Você está na página 1de 15

ASAS PERTOLONGAN

CEMAS
Prepared by:
Constance
Sharvin Devi

Melecur
Kecederaan yang
disebabkan oleh
benda panas yang
yang lembab atau
basah. Contohnya
wap, stim, air panas,
minyak panas, tar
panas dan lain-lain.

Tanda-tanda
a) Sakit yang kuat.
b) Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas.
c) Terjadi gelembung air pada kulit.
d) Kulit mengelupas dan berwarna kehitaman
terutama sekiranya terbakar oleh asid atau alkali.
e) Tisu yang terdedah berwarna merah dan
berair.
f) Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.

Terbakar dan melecur terbahagi kepada dua kategori iaitu


kategori terbakar luaran dan terbakar dalaman. Terbakar atau
melecur luaran menyebabkan kulit luar yang terlibat.
Manakala terbakar peringkat kedua (dalaman) melibatkan
tisu-tisu dalam. Contohnya terkena asid dan alkali.

Terbakar dan melecur yang melibatkan 10% boleh


menyebabkan terjadinya renjatan kepada mangsa.
Pengiraan PeratusanTerbakar dan Melecur
Pengiraan peratusan terbakar dan melecur dinamakan
kaedah sembilan (rule of nine). Pengiraannya adalah seperti
berkut:a) Bahagian kepala dan leher - 9%
b) Sebelah anggota atas - 9%
c) Bahagian depan badan -18%
d) Bahagian belakang badan -18%
e) Sebelah anggota bawah -18%
f) Bahagian kemaluan - 1%

Rawatan Am Melecur
a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.
b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika
bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali
yang terkena.
c) Tenangkan mangsa.
d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh
mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini
disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk
menanggalkan peralatan tersebut.
e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan
mangsa terlebih dahulu.
f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera.
Contohnya pakaian yang melekat.
g) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi
mengelakkan jangkitan.
h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
i) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.
j) Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang banyak
bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang.

Pitam
Pitam berlaku akibat
kekurangan
pengaliran darah ke
bahagian otak yang
menyebabkan
terganggu fungsi
tubuh badan
sementara waktu. Ini
menyebabkan
mangsa tidak

Punca-punca pitam
a) Mendapat perkhabaran buruk, sedih
atau menakutkan.
b) Keletihan akibat dari berdiri terlalu
lama atau terdedah kepada kepanasan.
c) Kesakitan kuat akibat kecederaan.
d) Kelaparan atau terlalu dahaga.
e) Keadaan lemah selepas baru
sembuh dari penyakit

Tanda-tanda
a) Mangsa mengadu pening
b) Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemah
c) Muka dan tangan jadi pucat
d) Berpeluh dengan banyak
e) Meloya dan kadang-kadang disertai muntah
f) Mangsa seperti mengantuk dan menguapnguap
g) Hilang kesedaran.

Rawatan Am Pitam
a) Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara.
b) Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau
dudukkan dan tundukkan kepala mangsa ke bawah
c) Longgarkan pakaian mangsa.
d) Tenangkan mangsa.
e) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran
pernafasan jika sekiranyan mangsa telah pengsan.
f) Apabila mangsa telah pulih , berikan minuman.
g) Rawat kecederaan jika mangsa mengalami
kecederaan.
h) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

Patah
Merupakan
kecederaan yang
melibatkan manamana bahagian
tulang, sama ada
ianya retak, putus,
pecah, remok,
serpihan atau
sebagainya.

a) Secara Langsung
Patah tepat pada tempat atau
puncanya. Contohnya kena tembakan,
pukulan, tendangan atau kemalangan.
b) Secara Tidak Langsung
Patah terletak jauh dari tempat yang
mengalami kecederaan. Contohnya,
berlaku kecutan otot atau pergerakan
otot yang secara tiba-tiba,
menyebabkan tulang patah.

Jenis-jenis patah
a) Patah tebu/tertutup (simple fracture)
Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.
b) Patah riok (Compound fracture)
Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian luar
kulit.
c) Patah melarat (Complicated fracture)
Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan.
d) Patah Remok (Comminuted fracture)
Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.
e) Patah Terenyok (Impacted fracture)
Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang yang patah itu.
f) Patah Rebung (Green Stick fracture)
Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang kanak-kanak dan
bayi.
g) Pecah Remok (Depressed fracture)
Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya, tengkorak kepala
yang terbenam menghimpit otak.

Tanda-tanda dan gejala patah


a) Sakit pada bahagian patah atau kawasan
berhampiran.
b) Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera.
c) Sukar atau tidak dapat bergerak atau
mengangkat bahagian tercedera.
d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti
bengkok ataupun anggota menjadi lebih pendek.
e) Dapat merasa geselan tulang bila dipegang
bahagian patah.
f) Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.

Rawatan Am Patah
a) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah
hendaklah dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan
merbahaya di situ.
b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan
sedar.
c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan
nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan
terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan
hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secara
kaedah langsung atau tidak langsung mengikut
kesesuaian.
e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan
tuap atau anduh mengikut keadaan dan tempat yang
patah.
g) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Você também pode gostar