Você está na página 1de 16

1.

PENGENALAN
PERAYAAN DI MALAYSIA

Selamat datang ke Malaysia, negara beraneka budaya, bahasa, agama


dan makanan yang memikat hati. Penyatuan budaya dan sosial yang
berkurun lamanya di antara bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun,
Iban dan lain-lain telah melahirkan masyarakat Malaysia berbilang kaum
yang

hidup

dalam

harmoni.

Sambutan

bersama

pelbagai

perayaan,

sambutan tradisi dan aktiviti kebudayaan di sepanjang tahun memastikan


pelancong tidak mungkin bosan di sini. Terkenal dengan keramahan mereka,
rakyat Malaysia tidak sabar berkongsi acara dan perayaan mereka bersama
kenalan mahu pun pelancong asing. Bagi sambutan perayaan yang meriah,
inilah masanya dan Malaysialah tempatnya.

2.0

PERAYAAN MASYARAKAT MELAYU


2.1

HARI RAYA AIDILFITRI

Hari

Raya

Aidil

Fitri

menandakan

tamatnya

bulan

puasa

(Ramadhan) dan disambut oleh penganut Islam di seluruh dunia. Penduduk


Islam di Malaysia memulakan

hari ini dengan menziarahi kubur diikuti

sembahyang sunat hari Raya dan saling bermaafan antara satu sama lain.
Sanak-saudara serta sahabat handai dijemput ke

rumah terbuka di mana

mereka disajikan dengan pelbagai hidangan tradisional yang

lazat.

Gambar 1 : Umat Islam menziarahi saudara dan sahabat handai.

Gambar 2: Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan dan

kanak-kanak mendapat duit raya.

2.2

HARI RAYA AIDIL ADHA

Hari Raya Aidil Adha juga merupakan perayaan yang disambut


oleh penganut

Islam pada hari ke-10 bulan Zulhijjah. Ianya juga

menandakan para jemaah haji telah

selesai menunaikan fardhu haji di

Mekah, Arab Saudi.


Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan
yang dirayakan di

seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam

Islam selain Aidilfitri yang disambut

pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha

disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan

tiga belas bulan

Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam

10

Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di
pagi 10

Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh

dilakukan samada pada 10

atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan


hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim
dalam menunaikan perintah Allah

dan

ke-sabaran

dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu,

anaknya
salah

Nabi

Ismail
satu

keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban
ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu
selepas khatib

menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum

tenggelam matahari pada hari ke- 13 Zulhijah.

Gambar 3 : Umat Islam baru selesai menunaikan sembahyang


sunat Aidil Adha.

Gambar 4: Umat Islam menyembelih binatang ternakan pada Hari Raya Aidil
Adha.

3.0

PERAYAAN MASYARAKAT CINA.


3.1

TAHUN BARU CINA.


Tahun Baru Cina menandakan hari pertama kalendar Bulan dan

perayaan ini

disambut selama 15 hari. Limau Mandarin dan putik pohon

plum, yang melambangkan

kemewahan serta nasib baik, menghias rumah

penduduk berbangsa Cina, serta

kompleks-kompleks membeli-belah.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun


baru bagi

kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah,

tanglung, mercun dan pakaian cheongsam , ia menjadi simbol tradisi


kemeriahan masyarakat cina.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan
dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak
saudara yang jauh akan kembali

berkumpul.

segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar

Rumah

akan

dicuci

dan

mereka tidak sentiasa

dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar


tengah

malam

bagi

menandakan

bermulanya

tahun

pada

baru

dan

bagi

menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah


limau sebagai simbol

murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim


bunga di China

adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru.

Seperti yang kita ketahui,

terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol

tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa


dahulu Buddha telah menjemput semua binatang

untuk

tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai

mengadapnya,
penghargaan dari

Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak

yang

mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing,


khinzir,

tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu

dan arnab. Kononnya

dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-

tahun ini akan mewarisi sifat dan

untung nasib binatang tersebut.

Tarian naga dan tarian singa berserta paluan gendang yang


bersemangat

menambahkan lagi suasana meriah perayaan ini. Pada

malam sebelum Tahun Baru, ahli keluarga berkumpul menikmati jamuan


makan

malam, diikuti dengan rumah

terbuka

saudara dan sahabat handai pada keesokkan harinya.

meraikan

sanak

Gambar 5 : Tarian singa memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina.

Gambar 6 : Pemberian Ang Pau kepada golongan muda menjadi tradisi di


Tahun Baru Cina.
Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang
berwarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan Kong Hee
Fatt Choy akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud semoga
tahun ini akan membawa kebaikan. Tetamu mula berkunjung membawa
limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ang
pow diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul.
Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging
itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula
akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul
merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang
berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian
naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi
gendang.
4.0

PERAYAAN MASYARAKAT INDIA

4.1

DEEPAVALI

Kejayaan kuasa baik mengalahkan kuasa jahat diraikan oleh penganut


Hindu dalam perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Perayaan
Cahaya pada setiap bulan ke-7 mengikut kalendar Hindu. Di seluruh negara,
upacara sembahyang serta pembersihan dijalankan di kuil-kuil serta
tempat-tempat pemujaan penganut Hindu.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang
bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan
Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil
(antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta
Cahaya.
Deepavali bermaksud sebarisan pelita. Dengan memasang pelita,
mereka

percaya

bahawa

kecerahan

mengatasi

kegelapan,

kebaikan

mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan


mengatasi kejahilan.

