Você está na página 1de 8

SEKOLAH SAINS SOSIAL

AS20303 : ORGANISASI ANTARABANGSA

Tajuk : ASEAN adalah sebuah organisasi serantau


negara sedang membangun yang berjaya berbanding
dengan Organisasi serantau yang lain.Buktikan.

NAMES
1.MALISAH BINTI ABD MUTALIB
2.NOORLINA BINTI KENI
3.NURIFFASAKINA BINTI SAHLIPUDIN
4.SITTI MARLINA BINTI DAHLAN
1.FETTY NOORFEAZILLAH BINTI RUSLAN

MATRICS NO.
BA11110176
BA11110280
BA11110340
BA11110445
BA11110100

1.0 PENGENALAN
Penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) merupakan
salah satu pertubuhan yang penting dalam organisasi antarabangsa dan

organisasi serantau Asia Tenggara. ASEAN telah ditubuhkan secara rasmi pada 6
ogos 1967 di Bangkok, Thailand bertujuan mewujudkan keamanan DAB
kestabilan serantau berlandaskan keadilan dan kepatuhan kepada undangundang serta penerima prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu
(PBB). Penubuhan ini berlangsung ketika kebanyakan negara-negara di Asia
Tenggara sedang bergelut membangunkan negara masing-masing selepas
beberapa tahun mencapai kemerdekaan 1. Justeru itu, Menteri Luar bagi Negara
Thailand, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina, telah menandatangani
Deklarasi Bangkok. Deklarasi tersebut menyebut tujuh objektif utama bagi
mencapai matlamat ASEAN, iaitu menggalakkan pembangunan ekonomi,
kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan, mengusahakan kerjasama
serantau, mengusahakan keamanan dan kestabilan serantau, menggalakkan
semangat bantu-membantu dibidang latihan dan penyelidikan, menggalakkan
penggunaan meluas terhadap pertanian dan industry, perdagangan yang pesat,
dan segala kemajuan dalam bidang pengangkutan serta perhubungan,
memajukan pendidikan di Asia Tenggara, dan menggalakkan hubungan erat
dengan organisasi serantau yang mempunyai matlamat yang sama. 2
Sehubungan itu, kini ASEAN telah dianggotai oleh tujuh buah negara
serantau, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Brunei
Darussalam dan Vietnam. Dengan usaha yang berasingan dan berkelompok,
negara-negara ini telah mencapai kemajuan ekonomi dengan pesat. Oleh itu,
kepesatan pembangunan politik, ekonomi, dan sosial ini menyaingi kepesatan
pembangunan negara Asia Timur seperti Korea Selatan 3. Kejayaan ini telah
menjadika negara Jepun, China dan Korea Selatan bergabung dalam ASEAN
sekaligus melihat bahawa organisasi antarabangsa seperti ASEAN mampu
berjaya berbanding oraganisasi antarabangsa serantau yang lain.

1 Zulhilmi Paidi, Hubungan Luar Antarabangsa, PTS PUBLICATIONS &


DISTRIBUTOR SDN. BHD, 2003, hlm. 114.
2 Wan Abdul Rahman Latif, Sejarah Perkembangan TAMADUN DUNIA, Percetakan
Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor Darul Ehsan, 2001, hlm 483.
3 Ibid

2.0 SUMBANGAN PENUBUHAN ASEAN DALAM ASPEK SOSIAL


Kejayaaan ASEAN dari segi sosial dapat dlihat apabila ASEAN mencadangkan
Persidangan Antarabangsa bagi Penyalahgunaan Dadah dan Pengedaran Heroin
(ICDAIT) kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berjaya
diadakan di Vienna pada tahun 1987. Persidangan itu dipengerusikan oleh bekas
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir. Persidangan antarabangsa di Vienna
adalah

manifestasi

seluruh

dunia

untuk

bergabung

mengatasi

masalah

penyalahgunaan dadah yang mengancam generasi muda pada hari ini. Masalah
dadah adalah menjadi tanggungjawab dunia untuk membanterasnya kerana
pengedarnya

sahaja

boleh

mendapatkan

keuntungan

dan

menyebabkan

pembunuhan sesama manusia. Pada persidangan tersebut, kawalan pengedaran


dadah, kerjasama pendidikan, dan kesihatan sesama negara anggota diadakan.
ASEAN juga turut menyuarakan masalah pelarian di Vietnam di forum
antarabangsa anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Isu pelarian Vietnam
yang

