Você está na página 1de 15

Memahami Hasutan: Bila Hak Bersuara Bertukar

Menjadi Suatu Kesalahan.


Shamsuddin Suhor
Abstrak
Sesuatu perbuatan, percakapan, pengucapan atau tulisan yang boleh mencetuskan
kegusaran, kemarahan, sakit hati atau menimbulkan perasaan tidak puas hati dan
kemarahan yang akhirnya mendorong mana-mana orang lain untuk melakukan
sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat kepada mana-mana orang, kelompok
orang tertentu, masyarakat atau mengancam ketenteraman awam dan keselamatan
negara adalah merupakan suatu hasutan. Jika perbuatan itu mempunyai
kecenderungan menghasut ia adalah suatu kesalahan. Sama ada sesuatu perbuatan,
percakapan, perkataan yang disuarakan, penerbitan atau penulisan atau apa-apa
benda lain yang menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain
itu suatu kesalahan hasutan atau tidak, ia merupakan persoalan fakta dan juga
undang-undang.
Oleh yang demikian hanya mahkamah sahaja yang akan
menentukan sama ada wujud suatu kecenderungan menghasut sebagaimana yang
disebut oleh undang-undang melalui peruntukan yang sedia ada dalam Akta Hasutan
1948 (Akta 15) dan bukan melalui tafsiran oleh orang perseorangan, individu tertentu,
pengadu laporan polis atau wartawan.
Kata kunci: hasutan; kecenderungan menghasut; Akta Hasutan 1948.

PENGENALAN
Setiap orang bebas untuk berbual, berkata-kata, bercakap, bersuara dan mengeluarkan
pendapatnya sama ada dalam bentuk lisan, rakaman percakapan atau cetakan. Dalam
persekitaran semula jadi, kebiasaannya jika seseorang ingin berbual-bual atau bercakapcakap tentunya ada rakan yang diajak berbual atau bersembang. Jika diminta membuat
ulasan mengenai sesuatu perkara atau dijemput untuk memberi ceramah, syarahan umum,
diskusi atau sesi kuliah akademik sekalipun pastikan seseorang itu bercakap dalam ruang
lingkup tajuk yang diminta atau dalam skop yang dikhaskan kepadanya sahaja.
Kalau seseorang itu bercakap sendirian atau berbual-bual seorang diri, pasti ada masalah
dengan orang tersebut dari segi mentalnya. Kalau sengaja bercakap dalam sesuatu majlis
tanpa diminta untuk bercakap, ada yang tidak kena dengan diri orang yang berkenaan dari
sudut adab dan kesopanannya. Kalau diminta bercakap dan memberi pandangan sekalipun
pastikan percakapan atau pendapat itu tidak menyentuh sesuatu yang di luar daripada skop
pertanyaan atau percakapan yang dikhaskan walaupun perkara berkenaan adalah dalam
bidang kepakarannya untuk memperkatakan tentang sesuatu perkara berkenaan. Apatah

lagi jika percakapan atau pendapat itu disuarakan tanpa diminta oleh sesiapa, sengaja
dilakukan dan isi kandungan pendapat itu pula menyentuh sesuatu perkara yang boleh
mendatangkan mudarat kepada mana-mana pihak lain yang kemudiannya disampaikan,
dicetak dan didedahkan kepada bacaan atau pengetahuan umum lantas mengundang
reaksi berbeza masyarakat maka ini merupakan suatu kesalahan dari sudut perundangan
terhadap orang yang mengeluarkan kata-kata berkenaan.
Kertas ini menjelaskan bahawa hak kebebasan bercakap dan bersuara merupakan hak
mutlak setiap orang berasaskan undang-undang yang sedia ada tetapi apabila hak tersebut
disalahgunakan hak tersebut boleh gugur dengan sendirinya.

Salah satu perkara yang

dibincangkan di sini adalah kesalahan hasutan berdasarkan kepada Akta Hasutan 1948
(Akta 15).

Ia bagi menjawab persoalan bila perbuatan hasutan sabit menjadi suatu

kesalahan.

MEMAHAMI ERTI KEBEBASAN BERCAKAP DAN BERSUARA


Hak kebebasan bercakap atau bersuara disebut sebagai salah satu perkara dalam
Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 10 berdasarkan tajuk ringkasnya iaitu
mengenai kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
Perkara 10 Fasal (1)(a) memperuntukkan bahawa tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4),
tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara. Ini merupakan
salah satu hak asasi di dalam Perlembagaan yang memberi setiap warganegara dan mana-

