Você está na página 1de 2

AKTIVITI PEMERDAGANGAN MANUSIA -- ( KESAN NEGATIF KEPADA NEGARA &

USAHA UNTUK MENGEKANG MASALAH INI)

Sumber Internet

Aktiviti pemerdangan manusia adalah segala bentuk pengeksplotasian ke atas


manusia. Terdapat pelbagai kesan negatif kepada negara disebabkan aktiviti ini
dan beberapa usaha boleh dilakukan untuk mengekang masalah ini daripada
terus berlaku.

Antara kesan negatif aktiviti pemerdangan manusia ialah mencemarkan imej


negara. Aktiviti pemerdangan manusia yang berlaku secara giat di negara ini
akan meninggalkan tanggapan negatif dari negara lain. Hal ini akan
membantutkan pertumbuhan ekonomi di negara kita kerana para pelabur tidak
berminat untuk melabur di negara ni disebabkan masalah pemerdagangan
manusia. Sektor pelancongan yang turut menyumbang kepada pendapatan
negara juga akan terjejas kerana pelancong asing berasa khuatir akan
keselamatan mereka apabila berada di Malaysia.

Selain itu, berlaku peningkatan jenayah di negara ini. Aktiviti pemerdagangan


manusia menyebabkan peratusan kadar jenayah di negara ini kian meningkat.
Sebahagian besar manusia yang diperdagangkan ini terlibat dalam jenayah
seperti pecah rumah, rompakan, sendiket dadah, dan sebagainya untuk mencari
sumber kewangan. Terdapat juga sebahagian daripada mereka yang bekerja
sebagai pelacur bagi mendapatkan duit untuk menampung keperluan hidup.

Seterusnya, aktiviti pemerdangan manusia juga menyebabkan


berlaku penularan penyakit berjangkit. Sebahagian besar manusia yang
diperdagangkan ini berasal dari negara yang mundur seperti Afrika Tengah, India,
dan sebagainya. Golongan ini mempunyai taraf kesihatan yang rendah dan
kebanyakkannya menghidap penyakit berjangkit seperti tibi, virus HIV, dan AIDS.
Pergaulan mereka dengan masyarakat tempatan di negara ini di bimbangi akan
merebakkan penyakit-penyakit berbahaya tersebut.

Antara usaha yang boleh dilakukan untuk mengekang masalah ini daripada
berterusan ialah dengan mengetatkan kawalan di sempadan. Pihak berkuasa
perlulah lebih giat mengawal sempadan di negara ini daripada kemasukan
golongan manusia yang di perdagangankan. Rondaan yang kerap perlu dilakukan
bagi mengenalpasti pintu masuk haram manusia yang di perdangangkan ini.
Kemasukan warga asing ke negara ini perlulah melalui syarat-syarat yang ketat
agar golongan pemerdagangan manusia ini dapat dikesan dan dibawa ke muka
pengadilan.

Di samping itu, pelaksanaan kempen juga boleh dilakukan bagi membendung


aktiviti tidak bermoral ini. Kempen yang diadakan bertujuan untuk memaparkan
kepada umum tentang keburukan aktiviti pemerdangan manusia, denda, dan
hukuman yang boleh dikenakan kepada induvidu yang terlibat dalam aktiviti ini,
dan usaha yang boleh dilakukan untuk membendung gejala ini. Melalui ini, orang
awam akan lebih sedar akan tanggungjawab mereka dalam usaha membendung
aktiviti pemerdangan manusia. Kempen ini boleh dilakukan menerusi media
massa elektronik dan bercetak, seterusnya dipaparkan di sekolah, tempat awam
seperti pasaraya, perhentian bas, dan sebagainya.

Kesimpulannya, aktiviti pemerdagangan manusia haruslah di banteras dengan


segiat mungkin agar isu ini tidak meninggalkan kesan negatif kepada negara.
Semua pihak perlu turun padang bagi membendung aktiviti pemerdangan
manusia ini.
Posted by Pena Cinta at 9:05 PM

Você também pode gostar