Você está na página 1de 15

Pengenalan

Semenjak mencapai kemerdekaan , negara kita telah mengalami suatu perubahan yang
pesat dalam sistem pendidikannya.Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar-dasar
pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan
keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang
ekonomi, politik dan sosial selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku
dalam negara ini.
Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat wawasan 2020, iaitu
memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi,
tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta bersedia untuk turut
serta dalam ekonomi dunia .
Antara cabaran dalam alaf baru termasuk globalisasi, impak teknologi
maklumat yang pesat, transformasi antarabangsa ke arah k-ekonomi, tuntutan-tuntutan
terhadap pembangunan masyarakat, dan persaingan-persaingan antara
antarabangsa telah mengakibatkan berlakunya perubahan dalam bidang
pendidikan di seluruh dunia (Cheng & Towsend, 2000).
Pada tahun 1996 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal Konsep
Sekolah Bestari bertujuan menyediakan pendidikan yang lebih berkualiti untuk
meningkatkan pencapaian Falsafah Pendidikan Negara ke tahap maximum. Teknologi
Maklumat menjadi konponen utama dalam perlaksanaan projek ini. Projek Sekolah
Bestari diwujudkan sebagai satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.
Fokus diberikan terhadap domain intelektual dan juga pembentukan warga Malaysia
yang berakhlak mulia, cekap teknologi maklumat, bersifat global dan mampu
beroperasi dalam arena antarabangsa.
Proses pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum dalam sekolah bestari
mengalami anjakan paradigma. Kurikulum sekolah bestari mengambil kira kebolehan
setiap pelajar. Pelajar cemerlang boleh mempelajari kandungan sukatan yang lebih
tinggi dan kompleks sementara pelajar yang lemah akan meneruskan aktiviti-aktiviti
pembelajaran sedia ada sehingga mereka bersedia untuk bergerak ke peringkat yang
lebih tinggi. Sistem pengurusan sekolah, sistem pentaksiran dan penilaian dan lain-lain
komponen pengurusan turut diubah suai dengan perkembagan ICT(Information &
Comunication Technology) iaitu teknologi komunikasi dan maklumat. Faktor ini
memerlukan anjakan peradigma semua pihak khususnya pengurus sekolah bestari dan
warga pendidik serta masyarakat Malaysia amnya.
Konsep Sekolah Bestari
Sekolah bestari ialah sekolah yang dapat menyediakan pelbagai peluang untuk
perkembangan pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Sekolah bestari merupakan
sekolah yang dilengkapi dengan segala keperluan termasuk saluran pengajaran seperti
komputer dan kemudahan internet yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk tujuan
pengajaran. Kaedah ini bukan sahaja dapat menglicinkan dan memaksimakan
perkembangan pembelajaran dari segi kemahiran pemikiran yang tinggi, tetapi
kepelbagaian kebijakasanaan dalam mata pelajaran yang dipelejari. (Hamizer,1997).
Sekolah bestari tidak membawa makna sekolah untuk pelajar bestari atau pintar
tetapi merupakan cara yang bestari bagi menjamin setiap pelajar cerdik atau lemah,
kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya mengikut kadar dan gaya pembelajaran

yang paling sesuai denganya.(Abdul Rashid & Siti Rahayah, 2001).


Sekolah bestari dalam bahasa Inggeris smart school dalam kata yang sebenarnya
ialah suatu tempat di mana guru-guru dan murid-murid bekerja atau menjalankan
aktiviti pembelajaran dengan melibatkan pemikiran yang menyeluruh.Ia melibatkan
pelbagai tektik dan kaedah, mungkin juga melibatkan tugasan yang terbuka,
perbincangan,kolaborasi rakan sejawat serta perbahasan dan
sebagainya.(Perkins,1992).
Manakala menurut Fiske (1991), sekolah bestari adalah berorientasikan
pembelajaran bukan pengajaran. Cara sekolah bestari beroperasi adalah berdasarkan
hubungan bahawa guru sebagai jurulatih (coach), pelajar adalah pekerja. Penekanan
beralih dari pengajaran kepada pembelajaran.Pendidikan dikatakan telah berlaku
apabila berlaku proses pemikiran di kalangan pelajar.
Menurut Dr. Nor Hayati (2003), sekolah bestari bukan merujuk kepada pelajar yang
paling bijaksana tetapi ia merujuk kepada cara yang paling bijak bagi memastikan
setiap anak diberi peluang yang sama bagi mencapai potensi diri. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menitikberatkan perkembangsaan diri dipilih menjadi asas model
sekolah bestari.
Matlamat sekolah Bestari
Antara matlamatnya ialah:
Menggalakkan pelajar berdikari dalam proses memperoleh pengetahuan dan
mampu menjalankan pembelajaran mengikut kadar pembelajaran sendiri (selfpaced),
minat sendiri (self-directed) dan menilai diri (self assessed). Dengan ini
mereka dapat memaksimumkan potensinya ke tahap cemerlang.
Menyediakan pelajar yang cekap dalam teknologi maklumat (IT) untuk
menghadapi cabaran era teknologi maklumat.
Mengubahkan secara sistemik budaya pendidikan yang selama ini
menitikberatkan peperiksaan kepada yang berfokus kepada aspek kreatif dan
inovatif.
Melahirkan pelajar lepasan sekolah yang mampu menangani cabaran kehidupan
dalam era teknologi maklumat di abad ke 21.
Membentukkan satu generasi warganegara Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab, berketrampilan, penyayang, mempunyai nilai kekeluargaan
dan peka terhadap pemeliharaan alam sekitar.
Menyediakan tenaga pekerja celik teknologi dan berpemikiran kritis dan kreatif
untuk industri tempatan Malaysia
Kualiti Sekolah Bestari
Menurut Dr.Nor Hayati (2003) Sekolah bestari di Malaysia seharusnya mempunyai
kualiti berikut :1. Satu falsafah bahawa semua pelajar boleh diajar dan dapat mempelajari sesuatu
ilmu sekiranya diajar dengan baik.
2. Satu kurikulum yang mempertimbangkan kepelbagaian kebolehan dan
keperluan yang berbeza pada semua pelajar.
3. Iklim sekolah yang kondusif untuk pembelajaran.
4. Penilaian yang berterusan yang dapat menyokong pengajaran yang baik.
5. Mempunyai seorang pengetua yang professional, strong dan mempunyai guruguru
yang professional.

