Você está na página 1de 21

1.

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA


(BIDANG KUASA RAYUAN)
RAYUAN NO. B-02(A)-1193-07/2015
ANTARA
NG KONG NGAI
(NO. K/P. 761115-10-5379)
PERAYU/PEMOHON
DAN

1.

AUTO EMASJAYA SDN BHD


(NO. SYARIKAT: 333015-K)

2.

LOW CHEE SANG


(NO.K/P. 781219-14-5445)

RESPONDEN-

RESPONDEN
[Dalam Perkara Saman Pemula No. 24-1304-11/2014 Mahkamah
Tinggi
Di Shah Alam
Dalam Perkara mengenai syarikat JC Asia
Motorsports (M) Sdn Bhd (No. Syarikat:
706249-D)
Dan
Dalam Perkara Seksyen 304(1) Akta
Syarikat 1965
Dan
Dalam Perkara Aturan 5 Kaedah 3, dan
Aturan 88

Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012


Dan
Dalam

bertarikh
Mahkamah
Mahkamah

Perkara

mengenai

4hb Mei 2011 yang diberikan oleh Hakim


Sesyen Puan Syafeera Binti Mohd Said, di
Sesyen Shah Alam dalam Guaman No. 52-

2261-2008
ANTARA
1.

Penghakiman

AUTO EMASJAYA SDN BHD

(NO. SYARIKAT: 333015-K)


2.

LOW CHEE SANG


(NO.K/P. 781219-14-5445)
PLAINTIF
DAN
NG KONG NGAI
(NO. K/P. 761115-10-5379)

PLAINTIF-

DEFENDAN

diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azimah binti


Omar pada 22 haribulan Jun 2015]

AFIDAVIT SOKONGAN
[kepada Notis Usul Meminta Kebenaran Merayu
kepada Mahkamah Rayuan]

Saya, Ng Kong Ngai [No. KP. 761115-10-5379] seorang


warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di
No.2, Jalan 11/14B, 46200, Petaling Jaya, Selangor Darul
Ehsan dengan sucihati mengikrarkan seperti berikut:1.

Saya ialah seorang peniaga sebagai profession dan


juga ialah Pemohon di dalam Notis Usul ini.

2.

Saya mengikrarkan affidavit menyokong Notis Usul


Permohonan kepada Mahkamah Rayuan ini bagi satu
perintah supaya kebenaran diberikan kepada Pemohon
merayu keputusan Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman
Datuk Azimah binti Omar yang diberikan di Shah Alam
pada 22 haribulan Jun 2015 (Keputusan tersebut)
2

dalam Kes Mahkamah Tinggi Shah Alam Saman


Pemula

No:

24-1304-11/2014.

(Saman

Pemula

Tersebut).
[Sila

lihat

Perintah

termeterai

bertarikh

22.6.2015 di NKN-1 dan mukasurat 1-3 ekshibit


NKN-3 Rekod Rayuan Tambahan (no.1)].
3.

Saya

adalah

Defendan

di

dalam

Saman

Pemula

tersebut yang tidak puas hati terhadap Keputusan


tersebut dan ingin merayu kepada Mahkamah Rayuan
terhadap Keputusan itu. Responden-Responden adalah
Plaintif-Plaintif di dalam Saman Pemula tersebut.

4.

Saya tidak puas hati dengan Keputusan tersebut dan


telah mengarahkan peguamcara Pemohon/Defendan
memfailkan Notis Rayuan kepada Mahkamah Rayuan
pada 16.7.2015 tanpa menyedari keperluan kebenaran
dari Mahkamah Rayuan hendaklah diperolehi dahulu.
[Sila lihat Notis Rayuan di mukasurat 7 hingga 9
ekshibit NKN-1]

5.

Saya telah dinasihati oleh peguamcara saya dan


menyatakan bahawa oleh kerana amaun atau nilai
perkara tuntutan itu adalah kurang daripada RM

250,000.00,

kebenaran

Mahkamah

Rayuan

untuk

merayu adalah dikehendaki.

EKSHIBITS
6.

Peguamcara Saya juga telah memfailkan Rekod-Rekod


Rayuan seperti berikut dan saya akan merujuk kepada
kandungannya dalam affidavit in seperti berikut:(a)

Rekod

Rayuan

Jilid

1/2,

sesalinan

dikemukakan kepada Pemohon/Defendan dan


ditandakan sebagai ekshibit NKN 1.
(b)

Rekod

Rayuan

Jilid

1/2

sesalinan

dikemukakan kepada Pemohon/Defendan di


sini dan ditandakan sebagai NKN-2.

(c)

Rekod Rayuan Tambahan kini dikemukakan


dan ditandakan sebagai ekshibit NKN-3.

Latar Belakang Kes


7.

Pada mulanya, Responden Responden - / PlaintifPlaintif telah memfailkan suatu guaman tuntutan
terhadap syarikat bernama JC Asia Motorsport (M) Sdn
4

Bhd

(No.

Syarikat

706249-D)

sebagai

Defendan

Pertama dan terhadap saya sebagai Defendan Kedua di


Mahkamah Sesyen Shah Alam guaman No. 52-22612008.

