Você está na página 1de 6

ISU KEMAHIRAN GURU (Muzaimah Mokhtar P84471)

Sebagai seorang pendidik, guru mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya


murid tertarik kepada pengajaran seterusnya dapat melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang berkesan. Apabila dikaji semula, guru masih menggunakan
kaedah tradisional dalam pengajaran mereka. Penggunaan kaedah tradisional dalam
pengajaran merupakan satu kaedah yang berpusatkan guru di mana guru akan
memberikan penerangan dan maklumat manakala murid hanya mendengar penjelasan
daripada guru. Guru yang menggunakan kaedah ini biasanya akan memberi ilmu yang
berbentuk nota supaya murid mudah menghafal maklumat yang diberi. Melalui kaedah
tradisional, murid tidak dapat berbincang bersama rakan-rakan mereka mengenai sub
topik yang diajar malah mereka juga tidak digalakkan untuk memberikan pandangan
mereka semasa pengajaran berlangsung. Maka, murid akan bergantung sepenuhnya
kepada guru terhadap pembelajaran mereka seperti murid menyalin nota yang
dituliskan oleh guru di papan tulis tanpa membuat nota tambahan sendiri, murid hanya
melakukan tugasan yang diberikan oleh guru dan tidak membuat latihan tambahan
dengan usaha sendiri dan murid hanya membaca nota atau bab tertentu apabila guru
memberi tajuk yang memasuki peperiksaan. Rosli (1998) turut menyatakan amalan
biasa di bilik darjah masih bersifatkan tradisional iaitu guru masih menggunakan
sebahagian besar masa pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk bercakap dan
memberi penerangan manakala penglibatan murid hanya didapati apabila menjawab
soalan.
Seterusnya aras soalan daripada guru juga memainkan peranan penting dalam
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Aras soalan guru dapat
dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, teknik penyoalan guru di dalam kelas.
Salah satu tujuan kaedah menyoal guru di dalam kelas ialah untuk menilai
pembelajaran dan kemajuan murid serta untuk meneroka pandangan alternatif murid.
Namun, guru yang sering mengemukakan soalan berada di aras rendah kepada murid
sama ada soalan tersebut dikemukakan secara lisan mahupun bertulis. Soalan pada
aras rendah ini tidak menggalakkan murid untuk berfikir kerana murid hanya perlu
menyatakan fakta bagi menjawab soalan tersebut dan soalan aras ini juga tidak

menggalakkan murid untuk berfikir di luar kotak pemikiran mereka. Kenyataan ini juga
disokong oleh Rajendran (2001) di mana hasil kajian beliau mendapati hampir 90%
soalan yang dikemukakan oleh guru melibatkan kemahiran berfikir aras rendah
manakala 10% lagi adalah soalan yang melibat kemahiran berfikir aras tinggi. Kedua
ialah respons jawapan guru kepada soalan murid. Respond jawapan guru terhadap
soalan yang diberikan oleh murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
mereka. Hal ini kerana guru memberikan responds jawapan yang positif akan
menjadikan murid terus tertanya-tanya dan mereka akan berusaha untuk mencari
maklumat tersebut sampai mereka peroleh. Jawapan positif yang diberikan oleh guru
bermaksud jawapan yang tidak mematikan soalan penyoal.
Guru yang mementingkan pengajaran berlandaskan peperiksaan menyebabkan
murid tidak berpeluang untuk menguasai kemahiran berfikir aras tinggi. Guru hanya
mementingkan pencapaian cemerlang murid dalam peperiksaan sehinggakan mereka
hanya memfokuskan soalan-soalan peperiksaan kepada murid. Ini dapat dibuktikan
dengan suasana di sekolah terutama sekali kepada murid yang bakal menghadapi
peperiksaan awam yakni bagi tingkatan tiga dan tingkatan lima, guru akan mencuba
untuk menghabiskan topik bagi setiap subjek sekurang-kurangnya dua bulan sebelum
peperiksaan tiba. Ini kerana guru dapat memberikan banyak set soalan yang diperoleh
daripada pelbagai sumber kepada murid dan guru akan menyuruh murid untuk
menyelesaikan soalan tersebut. Soalan yang terlampau banyak diberikan guru
menyebabkan murid hanya tertumpu untuk menjawab soalan untuk peperiksaan dan
kebanyakan soalan tersebut kurang mengandungi soalan kemahiran berfikir aras tinggi.
Selain itu, pemberian soalan juga menyebabkan murid dapat mengagak dan menghafal
soalan serta jawapan yang bakal mereka hadapi ketika peperiksaan sebenar. Maka,
benarlah kajian Pushpalatha (2006) yang menyatakan bahawa

terdapat sebilangan

guru memberi pendapat bahawa mengajar murid menguasai maklumat untuk


peperiksaan dan mengembangkan daya pemikiran adalah dua matlamat yang berbeza.
Situasi pembelajaran berlandaskan peperiksaan ini akan melahirkan murid yang pasif
namun mempunyai struktural kuat ingatan menghafal dan mengingat pelajaran
berbanding memberikan pendidikan holistik yang melahirkan murid inovatif dan kreatif.

