Você está na página 1de 3

Pendidikan merupakan salah satu aset terpenting

yang perlu ada di dalam setiap individu dalam


masyarakat bagi membantu memacu pembangunan
sesebuah negara.

Kepentingan penguasaan ilmu kepada masyarakat


dalam sesebuah negara adalah untuk melahirkan modal
insan berminda kelas pertama yang menjadi nadi
penggerak kepada pembangunan kemajuan negara
secara berterusan. Modal insan ini akan membantu dalam
menghasilkan sesuatu produk yang terbaru bagi
merancakkan ekonomi negara, serta mampu memberikan
saingan terhadap negara luar yang jauh lebih maju.
Maka dengan itu, usaha kerajaan yang telah menjadikan
mata pelajaran sains dan matematik sebagai subjek wajib
yang perlu di ambil oleh setiap pelajar, amat bertepatan
supaya rakyat Malaysia tidak ketinggalan jauh dalam
bidang sains yang menjadi kayu pengukur pembangunan
sesebuah negara. Tambahan pula, pelaburan yang telah
dibuat oleh kerajaan dalam sektor kajian dan
penyelidikan
sains
dalam
pembangunan
industri
berasaskan skop kajian sains dan teknologi, akan
menyuntik pembangunan negara Malaysia secara
konsisten yang berlandaskan teknologi terkini. Hasilnya
dapat dilihat melalui kejayaan Malaysia menempah nama
sebagai sebuah negara hub pengeluar makanan halal
pertama
yang
berjaya
memperkenalkan
kaedah
mengesan wujudnya DNA khinzir di dalam setiap produk

keluarannya. Dengan adanya kemajuan ini, secara


langsung menjadikan negara kita terkenal di mata dunia
sebagai sebuah kuasa besar yang maju dalam bidang
ekonomi dan pendidikan.

Pendidikan juga membantu meningkatkan perpaduan


dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum yang majmuk. Hal demikian disebabkan,
sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh kerajaan pada
masa kini berasaskan pemupukkan semangat perpaduan
integrasi dalam masyarakat sejajar dengan dasar yang
telah diperkenalkan oleh Y.A.B Dato Sri Najib bin Tun
Abdul Razak, iaitu semangat satu Malaysia. Kerajaan juga
memastikan semua kaum yang terdapat di Malaysia
mendapat hak pendidikan yang sama rata tanpa
wujudnya unsur diskriminasi bagi mengelakkan keciciran
dalam sektor pendidikan negara. Justeru, kesamarataan
dalam sistem pendidikan ini dapat mewujudkan
semangat nasionalime dalam kalangan komuniti rakyat
Malaysia tanpa mengambil kira soal latar belakang dan
perbezaan kaum. Hal ini menyemai sikap tanggungjawab
untuk membangunkan negara secara berganding bahu
dalam diri setiap individu.

Selain
itu,
kepentingan
pendidikan
terhadap
pembangunan negara dapat melahirkan wargenagara
Malaysia
yang
terkeluar
daripada
kepompong
kemiskinan. Hal ini demikian, pendidikan dapat

membantu negara mengurangkan golongan miskin tegar


serta melahirkan penduduk berpendapatan sederhana
atau tinggi. Pendidikan kini menjadi nadi terpenting
dalam menjawat jawatan dalam sektor awam dan swasta,
kerana kerjaya untuk mengisi kekosongan dalam sektor
tertentu dinilai berdasarkan tahap pendidikan yang
dimiliki oleh seseorang individu. Dengan adanya
golongan berpendidikan ini, mampu menjadikan sektor
awam dan swasta dijana oleh golongan yang pakar dalam
pelbagai bidang dan
tenaga kerja yang mempunyai
kemahiran tinggi.
Kesimpulannya, pendidikan berperanan amat
penting terhadap pembangunan negara di Malaysia bagi
memastikan pembangunan negara yang manpan.

Você também pode gostar