Você está na página 1de 8
SULIT 1103/2 SULIT 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Mei/Jun 2010 2 jam 30 minit PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI PAHANG 2010 BAHASA MELAYU Tingkatan 4 Kertas 2 Dua Jam Tiga Puluh Minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU. 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan, 2. Jawab semua soatan. 3. Jawapan bagi soalan 2(b), soalan 2(c), soalan 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4. 4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. 5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi & halaman bercetak © 2010 Hak Cipta PRPSM Pahang [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT : 1103/2 Soalan 1: Rumusan [30 markah} Baca petikan di bawah dengan tell, kemudian buat satu rumusan tentang faktor ~ faktor berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja dan langkah - langkah mengatasinya, Panjangnya rumusan hendakiah tidak melebihi 120 patah perkataan. Zaman remaja merupakan peralinan masa ke alam dewasa dan waktu tersebut sangat unik yakni remaja melalui pelbagai perubahan dari segi fisiologi, fizikal dan psikologi. Zaman remaja juga merupakan detik krtikal kerana remaja perlu menyesuai- kan diri bukan sahaja dengan perubahan yang berlaku tetapi juga bertanggungjawab ‘mencari identiti diri dan melakukan persiapan menuju ke alam dewasa yang lebih men- cabar. Kebanyakan remaja berjaya melalui cabaran ini tanpa sebarang masalah besar namun ada sebilangan remaja yang kurang bemasib baik dan gagal mengharungi zaman remaja dengan baik. Hal sedemikian telah menjerumuskan remaja dengan gejala ‘sosial yang Kurang sihat seperti ponteng sekolah, lari dari rumah, ketagihan dadah, seks luar nikah dan jenayah. Mengapakah dan bagimanakah perkara ini boleh terjadi? Tidak dapat dinafikan bahawa di negara kita yang pesat membangun, cabaran remaja lebih mencabar berbanding 10 tahun yang lalu. Remaja sekarang lebih terdedah kepada pelbagai pengaruh negatif sama ada melalui media cetak, media elektronik ataupun internet. Pada masa yang sama, ibu bapa juga sibuk dengan kerjaya masing- masing dan banyak tugas keibubapaan terabai atau diambil alih oleh pembantu rumah. ‘Masa bersama keluarga terhad dan secara tidak langsung merenggangkan hubungan antara ibu bapa dengan anak remaja. Ramai juga remaja menjadi mangsa konflk rumah tangga seperti penceraian, Masalah-masalah ini memberikan tekanan kepada remaja yang amat memerlukan bimbingan daripada ibu bapa dalam proses mencapai kede- wasaan dan mencari identi tersendiri. Selain itu,remaja juga mengalami tekanan untuk mencapai kecemeriangan akade- mik yang amat diutamakan dalam masyarakat sekarang. Tekanan seperti ini menyebab- kan remaja mencari penyelesaian mengikut perspektif mereka. Kita juga harus ingat bahawa pengaruh rakan sebaya amat kuat pada zaman remaja. Oleh itu, sekiranya remaja gagal mendapatkan perhatian dan bimbingan yang sewajamya ¢aripada ibu bapa, mereka akan beralin kepada rakan sebaya. Sementelahan pula, salah satu sifat remaja adalah mencuba sesuatu yang baharu dan mencabar. Remaja yang tidak ‘mendapat perhatian ibu bapa, misalnya mungkin mencari ketenangan di ar dengan ‘mencuba sesuatu yang baharu dan mencabar seperti menagih dadah dan "merempit’. Walau bagaimanapun, faktor yang paling penting menyebabkan remaja mudah terlibat dengan gejala yang negatif adalah kurangnya didican agama ataupun ada didikan agama tetapi sekadar dasar sahaja, tidak diikuti dengan amalan yang sepatutnya dilaku- kan. [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT -t- 1103/2 Justeru, remaja yang bermasalah ini perlu dikenal pasti agar mereka dapat dibantu dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Mereka biasanya menunjukkan pelbagai gejala yang berlainan. Antaranya ialah perubahan emosi daripada seorang yang periang menjadi pendiam atau cepat marah, perubahan sikap daripada orang yang bersopan kepada tidak mendengar nasihat, suka keluar malam dan