mana orang yang berada di negara ini untuk bercakap dan bersuara secara bebas. 1 Hak
bercakap dan bersuara juga merupakan hak semula jadi manusia.
Walau apapun hak asasi yang ada pada seseorang manusia, hak bercakap dan bersuara ini
hendaklah dilihat dari sudut perundangan. Ini kerana kebebasan bercakap dan bersuara
yang diberikan kepada setiap orang di Negara ini melalui Perlembagaan merupakan hak
asasi yang diperundangkan. Hak bercakap dan bersuara ini bukan lagi anugerah semula
jadi yang tidak boleh disangkal dan ia juga bukan sesuatu yang pasti menjadi hak miliki
mutlak setiap orang dalam apa hal keadaan sekalipun. Dalam erti kata lain sungguhpun
pada prinsipnya ia adalah hak semula jadi manusia tetapi hak asasi berkenaan telah
diperundangkan dan menjadi perkara yang dikawal dan kini terikat di bawah undangundang. Oleh yang demikian, ia tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan dengan
kebebasan berkenaan, diterjemah, ditafsiran mengikut kehendak perundangan dan bukan
berdasarkan kehendak orang perseorangan. Ini juga bermakna kebebasan yang diberikan
oleh Perlembagaan kepada setiap orang untuk bercakap dan bersuara adalah terikat
dengan undang-undang dan diletakkan di bawah kawalan undang-undang.
Orang ramai perlu memahami beza antara hak asasi semula jadi manusia secara umum
dengan hak asasi yang diperundangkan. Jika Perlembagaan tidak menyebut secara
langsung apa-apa mengenai hak bercakap dan bersuara, maka hak berkenaan tidak
dipedulikan oleh undang-undang. Jika tidak disebut ia tidak termasuk dalam perkiraan
undang-undang. Ia tidak dikawal oleh Perlembagaan. Sebagai contohnya hak untuk makan
dan minum tidak disebut dalam Perlembagaan sedangkan makan dan minum merupakan
1

.
Pernah dibangkitkan dalam kes Mat Shuhaimi Shafiei v. PP [2014]2 MLJ 145 YA Hakim
Mahkamah Rayuan Abdul Malik Ishak JCA dalam penghakimannnya menjelaskan bahawa: Whether
The Freedom Of Speech And Expression Is Absolute? It is patently clear that freedom of speech and
expression is part and parcel of what is called the Fundamental Liberties in the Federal Constitution.
Clause (1)(a) of art. 10 of the Federal Constitution gives every citizen the right to freedom of speech
and expression and it is the most controversial provision in the Federal Constitution compared to the
other provisions under the chapter on Fundamental Liberties. But the right to freedom of speech and
expression is only accorded to citizens and it is not absolute. No one can deny that there must be
some restrictions to this right. Learned judges before us have expressed their views in regard to art.
10 of the Federal Constitution. We now make reference to them and gratefully adopt them in this
judgment. Chang Min Tat J (later SCJ) for instance, in the case of Madhavan Nair & Anor v. Public
Prosecutor [1975] 1 LNS 94; [1975] 2 MLJ 264, at p. 265, aptly said:
Any condition limiting the exercise of the fundamental right to freedom of speech not falling within the
four corners of Article 10 Clauses (2), (3) and (4) of the Federal Constitution cannot be valid.;
Mohamed Azmi J (later SCJ) in Lau Dak Kee lwn. Public Prosecutor [1976] 1 LNS 54; [1976] 2 MLJ
229, hal. 230, I need only add that Article 10(1) of the Federal Constitution guarantees the rights of
every citizen to freedom of speech, assembly and association. These rights are, however, subject to
any law passed by Parliament. Raja Azlan Shah J (later the Lord President as His Majesty then was)
in Public Prosecutor lwn. Ooi Kee Saik & Ors [1971] 1 LNS 113; [1971] 2 MLJ 108, hal. 112, In my
view, the right to free speech ceases at the point where it comes within the mischief of section 3 of the
Sedition Act.

suatu keperluan asasi manusia. Setiap orang dibenarkan untuk makan apa sahaja jenis
makanan yang disukainya dan tiada halangan dan sekatan perundangan dikenakan
terhadap kebebasan untuk menjamu selera. Apabila hak bercakap dan bersuara disebut
dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana Perlembagaan merupakan undang-undang
tertinggi negara ini maka setiap satu yang disebut dalam Perlembagaan adalah terikat
dengan peraturannya sendiri dan tetap menjadi urusan undang-undang.

Apa yang

dimaksudkan ialah peruntukan Perkara 10(2), Perlembagaan Persekutuan seperti yang


berikut:
Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau
mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman
awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi
keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat
peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa
kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau
mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau
mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

Fasal (a) Perkara 10(2) ini meletakkan sekatan terhadap kebebasan bercakap dan bersuara
sekiranya didapati perlu atau suai manfaat sekatan diletakkan demi kepentingan
keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negaranegara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan
untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk
membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa
kesalahan. Inilah yang dimaksudkan dengan hak yang diperundangkan dan ia bukan lagi
hak mutlak bagi setiap orang untuk memperkatakan tentang sesuatu ikut sesuka hatinya
atas andaian ia bebas bersuara.
Peruntukan Perkara 10(4) Perlembagaan Persekutuan seterusnya menjelaskan bahawa
pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau
mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Perkara 10,
Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak,
taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi
oleh peruntukan Bahagian III, Perkara-Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang
berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang4

undang itu. Dalam konteks tulisan ini kata-kata yang diungkapan atau percakapan atau
penerbitan yang mendatangkan mudarat kepada keselamatan awam adalah dikawal oleh
undang-undang.
Sehubungan dengan itu setiap orang harus memahami bahawa hak asasi manusia yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hak asasi yang diperundangkan
dan sebagaimana yang dinyatakan di atas setiap satu yang diperundangkan bermakna ia
tidak lagi bebas seperti sebelumnya kerana ia sudah diletakkan di bawah kawalan undangundang khususnya dari segi pengertian dan maksud apa-apa ungkapan-ungkapan yang
digunakan serta apa-apa tafsiran terhadap pemakaiannya. Setiap orang harus menerima
hakikat bahawa apabila hak bercakap dan bersuara itu menjadi sebahagian undang-undang
ia bukan lagi suatu hak mutlak. Hak bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan kini
menjadi perkara yang diperundangkan. Ia terikat dengan undang-undang dan jelas ada had
batasannya dan batasan itu telah digariskan pula oleh Parlimen melalui undang-undang
yang diluluskan, sebagai contohnya, Akta Hasutan 1948 (Akta 15).
MEMAHAMI ERTI HASUTAN.
Hasutan dalam ertikata masyarakat umum atau orang biasa adalah berkaitan dengan
perbuatan mengapi-api atau menjadikan orang rasa tidak puas hati atau sakit hati terhadap
sesuatu perkara.

