Você está na página 1de 15

ASSIGNMENT

MAY 2015 SEMESTER

SUBJECT CODE

: HBPE4303

SUBJECT TITLE

: PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI

LEVEL

: DEGREE

STUDENTS NAME

MATRIC NO.

PROGRAMME

ACADEMIC FACILITATOR :
LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN
PERKARA

MUKA SURAT

1.0 Pengenalan

2.0 Sistem Kardiovaskular

2.1

Lokasi dan saiz

2.2

Meliputi dan dinding

2.3

Bilik dan saluran

2.4

Sistem peredaran darah

3
5
5

2.4.2 Sistem peredaran

5
6

2.5

2.4.1 Sistem peredaran pulmonari

Injap

3.0 Aplikasi Pengetahuan Daya Tahan Kardiovaskular

Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan


Jasmani Di Sekolah.

4.1 Rasional Pemilihan Jurnal Artikel


5.0 Rujukan

12

___________________________HBPE4303 Pengenalan Anatomi dan


Fisiologi_______________________

1.0 Pengenalan
Realiti yang sangat menyedihkan pada hari ini, adalah pendidikan pada masa kini lebih
mengutamakan pretasi akademik iaitu menyediakan murid-murid untuk menghadapi
peperiksaan umum. Keadaan di sekolah tidak menyediakan peluang kepada murid untuk
bersukan dan bergerak. Keadaan bertambah parah apabila institusi keluarga iaitu ibubapa
turut mengikut trend atau peredaran tersebut iaitu menghantar anak-anak mereka ke pusat
tuisyen sejurus selepas sekolah. Akibatnya murid tidak berpeluang untuk bersukan kerana
masa mereka tertumpu untuk belajar. Masalah tersebut tidak berhenti di situ, kemajuan
teknologi yang dicapai pada saat ini telah membantutkan lagi pergerakan murid-murid di
rumah. Anak-anak semakin asyik dengan kesenangannya seperti menonton TV atau bermain
video game.
Dengan penurunan aktiviti bersukan atau jasmani, maka tingkatlah gejala penyakit
hipokinetik(kurang gerak). Kegemukan(obesiti), tekanan darah tinggi, kencing manis dan
lain-lain adalah contoh penyakit kurang gerak. Akibatnya, penyakit kardiovaskular iaitu
jantung tidak lagi menjadi masalah utama orang dewasa, malahan juga sudah menyerang
kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, murid-murid perlulah mempunyai kesedaran tentang
tubuh badan mereka secara anatomi ataupun fisiologinya agar dapat membantu mereka
memahami tubuh badan mereka dengan lebih mendalam dan seterusnya membantu
mengurangkan masalah gejala penyakit hipokinetik.
Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi
juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentul. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun
dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan
Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya.
Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomi kasar(gross) dan
mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata
kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi mikroskopik(histologi) ialah kajian
tisu dengan bantuan mikroskop.

