Você está na página 1de 20

CABARAN GURU MENGGUNAKAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH


MOHD SOFFIYUDDIN BIN SOPIAN
Fakulti Pendidikan, UKM

Abstrak
Penggunaan ICT dalam pengajaran adalah pendekatan terkini yang diketengahkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia supaya suasana pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih
seronok dan memberi kesan yang baik kepada pelajar. Kajian lepas ada menyatakan terdapat ramai guru
yang tidak mampu untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dengan baik. Oleh yang demikian, kertas
kajian ini bertujuan untuk melaporkan cabaran yang dihadapi oleh guru sekolah rendah menggunakan
ICT dalam pengajaran Matematik. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif. Data dikumpulkan
melalui teknik soal selidik yang melibatkan guru Matematik di beberapa buah sekolah rendah sekitar
daerah Hulu Langat. Data soal selidik yang diperoleh dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik
inferensi menggunakan perisian Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 19.0. Dapatan kajian
menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengintegrasikan ICT adalah kekurangan
komputer, kekurangan masa untuk mengajar, kekurangan bantuan teknikal untuk kerosakan yang berlaku
dan juga gangguan internet. Selain daripada itu, dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan
tahap kemahiran asas ICT berdasarkan jantina dan juga tidak terdapat perbezaan pengintegrasian ICT
dalam pengajaran Matematik berdasarkan tempoh pengalaman mengajar. Implikasi kajian ini adalah
mampu menjadi panduan kepada kajian akan datang bagi mengatasi segala cabaran yang dihadapi
dalam menggunakan ICT dalam pengajaran Matematik di sekolah rendah supaya matlamat penggunaan
ICT dalam pengajaran dapat dicapai dengan baik.
Kata kunci: Sekolah rendah, penggunaan ICT, cabaran guru.

Pengenalan
Setiap guru menggunakan pendekatan yang pelbagai untuk menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran seperti pendekatan tradisional, pendekatan berpandukan bahan, dan juga
pendekatan berpandukan komputer. Pada zaman moden kini, pengajaran guru di dalam kelas
dengan menggunakan komputer yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi
(Information and Communication Technology) telah menjadi satu kaedah yang terkini dan
semakin meluas digunakan di setiap sekolah. Kajian lepas juga ada mengatakan bahawa
pengajaran berpandukan komputer mampu meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran
melalui pengalaman yang meyeronokkan.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology
(ICT) merupakan salah satu daripada elemen penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk
melayakkan semua sekolah di Malaysia mencapai taraf Sekolah Bestari menerusi beberapa

strategi yang telah dirancang melibatkan penyediaan infrastruktur yang mencukupi serta latihan
yang menyeluruh untuk semua guru bagi memudahkan guru menggunakan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas.
Kaedah Pengajaran
Matapelajaran matematik merupakan matapelajaran yang sukar untuk dipelajari dan kurang
mendapat minat di kalangan pelajar. Guru seharusnya mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi
meningkatkan motivasi pelajar untuk terus meminati matapelajaran yang diajar oleh guru. Para
guru perlu mencari idea pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang menarik untuk
memotivasikan minat dan mewujudkan daya tarikan dalam proses pembelajaran kurikulum
pendidikan (Liew 2007; Sharifah Nor 2010).
Guru yang menggunakan ICT dalam pengajaran mereka akan bertindak sebagai fasilitator
atau pembimbing bagi menggalakkan perbincangan dan penerokaan di kalangan pelajar. Abdul
Halim (2008) ada menyatakan dalam kajiannya bahawa penggunaan pelbagai perisian komputer
yang pelbagai mampu menambah pengetahuan kanak-kanak, memberikan pengalaman
bermakna, meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam mempelajari bidang ilmu seperti Sains
dan Matematik.
Walaubagaimanapun, setiap perubahan yang ingin dilakukan pasti mempunyai
cabarannya yang tersendiri. Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran juga mendapat cabaran dari segi kesediaan
guru untuk mengubah cara pemikiran mereka daripada penggunaan kaedah tradisional kepada
kaedah yang lebih moden iaitu penggunaan ICT. Kebanyakan guru di sekolah kurang
menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka lebih gemar menggunakan
kaedah tradisional yang lebih mudah tetapi kurang sesuai dengan peredaran zaman yang semakin
pesat. Guru seharusnya perlu bersedia dari segala aspek bagi menyahut seruan Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran seharian.
Kajian Norizan (2002) yang melihat kesediaan guru dalam penggunaan komputer
mendapati guru-guru lebih mengetahui tentang komputer dan bukannya kebolehan menggunakan
komputer. Hal ini sekiranya tidak diatasi boleh mendatangkan masalah kepada keberkesanan
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sekaligus akan menyukarkan hasrat KPM
untuk melakukan transformasi dalam sistem pendidikan. Beberapa kajian lepas juga ada
2

menyatakan bahawa guru yang kurang mahir menggunakan ICT menyebabkan mereka gagal
mengimplementasi penggunaan ICT secara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengetahui cabaran sebenar yang
dihadapi oleh guru matematik sekolah rendah yang menyebabkan mereka kurang menggunakan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Kajian akan bertumpu kepada beberapa
aspek meliputi persepsi guru terhadap penggunaan ICT, cabaran yang guru hadapi dalam
penggunaan ICT, dan juga sikap guru terhadap saranan KPM untuk menggunakan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Batasan Kajian
Kajian adalah berbentuk kuantitatif. Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada seramai 35
orang guru yang mengajar mata pelajaran Matematik Sekolah rendah iaitu di kawasan Hulu
Langat yang telah dipilih secara rawak bertujuan.