Sesuatu perbuatan yang menjadikan orang lain sakit hati terhadap

sesuatu yang disebut atau disuarakan atau sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan
terhadap sesuatu hal perkara atau terhadap mana-mana diri orang tertentu. Sementara itu
Kamus Dewan (2002) menyebutkan menghasut sebagai menjadikan orang sakit hati atau
marah kepada orang lain, mengapi-apikan.

Manakala perkataan menghasut dalam

pengertian umum merupakan suatu perbuatan (tingkah laku), percakapan (kata-kata) atau
penerbitan (tulisan) yang mempunyai sebab. tujuan atau niat tertentu dengan harapan
mendapat perhatian, reaksi dan atau sokongan orang bagi membangkitkan rasa tidak puas
hati (negatif) terhadap sesuatu perkara.
Sementara itu erti menghasut dari sudut perundangan disebut dalam Akta Hasutan 1948
(Akta 15) memperuntukkan seperti yang berikut:2
"menghasut" apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan dengan apa-apa
perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau apa-apa benda lain menjadikan
perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai
kecenderungan menghasut.

Akta Hasutan 1948 (Akta 15), s 2. Tafsiran.

Apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan3, penerbitan4 atau apa-apa benda lain itu
mempunyai kecenderungan untuk mengapi-api atau menimbulkan kemarahan atau
tidak puas hati terhadap sesuatu hal keadaan maka ia adalah sesuatu yang dikatakan
sebagai menghasut. Menurut undang-undang negara ini secara umumnya menghasut
merupakan suatu kesalahan dan hukuman bagi kesalahan menghasut disebut dalam
Akta Hasutan 1948 (Akta 15).
Undang-undang mengenai hasutan dalam konteks tulisan kajian ini merujuk kepada
Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang telah diluluskan di Semenanjung Malaysia pada 19
Julai 1948,5 di Sabah pada 28 Mei 1964,6 di Sarawak pada 20 November 1969.7 Akta
ini kemudiannya telah dipinda akibat daripada kejadian rusuhan kaum pada 13 Mei
1969 ekoran pengucapan calon-calon yang berkempen dalam pilihanraya tahun 1969
berkaitan dengan beberapa persoalan seperti bahasa kebangsaan dan kedudukan
keistimewaan orang Melayu. Ekoran daripada itu Yang Di Pertuan Agong telah
mengisytiharkan dharurat pada 15 Mei 1969.

Seterusnya Emergency (Essential

Powers) Ordinance No: 45 of 1970 telah diluluskan menjadikan beberapa perkara


tertentu sebagaimana yang disebut adalah menjadi suatu kesalahan untuk
dibincangkan. Pindaan yang dilakukan terhadap Akta Hasutan 1948 turut melibatkan
seksyen 3(1) memperlihatkan suatu hal keadaan di mana timbulnya anggapan
undang-undang bahawa apa-apa yang melibatkan isi kandungan seksyen 3(1) Akta
berkenaan adalah dianggap sebaga kecenderungan menghasut (seditious tendency).
Akta Hasutan 1948 diluluskan dengan tujuan untuk menghukum orang yang
melakukan hasutan. Ini bermakna mana-mana orang yang sabit dengan kesalahan
menghasut akan berhadapan dengan hukuman berdasarkan peruntukan Akta
berkenaan.8
BILA DIKATAKAN MENGHASUT?

.
"perkataan" termasuk apa-apa ungkapan, ayat atau bilangan perkataan atau gabungan
perkataan yang berturut-turut yang lain, sama ada secara lisan atau bertulis.
4
.
"penerbitan" termasuk semua perkara bertulis atau bercetak dan segala benda sama ada
atau tidak serupa jenisnya dengan perkara bertulis atau bercetak yang mengandungi apa-apa
gambaran yang boleh dilihat atau yang mengikut rupanya, bentuknya atau dengan apa-apa cara lain
boleh menggambarkan perkataan atau gagasan, dan juga termasuk tiap-tiap naskhah dan keluaran
semula atau keluaran semula substansial apa-apa penerbitan.
5
.
[Ord. No. 14 tahun 1948],
6
.
[P.U. 149/64];
7
.
[P.U. (A) 476/1969]
8
.
Akta Hasutan 1948 (Akta 15) s. 4(1). Apabila disabitkan, boleh bagi kesalahan kali pertama
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi lima tahun;

Persoalan di sini melibatkan pertanyaan bilakah perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan


atau apa-apa benda lain menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda
lain itu menjadi suatu kesalahan hasutan? Sebetulnya persoalan ini mudah untuk dijawab
dengan merujuk terus kepada Akta Hasutan 1948 itu sendiri berdasarkan kepada seksyen
4(1) seperti yang berikut:
4(1). Mana-mana orang yang
(a) melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa persediaan untuk
melakukan, atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan, apa-apa
perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, atau, jika dilakukan, akan
mempunyai kecenderungan menghasut;
(b) menyebut apa-apa perkataan menghasut;
(c) mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau
mengeluarkan semula apa-apa penerbitan menghasut; atau
(d) mengimport apa-apa penerbitan menghasut,
melakukan suatu kesalahan.

