Você está na página 1de 16

BUDAYA KERJA

Nilai-nilai Positif dalam


Berpasukan
Pertama, mengadakan majlis syura kerana
ia selaras dengan syariah Islam.
bagi memperoleh kata sepakat dan juga
pertolongan dari pelbagai aspek untuk mencapai
sesuatu yang sukses. Sekiranya seseorang itu
lebih gemar untuk membuat kerja bersendirian
tanpa meminta BUDAYA KERJA BERPASUKAN:
Tingkatkan prestasi BANGUNKAN koperasi Rina
Fairuz binti Jahya Pusat Pentadbiran
Perundangan dan Kepimpinan Koperasi
pertolongan serta pandangan orang lain,
nescaya mereka yang lain akan menjauhkan diri.

Kedua, antara nilai positif yang harus diterapkan


dalam diri seseorang dalam kerja berpasukan ialah
sabar, tidak mudah melenting dan bersikap
merendah diri.
menunjukkan betapa profesionalnya seseorang individu
kepada rakan sekerja atau rakan sepasukan yang akan
lebih tenang dan dapat berfikir secara terbuka dalam
perkongsian idea. Sikap negatif seperti mudah melenting,
tidak sabar, bongkak dan sombong mampu menjejaskan
prestasi atau anggapan orang lain terhadap rakan
sepasukan lain. Seharusnya pupuk nilai positif yang harus
ada dalam budaya kerja dengan sentiasa tersenyum dan
tidak bermasam muka. Senyuman merupakan terapi
pada diri sendiri untuk lebih ceria walaupun menghadapi
pelbagai masalah kerja dan kerja yang mudah diatasi
dengan senang. Ia juga salah satu cara bersedekah yang
paling mudah dan tidak membebankan.

Perbandingan Antara Nilai


Positif dan Nilai Negatif.

Panduan Asas Pembentangan


berkesan.
Kemahiran membentang semakin hari semakin penting
dalam kehidupan kita. Menyedari tentang hakikat ini,
terdapat pelbagai buku-buku dan panduan di luar sana yang
menitikberatkan tentang komunikasi. Namun begitu,
kebanyakannya adalah dalam bahasa asing. Oleh itu, saya,
sebagai seorang pelajar seperti kamu juga telah
menyediakan laman blog ini untuk membantu pelajarpelajar lain mempelajari teknik-teknik untuk membentang.
Saya harap panduan-panduan di sini dapat membantu kamu
untuk tidak lagi gentar dengan sebarang pembentangan
ataupun pertandingan.
1.Mindset Pembentang Cemerlang.
2.Apa itu stage fright?
3.4 Langkah mengatasi stage fright.
4.Powerpoint Berkesan.
5.Bagaimana nak Membentang dengan Berkesan.
6.Komunikasi dalam pembentangan.

Apa yang dimaksudkan dengan mindset yang betul


adalah mereka mempunyai pandangan yang betul
mengenai pembentangan. Apa yang mereka fikirkan?

1. "Pembentangan ialah suatu bentuk komunikasi satu


hala yang mana satu pihak (pembentang) memberi
maklumat kepada kepada pihak yang lain
(penonton)".
2. "Maklumat yang saya akan berikan ialah maklumat
yang telah saya ketahui dari suatu sumber. Tugas saya
adalah untuk menyampaikan maklumat tersebut".
3. "Penonton berhak untuk mempunyai pandangan
yang berbeza mengenai maklumat yang saya
berikan".
4. "Kesilapan adalah perkara yang normal" .

Stage fright merupakan suatu


keadaan gementar apabila
diperhatikan di atas pentas oleh
ramai pihak.
Stage fright sebenarnya adalah
reaksi physiology normal seorang
manusia.

CARA MENGATASI STAGE


FRIGHT

1. Jangan menganggap stage fright sesuatu yang perlu dibimbangkan.


Apabila kamu menganggap stage fright sebagai sesuatu yang perlu dibimbangkan, anda
akan menganggap stage fright itu sebagai suatu ancaman. Akibatnya, badan anda akan
memulakan satu lagi reaksi fight or flight yang kemudiannya menyebabkan anda menjadi
lebih gementar dan panik. Dan jika anda terus bimbang, keadaan ini akan menjadi lebih
buruk. Cuba jangan hiraukan perasaan gementar anda. Percayalah, setiap manusia yang
normal akan mengalami stage fright. Dan ianya perkara yang normal yang membawa makna
ada seorang pelajar biasa yang sihat.
2. Bercakap dan sesuaikan diri.
Mula bercakap dan cuba untuk menyesuaikan diri anda dengan penonton. Mulakan
dengan salam. Dan kemudian, perkenalkan topik anda. Jika boleh, bercakaplah dengan nada
yang santai. Ini akan membuatkan anda lebih selesa dengan penonton dan penonton akan
rasa lebih selesa dengan anda.
3. Bergerak.
Lakukan pergerakan tangan dan kaki. Cuba berjalan sedikit jika anda boleh. Berjalan dan
menggerakkan tangan akan mengurangkan tekanan anda dan jika anda bergerak dengan
betul, anda akan kelihatan lebih relax dan berkeyakinan dari pandangan penonton. Ingat,
'percakapan hanyalah 20% daripada komunikasi'. Namun begitu, berhati-hatilah dengan
pergerakan anda. Jangan sampai terlalu ketara sehingga mengganggu penonton.
4. Fokus pada topik.
Dalam pembentangan, antara perkara yang paling membimbangkan ialah sekiranya
anda lupa apa yang anda patut katakan. 'Blank' secara tiba-tiba di atas pentas akan
menunjukkan kelemahan anda, mengurangkan kredibiliti anda dan akhirnya, merosakkan
pembentangan anda. Oleh itu, pastikan ada tahu apa yang akan anda katakan. Gunakan kad
topik jika perlu, dan pada setiap masa, pastikan anda tahu apa yang akan anda katakan.