1
1

___________________________HBPE4303 Pengenalan Anatomi dan


Fisiologi_______________________

Fisiologi adalah kajian tentang fungsi sel, organ dan sistem. Organ adalah kumpulan
dari beberapa jaringan untuk melakukan fungsi tertentu di dalam tubuh sedangkan sistem
tubuh adalah gabungan dari organ-organ tubuh yang menjalankan fungsi tersebut. Sistemsistem tersebut adalah sistem pernafasan, pencernaan, peredaran, reproduksi, otot, saraf,
endokrin dann rangka. Pergerakan manusia merupakan hasil daripada aktiviti neuromuscular
yang melibat sistem otot dan sistem saraf. Oleh itu, fisiologi dalam sukan adalah sangat
penting supaya atlet boleh memahami dan belajar sistem-sistem tubuh dan fungsinya.
2.0 Sistem Kardiovaskular
Sistem kardiovaskular merupakan salah satu sistem biologi yang menyokong sistem lain
seperti sistem respiratori, sistem endokrina dan sebagainya untuk berfungsi dengan berkesan.
Sistem kardiovaskular atau dikenali sebagai sistem peredaran darah, terdiri daripada jantung,
sistem sistematik(badan) dan sistem pulmonari(paru-paru), dan kemudian bersambung
dengan jaringan arteri dan vena. Sistem kardiovaskular memainkan peranan yang penting
untuk mengangkut oksigen kepada sel dan membawa keluar sisa metabolism serta produk sel
ke bahagian lain tubuh. Sistem ini penting kerana ia bertindak memastikan peredaran darah
berlaku yang mana penting untuk hidup. Dalam sistem kardiovaskular terdapat tiga bahagian
utama iaitu jantung, darah dan pembuluh darah. Jantung merupakan enjin utama dalam
sistem ini, darah membekalkan badan dengan gas oksigen, nutrient dan sebarang bahan yang
penting, dan kemudian menyingkirkan bahan akhir hasil metabolism dan juga gas karbon
dioksida.
Tulisan pertama yang diketahui tentang sistem peredaran darah dijumpai pada Papirus
Ebers (sekitar abad ke-16 SM), sebuah papirus medis Mesir kuno yang berisikan lebih dari
700 resepi dan ubat. Dalam papirus tersebut telah diketahui bahawa terdapat sambungan dari
jantung ke arteri. Orang Mesir berfikir bahawa udara masuk melalui mulut dan masuk ke
paru-paru dan jantung. Kemudian dari jantung, udara menuju ke seluruh tubuh melalui arteri.
Meskipun konsep tersebut hanya sebahagian yang benar, hal itu merupakan salah satu awal
dari pemikiran ilmiah tentang sistem peredaran darah.

2
2

___________________________HBPE4303 Pengenalan Anatomi dan


Fisiologi_______________________

Pada abad ke-6 SM, ilmu tentang sirkulasi bendalir penting di dalam tubuh telah
diketahui oleh Sushruta dalam Ayurveda pada zaman India Kuno. Dia juga telah mengetahui
wujudnya arteri yang dideskripsikan sebagai saluran. Katup jantung ditemui seorang
doktor dari sekolah Hippocratean sekitar abad ke-4 SM. Namun fungsinya belum benarbenar difahami. Kerana darah berkumpul pada vena setelah kematian dan arteri didapati
kosong. Hal tersebut membuat ahli anatomi kuno menganggap bahwa saluran tersebut
dipenuhi oleh udara dan fungsinya sebagai alat transportasi bagi udara.
William Harvey melakukan penelitian dan hasilnya diterbitkan dalam bukunya Exercitatio
anatomica de Motu Cordis et sanguinis di animalibus pada tahun 1628. Ia menyatakan
bahawa terdapat hubungan langsung antara sistem vena dan arteri di seluruh tubuh dan bukan
hanya pada paru-paru. Beliau juga berpendapat bahwa denyutan jantung menghasilkan
sirkulasi darah secara terus menerus. Pernyataan William Harvey berjaya meyakinkan dunia
kedoktoran. Namun, Harvey tidak dapat mengidentifikasi sistem kapilari darah yang
menghubungkan arteri dan vena. Sistem kapilari darah tersebut ditemukan oleh Marcello
Malpighi pada tahun 1661.
2.1 Lokasi dan saiz
Jantung merupakan otot berongga yang saiznya lebih kurang genggaman tangan tuanya
dan beratnya beratnya lebih kurang 300g. Jantung mempunyai bentuk kon pada satu
bahagian. Jantung terletak pada kawasan tengah toraks, yang mana ia dikelilingi hampir
sepenuhnya oleh paru-paru. Dua pertiga jantung berada pada bahagian kiri dada dan satu
pertiga berada pada bahagian kanan dada. Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan;
lapisan paling luar dipanggil pericardium, lapisan tengah miokardium dan lapisan paling
dalam ialah endokardium. Septum membahagikan jantung kepada bahagian kanan dan
kiri jantung. Setiap bahagian dibahagikan kepada atrium(atau aurikel) dan ventrikel (atau
ruang) di bahagian bawahnya. Jantung dibekalkan dengan sistem vaskularnya sendiri,
iaitu arteri koronari, yang dibahagiakan kepada dua cabang, iaitu kiri dan kanan arteri
koronari. Jantung mengecut sebanyak 70 kali dalam satu minit. Jantung mengangkut
sebanyak 7500 liter darah satu hari tanpa henti.Pergerakan otot jantung dikawal oleh satu
3
3