6. Penglibatan aktif dari ibubapa dan komuniti yang memberi sokongan.


Ciri-Ciri Sekolah Bestari
1. Sekolah Bestari dihubungkan melalui Jaringan Kawasan Tempatan (LAN)
Ini membolehkan perkongsian maklumat melalui telekonferensing,
pangkalan data dan mel elektronik, ensaiklopedia elektronik, katalog kad
perpustakaan dan pusat sumber on-line dan data pentadbiran.
2. Sekolah Bestari akan dihubungkan melalui Jaringan Kawasan Luas (WAN)
Hubungan melibatkan sekolah lain dan juga organisasi daerah, negeri dan
dunia. Keadaan ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari
pembelajaran jarak jauh.
3. Kepelbagaian bahan
Sekolah Bestari akan dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar dan
pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi untuk keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Pengintegrasian mata pelajaran
Mata pelajaran diintegrasikan bercorak tematik dan bukan lagi diajar secara
berasingan. Konsep belajar merentas kurikulum diperluas.
5. Orientasi pengajaran dan pembelajaran.
Kurikulum adalah berorientasikan penyelesaian masalah dan tidak
berorientasikan fakta semata-mata.
6. Persekitaran pembelajaran yang luas.
Persekitaran pembelajaran yang kaya dengan sumber akan menjadikan guru
sebagai perantara dan bukan lagi sebagai sumber pengetahuan yang utama.
Guru-guru perlu lebih ke hadapan dalam mencapai maklumat berbanding pelajar
mereka.
Projek Rintis Sekolah Bestari Malaysia
Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah
Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berfikiran kreatif dan kritis.
Teknologi sebagai pengupaya menjadi komponan penting dalam konsep sekolah
bestari. Sekolah bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara
menyeluruh dari segi pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk
membantu pelajar menghadapi cabaran zaman maklumat. Sekolah bestari mewakili satu
penciptaan semula persekitaran pembelajaran dan pengajaran, sistem pentadbiran
sekolah, proses sekolah dan lain-lain. Teknologi baru juga digunakan bagi
membolehkan transformasi sekolah biasa kepada sekolah bestari dapat dilakukan.
1. Sekolah bestari mempunyai komponan-komponen berikut :-

Rajah : Komponan Sekolah Bestari di Malaysia.


(Dr.Nor hayati,2003 ; Shahabuddin et al.2003)

(i) Pengajaran dan pembelajaran (P&P)


Proses P&P merupakan teras atau jantung sekolah bestari. Proses berkaitan dengan
kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan bahan P&P direka semula untuk membantu
pelajar belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah bestari akan mendorong
pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut
kadar pembelajaran sendiri. Kurikulum sekolah bestari akan mengambil kira hakikat
bahawa pelajar mempunyai keperluan pembelajaran yang berlainan. Dari aspek
pernilaian, pelbagai alat pengukuran akan digunakan dalam peperiksaan, projek,
tugasan dan produk yang berteraskan penggunaan komputer. Pernilaian sekolah bestari
bukan sahaja melihat dari segi pencapaian pelajar sahaja tetapi juga mengambil kira
keberkesanan dengan kesediaan, kemajuan dan bakat.
(ii) Pengurusan pentadbiran
Pengurusan dan pentadbiran sekolah bestari yang merupakan penggerak atau otak
sekolah bestari dan dikomputerkan. Perisian pengurusan membantu pengurus sekolah
mengurus dengan cekap dan berkesan.
(iii) Sumber Manusia, Kemahiran dan Tanggungjawab
Ibu bapa, komuniti dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan
memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak
ini akan sentiasa terlibat dalam peningkatkan profesionalisme atau keilmuan berkaitan
dengan pengurusan sekolah, P&P dan sebagainya.
(iv) Proses
Proses sekolah bestari dianggap sebagai suatu sistem. Proses sekolah bestari dikaji
dengan teliti dan disemak untuk memastikan sistem tersebut dibekalkan dengan input
yang tepat dan berfungsi menghasilkan output yang dikehendaki.
(v) Teknologi
Teknologi digunakan sebagai pengupayaan kepada amalan sekolah bestari seperti
P&P, pengurusan dan perhubungan dengan pihak luar.Teknologi komputer akan
membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Ini akan
mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan
teknologi terkini di rumah dengan mereka yang kurang berada.
(vi) Dasar
Untuk memastikan kejayaan pelaksanaan sekolah bestari, dasar dan peraturan yang
sedia ada perlu diubah.
Ciri-Ciri Bilik Darjah Bestari
Bilik darjah bestari mempunyai persekitaran yang ideal untuk belajar dengan bantuan
komputer. Berdasarkan kajian Triangle (1999, dlm Sukimin & Noor Hanim,2003) bilik
darjah bestari mempunyai setting yang berbeza. Pelajar-pelajar boleh akses kepada
maklumat bila-bila diperlukan. Bilik darjah bestari ialah tempat di mana pelajar-pelajar
mudah mendapat maklumat. Guru bukan lagi menjadi penyalur maklumat, tetapi lebih
kepada peranan sebagai fasilitator. Di antara ciri ciri bilik darjah bestari ialah :1. Pelajar-pelajar mudah mengakses kepada komputer.