Secara umumnya seksyen ini menyebutkan bahawa mana-mana orang yang melakukan
atau cuba melakukan, apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut,
menyebut apa-apa perkataan menghasut, mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan
untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan menghasut atau
mengimport apa-apa penerbitan menghasut adalah melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta Hasutan 1948 ini. Ringkasnya seksyen ini menyebutkan perbuatan yang mempunyai
kecenderungan menghasut adalah suatu kesalahan.

Ini seterusnya membawa kepada

persoalan berikutnya iaitu apakah yang dimaksudkan dengan yang adanya suatu
kecenderungan menghasut?
Akta Hasutan 1948 tidak memberikan erti hasutan dan seolah-olah ada suatu kesukaran
untuk menentukan maksud sebenar hasutan. Ada yang mendakwa bahawa kesukaran itu
semakin jelas dalam usaha untuk menentukan bilakah kebebasan bercakap itu berakhir

atau bertukar menjadi hasutan.9 Bagi menjelaskan perkara ini seksyen 3(1), Akta Hasutan
1948, menyebutkan bahawa sesuatu "kecenderungan menghasut" ialah kecenderungan
(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak
setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;
(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang
diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apaapa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam
wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;
(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak
setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri;
(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang diPertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia
atau penduduk mana-mana Negeri;
(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan
penduduk yang berlainan di Malaysia; atau
(f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan
atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan
Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

Kata kunci dalam seksyen 3(1) di atas melibatkan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan,
penerbitan atau apa-apa benda lain yang mendatangkan kebencian atau penghinaan atau
membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Raja atau Kerajaan; cuba mendapatkan
perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah wilayah yang diperintah oleh
Kerajaan atau menukar Kerajaan yang sah hari ini secara yang tidak sah; mendatangkan
kebencian atau penghinaan atau perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan;
menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan penduduk;
mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan
penduduk; atau mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan,
kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan
merupakan suatu kesalahan menghasut sekiranya ia menepati tafsiran bagi setiap perilaku

.
Mat Suhaimi Shafie lwn PP [2014]2 MLJ 145 pernah dihujahkan ... the definition of the words
"seditious tendency" in s. 3(1)(a) to (f) of the Sedition Act is so vague that no citizen would know the
limit or the boundary to stop while exercising his or her right to free speech and expression; Dalam
membuat penjelasan terhadap perkataan kecenderungan menghasut atau seditious tendency,
mahkamah memetik kata-kata YA Hakim Coleridge dalam kes Rex v. Aldred ... to look at all the
circumstances surrounding the publication with the view of seeing whether the language used is
calculated to produce the results imputed; that is to say, you are entitled to look at the audience
addressed, because language which would be innocuous, practically speaking, if used to an
assembly of professors or divines, might produce a different result if used before an excited audience
of young and uneducated men.

seperti perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau apa-apa benda lain yang mempunyai
kecenderungan menghasut.
Hasutan bermula dengan perbuatan yang melibatkan perkara yang disebut di bawah
seksyen 3(1)(a)-(f).

Apa yang disebut sama ada dalam bentuk perbuatan, ucapan,

perkataan atau penerbitan dalam seksyen 3(1)(a)-(f) merupakan perkara-perkara yang


mempunyai kecenderungan menghasut. Sehubungan dengan itu apabila bercakap sahaja
mengenai salah satu daripada perkara dalam mana-mana perenggan (a) (f) seksyen 3(1)
adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama. Kesalahan
yang dimaksudkan di sini ialah kesalahan hasutan atas sebab perkara yang dilakukan itu
mempunyai kecenderungan menghasut.

Setiap satu yang mempunyai kecenderungan

menghasut adalah merupakan suatu kesalahan. Ini yang dimaksudkan dengan hasutan dan
menyebut perkara yang dilarang inilah yang menjadi kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948
berkenaan.
Dalam erti kata lain mana-mana orang yang melakukan atau cuba melakukan apa-apa
perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut atau menyebut apa-apa perkataan
menghasut10, mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan
atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan menghasut; atau mengimport apa-apa
penerbitan menghasut, adalah melakukan kesalahan hasutan.
PERCAKAPAN YANG MENGHASUT
Persoalan seterusnya ialah bagaimanakah bentuk perbuatan, ucapan, perkataan,
penerbitan atau apa-apa benda lain sebagai yang mempunyai kecenderungan menghasut
atau yang dikatakan sebagai menghasut yang boleh sabit di bawah Akta Hasutan 1948 ini?
Orang ramai tentunya mahu suatu kepastian apakah bahasa, perkataan atau ungkapan
kata-kata atau percakapan atau tulisan yang dikatakan mempunyai kecederungan
menghasut itu. Sebagaimana dijelaskan di atas seksyen 3(1) memperuntukkan ia suatu
.
Sila lihat kes Chua Tian Chang v. PP [ ] yang melibatkan contoh perkataan
menghasut; Bahawa kamu, pada 1 Mac 2013 jam 11.00 pagi di alamat No: 62-2-A, Fraser Business
Park, Jalan Off Metro Pudu, Jalan Yew, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan telah menyebutkan
perkataan menghasut dengan membuatkan kenyataan bahawa: (a) Serangan tembak menembak di
Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakutnakutkan rakyat; (b) Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik
wayang mainan kerajaan UMNO; (c) Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara
kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian
pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah
wujud suasana tidak aman di Sabah; dan (d) Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih
pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing;dan oleh
yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948
(Akta 15) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama.
10