___________________________HBPE4303 Pengenalan Anatomi dan


Fisiologi_______________________

gentian otot kardiak yang khusus dan nodus sinus, iaitu sekumpulan sel-sel saraf yang
berada pada bahagian dalam dinding atrium, yang saiznya sekumpulan sel-sel sarah yang
berada pada bahagian dalam dinding atrium, yang saiznya sebesar kepala pin, yang
mengawal degupan jantung. Ia juga dikenali sebagai perentak. Peningkatan dan
pengurangan ritma direncanakan oleh nodus sinus yang dicetuskan oleh sarah kardiak.
2.2 Meliputi dan dinding
Selaput yang membungkus jantung disebut pericardium di mana terdiri antara lapisan
fibrosa dan serosa, dalam cavum pericardii berisi 50 cc yang berfungsi sebagai pelumas
agar tidak ada gesekan antara pericardium dan epicardium. Epicardium adalah lapisan
paling luar dari jantung, lapisan berikutnya adalah lapisan miokardium di mana lapisan
ini adalah lapisan yang paling tebal. Lapisan terakhir adalah lapisan endocardium.
2.3 Bilik dan Saluran
Ada empat ruangan dalam jantung di mana dua dari ruang itu disebut atrium dan dua
lagi dipanggil ventrikel. Diantara atrium kanan dan ventrikel kana nada katup yang
memisahkan keduanya yaitu katup tricuspid, sedangkan pada atrium kiri dan ventrikel
kiri juga mempunyai katup yang disebut dengan katup mitral. Kedua katup ini berfungsi
sebagai pembatas yang dapat terbuka dan tertutup pada saat darah masuk dari atrium ke
ventrikel. Ventikal memainkan peranan yang paling utama dalam mengepam darah ke
dalam sistem peredaran. Ventrikel kiri dilengkapi dengan otot yang lebih banyak
berbanding ventrikel kanan. Ventrikel kiri perlu beroperasi dalam keadaan tekanan yang
lebih tinggi berbanding ventrikel kanan.

Ventrikel kiri mengepam darah ke dalam

peredaran sistemik (badan) yang mana jarak yang perlu dilalui adalah lebih jauh
berbanding jarak yang perlu dilalui oleh darah yang dipam oleh ventrikel kanan. Ventrikel
kanan mengepam darah ke dalam peredaran pulmonari. Ventrikel mempunyai dalam 2
fasa keadaan iaitu keadaan di mana ventrikel rehat (diastol); boleh menerima darah
daripada atrium dan keadaan ventrikel mengecut (sistol); menolak darah ke dalam arteri
yang besar dalam sistem peredaran sistemik dan pulmonari. Atrium, Bertindak sebagai
tempat pengumpulan bagi darah yang dibawa masuk semula ke dalam jantung oleh
4
4