2. Keupayaan guru mengintegrasikan penggunaan komputer dalam bilik darjah.


3. Interaksi pelajar secara kolaborasi di dalam bilik darjah.
Persekitaran bilik darjah bestari adalah bersesuaian dengan Teori Piaget bahawa
pada tahap operasi konkrit, seseorang pelajar mempunyai kebolehan pemikiran secara
logik. Ini hanya akan berlaku sekiranya wujud persekitaran fizikal yang sebenar.
Komputer dalam bilik darjah adalah sebagai catalyst kepada pembelajaran kerana pada
tahap operasi konkrit. seeing is believing. Malah menurut Gagne & Briggs (1982,
Sukimin & Noor hanim,2003) situasi pembelajaran bilik darjah harus berbentuk
kondusif.
Pemantauan dan Tindakan Susulan
Pada tahun 2002, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan
pemantauan kolaboratif pelaksanaan projek rintis sekolah bestari ke atas semua 87 buah
sekolah bestari di seluruh Malaysia untuk meninjau dan mengenal pasti beberapa aspek
berikut:
(i) sejauh mana sekolah telah melaksanakan projek sekolah bestari.
(ii) masalah yang dihadapi pihak sekolah dalam melaksanakannya.
(iii)keberkesanan pelaksanaan di sekolah-sekolah oleh pentadbir.
Hasil pemantauan kolaboratif yang telah dilakukan oleh KPM terhadap sekolahsekolah
bestari di negeri Johor menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan pembangunan
adalah paling tinggi, diikuti perancangan, pentadbiran, hubungan dengan komuniti,
kemudahan fizikal, penyeliaan P&P, pengurusan kurikulum dan kokurikulum. Tahap
pelaksanaan perisian pengurusan sekolah bestari adalah paling rendah.
Kekangan Terhadap Inovasi Pendidikan
Pelaksanaan sekolah bestari merupakan inovasi pendidikan. Inovasi pendidikan sering
diperkenalkan bagi menyelesaikan masalah dan memperbaiki amalan pendidikan.
Inovasi pendidikan juga diperkenalkan di atas kepercayaan untuk meningkatkan mutu
pendidikan. Di negara kita, banyak inovasi pendidikan telah dan sedang dilaksanakan,
antaranya yang besar, KBSR dan KBSM. Bagi menghadapi era globalisasi pula, kita
berkepercayaan konsep sekolah bestari telah diperkenalkan. Banyak inovasi yang
diperkenalkan gagal mencapai matlamatnya adalah disebabkan kesukaran pelaksanaan
memahami makna inovasi itu sendiri (Fullan 1991). Kesukaran memahami makna
sesuatu inovasi berlaku kerana kebanyakan inovasi pendidikan yang diperkenalkan
adalah berbentuk exogenus.
Akibat kesukaran memahami makna, pelaksana biasanya membuat penilaian apakah
makna inovasi yang diperkenalkan pada dirinya sendiri dan orang lain pada mana
inovasi tersebut disasarkan. Sekiranya inovasi tersebut bermakna pada dirinya,
pelaksana dijangka akan melaksanakan inovasi sebagaimana yang diarahkan.
Bagaimanapun, sekiranya inovasi tidak bermakna, pelaksana beranggapan dan merasa
inovasi tersebut hanya akan menambah tugas dan beban kerja mereka. Pelaksana yang
menganggap inovasi tidak bermakna akan menggunakan strategi daya tindak yang
bersesuaian dengan etika praktikal bagi memastikan dirinya selamat dalam
profesionannya. Strategi daya tindak ini biasanya menjadi subur dan membentuk
budaya kerja baru sekiranya faktor-faktor luaran seperti kemudahan prasarana dan
sokongan, sistem peperiksaan dan pemantauan pendidikan gagal berfungsi sebagaimana
yang diharapkan oleh inovasi.

Hj. A. Hamid Abu Hassan (1998) telah membuat kajian untuk mengenal pasti
keberkesanan guru. Analisis persepsi guru yang berkesan menunjukkan masalah utama
yang mereka kenal pasti ialah ialah: pertama, kelemahan penguasaan mata pelajaran
dan kurang minat di kalangan pelajar; kedua, kesukaran mengelola kerja kumpulan;
ketiga, kesukaran menggunakan teknologi dan alat bantuan mengajar; keempat,
perasaan meningkatnya beban kerja. Empat masalah utama yang dikenal pasti oleh guru
tersebut berkait dengan kekurangan pengetahuan dan kemahiran pada guru itu sendiri
serta kekurangan peralatan kemudahan dan sokongan.
Ciri-Ciri Guru Bestari
Sekolah bestari bergantung kepada guru bestari. Sesungguhnya kejayaan guru
melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi keilmuan, keimanan, sahsiah dan
kepimpinan yang berwibawa dan kreativiti yang menjangkau zaman akan memberi
sumbangan yang amat besar kepada kebestarian pembangunan masyarakat dan
negara.Malah Perkins (1992) ada menyatakan bahawa guru bukan sahaja
mengorbankan masa, sumber dan tenaga dalam pengajaran, mereka juga turut
meluangkan masa untuk perkembangan dan peningkatan kemahiran serta ilmu dirinya.
Guru adalah tonggak sistem pendidikan dan agen perubahan. Justeru itu jika kita
ingin melahirkan generasi bestari, maka guru perlu membestarikan diri mereka sendiri.
Salleha (2002; Perkins 1992) menyatakan tiga ciri guru bestari iaitu:
(i) Informed (bermaklumat dan kemas kini)
Guru yang bermaklumat adalah guru yang sentiasa mencari maklumat dalam bentuk
fakta-fakta terkini, sentiasa melayari internet bagi mendapatkan idea-idea pedagogi
sesama seperti dalam pendekatan generik contohnya pengajaran masteri, kontekstual,
konstruktisme, pembelajaran akses kendiri dan pembelajaran masa depan. Guru sentiasa
dapat menyesuaikan pengajaran mereka dengan kehendak pelajar yang mempunyai
kepelbagaian kecerdasan. Guru bestari juga mampu menghasilkan penggunaan modulmodul
pengajaran yang terkini serta mempu membina modul pengajaran selaras dengan
kemampuan dan tahap pencapaian pelajar.
Guru yang bermaklumat dan kemas kini mampu berkongsi maklumat dan
menggunakan ilmu dan kemahiran untuk menyampaikan matlamat pengajaran, juga
dapat memainkan peranan menambah keperluan yang difikirkan penting atau
mengubahsuai modul-modul pengajaran yang boleh meningkatkan lagi tahap
pencapaian dan kemampuan berfikir pelajar-pelajar.
Guru bestari juga perlu mampu mengawal proses pembelajaran mengikut kebolehan
dan pencapaian mereka tanpa pelajar merasa jemu serta sentiasa bermotivasi tinggi
untuk mencapai tahap yang ditetapkan. Setiap pelajar dianggap berupaya untuk
mencapai standard yang ditetapkan mengikut masa yang mereka sendiri tentukan.
Seterusnya, guru yang bermaklumat dan kemas kini sentiasa one step head dalam
menguasai teknologi ICT terkini serta mampu menghebahkan ilmu di kalangan rakan
sejawat supaya ilmu dan kemahirannya dapat dikongsi dan diguna pakai dalam
meningkatkan profesion dan martabat keguruan di kalangan masyarakat dan negara.
(ii) Energetic (bertenaga dan positif)