mendarat

begitu

ramai

di

negara

Malaysia

yang

ingin

mencari

perlindungan daripada pemerintahan Komunis sebaik berakhirnya Perang


Vietnam pada April 1975. Pelarian Vietnam ini diproses di khemah pelarian di
Pulau Bidong (sebuah pulau kecil di Terengganu) sebelum kebanyakkan mereka
diterima di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia,
Perancis, New Zealand, Sweden, Finland, Denmark dan Norway. Isu pelarian
merupakan isu sejagat dan kemanusiaan. Hampir semua negara terjejas dengan
masalah pelarian dan negara-negara anggota ASEAN juga tidak terkecuali.
ASEAN menyuarakan isu ini di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencari
jalan bagi memenuhi keperluan pelarian dan dalam masa yang sama melindungi
kepentingan tuan rumah secara keseluruhannya.
Selain itu, ASEAN turut memperlihatkan kejayaannya dengan menubuhkan
Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia (MBIM) pada tahun 1972 yang kemudian
bertukar menjadi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM)
pada tahun 1985. Tujuan penubuhan ini adalah untuk mengembangkan bahasa
Melayu dan meningkatkan semangat persaudaraan sesama anggota.Ianya juga
adalah

bertujuan

untuk

meningkatkan

peranan

bahasa

Melayu

dengan

penyelarasan istilah, ejaan, dan sebutan. ASEAN juga turut menubuhkn SEAMEO
(Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara).Penubuhan ini adalah

untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan.kejayaan ASEAN


ini, jelas menunjukkan bahawa ASEAN adalah sebuah organisasi serantau sedang
membangun yang berjaya.

3.0 SUMBANGAN PENUBUHAN ASEAN DALAM ASPEK POLITIK


Walaupun Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara atau dikenali sebagai
ASEAN ditubuhkan berdasarkan model Kesatuan Ekonomi Eropah (KEE), tetapi
ASEAN tidak mempunyai institusi sendiri. Tidak ada parlimen ASEAN, tidak ada
majlis menteri-menteri ASEAN yang tetap, tidak ada sekretariat ASEAN, tidak ada
sebuah mahkamah untuk anggota-anggota ASEAN bersidang bagi membicarakan
masalah-masalah yang berlaku dan sebagainya. Sekretariat ASEAN di Jakarta
hanya ditubuhkan selepas Sidang Kemuncak Bali 1976. Penubuhan Sekretariat
ASEAN diadakan ekoran jatuhnya Vietnam, Laos dan Kampuchea ketangan
komunis.
Diplomasi antarabangsa dalam pertubuhan ASEAN telah memberi nafas
baharu

dalam

corak

pentadbirannya.

Sebelum

ini

penubuhan

ASEAN

berfokuskan kepada kerjasama ekonomi, budaya dan sosial iaitu mewujudkan


keadaan ekonomi yang mapan, memupuk hubungan sosial dan budaya yang
baik antara negara-negara anggota. Kini, ASEAN telah membuka luas jalinan
kerjasamanya

khususnya

dalam

aspek

politik

dan

keamanan.

Matlamat

penubuhan ASEAN juga lebih meluas kepada menjadikan rantau Asia Tenggara
sebagai kawasan bebas, aman dan berkecuali yang diiktiraf oleh kuasa-kuasa
negara komunis dan negara bukan komunis yang lain.
Antara kerjasama yang dibentuk bagi menjamin kestabilan politik dan
keamanan negara serantau ialah konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and
Neutrality). Konsep ini diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada
November 1971 dengan matlamat mengelakkan campur tangan dari negara luar
seperti Russia, Amerika Syarikat dan China dalam hal-hal rantau ini serta
mengambil sikap berkecuali terhadap Blok Barat dan Blok Timur. Pada 16
Disember 1987 pula, perjanjian SEANWFZ iaitu Zon Bebas Senjata Nuklear
ditubuhkan untuk membuktikan komitmen negara-negara anggota dalam
menjadikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuklear.

Bentuk-bentuk kerjasama politik yang dibuat membuktikan ASEAN begitu


serius dalam memastikan organisasi serantau yang ditubuhkan membawa
kebaikan kepada negara-negara yang menganggotainya. Tidak seperti organsasiorganisasi serantau yang lain seperti ASA yang ditubuhkan pada tahun 1960 dan
MAPHILINDO pada tahun 1963 yang gagal dalam mencapai objektifnya. Kejayaan
yang dikecapi dalam ASEAN turut menarik minat negara lain untuk menjadi ahli
anggotanya. Sebagai contoh, Sri Lanka pernah memohon menyertai ASEAN
tetapi ditolak ekoran dari segi geografi kedudukan negara itu tidak berada dalam
lingkungan Asia Tenggara.
4.0 SUMBANGAN PENUBUHAN ASEAN DALAM ASPEK EKONOMI
Deklarasi ASEAN yang dipersetujui oleh semua negara anggota lebih
kearah mempercepat pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan
budaya. Hal ini adalah untuk menggalakkan keamanan, kestabilan dan menjamin
hubungan yang baik serantau antara negara anggota. Keamanan dan kestabilan
tersebut mampu dicapai melalui penghormatan serta peraturan undang-undang
iaitu dengan mematuhi prinsip piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB)4.
Pada tahun 2003, komuniti ASEAN telah dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin
ASEAN pada tahun 2003, komuniti ASEAN ini mengandungi tiga tunggak utama
dan salah satunya ialah Komuniti Ekonomi ASEAN melalui Bali Concord 2. Seiring
dengan itu, Pelan Tindakan Integrasi ASEAN dalam kewangan (RIA-FIN) telah
diwujudkan bagi merealisasikan pengintegrasian kewangan dan pasaran modal
yang

meliputi

pembangunan

pasaran

modal,

liberalisasi

kewangan

dan

kerjasama mata wang. Hal ini diikuti dengan keputusan yang dibuat pada Sidang
Kemuncak