___________________________HBPE4303 Pengenalan Anatomi dan


Fisiologi_______________________

vena. Otot dinding atrium lebih nipis berbanding otot ventrikel. Darah yang mengalir
dari atrium kanan ke dalam ventrikel kanan dikawal oleh injap trikuspid sementara darah
yang mengalir dari atrium kiri ke dalam ventrikel kiri dikawal oleh injap mitral. Dari
ventrikel kanan, darah mengalir ke dalam arteri pulmonari tanpa berlaku aliran ke
belakang kerana kehadiran injap pulmonari. Dari ventrikel kiri, darah mengalir melalui
injap aorta ke dalam aorta.
2.4 Sistem Peredaran Darah
2.4.1 Peredaran Pulmonari(Pulmunary Circulation)
Paru-paru merupakan satu-satunya organ yang terlibat dalam peredaran
pulmonari. Darah yang mengandungi kurang oksigen tetapi banyak gas karbon
dioksida mengalir ke dalam arteri pulmonary ke dalam paru-paru, kemudian darah
yang mengandungi banyak oksigen mengalir semula ke dalam jantung melalui
vena pulmonari. Peredaran pulmonari bermula dari dalam atrium kanan.
Kemudian mengalir ke dalam ventrikel. Darah kemudian dipam ke dalam arteri
pulmonary dan kemudian ke dalam kapilari pulmonari(di dalam paru-paru). Ini
merupakan bahagian di mana berlaku pertukaran gas respirasi. Darah akan
menyinkirkan karbon dioksida dan dibekalkan dengan oksigen. Darah ini
kemudian kembali semula ke dalam atrium kiri melalui vena pulmonari.
2.4.2 Sistem Peredaran Sistematik
Peredaran sistematik bermula di dalam atrium kiri. Kemudian darah akan
dipamkan oleh ventrikel kiri ke dalam aorta untuk diagihkan darah yang
mengandungi banyak oksigen kepada semua bahagian badan.
2.5 Injap
Terdapat dua jenis injap, injap atrium-ventrikel(AI) dan injap semilunar(SI). Injap atriumventrikel terletak di antara atrium dan ventrikel dan mengelak aliran semula darah dari
ventrikel ke dalam atrium. Terdapat dua injap atrium-ventrikel, injap trikuspid yang
5
5

___________________________HBPE4303 Pengenalan Anatomi dan


Fisiologi_______________________

terletak pada sebelah kanan jantung dan injap mitral terletak pada sebelah kiri jantung.
Injap semilunar terletak di lokasi di mana darah akan meninggalkan ventrikel, mengelak
aliran semula darah ke dalam jantung. Injap di antara ventrikel dan arteri pulmonari pada
sebelah kanan jantung dipanggil injap pulmonari dan injap di antara ventrikel dan aorta
pada sebelah kiri jantung dipanggil injap aorta. Injap-injap jantung: Atrium dan ventrikel
dipisahkan oleh bahagian yang membentuk injap-injap jantung. Injap-injap ini akan
mengemudi aliran darah di antara ruang-ruang jantung. Injap ini membenarkan aliran
sehala dengan menyalurkan darah ke dalam yang seterusnya dan menghalang aliran balik.
Di bahagian kanan jantung, darah mengalir melalui injap triskupid yang terletak di antara
atrium kanan dan ventrikel kanan. Injap ini mempunyai tiga dedaun atau kelopak di
sebelah kiri jantung pula. Darah mengalir di antara atrium kiri dan ventrikel kiri melalui
injap mitral. Injap mitral juga dikenali sebagai injap bikuspid kerana ia mempunyai dua
dedaun atau kelopak. Bagi membolehkan darah mengalir dari ruang atas ke dalam ruang
bawah, injap-injap tadi mestilah terbuka. Injap-injap ini dikawal oleh perubahan tekanan
darah di dalam setiap ruang tadi. Injap juga terdapat di antara ventrikel dan saluran darah
yang menyalurkan darah keluar daripada jantung. Darah akan mengalir melalui injap
pulmonari yang memisahkan ventrikel kanan dengan arteri pulmonari. Manakala di
sebelah kiri pula darah mengalir daripada ventrikel kiri ke dalam aorta melalui injapaorta.

3.0 Aplikasi Pengetahuan Daya Tahan Kardiovaskular Dalam Pengajaran dan


Pembelajaran Pendidikan Jasmani Di Sekolah.
Pengetahuan tentang anatomi dan fisiologi banyak membantu dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan jasmani. Guru yang berpengetahuan tentang sistem organ muridmurid boleh membantu mereka memahami keadaan murid mereka dengan perlakuan dan
penguasaan kemahiran dalam situasi yang berlainan. Guru hendaklah memahami bahawa
setiap murid mempunyai kecergasan yang berbeza samaada dari segi kesihatan atau fizikal.
Kecergasan ini dipengaruhi oleh kecekapan fungsi sistem organ dalam tubuh mereka untuk
bekerja dengan sempurna. Selain itu, kecergasan ini juga dipengaruhi oleh metabolisma dan
6
6

___________________________HBPE4303 Pengenalan Anatomi dan


Fisiologi_______________________

juga keadaan sekeliling di luar badan mereka. Jadi, guru-guru PJ perlulah mengetahui
pengetahuan ini untuk membolehkan mereka memaksimumkan prestasi mereka semasa
pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Corbin dan Lindsey (2008), kecergasan fizikal dibahagikan kepada dua iaitu
kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan
motor.

Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan terbahagi kepada daya tahan

kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi badan. Manakala
kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan pula terbahagi kepada koordinasi, imbangan,
ketangkasan, masa tindakbalas dan kepantasan. Daya tahan kardiovaskular merupakan
keupayaan bersenam dalam masa yang agak panjang.

Sistem pengaliran darah dan

pernafasan membekalkan oksigen untuk membolehkan aktiviti fizikal yang dijalankan.


Kecergasan fizikal merupakan keupayaan

individu

untuk

berfungsi

secara

berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa
lapang dengan lebih efektif disamping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.
Kecergasan fizikal membawa maksud satu keadaan dimana seseorang itu mempunyai cukup
tenaga untuk melaksanakan tugas-tugas hariannya tanpa merasa letih dan masih bertenaga
untuk kegiatan masa senggangnya. Disamping itu seseorang itu masih mempunyai
tenaga untuk bertindak jika berlaku kecemasan.
Menurut Merrills Health (1990) dalam bukunya yang bertajuk A Wellness
Approach, kecergasan adalah tahap kesihatan fizikal badan yang membolehkan seseorang
yang cergas itu mempunyai ketahanan dan kekuatan otot, kelenturan tubuh badan, ketahanan
sistem jantung dan peredaran darah dan memiliki kontor atau bentuk badan yang menarik
dan tidak mempunyai lemak berlebihan. Kecergasan ini bukanlah suatu yang dapat dicapai
dengan sehari kursus atau seminar hujung minggu tetapi ianya adalah suatu proses
berterusan yang dicapai dengan melakukan aktiviti senaman dan gerakan otot yang teratur
yang dilakukan secara sistematik. Mengekalkan kecergasan adalah proses sepanjang hayat
dan hanya dapat dicapai dengan cara menggabungkan ia menjadi sebahagian daripada gaya
hidup seseorang. Keperluan kepada meningkatkan kecergasan daya tahan kardiovaskular
7
7

___________________________HBPE4303 Pengenalan Anatomi dan


Fisiologi_______________________

adalah sangat signifikan disebabkan komponen ini penting bukan sahaja dalam PdP
Pendidikan jasmani malah dalam semua jenis pertandingan sukan dan permainan dan juga
aktiviti seharian.
Guru boleh memahami kesan senaman terhadap sistem kardiovaskular dan
penyesuaiannya. Selepas itu, guru boleh melihat perbezaan prestasinya secara
berperingkat. Kadar denyutan jantung purata untuk orang dewasa sihat adalah sekitar 60
hingga 80 seminit. Bagi yang tidak aktif mungkin setinggi 100 seminit, manakala atlet
mungkin serendah 25. Mike Tyson 36 denyutan seminit. Jadi kanak-kanak yang normal
adalah dalam linkungan 60- 100. Sebelum senaman bermula, kadar denyutan nadi telah
meningkat berikutan perembesan neurotransmitter yang dipanggil adrenaline dan
noradrenaline atau dikenali juga dengan nama epinephrine dan norephinephrine. Kadar
denyutan jantung maksima; Lelaki 220 Umur, perempuan 226 umur. Ruang di ventrikel
kiri meningkat sebagai hasil latihan daya tahan. Ketebalan otot jantung meningkat dengan
latihan bebanan. Kebanyakan ahli bina badan di Malaysia yang malas buat latihan kardio
biasanya mempunyai jantung yang tebal(kuat) tetapi ruang ventrikel yang sempit. Pernah
ada kes, ada seorang dikejar anjing dan pengsan. Kadar denyutan jantung berkurang dengan
melakukan latihan daya tahan. Jadi, semasa pengajaran tentang kecergasan daya tahan
kardiovaskular, guru boleh menjalankan latihan daya tahan secara berperingkat dan
menerangkannya kepada murid.
Howley dan Franks (1997), pula menyatakan kecergasan merupakan pengukuran
jantung mengepam darah yang kaya dengan oksigen kepada tubuh dan keupayaan mengawal
serta pulih semasa aktiviti fizikal. Miller (1998) memberikan definisi kecergasan adalah
keupayaan tubuh melaksanakan aktivti berintensiti tinggi bagi tempoh masa yang panjang.
Ia meliputi fungsi jantung, paru-paru, darah dan kapasitinya mengangkut oksigen ke semua
bahagian tubuh dan sel otot yang menggunakan oksigen bagi mengekalkan tenaga yang
diperlukan untuk latihan dan aktiviti daya tahan. Jadi, pernyataan tersebut menyokong
bahawa daya tahan kardiovaskular adalah sistem organ yang utama dalam memastikan
kecergasan seseorang murid itu berada dalam keadaan yang baik.
8
8