Rajendran (2001) telah membuat kajian mengenai kesediaan guru dalam


mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran melalui pengajaran kemahiran
berfikir aras tinggi. Melalui menjayakan kajian ini, beliau telah mengambil sampel
daripada guru yang mengajar subjek bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sebuah
daerah. Dalam kajian ini, beliau telah membahagikan kepada tiga aspek penting dalam
mengkaji kesediaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kemahiran berfikir. Tiga aspek tersebut ialah pengetahuan, kemahiran padagogi dan
faktor yang mempengaruhi persepsi guru tentang ilmu kemahiran dan sikap. Melalui
aspek pengetahuan didapati guru lebih yakin dari segi ilmu pengetahuan yang mereka
miliki untuk mengajar berbanding mengenai pengajaran menggunakan kemahiran
berfikir aras tinggi. Melalui kajian Rajendran (2001), beliau mendapati guru lebih
mengetahui untuk merancang pengajaran secara biasa di dalam kelas berbanding
mengajar menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan
guru lebih yakin dari segi kemahiran pedagogi yang mereka miliki untuk mengajar
subjek di dalam kelas seperti biasa berbanding kemahiran padagogi untuk mengajar
pengajaran melalui kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Ini dibuktikan daripada
dapatan kajian yang menunjukkan skor min bagi item kemahiran padagogi bagi
pengajaran bahasa Melayu

adalah lebih tinggi berbanding dengan skor min bagi

kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kemahiran padagogi yang dinilai meliputi aspek
merancang untuk mengajar, kebolehan untuk menggunakan pelbagai strategi dan
teknik, menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dan menilai
kemajuan murid. Faktor yang mempengaruhi persepsi guru mengenai ilmu kemahiran
dan sikap menunjukkan guru masih tidak yakin untuk mengajar kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) dalam pengajaran. Hal ini kerana guru tidak yakin untuk mengajar dalam
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) walaupun mereka telah menghadiri kursus
mengenai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Sikap guru yang tidak yakin ini terbukti
apabila guru masih menggunakan kaedah tradisional semasa pengajaran berlangsung.
Selain itu, guru juga berpendapat mereka mempunyai kesukaran dalam menyediakan
soalan untuk menghadapi peperiksaan dalam masa yang sama menyediakan soalan
untuk kemahiran berfikir. Ini kerana cara pengajaran untuk peperiksaan awam adalah
berlainan berbanding pengajaran kemahiran berfikir membuatkan mereka terpaksa

memikirkan dua kaedah yang berbeza jika kemahiran berfikir perlu dilaksanakan dan ini
membebankan guru.
Antaranya ialah guru menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran. Ilmu
yang diajar lebih kepada berbentuk nota dan pelajar perlu menghafal. Perbincangan
dalam kalangan murid pun tidak dijalankan dan murid hanya bergantung kepada guru
untuk memahami sesuatu topik. Murid kurang cenderung untuk mengembangkan idea
kerana pembelajaran hanya berpusatkan guru. Rosli (1998) menyatakan amalan biasa
di bilik darjah masih bersifatkan tradisional iaitu guru masih menggunakan sebahagian
besar masa PdP untuk bercakap dan memberi penerangan manakala penglibatan
murid hanya didapati apabila menjawab soalan.
Isu lain ialah aras soalan yang digunakan iaitu teknik penyoalan guru di dalam
kelas serta respon guru kepada soalan murid. Aras soalan yang diberikan berada pada
aras rendah. Soalan tidak menggalakkan murid berfikir. 90 peratus soalan yang
dikemukakan oleh guru adalah pada aras rendah.(Rajendran, 2001). Respon guru
terhadap soalan yang diberikan murid amat penting di mana respon tersebut dapat
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid tersebut.
Selain itu, isu guru tidak bersedia juga menjadi isu utama yang memberi impak
besar

terhadap

perjalanan

pengajaran

dan

pembelajaran.