percakapan dan percakapan itu melibatkan sekurang-kurangnya salah satu perkara dalam
perenggan (a)(f) seksyen 3(1) ia adalah suatu kesalahan.

Sebagai contoh, dalam

memutuskan apakah bahasa yang dianggap menghasut, mahkamah dalam Mat Shuhaimi
Shafiei lwn PP11 mengatakan bahawa bahasa yang dianggap menghasut adalah gabungan
persoalan undang-undang dan fakta, dan ianya terpulang kepada mahkamah untuk
memutuskan. Dalam erti kata lain biar mahkamah yang menentukannya sama ada bahasa
atau ungkapan itu suatu hasutan atau tidak. Sungguhpun demikian bagi sesuatu perbuatan
itu terjumlah menjadi hasutan, perkataan-perkataan yang diterbitkan mestilah mempunyai
kecenderungan menyentuh salah satu atau lebih objek-objek yang dinyatakan dalam
seksyen 3(1)(a) hingga (f) Akta Hasutan 1948. Perkara ini kemudiannya diserahkan kepada
mahkamah

untuk

membuat

pertimbangan

sama

ada

mempunyai

kecenderungan

menghasut atau tidak.12 Apa yang perlu dibuktikan di tahap ini ialah percakapan yang
mempunyai kecenderungan menghasut itu telah disuarakan oleh orang berkenaan dan niat
mengeluarkan kata-kata berkenaan adalah tidak penting.13 Apa-apa yang disuarakan itu
adalah melibatkan sekurang-kurangnya salah satu perkara seksyen 3(1) (a)-(f).
KEBENARAN PERKARA YANG DIHASUT
Menghasut menjadi kesalahan bila seseorang itu telah menyebut perkataan-perkataan yang
didakwa sebagai menghasut dan perkataan-perkataan yang disebut adalah dalam kategori
ungkapan kecenderungan menghasut.14

Persoalan seterusnya ditanyakan bagaimana

11

.
Mat Shuhaimi Shafiei lwn PP [2014]2 MLJ 145
.
Tidak timbul salah guna kuasa budibicara oleh mahkamah dalam membuat keputusan sama
ada wujud kecenderungan menghasut atau tidak berdasatkan kepada kes Pendakwa Raya lwn
Karpal Singh A/L Ram Singh[2012] MLJU 208 di mana TPR berhujah bahawa Mahkamahlah yang
menentukan sama ada perkataan-perkataan responden itu mempunyai kecenderungan menghasut.
Dalam membuat pertimbangan tersebut Mahkamah hendaklah menggunakan pendekatan pembaca
biasa (ordinary reader approach) dan menimbangkan keseluruhan perkataan-perkataan tersebut
serta memutuskan apakah impression yang diperolehi oleh pembaca biasa. Kes-kes PP lwn. Fan
Yew Teng (1975) 1 MLJ 176, PP lwn. Ooi Kee Saik & Ors (1971) 2 MLJ 108, Lim Guan Eng lwn PP
(1998) 3 MLJ 14 dan PP lwn. Param Cumaraswamy (1986) 1 MLJ 512 telah dirujuk sebagai otoriti.;
Pendakwa Raya v Karpal Singh A/L Ram Singh[2012] MLJU 208 para 35 Dalam mempertimbangkan
persoalan sama ada perkataan-perkataan responden itu menghasut atau tidak, pandangan saksisaksi yang mendengar perkataan-perkataan tersebut bukan penentunya dan sebenarnya adalah tidak
relevan. Mahkamahlah yang mesti memutuskan sama ada perkataan-perkataan responden itu
menghasut atau tidak [lihat PP lwn Mark Koding]. Mahkamahlah yang mesti membuat garisan yang
memisahkan pandangan atau komen politik dari perkataan-perkataan yang menghasut [lihat PP
lwn. Ooi Kee Saik].
13
.
Sila Lihat Public Prosecutor lwn. Oh Keng Seng, High Court, Seremban. Ajaib Singh J (OCJ).
Criminal Trial No. 2 OF 1976.,18 October 1978 YA Hakim Ajaib Singh The intention of the accused
when he made the speech and used words which are alleged to be seditious is not material or
relevant for it is provided in s. 3(3) of the Sedition Act that the intention of the speaker shall be
deemed to be irrelevant if in fact the words have a seditious tendency. Therefore if the speech of the
accused comes within the provisions of the Act as having a seditious tendency be commits the
offence of uttering seditious words whether or not he intended his speech to have a seditious
tendency.
14
.
Sila lihat PP lwn. Mark Koding (1983)1 ML J III di mana dalam penghakimannya Mohamed
Azmi H. (pada masa itu) menyatakan: "In my view, for the Prosecution to succeed in this case, there
12