Pernyataan Masalah Kajian


Kebanyakan guru menganggap bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran mereka adalah
sesuatu yang membebankan kerana mereka harus membuat persediaan yang lebih awal untuk
setiap aktiviti yang bakal dilakukan. Guru juga tidak bersedia untuk mempelajari sesuatu
perubahan yang sering berlaku dalam penggunaan ICT. Mereka hanya menggunakan apa yang
mereka tahu sahaja tetapi tidak mahu mempelajari seuatu perubahan yang terkini. Hal ini telah
menyebabkan penggunaan ICT dalam pengajaran belum mencapai tahap yang diinginkan oleh
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Keadaan ini bertentangan dengan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia supaya guru mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka dan salah satu
daripada kaedah yang disarankan adalah penggunaan ICT. Pelbagai persoalan yang timbul dan
menjadi tanda tanya mengapa masalah ini boleh terjadi. Satu kajian perlu dijalankan bagi
mengetahui cabaran sebenar yang dihadapi oleh guru yang menyebabkan mereka kurang
berminat untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah.

Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan bagi mengetahui cabaran atau permasalahan yang sedang dihadapi
oleh guru-guru di beberapa sekolah rendah di daerah Hulu Langat dalam penggunaan ICT ketika
proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Hal ini kerana dapatan daripada kajian-kajian
yang lepas ada menyatakan bahawa masih ramai guru yang tidak mampu untuk menggunakan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dengan baik.
Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti cabaran yang mereka
hadapi sehingga menyebabkan mereka sukar untuk menggunakan ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi atau
pandangan guru-guru sekolah rendah terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hasil kajian juga akan menjawab persoalan kajian mengenai penggunaan ICT
iaitu perbezaan tahap pengigterasian ICT berdasarkan tempoh pengalaman mengajar, cabaran
guru dalam penggunaan ICT, dan juga perbezaan tahap kemahiran asas ICT berdasarkan jantina.
1. Mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh guru sekolah rendah dalam menggunakan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik.
2. Mengkaji perbezaan yang signifikan tahap kemahiran asas ICT berdasarkan jantina.
3. Mengkaji perbezaan yang signifikan tahap pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran matematik berdasarkan tempoh pengalaman mengajar.

Persoalan Kajian
1. Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru sekolah rendah dalam menggunakan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran matematik?
2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran asas ICT berdasarkan
jantina?

3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengigterasian ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran matematik berdasarkan tempoh pengalaman mengajar?

Tinjauan Literatur
Penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu kaedah terkini yang
sangat digalakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru yang menggunakan ICT juga
merupakan guru yang berusaha untuk memastikan pelajar mereka peroleh sesuatu yang baik di
dalam sesi pengajaran. Hal ini kerana, guru sebagai seorang tenaga pengajar harus
mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar ianya seiring dengan kehendak pelajar dan
mampu membuatkan pelajar berasa seronok di dalam kelas. Siti Mardziah (2013) ada
menyatakan dalam kajiannya bahawa penggunaan teknologi berasaskan komputer dapat
menjadikan proses pembelajaran lebih menarik di dalam kelas. Pelbagai langkah dan strategi
yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia agar guru dapat
menggunakan ICT dalam pengajaran mereka dengan tahap yang optimum antaranya adalah
menyediakan kemudahan asas untuk semua sekolah supaya semua sekolah dilengkapi dengan
alatas asas ICT yang mencukupi. . Pada bulan Januari hingga Jun 2007 sahaja, sebanyak 123,725
buah komputer telah dibekalkan ke seluruh sekolah di Malaysia dan 2,043 buah sekolah
menengah telah dibekalkan dengan 8,172 unit komputer, 2,043 buah pencetak digital untuk
tujuan pihak pengurusan sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007).
Penggunaan ICT Dalam Pengajaran
Guru perlu merancang sesi pengajaran dengan baik supaya ianya mampu memberi kesan yang
baik kepada pelajar dan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka. Pelbagai strategi
yang boleh guru gunakan apabila melakukan sesi pengajaran dengan menggunakan ICT seperti
persembahan elektronik, video, gambar dan permainan. Guru juga boleh menggunakan perisian
Microsoft Powerpoint bagi mempersembahkan maklumat kepada pelajar dengan pelbagai cara
dan grafik yang menarik. Rosnaini Mahmud, Mohd Arif Hj. Ismail & Jalalludin Ibrahim (2011)
ada mengatakan dalam kajian mereka bahawa aplikasi persembahan elektronik bukan sahaja
menjadikan pengajaran guru lebih menarik dengan multimedia dan interaktiviti, malahan guru
boleh menggalakkan pelajar menggunakan perisian tersebut untuk pembentangan hasil projek