menyendiri, berkelakuan ganjjl serta berlaku kemerosotan akademik dan kokurikulum. Dengan mengenal pasti remaja yang bermasalah ini, mereka akan dapat dibantu demi menjamin masa depan mereka yang lebih cerah. Secara tidak langsung, negara dapat melahirkan dan membentuk gen- erasi pemimpin yang mampu mencapai hasrat dan aspirasi negara. ‘ (Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Remaja, Kawallah Emosimu’ oleh Dr. Wan Salwina Wan Ismail, Dewan Siswa, Januari 2008) Soalan 2: Pemahaman Soalan 2 (a) - Petikan Umum Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata merenggangkan hubungan. 2 markah) (ii) Apakah antara ciri remaja bermasalah? [3 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah implikasi negatif kepada negara jika gejala ssosial dalam kalangan remaja tidak ditangani? [4 markahy] Soalan 2 (b) Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda send Sekali itu Ceper tiba-tiba mengamuk macam naik angin. Hujan turun di hulu tidak henti-henti dan aimya keruh macam air susu. Habis sampah sarap dipunggah bersama, menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya, memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata. Airnya yang keruh likat itu terhimbau naik ke sawah-sawah yang sedang membun- ‘ting sarat padinya. Pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja. Sudahlah sampah sarap yang diangkut bersama, bangkai-bangkai binatang pun banyak yang terlekat di tiang-tiang rumah kami [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT o4 1103/2 ‘Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga. Dia marah sangat kepada Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas. Ibu menjerit pada bapa yang sejak pagi meninggalkan rumah untuk neik ke bukit berdenak ketitir. Sebelum itu ibu tidak pernah berleter apa-apa, malah ibu bagaikan takut pada bapa yang telah menjadi kaki burung ketitiritu hingga semua hal rumah diserahkan bulat-bulat kepada ibu. Tetapi siang itu, sebelum bapa melangkah pergi bersama-sama denak rajanya, ibu merjerit. Nyaring betul suara ibu. (Dipetik daripada cerpen ‘Ibu dan Ceper’ ‘oleh Shahnon Ahmad, dalam antologi Harga Remeia, DBP. 2009, halaman 102) ()) Apakah yang berlaku jika Ceper mengamuk? [2 markah] (i) Sekiranya anda sebagai ibu, nyatakan tiga tindekan yeng sepatutnya anda ambil untuk menyedarkan ayah supaya tidak terus menjadi kaki burung ketitir? 18 markah] (iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markahy Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Kiasik Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendi Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung melabuhkan geliung panjang di pulau itu untuk mengambil kayu dan air yang telah kehabisan, tetapi gelombang sangat besar dan geliung tidak dapat rapat ke tepi ‘Awang Sulung segera ke jubungnya mengambil bungkusan tulang pelanduk putih lalu mengikatnya pada benang panca warna, dicampakkannya Ke laut. Seketika kemu- dian laut menjadi tenang bagai air di kuali dan dapatiah geliung itu berlabun dengan eloknya. Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya terpinga-pinga sambil tertanya-tanya di manakah mereka berada seka- rang, tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia menda- patkan Tuanku Nakhota Tua. [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT 1103/2 “Ampun Tuanku, patikiah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin.” Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikimya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh pengsan. (Dipetik daripada cerita Pelayaran Yang Penuh Peristiva dalam antologi Harga Remaja, DBP. halaman 32-33) () Apakah maksud terpisat-pisat membelek-belek ? [2 markah (ii) Nyatakan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh jurumudi sebaik sahaja dia tersedar daripada pengsan? [3 markah] (ii) Pada pendapat anda, wajarkah Tuanku Nakhoda Tua mempercayai kata-kata jurumudi? [ markah] Soalan 2 (d) - Sajak Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. DI PERPUSTAKAAN