10

sekiranya apa yang diperkatakan adalah sesuatu yang benar dan bukan rekaan.
Kebenaran kata-kata tidak penting bagi kesalahan hasutan sebagaimana yang telah
diputuskan berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan. Dalam erti kata lain mana-mana
perbuatan, percakapan atau penerbitan yang tidak termasuk di bawah kecualian seksyen
3(2) adalah suatu kesalahan tanpa mengira sama ada apa yang dilakukan itu benar atau
tidak. Sebagai contohnya, Mahkamah Persekutuan dalam kes Fan Yew Teng lwn Public
Prosecutor15 telah membuat keputusan berdasarkan penghakiman dalam kes Melan bin
Abdullah & Anor lwn Public Prosecutor16 yang terlebih dahulu memutuskan bahawa adalah
tidak penting sama ada sesuatu yang diperkatakan atau ungkapan kata-kata itu sebagai
menghasut itu benar atau tidak. Apa yang diambil kira adalah kecenderungan menghasut
itu wujud. Ini juga turut disebut dalam kes Public Prosecutor lwn Ooi Kee Saik & Ors17 yang
mengatakan the truth of the statements is also irrelevant.
SIAPA BOLEH DIBENARKAN MENGHASUT
Dibangkitlkan di sini adakah sesiapa pernah dikecualikan daripada kesalahan hasutan
kerana mengeluarkan kata-kata yang mempunyai kecenderungan menghasut?

Dalam

Public Prosecutor lwn Oh Keng Seng 197818 dihujahkan bahawa orang politik sepatutnya
diberikan perlindungan sekiranya suatu yang disebut adalah bona fide and fair criticism of
government policies. Mahkamah Tinggi dalam hal ini menjelaskan bahawa: 19
Fair criticism of government policies is not unlawful and is not seditious per se but in
criticising government policies or those of opposite political parties utmost care must
be taken to ensure that the words uttered or published do not otherwise have a
seditious tendency as defined in the Sedition Act. In this case the accused might well
have meant to criticise government policies and opposition political parties but as the

is no necessity to prove that the Accused's speech has caused actual violence or actual adverse
reaction. The Prosecution need only prove under the second ingredient that the words uttered by the
Accused have one or more of the six tendencies enumerated in section 3(1) to render the words
uttered as having a seditious tendency. Thus, all the Prosecution need to prove is that the Accused
has made a speech or uttered words which qualify the speech or words as one having a seditious
tendency.; sila lihat juga Pendakwa Raya lwn Karpal Singh A/L Ram Singh [2012] MLJU 208 para
[55] per YA Hakim Ahmad Haji Maarop HMR Jadi, untuk membuktikan kesalahan di bawah seksyen
4(1)(b) pihak pendakwaan mestilah membuktikan orang kena tuduh itu menyebut perkataanperkataan menghasut. Untuk membuktikan perkataan-perkataan tersebut menghasut, pihak
pendakwaan hanya perlu membuktikan bahawa perkataan-perkataan tersebut mempunyai
kecenderungan menghasut sepertimana yang dijelaskan di bawah mana-mana satu atau lebih dari 6
perenggan di bawah seksyen 3(1)(a) hingga (f). Pihak pendakwaan juga tidak perlu membuktikan
bahawa perkataan-perkataan orang kena tuduh itu telah menyebabkan keganasan sebenar atau
reaksi adverse sebenar.
15
.
[1975]1LNS 38; [1975]2 MLJ 235.
16
.
[1971]2 MLJ 280.
17
.
PP lwn. Ooi Kee Saik & Ors (1971) 2 MLJ 108; [1971] 1 LNS 113 HC
18
.
[1977]2 MLJ 206]
19
.
Public Prosecutor lwn Oh Keng Seng. High Court Seremban. Ajaib Singh J (OCJ), Criminal
Trial No. 2 OF 1976. 18 October 1978.