individu dan kumpulan. Md Nor Bakar & Rashita A. Hadi (2011) mengatakan dalam kajian
mereka bahawa ICT juga menyokong pendekatan konstruktivisme, di mana pelajar
menggunakan teknologi untuk meneroka dan mencapai pemahaman konsep Matematik. Aktiviti
sebegini mengukuhkan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar yang menyemai nilai
pendidikan yang positif seperti kreatif dan inovatif, bersikap bertanggung jawab dan bekerjasama
antara satu sama lain, disamping meningkatkan kemahiran kolaberasi dengan rakan. Ini telah
menunjukkan bahawa guru yang menggunakan ICT dalam pengajaran mampu memberi kesan
yang positif kepada pelajar dari segi pelbagai aspek.
Pada masa kini, terdapat pelbagai alat media yang melibatkan penggunaan dan
kemudahan ICT di pasaran yang boleh dimanfaatkan oleh guru agar ianya boleh digunakan
dalam sesi pengajaran mereka. Komputer yang digunakan oleh pelajar mampu dijadikan sebagai
medium untuk menyelesaikan beberapa masalah dalam matematik dengan menggunakan
pelbagai saluran yang ada bagi mendapatkan maklumat. Md Nor Bakar & Rashita A. Hadi
(2011) ada menyatakan dalam kajiannya bahawa komputer membolehkan pelajar menggunakan
pangkalan data atau hamparan elektronik untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai
masalah.Aplikasi multimedia dan internet diintegrasi di sekolah bagi tujuan menjadikan
pengajaran guru lebih berkesan. Guru juga boleh menggunakan sumber yang ada sebagai garis
panduan agar mereka boleh melakukan sedikit inovasi agar ianya dapat disesuaikan dengan tahap
penerimaan pelajar yang pelbagai sekaligus mampu memberi kesan yang baik terhadap
perkembangan pelajar di sekolah. Selain daripada itu, Md Nor Bakar & Rashita A. Hadi (2011)
mengatakan dalam kajian mereka bahawa ICT dapat memperbaiki cara pengajaran Matematik
dan meningkatkan pemahaman pelajar dalam konsep asas.
Penggunaan ICT dalam pengajaran juga mampu membantu guru dalam mengawal
keadaan disipilin kelas dengan baik. Guru akan bertindak sebagai fasilitator dan pelajar
menggunakan perisisan yang disediakan. Ini akan memudahkan guru mengawal kelas dengan
baik. Siti Mardziah (2013) turut menyatakan dalam kajiannya bahawa banyak masa yang
terbuang dan juga menyebabkan berlakunya masalah disiplin di kalangan para pelajar di
sebabkan pengajaran tidak sampai dengan mengunakan kaedah tradisional. Penggunaan ICT
dalam pengajaran juga mampu memberi pendedahan awal kepada pelajar agar mampu
menjadikan mereka seorang pengguna teknologi yang baik dan memanfaatkan mereka di masa
hadapan. Rosnaini Mahmud et all (2011) menyatakan bahawa guru sepatutnya boleh mengguna
6

ICT bukan sahaja untuk pengajaran di sekolah, malahan boleh membantu dan membimbing
pelajar sebagai pengguna teknologi yang bijak. Menurut Hayes (2006), teknologi komputer
membantu dalam pembelajaran pelajar melalui dua cara: Dengan membolehkan pengguna
memperoleh maklumat serta kemahiran dan mempraktikkannya dengan membantu pelajar lain
untuk menguasai kemahiran tersebut dan seterusnya mengaplikasikannya dalam situasi yang
lain.
Pelajar pada masa kini juga merupakan pelajar yang sentiasa mengikut perubahan zaman.
Tahap penerimaan pembelajaran mereka tidak sama dengan pelajar pada zaman dahulu. Pelajar
pada zaman sekarang sentiasa mengharapkan sesuatu yang menarik dipersembahkan oleh guru
dengan menggunakan apa sahaja yang sesuai agar ianya mampu meningkat minat mereka untuk
terus belajar. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab guru agar kehendak pelajar itu
dapat ditunaikan dan menyebabkan mereka berminat untuk terus mengikuti sesi pengajaran yang
telah dirancang oleh guru dengan menggunakan ICT supaya pengajaran akan menjadi lebih
menarik. Md Nor Bakar & Rashita A. Hadi (2011) mengatakan dalam kajian mereka bahawa
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) merupakan salah satu cara untuk
mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan yang berpotensi untuk mengoptimakan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Cabaran Penggunaan ICT Dalam Pengajaran
Walaupun terdapat banyak hasil kajian menunjukkan terdapat banyak kesan yang positif jika
guru menggunakan ICT dalam pengajaran mereka namun masih terdapat ramai guru yang kurang
menggunakan ICT dalam pengajaran mereka. Kebanyakan guru mempunyai tahap kemahiran
teknologi yang sederhana hingga menyebabkan mereka tidak berminat untuk menggunakan ICT
dalam pengajaran mereka. Rosnaini Mahmud et all (2011) turut menyatakan dalam kajian
mereka bahawa sejauh mana guru bersedia serta sanggup mengguna ICT dalam amalan
pengajaran juga banyak bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran teknologi yang ada pada
mereka. Pengetahuan guru dalam menggunakan ICT juga menjadi tonggak utama dalam
merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggunakan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini kerana, guru yang mempunyai pengetahuan
berkenaan dengan ICT adalah tidak semestinya mahir untuk menggunakan ICT.

Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh guru untuk menggunakan ICT dalam
pengajaran mereka seperti tahap pengetahuan teknologi yang rendah dan juga kurang
pendedahan untuk penggunaan perisian yang baharu. Siti Mardziah (2013) juga mengatakan
bahawa para guru juga kurang didedahkan dengan perisian yang baharu menyebabkan guru tidak
berkemahiran menggunakan perisian yang terbaru dan penggunaan komputer di mana
menyebabkan pembelajaran dan pengajaran tidak berjalan dengan lancar. Latihan yang
mencukupi adalah sangat penting kerana ianya dapat membantu guru-guru untuk merancang
sesuatu yang sesuai agar dapat memberi manfaat kepada pelajar sebaiknya.
Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklumat
berkenaan dengan demografi guru, tahap kemahiran asas ICT guru serta cabaran terhadap
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Seramai 35 orang guru
matematik sekolah rendah dipilh secara rawak bertujuan (Purposive Random Sampling) untuk
menjadi responden kajian. Responden yang dipilih secara bertujuan daripada beberapa buah
sekolah rendah di daerah Hulu Langat. Responden diminta untuk menjawab instrumen yang
diberikan. Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan:
1) Analisis deskriptif pula untuk melihat Skor dan Min cabaran yang dihadapi oleh guru
sekolah rendah dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
matematik.
2) Ujian-T Tidak Bersandar bagi melihat perbezaan tahap kemahiran asas ICT berdasarkan
jantina.
3) Ujian ANOVA 1 Hala perbezaan tahap pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran matematik berdasarkan tempoh pengalaman mengajar.

Data diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada Rosnaini
Mahmud, Mohd Arif Hj. Ismail & Jalalludin Ibrahim (2011) dan daripada Md. Nor Bakar &
Rashita A. Hadi (2011). Bahagian A terdiri daripada lima item yang meliputi aspek jantina,
pengalaman mengajar, kelulusan ikhtisas, subjek pengkhususan dan kemudahan komputer riba.
Bahagian B terdiri daripada 7 item bagi mengetahui kursus ICT yang pernah dihadiri. Bahagian
C terdiri daripada 5 item yang mengukur tahap kemahiran asas ICT guru berdasarkan lima jenis
aplikasi ICT iaitu pengoperasian komputer, pemprosesan perkataan (Word), persembahan
elektronik (PowerPoint), hamparan elektronik (Excel), dan Internet. Bahagian D terdiri daripada
tujuh item yang mengukur penggunaan aplikasi ICT bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Bahagian E terdiri daripada 7 item yang mengukur halangan dihadapi oleh guru dalam
menggunakan ICT di sekolah.
Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen
Instrumen kajian ini telah diubahsuai daripada kajian lepas. Kesahan kandungan dan kesahan
muka telah disahkan oleh pakar-pakar yang telah dipilih oleh pengkaji terdahulu. Manakala
kebolehpercayaan soal selidik telah diperoleh berdasarkan satu kajian rintis yang diadakan oleh
sebelum kajian sebenar. Kajian rintis tersebut melibatkan 30 orang guru yang dipilih secara
rawak dari sebuah sekolah lain. Hasil kajian rintis kebolehpercayaan bagi keseluruhan item
adalah 0.7. Menurut DeVellis (2003), sekiranya nilai Cronbach Alpha melebihi 0.7, maka
instrumen yang digunakan adalah dalam keadaan yang baik dan boleh dipercayaai.
Prosedur Penganalisisan Data
Maklumat-maklumat yang diperoleh daripada borang soal selidik akan dikodkan dan
dimasukkan ke dalam komputer. Data-data akan diproses dan dianalisis menggunakan program
Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 19.0.
Analisis Deskriptif
Statistik yang digunakan ialah skor min, sisihan piawai, kekerapan, peratusan dan juga
interpretasi skor min seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1: Jadual Skala Skor Min
9

Bahagian
Tahap Kemahiran Asas ICT

Tahap Pengintegrasian ICT

Skala Skor Min

Kategori

1.00 1.99
2.00 2.99
3.00 4.00
0.00 1.33
1.34 2.67

Rendah/ Kurang Mahir


Sederhana/ Mahir
Tinggi/Sangat Mahir
Rendah
Sederhana

Halangan Guru
2.68 4.00
Tinggi
Menggunakan ICT
Sumber : Rosnaini Mahmud, Mohd Arif Hj. Ismail & Jalalludin Ibrahim (2011)
Analisis Inferensi

Statistik inferensi adalah statistik yang pengkaji gunakan data sampel daripada sesuatu populasi
untuk membuat inferensi terhadap sesuatu populasi itu. Ia boleh digunakan untuk menghuraikan
perhubungan antara suatu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain (Chua 2006). Statistik
inferensi yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian-t tidak bersandar, analisis varians
(ANOVA satu hala).