Guru-guru bestari adalah sentiasa bertenaga dan bersikap positif. Bertenaga dalam
konteks fizikal ialah sentiasa cergas dalam tindakan, pergerakan dan berfikir dan
sentiasa menjaga kesihatan pada tahap cemerlang, tidak kenal erti jemu dan sentiasa
berfikiran positif, inovatif dan proaktif, serta mempunyai moto Kita Boleh. Bertenaga
dalam konteks pedagogi adalah penyampaian dan pengkaedahan pengajaran. Guru
bestari sentiasa menggunakan modul-modul terkini dan mempunyai kepelbagaian yang
dapat menarik minat serta meningkatkan tahap pencapaian semua pelajar mereka pada
standard yang telah ditetapkan.
Guru bestari sentiasa mengutamakan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
kepada pelajar serta berasaskan kepada pembelajaran aktif dan meletakkan motivasi
pelajarnya pada tahap yang tinggi. Pelajar-pelajar mereka sentiasa cergas dan proaktif
serta ceria dalam melaksanakan segala tugasan secara pembelajaran kolaboratif di
samping menekankan penerapan nilai-nilai murni yang dapat membentuk sikap,
mementingkan kecemerlangan bersama-sama serta sestia kawan yang tinggi.
Guru bestari sentiasa memandang pelajar mereka mempunyai potensi yang tinggi
yang boleh dikembangkan dan dipertingkatkan tahap pencapaian mereka semaksimum
mungkin. Guru bestari tidak pernah memandang remeh dan rendah kemampuan dan
potensi pelajar mereka serta tidak pernah menidakkan kebolehan dan idea-idea pelajar
mereka. Guru bestari sentiasa meningkatkan semangat, daya juang dan keyakinan
diri pelajar supaya pelajar sentiasa menyedari mereka kebolehan dan
berkemampuan menyelesaikan sebarang masalah dan kreatif.
(iii) thoughtful (penyayang dan berfikir)
Guru bestari sentiasa bersifat penyayang, mereka melihat pelajar-pelajar sebagai satu
aset negara yang paling berharga yang perlu digilap dengan penuh rasa tanggungjawab
dan penuh keyakinan supaya mereka dapat menjadi warganegara yang berjaya dan
cemerlang dapat menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan negara ke arah
menjadikan negara maju tauhn 2020.
Guru bestari bersifat penyayang akan berfungsi sebagai pembimbing dan pemudah
cara juga bertindak menjadi penasihat dalam menagani sebarang masalah pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran. Setiap permasalahan yang dilontarkan oleh pelajar
mereka sama ada masalah akademik atau peribadi akan ditangani bukan sebagai beban
malah sebagai suatu peluang yang baik untuk guru tersebut memahami dan memberi
jalan terbaik melalui perbincangan dan berkongsi idea-idea bersama-sama supaya
memberikan peluang kepada pelajar-pelajar mereka untuk diselesaikan masalah mereka
sendiri.
Guru bestari sentiasa menyedari dan memahami aspirasi negara masa kini dan
melaksanakan falsafah negara dalam menyediakan pekerja-pekerja mahir dalam
mengisi era Malaysia sebagai negara maju. Guru-guru ini sentiasa menyedari bahawa
kegagalan membentuk pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran bermakna akan
mengekang pembentukan generasi madani yang akan menerajui negara pada masa
depan.
Guru bestari akan menerima amanah membentuk dan melahirkan pelajar yang baik

dan cemerlang sebagai satu agenda utama. Guru akan sentiasa berfikiran kritis dan
kreatif untuk mencanai dan merangsang pelajar-pelajar ini supaya berjaya dengan
menggunakan segala kebolehan dan kewibawaan guru dalam mengilap, mengadun serta
meningkatkan potensi pelajar-pelajar ke tahap yang terbaik dalam menghasilkan
pekerja-pekerja mahir yang cemerlang, syumul dan berketrampilan menetapi acuan
yang dikehendaki.
Peranan Guru Bestari
Berdasarkan ciri-ciri guru bestari yang diperjelaskan, secara tuntasnya guru-guru bestari
mempunyai peranan-peranan yang berikut:
(i) Pemimpin yang konstruktivist
Penggalak pembelajaran yang berpusatkan pelajar
Pencetus pemikiran pelajar iaitu pembimbing di sisi seperti pendeta di atas
Pentas
(ii) Pendidik yang inovatif dan kreatif
Mahir menggunakan pelbagai strategi untuk menampung keperluan pelajar yang
berbeza dari segi kepentingan gaya pembelajaran
(iii) Mahir menggunakan teknologi multimedia sebagai alat kreatif dan inovasi
Guru sentiasa mementingkan kemahiran ICT daru semasa ke semasa agar
dapat melahirkan idea-idea baru dalam pengajaran dan pembelajaran
(iv) Pengguna komunikasi yang cekap
Guru haruslah mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan agar segala
ilmu dan maklumat dapat disampaikan dengan jayanya
(v) Penguasaan ilmu yang mantap
Menguasai ilmu dalam bidang yang diajar adalah prasyarat yang penting untuk
menjadi guru yang berkesan dalam sekolah bestari
(vi) Pemupuk nilai yang gigih
Menerapkan nilai yang boleh membawa perhubungan ilmu yang diajar dari
aspek nilai murni
Mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap tindak lakunya
Untuk memperjelaskan lagi peranan guru bestari, jadual di bawah membuat
perbandingan guru-guru sebelum dan selepas bestari.
Sebelum bestari Selepas bestari
Peranan guru Penyampai Fasilitator
Komunikasi Sehala dua hala
Penggunaan sumber Guru yang banyak guna Pelajar yang banyak guna
Ikut keperluan guru Ikut keperluan pelajar
Sedikit banyak
Kajian Tentang Peranan Pengetua Sekolah Bestari

