan syariat Islam kerana mereka mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam
Rasulullah.

1
Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu
pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif.Beliau diusir lagi , lalu
pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar
membantunya. Tetapi setelah mendengar fat-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu
dibunuh.

Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di
Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar
menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka
ditolak , malah sebahagiannnya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum
Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa
bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan
makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji
menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus
diperangi.

Amalan kaum Wahabi menurut hadith


Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924.

Perubahan yang mereka lakukan ialah :

1. Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla,


makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-
1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan. [1]
2. Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah.
Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi.Wahabi berpandangan semua itu syirik dan
membawa kepada penyembaahan berhala.
3. Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana
berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah. [2]
4. Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj.
Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak
pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
5. Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith [3], terutama
menggunakan radio dan pembesar suara.
6. Melarang membaca qasidah.
7. Melarang melagu-lagukan al Quran.
8. Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji.
Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak
pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
9. Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam ,
Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar
pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja. [4] Semua ini dianggap

2
puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan
oleh nabi sendiri.

Pandangan Siradjudin Abbas


Siradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah
Ugama' . Beliau adalah kiyai, abuya , ulama besar di Indonesia. Konsep-konsep Moden
Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :

1. Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu


Taimiyah.
2. Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).
3. Mengambil sumber Al-Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa Ijma Ulama dan
Qias.
4. Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan) .
5. Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi
membenarkan orang yang mengerja pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan
niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.
6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal ini semuanya
menjadikan orang musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat
Nabi di Suq al Leil telah lama diruntuhkan.
7. Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah,
Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya.
8. Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk
Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain, kecuali Hari Raya
Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
9. Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi",
"Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.
10.Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul Sunnah Wal Jamaah hendaklah
dibuang jauh-jauh.
11.Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid
yang memuji-muji Nabi s.a.w
12.Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan
lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.
13.Azan tidak boleh berlagu.
14.Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.
15.Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Solat.
16.Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat
Sazali, Tariqat Saman dan lain-lain dilarang keras.
17. Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini
kerana mereka berpendapat ia adalah amalan peribadi. [5]

3
Majlis Fatwa Kebangsaan di Malaysia tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa Wahabi
sebagai ajaran sesat atau fahaman sesat .Ia adalah khilafiah (pertikaian) di mana
timbul persoalan mengenai takwil (tafsiran).

Jemaah haji Malaysia yang mengerjakan haji di kota Mekah tidak pernah
mempertikaikan amalan tidak membaca qunut oleh imam di kaabah. Jemaah Islam juga
akur dengan arahan tidak menziarahi makam-makam tertentu malahan makam nabi
Muhammad di Madinah. Mereka akur dengan perbezaan tersebut kerana telah
dimaklumkan semasa kursus haji yang diberikan oleh pegawai dari Tabung Haji.

Pada 8 Mei 2008 di persidangan Dewan Rakyat Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan pendirian kerajaan Malaysia
berhubung soalan dari peguam Zulkifli Noordin (PKR - Kulim Bandar Baru).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenalpasti pendakwah antaranya Dr


Abdullah Yasin dan Ustaz Hussein Yee sebagai penganut Wahabi yang jelas. Itulah
sebab agaknya Hussein Yee tidak lagi muncul dalam program dan ceramah agama di
televisyen. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak pula dilabel sebagai wahabi
walaupun rumour menyatakan beliau seorang wahabi. Negeri Perlis yang tidak
mengamalkan bacaan qunut juga dilabel sedemikian.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengadakan sekurang-kurangnya 6 kali muzakarah atau


perbincangan dengan pelbagai pihak sejak 1985 hingga 1998. Perbincangan terbaru
dengan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 30 Ogos 2007 iaitu seorang yang
pengamal wahabi juga

Kebanyakan lulusan universiti dari Madinah mengiktiraf ajaran Wahabi ini. Majlis Fatwa
Kebangsaan tidak pernah menganggap Wahabi sebagai ajaran sesat. Muzakarah kali
ke-40 pada 1996 menyebut bahawa mana-mana golongan yang mengisytiharkan diri
mereka tidak bermazhab dan menganggap bahawa dialah orang yang lebih baik di
samping mencerca dan menghina golongan yang bermazhab sedangkan mereka berada
dalam kelompok yang sama, pendekatan dengan cara perbincangan adalah lebih baik.
[6]

Você também pode gostar