Dapatan Kajian
Profil Responden
Responden kajian terdiri daripada 35 orang guru-guru sekolah rendah yang mengajar mata
pelajaran Matematik di daerah Hulu Langat, Selangor. Profil lengkap responden adalah seperti
dalam Jadual 2.
Jadual 2 : Profil Demografi Responden
Latar belakang
Jantina guru

Pengalaman

Responden
Lelaki
Perempuan
Jumlah
Kurang 5 Tahun
6 10 Tahun
11 15 Tahun
Lebih dari 15 Tahun

Frekuensi
15
20
35
5
11
5
14
10

Peratusan
42.9
57.1
100.0
14.3
31.4
14.3
40.0

Kelulusan

Subjek
Pengkhususan
Kemudahan
Komputer Riba

Jumlah
Sijil
Diploma Pendidikan
Sarjana Muda
Lain-lain
Jumlah
Bahasa
Sains & Matematik
Lain-Lain
Jumlah
Ada
Tiada
Jumlah

35
0
8
27
0
35
8
20
7
35
35
0
35

100.0
0
22.9
77.1
0
100.0
22.9
57.1
20.0
100.0
100
0
100.0

Daripada analisis deskriptif yang dijalankan, didapati seramai 15 orang (42.9%) guru
lelaki dan 20 orang (57.1%) guru perempuan telah menjadi responden dalam kajian ini. Dalam
melihat kepada aspek pengalaman mengajar, responden yang mempunyai pengalaman kurang
daripada 5 tahun pengalaman terdiri daripada 5 orang (14.3%), pengalaman 6-10 tahun terdiri
daripada 11 orang (31.4%), 11-15 tahun 5 orang (14.3%) dan pengalaman mengajar melebihi 15
tahun adalah seramai 14 orang (40.0%). Dalam menilai kelulusan tertinggi para responden,
majoriti responden mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda iaitu 27 orang (77.1%) manakala
Diploma Pendidikan seramai 8 orang (22.9%). 8 (22.9%) orang responden mempunyai subjek
pengkhususan Bahasa, 20 (57.1%) orang subjek pengkhususan Sains dan Matematik dan 7 (20%)
subjek pengkhususan Lain-lain. Kesemua responden juga mempunyai kemudahan komputer riba.
Tahap

Cabaran Atau

Halangan

Pengintegrasian

ICT Dalam

Pengajaran

Dan

Pembelajaran Matematik
Hasil analisis tahap halangan atau cabaran pengigterasian ICT dalam penagajaran dan
pembelajaran Matematik akan dinyatakan dalam bahagian ini. bincangkan dalam bahagian ini.
Halangan guru dikaji dalam pengigterasian ICT berdasarkan aspek bilangan komputer tidak
mencukupi, spesifikasi komputer yang ketinggalan, gangguan talian internet, kekurangan
perisian pengajaran yang sesuai, masa pengajaran yang tidak mencukupi, kurang bantuan
sokongan pihak pentadbir, serta kurang bantuan teknikal. Jadual 3 menunjukkan hasil analisis
berdasarkan aspek-aspek yang dikaji.

11

Jadual 3 : Skor min dan sisihan piawai halangan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik.
Aspek
Bilangan
mencukupi

komputer

Spesifikasi
komputer
ketinggalan
Gangguan talian internet

tidak
yang

Kekurangan perisian pengajaran


yang sesuai
Masa pengajaran yang tidak
mencukupi
Kurang bantuan sokongan pihak
pentadbir
Kurang bantuan teknikal
Halangan Pengintegrasian ICT
Dalam
Pengajaran
Dan
Pembelajaran Matematik

Skor min

Sisihan Piawai

Tahap

2.857

.8667

Tinggi

2.3714

.6456

Sederhana

2.6

.7746

Sederhana

2.4857

.7810

Sederhana

2.9429

.6835

Tinggi

2.9143

.7424

Tinggi

2.6

.7365

Sederhana

2.6778

.7471

Tinggi

Berdasarkan jadual 3, didapati bahawa secara keseluruhannya guru matematik sekolah


rendah mempunyai halangan atau cabaran yang pelbagai meliputi 7 aspek. Hasil analisis
menunjukkan guru mempunyai halangan pada tahap sederhana bagi aspek spesifikasi komputer
yang ketinggalan, gangguan talian internet, kekurangan perisian pengajaran yang sesuai dan
kurang bantuan teknikal dengan skor min antara 2.37 hingga 2.6.
Bagi meneliti tahap persetujuan responden ke atas setiap item, analisis frekuensi item
telah dijalankan seperti dalam Jadual 4.
Jadual 4 : Analisis kekerapan dan skor min item halangan pengintegrasian ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik.
Item Halangan Pengintegrasian ICT
Dalam Pengajaran Dan
Tidak
Pembelajaran Matematik
Setuju