Dari

segi

aspek

pengetahuan, guru lebih yakin dari segi ilmu pengetahuan yang mereka miliki untuk
mengajar berbanding ilmu pengetahuan mengenai KBAT. Dari segi kemahiran pedagogi
pula, guru lebih yakin dari segi kemahiran padagogi yang dimiliki untuk mengajar subjek
berbanding kemahiran padagogi mengajar KBAT. Faktor yg mempengaruhi persepsi
guru tentang ilmu kemahiran dan sikap: guru yg menghadiri kursus KBAT tidak percaya
mereka bersedia mengajar KBAT (Rajendran, 2011).

CADANGAN MENANGANI ISU KEMAHIRAN GURU DALAM KBAT


Guru memainkan peranan penting dalam memastikan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru
harus memastikan murid aktif dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Dalam erti
kata lain para guru perlu menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap
yang mereka miliki untuk menyebatikan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran
subjek mereka. Guru juga harus memberi peluang kepada pelajar untuk memberi
pendapat, berbincang dan bertanya.
Di samping itu, guru hendaklah mempelbagaikan strategi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru juga perlu mengubah teknik pengajaran secara chalk and talk
kepada kaedah yang lebih menjurus pelajar untuk berfikir. Guru juga mesti merancang
soalan, tugasan dan aktiviti yang menuntut pelajar berfikir secara berterusan dan
menilai pemikiran mereka dan pemikiran individu lain.
Penyediaan kursus-kursus khusus berkaitan KBAT perlulah dirancang dengan
teliti dengan mengambil kira beberapa dapatan kajian berdasarkan kajian-kajian yang
telah dibuat berkaitan perlaksanaan KBAT,dan dikendalikan secara professional supaya
kursus tersebut meninggalkan kesan positif dan berkesan kepada guru-guru seterusnya
memberi keyakinan dikalangan para guru dalam melaksanakan KBAT dalam
pembelajaran dan pengajaran mereka dalam kelas . Antaranya dengan mewujudkan
sessi hand on yang cukup bagi guru-guru untuk merancang, mencuba, menilai dan
belajar daripada pengalaman KBAT melalui mata pelajaran. Tempoh setiap kursus
dikendalikan juga perlu diteliti supaya guru-guru mendapat ilmu pengetahuan,
kemahiran pedagogi dan sikap untuk mengajar KBAT.
Sistem sokongan (support system) untuk melaksanakan inovasi di bilik darjah
amatlah diperlukan oleh guru-guru sekembalinya mereka ke sekolah. Sistem sokongan
ini meliputi aspek-aspek seperti bahan rujukan, sumber yang mencukupi untuk
mengendalikan

pengajaran

pembelajaran,

dan

wacana

untuk

guru-guru

membincangkan isu-isu berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran KBAT. Selain


itu kebebasan haruslah diberikan kepada guru-guru dalam membuat keputusan

masing-masing berhubung pendekatan dan strategi pengajaran pembelajaran yang


mereka gunakan dalam pengajaran. Tidak dapat dinafikan , kreativiti guru dalam
pengajaran pembelajaran dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk keperluan
kurikulum yang begitu padat dan isu peperiksaan pusat.
Pendekatan Seluruh sekolah (whole school approach) perlu di jalankan yang
mana kerjasama semua pihak bermula dengan pengetua , guru penyelaras dan guru
mata pelajaran . Pembentukan Pasukan Pemandu (PP) di sekolah iaitu terdiri daripada
pengetua atau guru besar, guru penyelaras subjek dan guru-guru bagi mata pelajaran
BM, BI , Sains dan Matematik (Kementerian Pendidikan, 2013). Pasukan Pemandu
akan melatih guru di sekolah, memberi sokongan dan latihan tambahan kepada guru
serta bimbingan kepada guru. Guru pula akan melatih murid dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas yang berteraskan KBAT.
Hanya bila perubahan-perubahan ini dilakukan secara sistematik, maka akan
wujud usaha di kalangan guru-guru untuk membuat perubahan signifikan kepada
proses pengajaran pembelajaran seperti yang diperlukan untuk menjayakan proses
mengajar KBAT.

RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (n press) Kemahiran berfikir secara kristis dan
kreatif: Modul latihan guru bestari (Edisi Percubaan). Kuala Lumpur: Bahagian
Pendidikan Guru
Rajendran, Nagappan ,Pengajaran Kemahiran Berfikiran Tinggi: Kesediaan Guru
Mengendalikan

Proses

Pengajaran

Pembelajaran.

Fakulti

Sains

Kognitif

dan

Pembangunan Manusia. Universiti Pendidikan Sultan Idris


Sivamugam, Pushpalatha (2006) Berfikir Aras Tinggi Dalam Sukatan Pelajaran Sejarah
Tingkatan Empat : Satu kajian Kes. Universiti Pendidikan Sultan Idris

Você também pode gostar