11

Federal Court has held his speech contained words which had seditious tendencies as
defined in the Sedition Act
Juga dibangkitkan pertanyaan di manakah letaknya garis pemisah di antara kebebasan
bersuara iaitu bila hak bersuara itu tamat dan bila pula terjadinya hasutan. Dalam hal ini
mahkamah pernah menyebutkan seperti yang berikut:
"A line must therefore be drawn between the right to freedom of speech
and sedition. In this country the court draws the line. The question arises: where is the
line to be drawn; when does free political criticism end and sedition begin? In my view,
the right to free speech speech ceases at the point where it comes within the mischief
of section 3 of the Sedition Act. The dividing line between lawful criticism of
Government and sedition is this - if upon reading the impugned speech as a whole the
court finds that it was intended to be a criticism of Government policy or administration
with a view to obtain its change or reform, the speech is safe. But if the court comes to
the conclusion that the speech used naturally, clearly and indubitably, has the
tendency of stirring up hatred, contempt or disaffection against the Government, then
it is caught within the ban of paragraph (a) of section 3(1) of the Act. In other contexts
the word 'disaffection' might have a different meaning, but in the context of the
Sedition Act it means more than political criticism; it means the absence of affection,
disloyalty, enmity and hostility. To 'excite disaffection' in relation to a Government
refers to the implanting or arousing or stimulating in the minds of people a feeling of
antagonism, enmity and disloyalty tending to make government insecure. If the natural
consequences of the impugned speech is apt to produce conflict and discord amongst
the people or to create race hatred, the speech transgresses paragraphs (d) and (e) of
section 3(1). Again paragraph (f) of section 3(1) comes into play if the impugned
speech has reference to question any of the four sensitive issues - citizenship,
national language, special rights of the Malays and the sovereignty of the Rulers.20
Tiada siapa dibenarkan untuk memperkatakan tentang mana-mana perkara yang
terkandung dalam seksyen 3(1)(a)-(f) dan/atau gabungannya dengan kecenderungan
menghasut. Secara umumnya tiada siapa yang mengatasi undang-undang di Negara ini
dalam semua hal termasuk juga soal hasutan melainkan dikecualikan oleh undang-undang
itu sendiri. Ini bermakna setiap orang tertakluk di bawah undang-undang termasuklah Yang
dipertuan Agong, Raja-Raja dan Sultan, ketua kerajaan, pemerintah, pemimpin, ketua, ahli
politik dan orang perseorangan berdasarkan kepada rasional kewujudan jenis-jenis
mahkamah yang disebut dalam Perlembagaan itu sendiri bagi membicarakan setiap orang
yang melanggar undang-undang.
Sungguhpun demikian ini tidak bermakna semua perkara yang disebut dalam seksyen 3(1)
(a)-(f) Akta Hasutan 1948 tidak boleh disentuh langsung oleh sesiapa kerana disebaliknya
ada seksyen 3(2) memberikan penjelasan mengenainya kecualiannya seperti yang berikut:
3(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (1), sesuatu perbuatan, ucapan,
perkataan, penerbitan atau benda lain tidak boleh disifatkan sebagai menghasut semata20

PP lwn Ooi Kee Saik & Ors (1971) 2 MLJ 108

12

mata oleh sebab perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu mempunyai
kecenderungan
(a) bagi menunjukkan bahawa mana-mana Raja telah dikelirukan atau tersilap dalam apaapa langkah yang diambil olehnya;
(b) bagi menunjukkan kesilapan atau kecacatan dalam mana-mana Kerajaan atau
perlembagaan sebagaimana yang diwujudkan oleh undang-undang (kecuali berkenaan
dengan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif
yang disebut dalam perenggan (1)(f) selain yang berhubungan dengan pelaksanaan manamana peruntukan yang berhubungan dengannya) atau dalam perundangan atau dalam
pentadbiran keadilan dengan tujuan hendak membetulkan kesilapan atau kecacatan itu;
(c) kecuali berkenaan dengan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan,
kedaulatan atau prerogatif yang disebut dalam perenggan (1)(f)
(i) bagi meyakinkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah
yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba untuk mendapatkan
perubahan, dengan cara yang sah, apa-apa perkara di dalam wilayah Kerajaan itu
sebagaimana yang diwujudkan oleh undang-undang; atau
(ii) bagi menunjukkan, dengan tujuan hendak menghapuskannya, apa-apa perkara
yang menimbulkan atau yang mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan
perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang
berlainan di Persekutuan,
jika perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu tidak, dengan apa-apa cara
lain, sebenarnya mempunyai kecenderungan menghasut.

Selain daripada kecualian ini mahkamah akan menutuskan sama ada sesuatu hal perkara
itu mempunyai kecenderungan menghasut atau tidak. Sebagai contohnya dalam Melan bin
Abdullah & Anor v. Public Prosecutor21 mahkamah terpaksa membuat pertimbangan sama
ada sub-tajuk ruangan editor sebuah akhbar tempatan yang berbunyi "Abolish Tamil or
Chinese medium schools in this country" suatu penerbitan yang mempunyai kecenderungan
menghasut atau tidak.

Diputuskan bahawa sub-tajuk yang sedemikian itu melanggar

proviso Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai kecenderungan


menghasut di bawah seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948. Dalam erti kata lain, perkara yang
dilarang dalam seksyen 3(1) telah pun diperkatakan dan dibuktikan.

Perkara itu akan

dibawa ke mahkamah bagi menentukan sama ada ia ada kecenderungan menghasut atau
tidak. Hanya mahkamah sahaja yang akan memutuskan ia suatu hasutan atau tidak.

KESIMPULAN
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memberi hak kebebasan kepada setiap orang untuk
bersuara, bercakap dan termasuklah mengeluarkan pendapat persendiriannya atau
menyuarakan pandangan peribadinya.

21

Kebebasan yang diberikan yang diberikan pada

Melan bin Abdullah & Anor v. Public Prosecutor [1971]2 MLJ 280.

13

prinsipnya bukan lagi mutlak kerana ia telah terikat dengan undang-undang sebagaimana
yang disebut dalam kes di atas.
Kebebasan bercakap merupakan suatu yang sangat mudah untuk ditafsir bersandarkan
kepada akal fikiran yang sempurna seorang yang munasabah. Setiap individu yang berakal
sempurna dan rasional harus sedar bahawa dalam kehidupan ini ada hal perkara yang
dibenarkan dan ada yang dihalang, ada yang boleh ada ada yang dilarang. Ini juga adalah
suatu pendekatan semula jadi, selain daripada soal adab dan kesopanan dalam nilai murni
dalam hubungan kemanusiaan.