___________________________HBPE4303 Pengenalan Anatomi dan


Fisiologi_______________________

Berbeza dengan Miller, Robergs dan Roberts (2000), memberikan definisi yang lebih
luas berkaitan kecergasan. Kecergasan meliputi banyak komponen termasuk daya tahan
kardiorespiratori, daya tahan otot, fleksibiliti, komposisi tubuh badan, kekuatan otot dan
kualiti emosi serta psikologi. Istilah kecergasan digunakan untuk menjelaskan komponen
kardiorespiratori dan fungsi otot dari aspek daya tahan, kekuatan dan kuasa. Namun begitu,
aspek fizikal adalah aspek yang sering diberikan penekanan bagi menjamin satu tahap
kecergasan yang memuaskan di kalangan para atlet. Powers dan Howley(2004), pula
menghuraikan bahawa daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan tubuh badan bagi
mengangkut oksigen ke seluruh badab bagi menghasilkan tenaga untuk digunakan dalam
menjalani aktiviti fizikal. Semasa latiahn, badan seseorang perlu meningkatkan keupayaan
dan daya tahan kardiovaskular supaya dapat menghasilkan kerja dengan menggunakan
jumlah oksigen yang maksimum.
Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru perlu memahami
badan dapat menyesuaikan struktur dan fungsinya agar dapat membenarkan sisitem
kardiovaskular menghantar jumlah oksigen yang maksimum ke anggota tubuh yang bekerja
dan meningkatkan penggunanaan oksigen. Pendapat ini disokong oleh Marieb(2004), iaitu
daya tahan kardiovaskular dapat mempertingkatkan kecekapan mekanisme fisiologi jantung.
Corbin dan Lindsey(2005), memberikan definisi yang hampir sama dengan pernyataan
Miller iaitu daya tahan kardiovaskular adalah kemampuan tubuh seseorang dalam
melakukan aktiviti dalam jangka masa panjang tanpa henti.

Pengetahuan-pengetahuan lain yang perlu diketahui oleh seorang guru PJ adalah seperti
berikut:
a) Stroke volume
Stoke volume(isipadu stroke) adalah jumlah darah yang keluar daripada ventrikel kiri
untuk 1 denyutan dan diukur dalam unit ml/beat. Isipadu tidak terlatih biasanya dengan
purata 50-70 m/l beat meningkat ke 110-130 ml/beat, manakala atlet biasanya daripada
90-100ml/beat meningkat ke 150-220 ml/beat. Peningkatan berlaku sekitar 40-60%
9
9

___________________________HBPE4303 Pengenalan Anatomi dan


Fisiologi_______________________

daripada kapasiti ketika rehat. Dalam bahasa mudah, apabila darah dipam lebih
bermakna oksigen dan nutrisi dapat disalurkan lebih. Pembakaran di sel memerlukan
kehadiran oksigen dan bahan bakar. Jadi isipadu stroke membezakan orang biasa dan
atlet. Atlet yang dimaksudkan adalah yang melakukan senaman kardiovaskular(aerobik).
Senaman daya tahan meningkatkan isipadu stroke. Isipadu stroke meningkat dengan
peningkatan ruang di ventrikel kiri.