Skor
Min

Kekerapan dan Peratus


Kurang
Setuju

12

Setuju

Sangat
Setuju

Bilangan komputer tidak


mencukupi

4
(11.4%)

8
(22.9%)

18
(51.4%)

5
(14.3%)

2.857

Spesifikasi komputer yang


ketinggalan

2
(5.7%)

19
(54.3%)

13
(37.1%)

1
(2.9%)

2.3714

Gangguan talian internet

2
(5.7%)

14
(40.0%)

15
(42.9%)

4
(11.4%)

2.6

Kekurangan perisian pengajaran


yang sesuai

2
(5.7%)

18
(51.4%)

11
(31.4%)

4
(11.4%)

2.4857

Masa pengajaran yang tidak


mencukupi

0
(0.0%)

9
(25.7%)

19
(54.3%)

7
(20.0%)

2.9429

Kurang bantuan sokongan pihak


pentadbir

0
(0.0%)
2
(5.7%)

11
(31.4%)
13
(37.1%)

16
(45.7%)
17
(48.6%)

8
(22.9%)
3
(8.6%)

Kurang bantuan teknikal

2.9143
2.6

Pengujian Hipotesis
Pengujian hipotesis dalam kajian ini menggunakan analisis ujian-T sampel tidak bersandar dan
ANOVA satu hala. Bahagian ini akan membincangkan hasil dapatan analisis.

Perbezaan Tahap Kemahiran Asas ICT Berdasarkan Jantina


Hipotesis yang diuji adalah seperti berikut:
Ho1: Tidak terdapat perbezaan siginifikan skor min tahap kemahiran asas ICT berdasarkan
jantina.
Hasil analisis untuk menguji hipotesis tentang perbezaan siginifikan skor min tahap kemahiran
asas ICT antara guru lelaki dan perempuan adalah seperti jadual 5.

Jadual 5 :

Tahap Perbezaan Kemahiran Asas ICT Antara Guru Lelaki Dan Perempuan.

13

Jantina

Bilangan

Min

Sisihan
Piawai

Nilai-t

Tahap Signifikan

Lelaki
Perempuan

15

3.2000

.41404

.926

.361

20

3.3200

.35184

Berdasarkan Jadual 5 didapati nilai-t bagi perbandingan tahap kemahiran asas ICT bagi
guru lelaki dan guru perempuan ialah t=0.926 dan tahap signifikan p=0.361. Tahap signifikan ini
lebih besar daripada 0.05 (p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul diterima. Jadi, tidak terdapat
perbezaan yang signifikan tahap kemahiran asas ICT bagi guru lelaki dan guru perempuan. Skor
tahap kemahiran asas ICT guru lelaki (min=3.200) adalah lebih kecil daripada guru perempuan
(min=3.3200). Ini bermakna tahap kemahiran asas ICT guru lelaki dan guru perempuan adalah
sama.

Perbezaan Tahap Pengigterasian ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran


Matematik Berdasarkan Tempoh Pengalaman Mengajar
Hipotesis yang diuji adalah seperti berikut:
Ho2: Tidak terdapat perbezaan siginifikan skor min tahap pengigterasian ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran matematik berdasarkan tempoh pengalaman mengajar.
Hasil analisis untuk menguji hipotesis tentang perbezaan siginifikan skor tahap pengigterasian
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik berdasarkan tahap kemahiran asas
ICT adalah seperti jadual 6.

Jadual 6 :

Taburan Tahap Pengigterasian ICT Guru Matematik Berdasarkan Tempoh


Pengalaman Mengajar.

14

Pengalaman Mengajar

Bilangan (N)

Skor Min

Sisihan Piawai

5
11
5
14
35

3.4000
3.2208
3.2286
3.2245
3.2857

.15649
.22464
.12778
.34411
.18004

Kurang 5 Tahun
6-10 Tahun
11-15 Tahun
Lebih 15 Tahun
Jumlah
Jadual 6.1 :

Ujian ANOVA Satu Hala Bagi Tahap Pengigterasian ICT Guru Matematik
Berdasarkan Tempoh Pengalaman Mengajar.

Pengigterasian ICT Guru


Matematik Berdasarkan
Tempoh Pengalaman
Mengajar
Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah

Jumlah
Darjah
Min Kuasa Dua
Kuasa Dua Kebebasan
.133
2.207
1.102

3
31
34

.044
.071

Nilai F

Signifikan

.624

.605

Berdasarkan Jadual 6.1, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min tahap
pengigterasian ICT guru Matematik berdasarkan tempoh pengalaman mengajar guru (F(3,
31)=0.624; P=0.605, p<0.05). Tahap pengigterasian guru yang berpengalaman mengajar kurang
5 tahun (M=3.400, S.P=0.15649) dan guru yang berpengalaman mengajar 11 hingga 15 tahun
(M=3.2286, S.P=0.12778) adalah lebih tinggi berbanding guru yang berpengalaman mengajar 6
hingga 10 tahun (M=3.3163, S.P=0.15013). Maka hipotesis nul tidak berjaya ditolak dan
membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pengigterasian ICT
guru Matematik berdasarkan tempoh pengalaman mengajar.