Malaysia kini mempunyai 7404 sekolah rendah dan 1794 sekolah menengah. Lebih
kurang 635 buah sekolah sedang mengikuti program Komputer Dalam Pendidikan dan
87 buah sekolah mengikuti progaram Sekolah Bestari ( Rohani, 2002). Rohani (1999)
menyatakan bahawa sekolah bestari bertujuan untuk melakukan perubahan sistematik
terhadap budaya sekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat pengajaran dan
pembelajaran.
Untuk meninjau tahap keberkesannya, Hj Mohammed Sani B. Hj Ibrahim dan Mohd
Jasmy Abd Rahman (2003) telah menjalankan kajian sepanjang tahun 2001. Kajian
telah melibatkan 882 orang guru bestari dan 2689 orang pelajar sebagai respondennya.
Dapatan menunjukkan guru-guru bestari telah menjalankan tugas mereka dengan penuh
tanggungjawab walaupun mereka terpaksa menghadapi pelbagai kekangan. Rata-rata,
hanya 23.9% daripada pengetua yang mengambil berat dan memberi sokongan terhadap
pelaksanaan program perintis sekolah bestari ini.
Dapatan yang sama juga didapati daripada satu kajian yang dijalankan oleh Baharom
Mohamad (2002) yang meninjau tentang persepsi guru-guru terhadap kepimpinan
pengajaran di kalangan pengetua dan guru besar dalam celik komputer di sekolahsekolah
Negeri Johor. Kajian yang dijalankan secara tinjauan melibatkan 380 orang guru di negeri
Johor yang terlibat dalam program Komputer Dalam Pendidikan dan sekolah bestari yang
dipilih secara rawak berlapis. Hasil kajian menunjukkan peratusan guru yang berada pada
tahap kepuasan yang tinggi terhadap kepimpinan pengajaran di kalangan pengetua dan guru
besar mereka adalah rendah iaitu 24% bagi guru
sekolah rendah dan 29.4% bagi guru sekolah menengah.
Dua kajian ini sudah membuktikan bahawa pengetua-pengetua di Malaysia masih
belum lagi menghayati budaya pengkomputeran di sekolah masing-masing. Jika
keadaan ini tidak dibetulkan, hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
membetarikan sekolah-sekolah tidak akan tercapai. Kita tidak boleh menyalahkan
pengetua semata-mata. Sesuatu langkah perlu dibuat untuk memupuk budaya
pengkomputeran di kalangan pengetua sebelum hendak membestarikan semua sekolah
di Malaysia.
Peranan Pengetua Dalam Pembestarian Sekolah
(i) Kepimpinan
Penyelaras komputer yang dianggap pakar dalam ICT pun tidak mungkin memberi
impak kepada sekolah tanpa sokongan daripada pengetua. Pengetua seharusnya terus
berkuasa dalam menentukan budaya dan pengurusan sesebuah sekolah, dan melalui
bekerja dengan individu-individu lain di dalam sistem persekolahan akan mampu untuk
melibatkan mereka dalam proses perubahan. Oleh itu, pengetua seharusnya bijak untuk
mengambil hati guru-gurunya bila hendak membestarikan sekolah. pengetua juga boleh
bekerjasama dengan penyelaras ICT untuk memastikan polisi ICT sekolah dilaksanakan
dengan sempurna. Pengetua boleh menggunakan pengurusan secara kolaboratif bagi
menjayakan projek pembestarian sekolah.
(ii) Budaya ICT
Pengetua berperanan membudayakan sekolah. Budaya sesebuah sekolah amat sukar
untuk dihuraikan, kerana ia merupakan kombinasi antara hubungan, kepercayaan, sikap
dan ideologi di kalagnan semua orang yang bekerja di dalam sesebuah institusi
pendidikan tersebut (Stoll & Fink, 1996). Pengetua dan pasukan pentadbir kanan di
sekolah perlu memainkan peranan penting dalam membina budaya pengajaran yang
profesional yang memberi respon kepada perubahan (Hargreaves & Dawe 1990). ICT
(Teknologi maklumat dan komunikasi), kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya

sekolah. jika pengetua hendak membestarikan sekolah, maka budaya ICT perlu
dimasukkan ke dalam struktur sekolah.
(iii) Penggubalan dan Pengekalan Satu Polisi ICT
Polisi diperlukan untuk menjelaskan tentang idea budaya ICT yang ingin
diperkenalkan, visi kepimpinan sekolah, dan tindakan yang dijangka dilakukan oleh
guru-guru dan pelajar-pelajar. Guru-guru perlu dilibatkan dalam penggubalan polisi ini.
Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali terutamanya
apabila tahap kepakaran guru-guru meningkat. Ketrampilan pelajar akan berubah
apabila mereka kerap menggunakan komputer di rumah. Polisi ICT dirangka
berdasarkan matlamat, polisi dan perancangan sekolah; pandangan daripada ibu bapa
dan wakil-wakil komuniti; polisi Pejabat Pelajaran Daerah dan Sokongan yang akan diberi;
polisi rasional penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran yang
efektif; dan perkembangan teknologi.
Satu kajian yang telah dijalankan di Australia (Gurr 2000) bagi mengenal pasti
perubahan pada pengetua dan guru besar dalam bidang-bidang seperti kepimpinan,
tuntutan dalam menjalankan tugas, akauntabiliti, pengurusan sumber manusia,
penyelesaian masalah, membuat keputusan dan komunikasi, kuasa dan perancangan
apabila ICT diperkenalkan dalam sistem sekolah. Gurr (2000) dalam kajiannya telah
mendapatkan persepsi 21 orang pengetua dan guru besar mengenai kesan teknologi
dalam sembilan perkara berikut: penggunaan software, penggunaan teknologi
(hardware), penggunaan teknologi kerja-kerja jaringan (networks) pengajaran dan
pembelajaran, kerja bersama staf, hubungan dengan Kementerian Pelajaran,
perkembangan profesional pengetua dan guru besar dalam teknologi, kualiti personel,
dan kesan terhadap staf pejabat kepada kerja pengetua dan guru besar.
Menurut Gurr (2000) dalam kajiannya ke atas 21 orang pengetua di Australia
mengenai kesan teknologi maklumat dan komunikasi mendapati bahawa mereka secara
beransur-ansur menjadi pengguna Komunikasi Maklumat Komputer (KMK) atau ICT
yang canggih. Perkembangan dalam teknologi tersebut telah membuka ruang kepada
pengetua untuk melakukan tugas mereka dengan cara yang berbeza dalam menghadapi
dan membentuk tugasan baru. Mereka juga perlu membantu sekolah mereka
menggunakan ICT di samping turut menyokong staf sekolah iaitu guru dan staf
sokongan menghadapi perubahan ini. Pengetua dipertanggungjawabkan untuk
melaksanakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, khasnya dalam
proses pembestarian sekolah masing-masing. Pada masa yang sama mereka juaga perlu
memperlengkapkan diri dengan isu-isu yang berkaitan dengan minat, kebolehan dan
kemahiran dalam ICT.
Penentuan Sasaran
Sasaran kerja adalah fokus untuk merancangkan perubahan dan untuk memantau
kemajuan matlamat individu dan institusi. Target yang berfokus kepada hasilan,
lazimnya lebih jelas daripada yang berfokus kepada proses-proses seperti pelaksanaan
polisi, pendekatan yang digunakan oleh guru dan aktiviti pelajar. Lawley (1999)
menyatakan penentuan target perlu memenuhi lima ciri mengikut akronim SMART
iaitu spesifik (specific), boleh diukur (measurable), boleh dicapai (achievable), realistik
(realistic) dan berkaitan dengan masa (time-related).
Prinsip-prinsip Untuk Pembestarian Sekolah
Terdapat beberapa prinsip untuk pembestarian sekolah (Mohammed Sani & Mohd
Jasmy, 2003):
(i) Membina Kebolehan Pelajar Dalam ICT
Kita perlu membina pelajar yang mampu menggunakan ICT. Dapatan-dapatan kajian
menunjukkan bahawa:

Pelajar-pelajar mampu meningkatkan kemampuan mereka dalam ICT daripada


sumber-sumber luar termasuk di rumah. Pelajar-pelajar yang tidak mempunyai
akses kepada ICT di rumah akan ketinggalan Bukan semua guru mampu mengajar secara
bestari jika tidak dilatih secara
berterusan. Oleh itu ada pelajar yang mampu mengaplikasikan ilmu ICT
sementara yang lainnya tidak
Pelajar-pelajar akan mendapat lebih manfaat melalui pengajaran bestari yang
berstruktur. Guru-guru perlu mampu menguruskan kelas-kelas bestari dengan
bijak.
Tugas-tugas yang diberi kepada pelajar perlu dirancang agar pelajar mampu
berfikir untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam aplikasi dan membuat
keputusan serta menguasai ketrampilan-ketrampilan baru yang beraras tinggi.
(ii) Membina Kebolehan Guru-guru Dalam ICT
Jika sekolah hendak mempertingkatkan kualiti ilmu dan ketrampilan pelajar dalam ICT,
ianya perlu dilaksanakan melalui kerja guru dan lain-lain staf yang menyokong tahap
pembelajaran yang hendak dicapai.
Sektor Pendidikan di negara ini dijangka mempunyai jumlah tenaga pengajar
berkemahiran yang mencukupi apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil
inisiatif untuk melatih 100,000 lagi guru dalam bidang teknologi maklumat (IT)
(Khairul Anuar, 2002). Oleh itu, pengetua-pengetua perlulah berfikiran terbuka untuk
melepaskan guru-guru menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan untuk
membolehkan mereka menguasai ilmu dan kemahiranICT.
(iii) Membina Kebolehan Kelas Dalan ICT
Sesebuah kelas yang berkebolehan dalam ICT adalah merupakan satu kombinasi
yang terdiri daripada : Guru-guru yang bersedia untuk menggunakan teknologi sebagai model kepada
pelajar-pelajar.
Pelajar-pelajar yang terpaksa menggunakan ICT yang mereka merasai bahawa
penggunaan ICT banyak memberi manfaat kepada diri masing-masing
Sumber yang mudah didapati sama ada di dalam kepas atau di sudut yang
berdekatan.
Guru-guru dikehendaki menghubung aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bilik-bilik
komputer dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bilik-bilik mata pelajaran.
(iv) Membina Kebolehan Guru-guru Mata Pelajaran Dalam ICT
Peranan Ketua-ketua Bidang adalah penting untuk membina sepasukan guru dalam
penggunaan ICT di bilik-bilik darjah. Guru-guru seharusnya mampu menggunakan ICT
dalam menganalisis data yang berkaitan dengan pencapaian pelajar-pelajar. Ketua-ketua
Bidang perlu menyediakan rancangan persediaan mengajar yang meliputi penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran untuk disebarkan kepada guru-guru yang
berkenaan di bawah pentadbiran masing-masing. Mereka juga perlu bekerjasama
dengan kordinator-kordinator ICT untuk menghasilkan bahan-bahan ini.
(v) Membina Kebolehan Kordinator ICT
Seseorang kordinator ICT di sebuah sekolah seharusnya mempunyai pemahaman yang
tinggi terhadap konsep asas ICT dan berketrampilan di aras yang tinggi. Mereka juga perlu
bekerjasama dengan guru-guru lain yang mempunyai stail pengajaran yang
pelbagai. Fokus terhadap pelbelajaran pelajar akan menggerakkan kordinasi dalam
pengajaran, kurikulum dan sumber, dan akan merupakan aspek nasihat yang perlu
diberikan kepada pihak pengetua tentang penggubalan polisi sumber.
Kordinator ICT perlu jelas tentang arahan-arahan daripada Kementerian Pel.ajaran
Malaysia, tetapi dalam melaksanakannya di peringkat sekolah, kordinator ICT perlu

menguasai segala prosedur mengikut kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya


dengan berkesan. Mereka juga boleh bertindak sebagai pengurus sumber ICT. Mereka
akan menggunakan internet untuk berkomuniakasi dengan rakan-rakan di sekolah untuk
mendapatkan idea-idea baru tentang perkembangan teknologi dan pengajaran
menggunakan ICT dan juga untuk memenuhi keperluan perkembangan staf guru-guru.
(vi) Membina Tahap Kebolehan Pengurusan ICT
Kordinator-kordinator ICT semenangnya memerlukan sokongan dan kepimpinan
pengetua dan guru-guru kanan. Pengetua-pengetua dan guru-guru kanan sekolah boleh
menyokong kordinator-kordinator ICT di sekolah masing-masing secara langsung
melalui
Menentukan visi dan dorongan
Menyemak semula polisi
Perancang sumber dan penentuan peruntukan
Perancangan program perkembangan staf
Pemantauan dan penilaian
Menjadi model dalam penggunaan ICT
Pengurusan Perubahan Dalam Sekolah Bestari
1. Pengajaran berasaskan penggunaan komputer dan maklumat pelbagai
Teknologi maklumat merupakan salah satu daripada alat untuk mencapai objektif
Sekolah Bestari. Justeru itu guru-guru bolehlah menggunakan Teknologi Maklumat
(komputer) ini sebagai pemangkin untuk mengembangkan kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis pelajar.
Dengan penggunaan Teknologi Maklumat (komputer) banyaklah perisian komputer
akan digunakan. Di antaranya Excel, Grafic Calculator, Geometer's Sketchpad dan
Internet yang akan digunakan untuk mencapai objektif Sekolah Bestari.
2. Pembelajaran berpusatkan pelajar, secara terus menerus dan berkualiti.
Di Sekolah Bestari pembelajaran akan bercorak terarah kendiri mengikut kadar
individu, berkesinambungan dan reflektif. Ini akan berlaku dengan adanya pembekalan
teknologi pelbagai media dan jaringan meliputi seluruh dunia.
Pembelajaran beranjak daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar.
Kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Kurikulum di Sekolah
Bestari dirancang supaya bernas, mempunyai tanggungjawab sosial, refleksi, holistik,
global, terbuka berdasarkan matlamat. Ia menggalakkan pembelajaran membenarkan
kanak-kanak maju mengikut tahap pencapaian masing-masing dan mengambil kira
keupayaan, minat dan keupayaan pelajar yang berbeza-beza.
Pelajar akan dibimbing berpusatkan budaya berfikir dengan menfaatkan sumber ilmu oleh
teknologi serta menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu
dalam pelbagai situasi. Sekolah memupuk kemahiran penyelesaian masalah yang
kreatif dan pelajar bertindak dengan berani dalam membuat keputusan dan
bertanggungjawab terhadap keputusan itu. Pelajar akan membuat pengembaraan
maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan mengumpul data. Penjaringan melalui
internet juga membolehkan interaksi denga pelajar dan guru yang lain serta orang ramai
di seluruh dunia.
3. Penilaian secara berterusan, berpusat dan berasaskan sekolah.
Sistem penilaian Sekolah Bestari berbeza daripada sistem sedia ada bagi membantu
merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Ia berasaskan unsur dan rujukan kriteria
tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar. Guru,
pelajar dan ibu bapa dapat mengakses butiran penilaian melalui komputer. Penilaian
Sekolah Bestari adalah fleksibel dan mudah digunakan disamping menjamin mutu
maklumat penilaian dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan alat. Ia menjurus

kepada pensijilan terbuka yang bukan sahaja menunjukkan pencapaian humulatif


pelajar, tetapi juga terbuka untuk peningkatan berterusan sepanjang hayat.
4. Pengurusan sumber yang cekap
Objektif utama pengurusan Sekolah Bestari ialah untuk mengurus sumber dan proses
dengan cekap dan berkesan bagi menyokong fungsi pengjaran dan pembelajaran. Pihak
pengurusan membantu mengagihkan sumber tenaga manusia yang mahir kepada aktiviti
yang lebih bermakna, menjimatkan mutu keputusan melalui akses yang lebih baik
kepada maklumat dan mempercepatkan proses membuat keputusan.
Bagi mencapai objektif ini, pengurusan Sekolah Bestari memerlukan pertadbir
profesional yang gigih dan berwibawa serta guru yang dapat menjelaskan matlamat
sekolah, memimpin pengajaran di sekolah dan mampu mendapatkan sokongan padu
daripada ibu bapa dan masyarakat. Mereka perlu mempereratkan komunikasi terbuka
dengan semua pihak, mengagihkan sumber secara adil dan bijak, mengesan prestasi
sekolah berbanding dengan objektif kewangan dan bukan kewangan, serta menyediakan
suasana persekolahan yang menyokong pembelajaran.
Mereka perlu juga mewujudkan dan mengekalkan staf yang bermotivasi dan
berprestasi tinggi, menjamin keselamatan sekolah dan penghuni, serta menggunakan
dan mengurus teknologi dengan sesuai dan cekap. Proses dalamannya perlu
diselaraskan sebagai suatu sistem. Sistem yang sempurna membolehkan bekalan input
yang sdesuai menghasilkan output yang dikehendaki seperti kesediaan pelajar untuk
melanjutkan atau penyertaan yang aktif dan produktif dim kalangan tenaga kerja.
Inisiatif Sekolah Bestari menawarkan peluang yang unggul untuk menilai semula sistem
persekolahan sedia ada, mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian terbaik
dengan bantuan teknologi.
Sokongan Daripada Pihak Luar
Sesebuah sekolah bestari perlu menggunakan pelbagai perkhidmatan luar iaitu
komersial, akademik, kerajaan dan swasta. Pejabat Pelajaran Daerah adalah sumber
rujukan ke arah memantapkan dalam proses membestarikan sekolah. Pejabat Pelajaran
Daerah dan Nazir Sekolah boleh memainkan peranan untuk menggerakkan perubahan di
sekolah-sekolah tersebut. Sekolah-sekolah perlu bersikap positif terhadap
laporan-laporan daripada pihak Pejabat Pelajaran Pendidikan Daerah atau Nazir
Sekolah. Pengetua-pengetua perlu bertindak terhadap segala teguran dan cuba
mendapatkan nasihat daripada sekolah-sekolah lain atau membaca makalah-makalah
yang berhubung dengan proses pembestarian sekolah. Semua sekolah wajar
mengalakkan guru masing-masing menulis tentang kaedah-kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang efektif untuk berokngsi bersama dengan guru-guru lain, mungkin
secara on-line juga.
Program Perkembangan Staf Ke Arah Peningkatan Kebolehan Guru-guru Dalam
ICT
Program perkembangan staf perlu berdasarkan analisis keperluan guru. Program
pendidikan guru dalam perkhidmatan amat perlu untuk memastikan guru-guru
menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT
dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan
betul.
Merancang Program Perkembangan Staf
Jawatankuasa Perkembangan Staf perlulah terdiri daripada
(i) Pengetua dan guru-guru kanan
(ii) Wakil daripada ketua-ketua bidang semua mata pelajaran
(iii)Kordinator ICT
Langkah pertama dalam perancangan ialah bagaimana hendak memotivasikan guruguru