b) Cardiac output
Cardiac output(kardiak output) adalah jumlah darah yang dipam oleh jantung dalam 1
minit dan diukur dalam unit L/min. Cardiac bermaksud jantung. Kardiak output=isipadu
stroke X kadar denyutan jantung. Secara logiknya, kardiak output tidak berubah
disebabkan isipadu stroke bertambah dan kadar denyutan jantung berkurang.

c) Aliran Darah
Sistem vascular akan mengagihkan lebih darah ke kawasan yang memerlukan(otototot yang bekerja). Sebelum bersenam tidak digalakkan makan kerana ketika bersenam
darah akan ditumpukan ke oto yang bekerja, bermakna kurang darah untuk
menjalankan kerja memproses makanan. Senaman meningkatkan jaringan kapilari
darah dan seterusnya menyebabkan pengedaran darah beroksigen dan bernutrisi lebih
baik.

d) Tekanan darah.
Tekanan darah individu yang sihat adalah sekitar 100-118 mmHg untuk sistolik
dan 60-78 mmHg untuk diasolik. Sistolik merujuk pada kerja dan diastolic rehat.
Tekanan sistolik meningkat ketika latihan manakala tekanan diastolic kekal tidak

10
10

___________________________HBPE4303 Pengenalan Anatomi dan


Fisiologi_______________________

berubah. Tekanan darah menrurun sebagai hasil melakukan latihan daya tahan, sistolik
dan diastolik.

e) Darah
Ketika rehat darah membawa sekitar 20ml oksigen untuk 100ml dalam arteri dan
14ml dalam vena. Arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonary
manakala vena membawa darah oksigen kecuali vena pulmonary. Perbezaan kandungan
oksigen dalam darah dipanggil perbezaan VO2. Senaman meningkatkan perbezaan
VO2. Individu dikatakan mempunyai tahap kecergasan yang tinggi apabila keupayaan
daya tahan kardiovaskular melebihi tahap purata kapasiti aerobik. Kapasiti aerobik
adalah konsep yang digunakan untuk menggambarkan status fungsi sistem
kardiovaskular. ia juga dikenali sebagai VO2 max. VO2 max didefinisikan sebagai
kapasiti penggunaan oksigen yang maksimum oleh tubuh badan semasa melakukan
aktiviti fizikal. Apabila melakukan aktiviti fizikal, keperluan tenaga akan meningkat
sejajar dengan peningkatan kadar kerja sehingga sampai ke penggunaan oksigen yang
maksimum. Oleh itu, semakin tinggi tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular,
semakin banyak jumlah masa bekerja akan menjadi lebih lama sebelum mencapai tahap
kelesuan.

11
11

___________________________HBPE4303 Pengenalan Anatomi dan


Fisiologi_______________________

4.0 Rujukan
Jones & Barlett(1994).Anatomy And Physiology:An Easy Leaner.Sudbury:Original English
Language Edition Publisher.
Mohd Khairi & Borhannudin (2005).Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5.Selangor:
H.l Holdings Sdn. Bhd
Dzulkifli & Jamaliyah(2004). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4. Selangor:H.I Holdings
Sdn. Bhd
Pusat Perkembangan Kurikulum(2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5. Kuala
Lumpur:Kementerian Pendidikan Malaysia.

12
12

___________________________HBPE4303 Pengenalan Anatomi dan


Fisiologi_______________________

Pusat Perkembangan Kurikulum(2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4. Kuala


Lumpur:Kementerian Pendidikan Malaysia.
Argosy.(2009). Visible Body:Discover Human Anatomy Like Never Before. Retrived 2016
from http://www.visiblebody.com/
Donald A.B.(2008). Medline Plus:Trusted Health Information For You. Retrieved 12 Jun
2016 from http://www.nlm.nih.gov/MEDLINEPLUS/ency/imagepages/19678.htm

Circulatory system.Retrieved on 24 May 2016 from


https://en.wikipedia.org/wiki/Circulatory_system

Sistem Peredaran Darah Manusia. Retrieved 8 Jun 2016 from


http://www.pintarbiologi.com/2014/12/sistem-peredaran-darah-manusia.html

13
13

Você também pode gostar