Você está na página 1de 15

Kod Etika Dan

Akauntabiliti Keguruan
- Konsep etika
- Kod Etika Keguruan Malaysia
- Akauntabiliti Keguruan
- Integriti Guru

Soalan-soalan yang dibentuk


1. Jelaskan konsep etika?
2. Bincangkan kod etika keguruan Malaysia.
3. Jelaskan akauntabiliti guru terhadap diri sendiri,
pelajar, guru, masyarakat dan negara serta
rakan sejawat dan profesion keguruan.
4. Bagaimana integriti guru dapat dibina dalam
bilik darjah khususnya dalam pembelajaran dan
pengajaran?

Konsep Etika (ethics)


Berasal daripada perkataan Yunani iaitu `Ethos yang bermaksud normanorma, nilai-nilai, kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku
manusia yang baik
Menurut American College Dictionary (1964),bermaksud prinsip-prinsip
moral yang merangkumi ilmu tentang kebaikan dan sifat dari kebenaran
Menurut Bascom (2007) menganggap etika sebagai ilmu mengenai suatu
kewajiban
Menurut Nikki (2009), membawa maksud etika sebagai pedoman perilaku
yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan-tindakan manusia dalam
bahagian tertentu
Menurut Ahli Falsafah, etika merujuk kepada peraturan perilaku, adat
kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama lain.

Kod Etika Keguruan Malaysia


Tanggungjawab terhadap
Tanggungjawab terhadap
Tanggungjawab terhadap
Tanggungjawab terhadap
profesion keguruan

pelajar
ibu bapa
masyarakat dan negara
rakan sejawat dan

Tanggungjawab terhadap pelajar


Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar
Bersikap adil kepada semua pelajar
Merahsiakan maklumat sulit mengenai pelajar
Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah
sendiri atau mata pelajarannya di bilik darjah tanpa
sebarang bayaran
Menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku
yang baik
Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui

pengkajian,lawatan, kursus dll.

Tanggungjawab terhadap ibu bapa


Menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Berusaha mewujudkan hubungan yang mesra antara ibu bapa
dan pihak sekolah
Merahsiakan maklumat rumah tangga atau anak yang
diamanahkan oleh ibu bapa
Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anakanak dan menggunakan maklumat yang diterima dengan teliti
dan bijaksana
Mengelakkan diri daripada dipengaruhi kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar
Mengelakkan diri dari melakukan sesuatu yang menjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa

Tanggungjawab terhadap masyarakat


dan negara

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran


yang merosakkan
Memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar
Menghormati masyarakat setempat dari segi perbezaan
budaya, keturunan dan agama
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara
masyarakat dan institusi pendidikan
Berpegang pada tingkah laku yang sopan

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan


profesion keguruan

Mengelakkan diri daripada mencemarkan dan


menjatuhkan maruah rakan
Menjauhi kegiatan yang menjejaskan kecekapan
sebagai seorang guru
Rajin berusaha, bertangungjawab dan
bersungguh-sungguh
Sedia membantu rakan terutamanya mereka
yang baru
Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru

Akauntabiliti Keguruan
Akauntabiliti terhadap
Akauntabiliti terhadap
Akauntabiliti terhadap
Akauntabiliti terhadap
Akauntabiliti terhadap
profesion keguruan

diri sendiri
pelajar
guru
masyarakat dan negara
rakan sejawat dan

Akauntabiliti terhadap diri


sendiri
Berpengetahuan luas dan berketerampilan dalam bidang yang diajar
Mahir dalam pengurusan tingkah laku dan bilik darjah (kemahiran
penyampaian maklumat secara berkesan, kemahiran interpersonal,
pengurusan bilik darjah dan pengurusan disiplin)
Komited, positif, adil dan sebagainya
Bersemangat patriotik
Mengelakkan diri daripada menjatuhkan maruah dan martabat guru
Meneroka dan mencari ilmu baharu serta pengetahuan kandungan
pedagogi dalam bidangnya.

Akauntabiliti terhadap pelajar


Mendidik pelajar ke tahap pencapaian akademik
yang cemerlang
Membentuk potensi murid secara menyeluruh
Menekankan tahap moral yang tinggi
Membentuk pelbagai kemahiran murid (kemahiran
belajar, bersosial, menguruskan emosi )
Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang
kondusif dan selamat

Akauntabiliti terhadap ibu bapa


Melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan
oleh ibu bapa dalam mendidik anak mereka untuk
menjadi insan berguna.
Memastikan perkembangan dan kemajuan pelajar
di sekolah.
Mewujudkan hubungan yang erat dengan ibu
bapa
Berusaha merealisasikan harapan ibu bapa
terhadap peranan guru sebagai model, kaunselor
serta pembimbing

Akauntabiliti terhadap masyarakat dan


negara
Bertanggungjawab melaksanakan tugas berlandaskan
prinsip-prinsip Rukun Negara
Berusaha mencapai cita-cita dan aspirasi dalam FPK
Menjaga nama baik sekolah, masyarakat dan negara
dengan menghindarkan diri dari dipengaruhi unsur-unsur
negatif
Sebagai agen perubahan (budaya membaca, TMK)
Model yang diteladani oleh masyarakat
Memupuk hubungan yang erat bagi membentuk suasana
masyarakat yang harmonis

Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan


profesion keguruan
Menjalin hubungan yang baik sesama rakan sejawat
Bersedia membantu rakan sejawat yang baru
Bekerjasama sesama rakan sejawat
Menguasai kandungan pelajaran, pedagogi,
kemahiran ICT dan sebagainya
Melakukan peningkatan dalam profesionalisme diri
melalui pelbagai strategi seperti menghadiri kursus,
penyelidikan tindakan dan pembacaan online.

Bagaimana integriti guru dapat dibina dalam bilik


darjah khususnya dalam pembelajaran dan pengajaran?
Integriti guru dapat dibentuk dengan melalui proses:
Guru melaksanakan apa yang telah dirancang melalui rancangan pengajaran
yang telah ditulis dalam buku rekod mengajar itu.
Guru bertanggungjawab dalam melaksanakan penyampaian ilmu pengetahuan
kepada pelajar secara lengkap dan memenuhi kehendak kurikulum.
Guru menggunakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran untuk aktiviti
pengukuhan dan pengayaan yang benar-benar menepati kehendak kurikulum
yang menekankan kepada soalan-soalan menjurus kepada kemahiran berfikir
aras tinggi (higher order thinking skill).
Guru melalui pengalaman bertahun-tahun, mampu menyediakan soalan-soalan
mengikut aras pemikiran yang dikehendaki.
Kemampuan guru menggubal soalan ujian atau peperiksaan yang berkualiti
dan memenuhi Jadual Penentuan Ujian.

Você também pode gostar