Perbincangan
Tahap Cabaran Atau Halangan Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik
Secara keseluruhannya guru matematik sekolah rendah mempunyai cabaran atau halangan yang
pelbagai dan berbeza dalam pengigterasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Antara masalah yang sering dihadapi oleh guru adalah aspek spesifikasi komputer yang
15

ketinggalan dan tidak mengikut peredaran masa, gangguan talian internet ketika menggunakan
komputer, kekurangan perisian pengajaran yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan kurang
bantuan teknikal daripada orang yang mahir untuk membantu melancarkan proses pengajaran
dan pembelajaran Matematik.
Hasil dapatan ini juga hampir menyamai dapatan kajian yang dijalankan oleh Jones
(2004). Penulis mendapati bahawa tujuh halangan yang wujud semasa pengintegrasian ICT
dalam pengajaran ialah guru kurang berkeyakinan semasa pengintegrasian (21.2% responden),
kurang capaian terhadap sumber (20.8%), kekurangan masa untuk membuat pengintegrasian
(16.4%), kurang latihan yang efektif (15.0%), menghadapi masalah teknikal semasa perisian
digunakan (13.3%), kurang capaian individu semasa penyediaan bahan pengajaran (4.9%) dan
usia guru (1.8%).
Kebanyakan komputer yang ada di sekolah mempunyai spesifikasi yang ketinggalan, hal
ini akan menyebabkan guru sukar untuk menggunakan perisian-perisian yang baru kerana
perisian tersebut tidak dapat disesuaikan dengan spesifikasi yang ada pada komputer. Selain
daripada itu, masalah kekurangan komputer di sekolah sering menganggu guru untuk
mengigterasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Hal ini kerana bilangan
komputer yang ada adalah tidak selari dengan bilangan pelajar yang ada. Apabila keadaan ini
terjadi, pelajar tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya ketia pengajaran. Masalah
kekangan masa juga menjadi beban kepada guru kerana pelajar perlu bergerak ke bilik komputer,
ini akan melibatkan masa yang panjang dan urusan penyediaan alat kelengkapan pengajaran juga
memerlukan masa. Secara tidak langsung masa yang tinggal untuk pengajaran akan berkurangan
dan membebankan guru untuk menghabiskan silibus yang ada.

Perbezaan Tahap Kemahiran Asas ICT Berdasarkan Jantina


Secara keseluruhannya didapati bahawa tidak terdapat perbezaan anatara guru lelaki dan guru
perempuan berkaitan dengan tahap kemahiran asas ICT. Hal ini telah menunjukkan bahawa
perbezaan jantina tidak memberi kesan kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan ICT.
Kebanyakan guru pada masa kini telah didedahkan dengan pelbagai kursus yang berkaitan
dengan kemahiran asas ICT. Maka tidak hairanlah jika guru perempuan dan guru lelaki tidak
16

mempunyai perbezaan dari segi kemahiran asas yang dimiliki. Menurut Norizan Abdul Razak
(2003) terhadap 60 orang guru pelatih di Institut perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani,
Kedah mendapati 60% guru pelatih belajar tentang ICT dalam pengajian di institut. Sejumlah
27% belajar sendiri dan 18% belajar daripada luar pengajian di institut perguruan. Untuk
pengetahuan membina perisian multimedia, 90% menyatakan mereka belajar dalam pengajian di
institut perguruan.
Selain daripada itu, Jeannette (2001), mendapati 86% guru mempelajari teknologi
berasaskan komputer daripada kawan, 80% belajar sendiri dan 24% belajar daripada kursus yang
dianjurkan oleh agensi tertentu. Ianya menujukkan bahawa guru-guru sentiasa mempelajari
kemahiran asas ICT samada secara langsung ataupun tidak langsung.
Perbezaan Tahap Pengigterasian ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Matematik Berdasarkan Tempoh Pengalaman Mengajar
Secara keseluruhannya kajian ini telah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan dalam pengigterasian ICT melibatkan tempoh pengalaman guru mengajar. Keputusan
ini juga selaras dengan kajian oleh Howard dan Mendelow (1991) yang mendapati tidak terdapat
perbezaan yang signifikan dari segi umur dalam penggunaan komputer. Hal ini menunjukkan
bahawa guru yang lama dan guru yang baharu juga mampu untuk mengintegrasikan ICT dalam
pengajaran Matematik.
Perbincangan dan pertukaran idea hendaklah kerap diadakan antara guru yang baharu dan
guru yang lebih berpengalaman agar dapat berkongsi idea dan pengalaman sekaligus dapat
membantu menghasilkan pengajaran yang baik dan berkesan kepada pelajar.