Pemimpin

ASEAN

2006

yang

menjurus

kearah

mempercepat

Penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN kepada tahun 2015 dari tahun 2020.
ASEAN serta rakan anggota dialog akan meneruskan usaha untuk
mengkaji kemungkinan dan memperluas serta memantapkan integrasi ekonomi
dengan mewujudkan hanya satu Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara
pertubuhan

serantau

10

negara

anggota

itu

dengan

semua

rakan

perdagangannya di kawasan Asia Timur. Kini, ASEAN sudah mewujudkan


4 http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=788&menuid=882&newsid=&linkid=&type=,
diakses pada 08 Disember 2012, 08.54 pm.

beberapa FTA secara berasingan dengan enam rakan dialog di kawasan Asia
Timur, iaitu FTA ASEAN China (2005), FTA ASEAN Korea (2006), FTA ASEAN Jepun
(2009), FTA ASEAN India (2010) dan FTA ASEAN Australia dan New Zealand
(2010).
Sidang Kemuncak ASEAN ke- 19 di Bali, Indonesia baru-baru ini,
membincangkan
kepentingan

Rangka Kerja Serantau untuk Kerjasama Komprehensif bagi

negara

anggota.

Dalam

persidangan

tersebut

ASEAN

juga

menyetujui cadangan bersama oleh Jepun dan China agar tiga kumpulan kerja
dibentuk bagi menjalankan kajian integrasi berkenaan, iaitu Kumpulan Kerja
Perdagangan, Kumpulan

Kerja Sektor Perkhidmatan

dan Kumpulan

Kerja

Pelaburan .

5 http://dwnekonomi.dbp.my/wordpress/?p=249, diakses pda 08 Disember 2012, 09.00


pm.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya pertubuhan ASEAN banyak membantu dalam organisasi


antarabangsa yang kini semakin membangun terutamanya kepada negaranegara yang sedang membangun ekonomi yang lebih stabil, budaya dan sosial
yang semakin baik antara negara-negara anggota yang lain keselamatan negara
anggota lebih terjamin dengan adanya jalinan kerjasama antara negara
khususnya dari aspek politik dan ekonomi.Matlamat ASEAN yang utama adalah
menjadikan rantau asia sebagai sebuah kawasan yang bebas dan di iktiraf bebas
daripada negara komunis.
Kejayaan yang di kecapi oleh ASEAN telah membawa banyak kebaikan
kepada negara anggota yang lain dan ini telah menampakkan lagi ASEAN begitu
serius untuk memastikan negara-negara serantau yang telah ditubuhkan
memperoleh kebaikan dan mencapai keamanan sejagat.ASEAN juga telah
membawa kepada keselamatan negara anggota lebih terjamin, contoh yang
paling dekat adalah dalam perjanjian SEANWFZ iaitu Zon Bebas Senjata Nuklear
yang telah di tubuhkan yang menjadikan ASEAN bebas daripada ancaman
senjata nuclear.keselamatan negara lebih terjamin dan negara anggota dapat
mengelakkan daripada huru hara terus berlaku.
ASEAN juga telah banyak menyuarakan pelbagai isu-isu dunia contohnya
masalah pelarian di Vietnam, persidangan penyalah gunaan dadah dan
pengedaran heroin dan sebagainya, masalah ini telah disuarakan oleh ASEAN
untuk memncapai kejayaan dalam menyelesaikan masalah. Walaupun ada
sesetengan pertubuhan dunia menganggap pertubuhan ASEAN lebih banyak
membawa kepada kemunduran dan hanya mengambil kesempatan kepada

negara-negara yang mundur, tetapi dalam masa yang sama pertubuhan ASEAN
banyak memberi kebaikan kepada negara-negara anggota yang lain dalam
memastikan keamanan berterusan dan mengelak daripada konflik terus berlaku.

6.0 RUJUKAN
Chamil Wariya. 1989. Pergolakan Antarabangsa: Perkembangan dan Isu Utama
Sejak 1945.

Kuala Lumpur: AMK Interaksi Sdn. Bhd

RahimahSabran et.al. 2008. Ace AheadTeks STPM: Pengajian Am Kertas 1 & 2.


Shah Alam: Oxford FajarSdn. Bhd
Wan Abdul Rahman Latif. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zulhilmi Paidi. 2003. Hubungan Luar Antarabangsa. PTS PUBLICATION &
DISTRIBUTOR SDN BHD.

Você também pode gostar