untuk mempelajari ilmu dan ketrampilan-ketrampilan baru. Ahli Jawatankuasa


Perkembangan Staf boleh membuat keputusan sama ada untuk menjemput pakar-pakar
daripada luar atau dari dalam sekolah bagi mengendalikan kursus-kursus untuk guruguru
di sekolah. Banyak kajian menunjukkan bahawa guru-guru lebih suka latihan
dalaman dikendalikan oleh kordinat ICT dan lain-lain ahli daripada sekolah yang sama
(Mohammed Sani Ibrahim, 1992).
Guru-guru boleh juga dihantar ke maktab-maktab perguruan atau universitiuniversiti
berdekatan untuk menghadiri kursus-kursus pendek dalam bidang-bidang ICT
yang mereka minati.
Kesimpulan
Kewujudan Sekolah Bestari akan melahirkan generasi yang mampu menangani masa
depan khususnya dalam kepesatan penggunaan teknologi maklumat. Namun demikian
adalah agak sukar untuk mencari satu model khusus sekolah bestari yang sesuai dengan
aspirasi negara dari mana-mana negara. Kita hanya boleh membentuk sekolah mengikut
acuan sendiri asalkan memenuhi keperluan masyarakat dan negara. Malah menurut Ted
Sizer :
We believe that good people with the right idea can fashion a school that will
meet particular needs of the community. (Fiske,1991).
Sekolah bestari mendapat motivasi dari matlamat pendidikan iaitu pengekalan
budaya, pemahaman dan penggunaan pengetahuan. Sekolah bestari menjanjikan
pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk memberitahu, berdaya dan pemikiran
yang menyeluruh. Sekolah bestari mendapat asasnya daripada satu set prinsip yang
menyeluruh dan kompek tentang pemikiran manusia dan pembelajaran pelajar.
Dunia berkembang dengan pesat, sekolah tidak ada pilihan melainkan terpaksa
menerima fenomena ICT dan menjangkakan guru-guru dapat menguasai dengan cepat
ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan ke dalam P & P di bilik darjah. Di samping
itu, peranan pengetua perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu dan ketrampilan dalam
ICT bagi memberi dorongan dan membimbing guru serta pelajar dalam proses
pembestarian sekolah. Dengan adanya kerjasama dan persediaan semua pihak,
mudahmudahan
semua sekolah akan menjadi sekolah bestari seperti yang dihasratkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2010 nanti.
RUJUKAN
Abdul Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin.(2001). Isu Pengukuran dan Penilaian
Pendidikan. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dr.Nor Hayati Binti Abd.Rashid & Chan Fong Mae.(2003).Applications Of The Smart
School Conceptual Model In Preschool Education. Journal BTP Siri 5.Dis
2003.m/s
1-10.
Fazli Abdullah.(22hb Julai 2003). 300 lagi Sekolah Bestari Akan Dibina. Berita
Harian.
Fiske,Edward B.(1991).Smart School, Smart Kids. New York : Simon & Schuster.
Fullan, M. 1991. The New Meaning of Education Change. 2ed. London: Cassell.
Hazani bin Che The.(1997) Guru Bestari Sekolah Bestari. Pengurusan Kemahiran
Belajar Ke Arah Pembentukan Guru Dan Sekolah Bestari.Bestari Koleksi Guru
Johor.m/s1-6. Johor : UMIDA Industries Sdn Bhd.
Hamizer Bin Mohd Sukor.(1997).Smarting Up For New Challenges Of Smart Schools.
Bestari Koleksi Johor.m/s12-21.
Mohammed Sani B. Hj Ibrahim. 2003. Pembestarian Sekolah Dalam Era Globalisasi:

Satu Pemikiran Baru Dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Jurnal BTP. Siri 5. ISSN
1511-5925. m.s. 21-40.
Mohd. Majid Konting. 1998. Sekolah Bestari Dan Pengalaman KBSM: Implikasi
Kepada Profesion Pengurusan. Jurnal Pendidikan PKPSM. Julai, Bil 3. m.s. 2737.
Nojumuddin B. Abd. Samad. 2002. SMK Dato Sri Amar Diraja: Sekolah Bestari.
Jurnal
Pendidikan PKPSM. Jun, m.s.12-24.
Norzilawati Abdul Halim.(6hb Mei 2004).10,000 jadi Sekolah Bestari Menjelang
2010.Berita Harian.
Perkins,David.(1992).Smart Schools. Better Thingking and Learning For Every
Child.New York : The Free Press.
Salleha bt Salleh. 2002. Pembestarian Guru. Guru SMKA: Satu Cabaran dan Harapan.
Jurnal Pendidikan PKPSM. Jun, m.s.8-11.
Shahabuddin Hashim, Dr.Rohizani & Mohd. Zohir Ahmad.(2003). Pedagogi Staregi
Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Bentong : PTS Publications &
Distributors
Sdn Bhd.
Sukimin Juki & Noor Hamin Rahmat.(2003). Studying In A Smart School : What Do
The Students Think ? Jurnal BTP Siri 5.Dis 2003. m/s 51-58.
Zalina Yahaya.(8hb Julai 2002).Sekolah Bestari Konsepnya Banyak Kelebihan.Berita
Harian.
Zalina Yahaya.(24hb Julai 2002). Bukan Sekadar Teknologi IT.Berita Harian.
------.(10hb April 2002).Kurang Pakar IT Jejas Projek Sekolah Bestari.Berita Harian.

Você também pode gostar