Kesimpulan & Implikasi


Secara umumnya dapatlah disimpulkan bahawa guru matematik sekolah rendah menghadapi
pelbagai cabaran dalam pengigterasian ICT seperti masalah kekurangan komputer, kekurangan
masa untuk mengigterasikan ICT, gangguan internet dan kurang bantuan teknikal daripada yang
mahir. Maka, diharapkan dengan kajian ini dapat membuka minda semua guru dan pihak-pihak
yang berkaitan supaya penyelesaian yang sesuai dapat dilakukan agar hasrat Kementerian
17

Pendidikan Malaysia mahu mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dapat berjalan dengan
lancer sekaligus mampu mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Selain daripada itu, hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa guru lelaki dan guru
perempuan masing-masing mempunyai tahap kemahiran asas ICT yang baik dan sama. Oleh
yang demikian, diharapkan dengan segala ilmu yang dimiliki dapatlah dimanfaatkan kepada
pelajar agar mampu memberi sesuatu kelainan dari segi kaedah pengajaran kepada pelajar dan
dapat meningkatkan pecapaian mereka di dalam pelajaran. Guru-guru juga digalakkan untuk
menghadiri pelbagai kursus yang berkaitan ICT agar dapat menghasilkan pengajaran yang
menarik dan sesuai dengan peredaran masa.
Guru yang telah lama berkhidmat hendaklah sentiasa berbincang dan berkongsi idea
dengan guru yang baharu dalam perkhidmatan agar perkongsian idea yang baik dapat
menghasilkan sesuatu yang baik kepada pelajar,guru, sekolah dan negara. Berkongsi idea dan
kemahiran adalah usaha yang sangat baik dalam bidang ICT kerana setiap hari akan berlaku
penambahbaikan dari segi aplikasi, perisian dan perkakasan. Maka, dengan perkongsian terbabit
semua pihak akan beroleh manfaat yang baik.
Pada masa akan datang, pelbagai kajian boleh dilakukan bagi menambah baik kajiankajian yang telah dijalankan pada masa lepas. Pelbagai aspek boleh diterokai melibatkan persepsi
pelajar Matematik sekolah rendah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan juga
keberkesanan penggunaan ICT terhadap pencapaian pelajar.
RUJUKAN
Abd. Rahman Daud. (2000). Kefahaman terhadap konsep penggunaan ICT di dalam bilik
darjah. Proceedings of the International Conference on Teaching and Learning, 609-623.
Charp, S. (2003). Professional Development. Journal Article Excerpt 30: 122-136.
Cuban, L., Kirkpatrick, H. & Peck, C. (2001). High access and low use of technologies in
high school classrooms: Explaining an apparent paradox. American Educational
Research Journal, 38 (4), 813-834.
DeVellis, R.F. (2003). Scale development: Theory and applications (2nd edn). Thousand
Oaks, California: Sage.
Drier, H. S. (2001). Teaching and learning Mathematics with interactive spreadsheets.
School Science and Mathematics, 101 (4), 170-179.

18

Hayes, M. (2006). What do the children have to say? Learning and Teaching with Information
and communications Technology 1: 7-20.
Howard, G.S. dan Mendelow, A.L., 1991, ''Discretionary use of komputers: An empirically
derived explanatory model'', Decision Science, 22: 241265.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS
Publication.
Jeannette, S. (2001). Integrating Information and Communication Technology in Professional
Practice: Based on Survey of Primary and Secondary School in Scottish School. Journal
for Information Technology for Teacher Education 9(2): 167-182.
Johan Eddy Luaran. (2005). Kajian Terhadap Kemahiran dan Aras Keyakinan Guru Terhadap
Aplikasi Teknologi Maklumat (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah
Menengah Daerah Kudat, Sabah. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.
Jones, A. (2004). A Review of the Research Literature on Barriers to the Uptake of ICT by
Teachers. UK: Becta.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Kad Laporan Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.
Lehmann, K. (2002). Excel as youve never seen it. Multimedia Schools, 9 (1), 42-45.
Md Nor Bakar & Rashita A. Hadi. Journal of Science and Mathematics Educational (2011).
Norizan Abdul Razak. (2003). Komputer Competency of In-Service ESL Teachers in Malaysian
Secondary Schools. Doctor of Philosophy Thesis. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosnaini Mahmud, Mohd Arif Hj. Ismail & Jalalludin Ibrahim (2011). Tahap Kemahiran dan
Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari. Jurnal Teknologi Pendidikan
Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011.
Siti Mardziah Binti Aziz (2013). Kesediaan Guru Sekolah Menengah Agama Terhadap
Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran. Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia. Johor.
Soon Yin, T. dan Kooi Guan, C. (2002). Latihan dan Penggunaan Teknologi Dalam PengajaranPembelajaran Guru-Guru. Jurnal 2002 Pendidikan guru 2: 62-72.
Tapscott, D. (2003). Educating the net generation. Dlm. Ornstein, A. C., Behar-Horenstein, L.&
Pajak, E. F. (pnyt.). Contemporary issues in curriculum. Edisi ke-3, 268-272. Boston:
Pearson Education.

19

20

Você também pode gostar