Você está na página 1de 3

Assalamualaikum wbth,

Yang Berusaha Puan Ruslina bt Rasli Guru Besar SK Taman Jelutong


Yang Dihormati Guru Penolong Kanan 1 En. Ahmad Tarmizi Bin Abd Hamid
Yang Dihormati

serta yang diraikan Guru Penolong Kanan HEM En Vispalingam a/l

Doraisamy
Yang Dihormati Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum Pn Zuraidah bt Ahmad
Yang Dihormati Dipertua PIBG En. Ismail bin Deraman
Seterusnya guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Pertamanya, saya ingin memanjatkan sepenuh kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana
dengan limpah dan izin-Nya kita dapat bertemu dalam Majlis Persaraan Cikgu Vispalingam.
Majlis persaraan yang diadakan pada pagi ini amat bermakna, bukan sahaja kepada guru-guru
bahkan juga kepada murid-murid Sek. Keb. Taman Jelutong. Sesungguhnya seluruh warga
sekolah amat menghargai segala jasa bakti serta keringat yang dicurahkan oleh cikgu
Vispalingam. Perkhidmatan, pengorbanan dan sumbangan cikgu Vispalingam yang tidak
pernah mengenal erti penat lelah telah membawa SK Taman Jelutong ke satu tahap yang
lebih baik dan membanggakan pada hari ini. Dalam hal ini, kita amat terhutang budi terhadap
perkhidmatan , pengorbanan dan kejayaan yang telah disumbangkan oleh cikgu Vespalingam
sepanjang berkhidmat di sini.
Percayalah, bahawa ini akan menjadi dorongan kepada kita yang masih berkhidmat untuk
terus mengejar kejayaan dan seterusnya meningkatkan ketahanan serta kecekalan untuk

mengharungi cabaran pada masa hadapan. Setiap kebaikan yang ditinggalkan pastinya akan
menjadi ikutan dan pendorong semangat kepada kita.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, yang pastinya setiap perpisahan amat menyedihkan
dan menyakitkan. Apabila mengenangkan kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan
menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini kita akan merasa
terharu kerana perpisahan cikgu Vispalingam yang kita amat sayangi. Bagi saya, cikgu
Vispalingam bukan saja sebagai guru bahkan juga sebagai mentor dalam keluarga SK Taman
Jelutong
Begitulah perasaan yang kita rasai sekarang. Berat sungguh bagi kita untuk melepaskan
pemergian cikgu Vispalingam, sepanjang tempoh perkhidmatan beliau

telah banyak

menyumbangkan jasa terhadap kemajuan dan perkembangan SK Taman Jelutong.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Marilah sama-sama kita berdoa, agar cikgu Vispalingam dan seisi keluarga agar dipanjangkan
usia diberikan kesihatan tubuh badan dan gembira di alam persaraan nanti.
Limau manis dimakan manis

Manis sekali rasa isinya


Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya
Kalau ada pauh di daik
Bawa sebiji ke Tanah seberang
Kalau ada budi yang baik
Sampai mati dikenang orang

Ayam itik di pinggir hutan


Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi kenangan
Seribu tahun terkenang juga.

Sekian, assalamualaikum wbth.

Você também pode gostar