Você está na página 1de 11

ADAB BERJUAL BELI

Makna Berjual Beli.


BAHASA :

Menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain.

ISTILAH :
Akad pertukaran barang
dengan barang yang
membawa kepada pemilikan
selama lamanya.

Hukum Jual Beli.


HUKUM

WAJIB

CONTOH
Ketika seseorang memerlukan suatu barang seperti
makanan.

HARAM

Jual beli barang yang diharamkan seperti arak.

SUNAT

Melebihkan timbangan kepada pembeli untuk tujuan


bersedeqah.

MAKRUH
HARUS

Jual beli sewaktu azan Jumaat yang pertama.


Jual beli yang menepati syarat syarat jual beli.

Faktor Islam Menggalakkan


Jual Beli.
Sumber rezeki yang halal.
Memberi peluang meningkatkan
pendapatan.
Memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah.
Mengeratkan Silaturrahim.
Menjana ekonomi umat dan
Negara.

Adab Adab Berjual Beli.


ADAB PENJUAL
Memberi layanan mesra kepada pelanggan.
Mengutamakan pelanggan.
Tidak ada unsur penipuan.
Sabar dengan kerenah pelanggan.
Menggunakan Bahasa yang baik dengan pelanggan.
Memberi layanan yang sama kepada pelanggan.
Mengutamakan kebersihan dan keceriaan.
Mengutamakan kualiti.
Meletakkan harga yang berpatutan.

Adab Adab Berjual Beli.


ADAB PEMBELI
Mengelak daripada menimbulkan banyak kerenah.
Berkomunikasi dengan Bahasa yang baik.
Berpatutan dalam tawar menawar.
Menjaga nama baik penjual.

Kepentingan Beradab Ketika Berjual


Beli.

PENJUAL

Disukai & dihormati orang ramai.


Melariskan jualan.
Premis menjadi tumpuan pelanggan.
Menaikkan imej penjual.

PEMBELI

Mendapat barangan yang berkualiti.


Mendapat layanan yang mesra.
Mendapat harga yang berpatutan.
Memperoleh kepuasan berbelanja.

MANFAAT
BERSAMA

Merapatkan Silatulrahim sesama anggota masyarakat.


Wujud perasaan redha meredhai Antara penjual dengan
pembeli.
Jual beli tersebut mendapat keberkatan daripada Allah
Mengelakkan berlakunya pertelingkahan.

Kepentingan Berjual Beli Dalam


Memenuhi Tuntutan Fardhu Khifayah.

Tidak perlu bergantung kepada Negara


asing.
Membantu meningkatkan ekonomi umat.
Membantu golongan yang tidak bernasib
baik.
Menghindarkan masyarakat daripada
terlibat dengan transaksi yang meragukan
dan bertentangan dengan syarak.
Memenuhi keperluan masyarakat.

Rukun Jual Beli.

Penjual.

Pembeli.

Harga yang dibeli.

Barang yang dijual.

Sighah (lafaz penjual).

Qabul (lafaz pembeli).

Syarat Syarat Penjual dan


Pembeli.

Baligh dan berakal.

Tidak bankrap atau bodoh.

Tidak dipaksa.

Beragama Islam.

Merdeka.

Bukan berurusan dengan musuh Islam.

Syarat syarat Ijab (Lafaz Penjual)


dan Qabul (Lafaz Pembeli)
Tidak diselangi oleh perkataan yang lain ketika akad
jual beli.
Tidak diselangi oleh diam yang lama di antara Ijab dan
Qabul.
Bersamaan Ijab dan Qabul dari segi maknanya
walaupun berlainan dari segi lafanya.
Tidak boleh dihadkan waktunya.
Tidak boleh bertakliq.
Apabila tidak cukup rukun dan syaratnya maka jualbeli
tersebut adalah tidak sah.
Syarat membeli kitab suci Al-Quran dan kitab Al-Hadith
itu hendaklah ia beragama Islam.

Você também pode gostar