Gambar 7 : Perayaan Deepavali juga dinamakan Perayaan Cahaya.


Mitos Hari Deepavali

Mitos yang paling terkenal di kalangan masyarakat India di Malaysia


berhubung tujuan perayaan Deepavali adalah kisah Dewa Krishna
membunuh Narakasura. Seterusnya penduduk kampong telah meraikan
kemenangan Kebaikan menewaskan Kejahatan dengan menyalakan lampu
serta berpesta. Satu lagi mitos yang lebih terkenal di Benua Kecil India
adalah berdasarkan epik Ramayana di mana Rama berjaya membunuh
Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Lalu, mereka bersamasama Sita pulang dari Langka ke Ayodhya. Kepulangan mereka selepas 14
tahun disambut para penduduk dengan menyalakan lampu dan berpesta.
Memandangkan kedua-duanya hanyalah mitos, tidak menjadi masalah kisah
mana satu yang menjadi ikutan dan turutan di kalangan kaum India
beragama Hindu yang menyambut Deepavali. Apa yang penting, simbol
kebaikan atau Cahaya menumpaskan Kejahatan atau Kegelapan adalah
menjadi pegangan utama mereka .
Malam Sebelum Perayaan Deepavali
Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh
seluruh ahli keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan
'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah
diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Kaum wanita juga
pada malam itu akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka
untuk tujuan menghias diri.
Memasang Vilakku
Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang
disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu vilakku.
Lampu vilakku adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah
liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampulampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan
kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan datang melawat rumah mereka

pada masa itu. Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan untuk


menyambut kedatangan Dewi Laksmi.
Kolam atau Rangoli

Gambar 8: Rangoli lambang penyembahan Dewa Lakshmini


Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan kolam atau
rangoli iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan
sebelum tertib matahari. Biasanya kolam ini dibuat di depan pintu rumah
sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat
kesejahteraan.
Kemahiran membuat kolam ini biasanya diwarisi secara turun-temurun.
Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan
cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan.
Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak
hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia
Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa
Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang
mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
Persiapan Di Pagi Hari Deepavali
Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga

akan bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit. Seluruh keluarga akan
mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf
dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Selain itu, upacara
mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit.
Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan
untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke
atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau
nenek.
Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang
suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat
dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba
baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk
dan kejahatan dalam diri seseorang. Kemudian mereka bersembahyang di
rumah atau di kuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke
rumah kaum keluarga. Penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana
patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Manisan dan Juadah Deepavali
Manisan merupakan identiti masyarakat India. Manisan ini bukan
sahaja diminati oleh kaum India tetapi juga masyarakat lain di negara ini
termasuk pelancong asing. Dalam masyarakat India, manisan sering menjadi
acara pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari
perayaan. Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan,
nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah juga sebabnya
manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan.
Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang
terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayursayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah aloogobi
iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, paneer campuran masala

bersama yourgart dan kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain
seperti maruku dan adivasam dan payasam.

Muruku, Neiurundai dan

Atherasam adalah merupakan kuih-muih tradisional orang India.


Pakaian Tradisional Deepavali
Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa
perayaan Deepavali adalah Sari untuk kaum wanita dan Dhoti untuk
kaum lelaki.

Gambar 9 : Pakaian rasmi di Hari Deepavali.

Upacara Sembahyang
Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas
menjalankan upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan
Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan
kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah
meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan
pelbagai manisan yang dinamakan Prasad sebelum pulang ke rumah.
5.0

PERAYAAN MASYARAKAT KRISTIAN


5.1

KRISMAS

Perayaan ini dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb Disember


sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan

dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna warni.
Bungkusan-bungkusan hadiah diletakkan di bawah pokok untuk dibuka pada
hari tersebut Krismas.

Gambar 10 : Pokok Krismas dihias pada perayaan ini.


Carol dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan
koir yang diundang. Tuan rumah akan memberi derma kepada kumpulan koir
tersebut kerana persembahannya. Pada malam tersebut, mereka bergembira
dengan menyanyi dan menari. Kanak-kanak tidak digalakkan mengikut
mereka sebaliknya disuruh tidur kerana semasa mereka tidur, mereka
percaya Santa Claus akan datang membawa hadiah kepada mereka.
Sepertimana perayaan masyarakat lain, pada pagi hari Krismas mereka akan
mengunjungi gereja-gereja untuk upacara sembahyang.

Gambar 11: Santa Claus memberikan hadiah kepada kanak-kanak pada Hari
Krismas.
6.0

PERAYAAN MASYARAKAT DAYAK


6.1

HARI GAWAI

Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb


Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung
beras, gula dan santan disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan
Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang
sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara miring ini diruai
(beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan
dimurahkan rezeki.

Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu

dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada
pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa

penghuni

rumah

panjang

menghantar

piring

persembahan

ke

tiang

pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah
panjang.

Gambar 12 : salah satu tarian yang dipersembahkan semasa Hari Gawai.

Você também pode gostar