Pastikan apa yang ingin anda tunjukkan jelas kelihatan. Seeloknya,


untuk pembentangan menggunakan projector, gunakan background
yang gelap dan teks yang cerah, dengan itu, teks itu akan kelihatan
'bercahaya'. Selain daripada itu, slide pertama atau permulaan
perlulah cukup menarik untuk menarik perhatian penonton.
powerpoint TIDAK PERLU mempunyai terlalu banyak teks.Powerpoint
tidak direka untuk teks yang banyak, ia direka untuk menjadi alat
pembantu persembahan anda. Anda yang mempersembahkan,
bukan Powerpoint. Jika anda perlu menerangkan perkara yang
kompleks dan memerlukan banyak teks, taipkannya kedalam flyer
dan edarkan kepada penonton. Jangan gunakan PowerPoint. Jika
tidak, teks anda akan menjadi terlalu kecil dan sukar untuk dibaca.
dalam Powerpoint, animasi jangan terlalu gempak. Keberkesanan
suatu Powerpoint itu bukan pada animasi. Malahan animasi boleh
memburukkan lagi keadaan. Animasi yang terlalu banyak akan
mengganggu perhatian penonton. Begitu juga dengan gambar yang
tidak berhenti. Ia akan mengganggu perhatian penonton. Cuba
elakkan perkara itu.

Bagaimana untuk
membentang dengan berkesan
Dalam pembentangan, ada tiga
masa yang penting,
Sebelum
Semasa
Selepas

Sebelum
Pastikan syarat-syarat/situasi
pembentangan.
Cari apa yang nak dibentangkan
Bersedia untuk membentang.

SEMASA
FIZIKAL; PAKAIAN, KESIHATAN, SUARA
MENTAL

PEMBUKAAN.
Pembukaan sesuatu pembentangan agak penting. Jadikannya formal dan jangan lupa salam.
Salam pembukaan. Cuba selitkan pantun. Cuba buat kelainan, seperti, mula-mula sekali
pantun, baru salam. Cuba pakai perkataan salam yang baru sepert Salam 1 Malaysia.
Suara meyakinkan. Pastikan pembukaan menarik perhatian. Kalau tidak, tidak bergunalah
pembentangan itu. Cuba dekatkan diri dengan penonton. Ceritakan sedikit tentang diri
sendiri seperti Saya hanyalah manusia biasa seperti kamu juga yang hanya mahu
menyampaikan idea baru. Buat penonton rasa macam kamu kawan mereka. Jangan
berlagak sombong. Atau sombong bodoh. Mak saya selalu kata yang saya sombong pandai.
Saya tak tahulah kalau itu menjadi kesalahan.

PEMBENTANGAN
Yang paling penting di sini adalah untuk memastikan penonton tidak bosan. Jadi, pastikan
kamu mempunyai kekuatan yang cukup untuk memastikan penonton terus berjaga. Tolong
jangan lama sangat. Nanti bosan. Makin lama pembentangan, makin susah untuk
membentang. Jangan putus asa. Teruskan perjuangan. Tarik perhatian penonton. Gunakan
teknik komunikasi berhenti sekejap-sekejap yang berkesan. Antonasi itu penting.

PENUTUP.
Secara perlahan-lahan, turunkan aura kamu. Jangan berhenti mengejut. Bertindak
professional . Minta maaf jika kamu ada buat salah. Pakai pantun kalau boleh. Jangan
bersyair pulak. Saya tak pernah dengar orang buat macam tu. Akhirinya dengan salam.

KOMUNIKASI DALAM
PEMBENTANGAN
Pembentangan adalah suatu bentuk
komunikasi satu hala bertujuannnya untuk
menyampaikan maklumat. Jika maklumat
berjaya disampaikan dengan baik, maka itu
adalah pembentangan yang baik.
Ini aliran prosesnya.
Penghantar mempunyai data.
Penghantar enkod data
Data yang telah dienkod dipanggiL mesej.
Mesej dihantar oleh penghantar.
Mesej diterima oleh penghantar.
Mesej di-dekod menjadi data oleh penerima.
Penerima mempunyai data.

Seterusnya, kita senaraikan balikapa yang kita dah fikirkan tadi.


Buat penonton suka pada kamu.
Buat pembentangan jadi menarik.
Mudahkan komunikasi itu.
Buat penonton sedar yang diorang perlu tahu pasal pembentangan itu.
Jangan biarkan penonton bosan.
Pakai PA sistem.
Gunakan bahasa badan supaya mesej itu lebih jelas.
Tingkatkan Antonasi.
Pakai PA sistem yang berkualiti.
Pakai kertas kajang atau projector.
Pastikan mesej itu senang difahami.
Gunakan perkataan yang mudah.
Gunakan bahasa yang boleh difahami oleh ramai penonton.
Kurangkan detail dalam ayat kita.
Gunakan lebih dari satu deria.
Kuatkan deria penonton.
Minta penonton ambil perhatian.
Cakap dengan lebih jelas.
Bagitau penonton yang data itu penting.
Mampatkan data supaya senang diingat.
Tanya balik data itu dari penonton

Você também pode gostar