Você está na página 1de 2

Smengat cinta akan Negara

PENDAHULUAN:Negara kita banyak memperoleh kejayaan dan berada pada landasan


yang tepat untuk mencipta kecemerlangan setelah kemerdekaan diraih
sejak 1957.
Kemerdekaan telah berjaya memberikan rakyat Malaysia kualiti kehidupan
yang lebih selesa dengan pelbagai peluang yang terbuka luas.
Malaysia sudah mampu melakar kedudukan yang lebih kukuh dalam
semua bidang sama ada politik, ekonomi, mahupun sosial.
Semua pihak sama ada pemimpin, kakitangan kerajaan dan swasta,
profesional, buruh, petani, nelayan dan belia serta remaja mempunyai
tanggungjawab besar untuk mencorakkan masa depan Malaysia hasil
daripada kemerdekaan yang kita capai.
Pelbagai peranan yang boleh dimainkan oleh remaja dalam mengisi
kemerdekaan negara.
IDEA-IDEA PENTING:Remaja sepatutnya tidak melupakan pengorbanan generasi terdahulu
dalam memperjuangkan kemerdekaan negara ini selepas dijajah lebih dari
500 tahun.
Remaja perlu menghayati sejarah perjuangan bangsa agar dapat
memupuk semangat cinta akan negara yang tidak bertepi.
Remaja mesti belajar bersungguh-sungguh agar menjadi orang berguna
hingga boleh memberi khidmat dan sumbangan kepada negara.
Remaja sepatutnya menjadi benteng pertahanan negara.
Remaja mestilah komited menzahirkan sumbangan tenaga, kepakaran
untuk negara pada bila-bila masa.
Remaja sewajarnya bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan dengan memberikan bantuan kepada golongan miskin,
orang tua, anak-anak yatim, OKU dan sebagainya.
Remaja mestilah memanfaatkan segala potensi diri demi membangunkan
masyarakat yang sihat, penyayang dan cinta akan negara.
Remaja seharusnya menggalas tanggungjawab membangunkan negara
dengan penuh kecekapan dan berintegriti.

Remaja semestinya menjauhi aktiviti-aktiviti negatif yang boleh


merencatkan perkembangan kemajuan negara.
Remaja mestilah bersungguh-sungguh mendalami hal-hal keagamaan
agar menjadi insan yang memiliki sahsiah yang terpuji dan mapan.
Remaja perlu belajar dan bersedia mengambil alih tampuk pemerintahan
negara apabila tiba masanya.
Remaja mestilah memiliki matlamat hidup yang jelas.
Remaja hendaklah sentiasa menyokong dasar kerajaan yang jelas
membawa kebaikan kepada semua.
PENUTUP:Kepesatan kemajuan dan keutuhan perpaduan yang dicapai amat
membanggakan kita.
Kita yakin kita mampu pergi lebih jauh lagi dengan adanya sumbangan
positif daripada semua pihak.
Kemerdekaan ialah lambang kebebasan, kedaulatan, kekuatan dan
kejayaan kita dan mestilah didukung berterusan oleh generasi muda hari
ini.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Você também pode gostar