Melangkah ke ruangmu ‘Satu pertukaran yang kontras Dari kehangatan merata Ke kedinginan yang menerpa Terlalu hening di sini ~ Gua pendeta bersemadi Di puncak sepi Di sana sini Kepala-kepala runduk meneliti Mata dan fakir bersebati Maju ke ruang buku Terlalu kerdil aku di sini Terapung di laut ilmu Tercurah berzaman Dalam tak terselam Betapapun kulayari [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT be 1103/2 (a) Bahtera ilmu di sini Tak terteroka Yang akan kucatat Hanya setitik dari tinta Yang aku petik Hanya sebiji dari mutiara Engkau adalah pusaka moyang Gedung peradaban insan Terhimpun berzaman Bersemadi di sini Aku adalah pelayar yang dahaga Di dada samudera Tak berpantai Betapapun kuteguk darinya Dahaga tak pernah langsai Shafie Abu Bakar Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka ()_ Nyatakan perkara-perkara yang dilihat oleh penyajak apabila beliau melangkah turun ke perpustakaan dalam rangkap pertama sajak di atas, [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan perpustakaan kepada pelajar? [8 markah] (ii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas? [4 markah] Soalan 3 : Pengetahun dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soaian. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham Akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (wars, (iv) mewarisi (ii) pewaris (v) warisan (ii) berwaris (vi) mewariskan [6 marke] [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT -7- 1103/2 (b) () @ Kenal pasti ayat-ayat di bawah dan nyatakan jenisnya. (i) Mengapakah awak mengeluh sahaja ni? (li) Antara kebalkan bekerja sendiri adalah bebas memilin tempat kerja. (ii) Amboi,cantiknya kereta baru awak! (iv) Tolonglah, Encik Jason,cubalah awak berterus-terang sahaja dengan saya. (v) Berdasarkan Indeks Pencemaran Udara, cuaca di kebanyakan bandar negara kita pada tahap sederhana kerana masalah jerebu. (vi) Jangan tinggalkan kelas sela ‘amu tidak menyiapkan tugasan ini [6 markah} Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesala- han penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula. (i) Perlumbaan mengejar taraf sosio ekonomi yang lebih tinggi menyebabkan sebahagian besar masyarakat hari ini tidak hiraukan jiran tetangga. (ii) Ponggunaan emel banyak memberi kemudahan untuk berkomunikasi dengan cepat. (ii) Pesakit yang menghidap penyakit kronik tidak terkecuali daripada mengambil anti-biotik selagi belum sembuh supaya penyakit itu dapat diubatkan. [6 markah] Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau Istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan- kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. () Semua peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu diminta melaporkan diri dengan pantas. (ii) Banyak pelajar yang merungut kerana kerosakan penghawa dingin itu yang menyumbang bilik kuliah menjadi panas. (iii) Dalam usaha menghasilkan perpaduan kaum di negara ini, kita mestilah saling bantu-membantu. [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT “8 1103/2 (@) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan penibahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut, (). Golongan wanita kini setaraf dengan golongan lelaki kerana mampu menjadi pemimpin utama di beberapa negara di dunia ini (ii) Pak Kasim yang dibuang kerja itu kini hidup lebih menderita apabila isterinya turut diberhentikan daripada menjadi pembantu rumah di rumah orang kaya itu. (iii) Amalan gotong-royong yang masih dijalankan dalam kalangan masyarakat kampung pada masa kini jelas menunjukkan bahawa hubungan antara jiran masih terjalin erat. {6 maskah} ‘Soalan 4: Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel Renyah karya Gunawan Mahmood. (a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan tema novel tersebut. [7 markah} (b) Berdasarkan novel Renyah, jelaskan tiga pengajaran yang dapat dijadikan pedoman kepada masyarakat, [8 markahy KERTAS SOALAN TAMAT [Lihat halaman sebetsh SULIT

Você também pode gostar