Sebagai contohnya, ramai beranggapan bahawa

bercakaplah tentang apa sekalipun mengikut perasaan atau keinginan masing-masing


kerana ianya dibenarkan oleh Perlembagaan. Seseorang itu bolehlah bercakap apa-apa
kebaikan mengenai diri sendiri atau cakaplah apa-apapun tentang keburukan diri sendiri,
termasuk menceritakan rahsia peribadinya kepada mana-mana orang pastinya tiada siapa
yang ambil peduli.

Itu adalah haknya untuk bercakap tentang dirinya. Dia boleh bercakap

mengenai dirinya sendiri tetapi seseorang itu tidak boleh sekali-kali bercakap mengenai diri
mana-mana orang lain tanpa persetujuan orang berkenaan. Hak bercakap adalah sekadar
untuk bercakap mengenai diri, perasaannya atau pandangannya yang tidak menyentuh hak
orang lain kerana itu sudah menjadi hak orang lain itu pula. Jika hendak disuarakan
sekalipun ia boleh dilakukan dengan berhati-hati kerana hak untuk bercakap tentang orang
lain sudah terikat dengan peraturan-peraturan tertentu. Ini yang dimaksudkan bercakap
dalam persekitaran yang dikawal oleh undang-undang.

Bercakap di luar batasan garis

perundangan adalah suatu yang tidak dibenarkan dan ia bertukar menjadi suatu perbuatan
yang melanggar Perlembagaan.
Selain bercakap mengenai sesuatu perkara terhadap mana-mana orang lain, pihak-pihak
tertentu, golongan tertentu, pentadbiran atau kerajaan sekalipun tanpa kebenaran atau
persetujuan orang yang berkenaan, seseorang itu juga tidak bebas untuk bercakap
mengenai apa-apa perkara lain yang tidak dibenarkan oleh undang-undang 22. Dalam erti
22

.
Di petik dari kes Mat Shuhaimi Shafiei v. PP[2014]2 MLJ 145 para 35, 36, di mana YA Hakim
merujuk kepada buku , "Freedom under the Law " (Hamlyn Lectures, first series), at pp. 4, 5, 35 dan
36 seperti yang berikut: The freedom of the individual, which is so dear to us, has to be balanced with
his duty; for, to be sure every one owes a duty to the society of which he forms part. By personal
freedom I mean the freedom of every law-abiding citizen to think where he will on his lawful occasions
without let or hindrance from any other persons... It must be matched, of course, with social security,
by which I mean the peace and good order of the community in which we live. The freedom of the just
man is worth little to him if he can be preyed upon by the murderer or thief. Every society must have
the means to protect itself from marauders. It must have powers to arrest, to search and to imprison
those who break the laws.. ... In the last lecture I was concerned with personal freedom... Now I come
to the freedom of his mind and of his conscience. This is just as important, if not more important, than
his personal freedom. To our way of thinking, it is elementary that each man should be able to inquire
and seek after the truth until he has found it. We hold that no man has any right to dictate to another
what religion he shall believe, what philosophy he shall hold, what shall be his politics or what view of

14

kata lain, jika undang-undang menetapkan sesuatu yang dilarang untuk diperkatakan oleh
sesiapa pada bila-bila masa di mana sahaja atau di mana jua maka ia adalah terikat dengan
undang-undang berkenaan. Melanggar peruntukan boleh sabit dengan kesalahan.
Jelasnya di sini setiap orang bebas bercakap dalam persekitaran yang dikawal oleh undangundang dan mana-mana orang yang bercakap mengenai apa-apa peruntukan sah dalam
mana-mana undang-undang bertulis tentang apa-apa kawalan adalah suatu kesalahan.
Bercakap atau bersuara mengenai sesuatu yang disenaraikan sebagai mempunyai
kecenderungan menghasut adalah merupakan suatu kesalahan menghasut. Sama ada ia
benar atau salah, sama ada ia ikhlas atau tiada niat jahat ia adalah suatu kesalahan dan ia
adalah kekal sedemikian. Perlu difahami bahawa apa jua hak yang diperundangkan bukan
lagi merupakan hak mutlak bagi setiap orang kerana telah ada peruntukan lain yang
mengawal hak berkenaan.

Kawalan yang disediakan adalah dibenarkan oleh undang-

undang dan perlu juga difahami bahawa setiap sekatan, kawalan dan larangan ada
peruntukan

pengecualiannya.

Dalam

soal

kebebasan

bercakap,

bersuara

dan

mengeluarkan pendapat serta pandangan, setiap orang ramai perlu bijak menggunakan
haknya.

Shamsuddin Suhor
Fakulti Undang-Undang
Universiti kebangsaanMalaysia
43600
Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel: 019-3032 496; 019-611 8670
e-mail: sudin@ukm.edu.my

history he shall accept. Every one in the land should be free to think his own thoughts - to have his
own opinions, and to give voice to them, in public or in private... and free also to criticise the
government or any party or group of people... Although this principle seems obvious to us, it is on
occasions prone to bring the individual into conflict with the State, or rather with the people who are in
power in the State. This country, just as every country, preserves to itself the right to prevent the
expression of views which are subversive of the existing constitution or a danger to the fabric of
society...

15

Você também pode gostar