8.

Selepas Perbicaraan penuh di Mahkamah Sesyen,


tuntutan

Reponden-Responden/Plaintif-Plaintif

terhadap saya telah ditolak dan penghakiman diberi


terhadap JC Asia Motorsport (M) Sdn Bhd (Defendan
Pertama).
[Sila

lihat

penghakiman

bertarikh

4.5.2011

mukasurat 139 dan 140 ekshibit NKN-2 Rekod


Rayuan Jilid 2/2]

9.

Responden Pertama telah membuat percubaan untuk


melaksana

penghakiman

bertarikh

4.5.2011

itu

terhadap JC Asia Motorsport (M) Sdn Bhd melalui


suatu

Writ

Penyitaan

dan

Penjualan

bertarikh

30.6.2014. Pihak Bailif mendapati JC Asia Motorsport


(M) Sdn Bhd tidak berniaga di alamat No 17, Jalan PJS
U/7, Bandar Sunway 46150 Petaling Jaya

Selangor dan oleh itu perlaksanaan gagal terhadap


syarikat JC Asia Motorsport (M) Sdn Bhd.
5

[Sila

lihat

mukasurat

162

hingga

166

dan

mukasurat 172 ekshibit NKN-2]

10. Responden Kedua pula telah mengeluarkan surat


tuntutan di bawah seksyen 218 Akta Syarikat 1965
terhadap JC Asia Motorsport (M) Sdn Bhd atas
tuntutan membayar penghakiman bertarikh 4.5.2011
tetapi tiada tindakan susulan terhadap syarikat dibuat.
[Sila lihat mukasurat 258 ekshibit NKN 2
Rekod Rayuan Jilid 2/2]
11. Selepas itu, Responden Pertama telah memfailkan
Saman Pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam No. 241304-11/2014 di bawah seksyen 304(1) Akta Syarikat
1965 untuk membuka tirai penubuhan syarikat (to lift
the veil of incorporation) dan memohon relif- relif
deklarasi dan perintah berkaitan.
[Sila lihat Saman Pemula di mukasurat 24 dan 25
ekshibit NKN-1 Rekod Rayuan Jilid 1/2]

12. Responden Kedua mendapat perintah untuk mencelah


ke dalam Saman Pemula tersebut dan Saman Pemula
telah dipinda untuk memasukkan Responden Kedua
sebagai Plaintif kedua dalam Saman Pemula Terpinda.
[Sila

lihat

Saman

Pemula

Terpinda

dalam

mukasurat 26 hingga 29 ekshibit NKN 1 Rekod


Rayuan Jilid 1/2]

Prosiding Perbicaraan di Mahkamah Tinggi


13. Saman Pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah
untuk perintah-perintah tersebut terhadap saya di
bawah Seksyen 304(1) Akta Syarikat 1965:
(a)

Satu deklarasi bahawa perniagaan JC


Motorsports

(M)

Asia

Sdn Bhd telah dijalankan

dengan niat untuk menipu pemiutang JC Asia


Motorsports (M) Sdn Bhd, secara khususnya JC
Asia Motorsports (M) Sdn Bhd tersebut telah
dijalankan untuk tujuan penipuan;
(b)

Satu deklarasi bahawa saya telah menjalankan


perniagaan JC Asia Motorsports (M) Sdn Bhd
dalam

cara

sedemikian

dan

hendaklah

bertanggungan secara peribadi, tanpa apa-apa


had liabiliti, terhadap keberhutangan atau apaapa liabiliti JC Asia Motorsports (M) Sdn Bhd
kepada Responden-Responden;
7

(c)

satu perintah bahawa saya membayar kepada


Responden Pertama jumlah tertunda di bawah
penghakiman bertarikh 4.5.2011 yang diperolehi
oleh Plaintif terhadap JC Asia Motorsports (M)
Sdn Bhd melalui Mahkamah Sesyen Shah Alam
Saman

No.

52-2261-2008

dalam

jumlah

RM32,476.00 bersama faedah pada kadar lapan


peratus (8%) setahun dikira dari tarikh 4.5.2011
sehingga

penyelesaian

penuh

dan

jumlah

RM105,686.34 berserta faedah pada kadar lapan


peratus

(8%)

RM32,476.00

setahun
dari

ke

atas

4.5.2011

jumlah
sehingga

penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak


RM8,815.00 kepada Responden Kedua;
[Sila lihat mukasurat 26 hingga 29 ekshibit
NKN-1]

14. Kedua-dua pihak telah memfailkan affidavit-afidavit


berikut

sebagai

menyokong

Saman

Pemula

dan

hujahan-hujahan bertulis masing-masing. Ke semua


afidavit

afidavit

dan

hujahan

hujahan

adalah

terkandung dalam Rekod Rayuan Jilid 1 / 2 dan Jilid 2/2


yang masing masingnya dirujuk di sini sebagai
ekshibit NKN -1 dan NKN -2.
[Sila lihat Indeks Bahagian B ekshibit NKN-2
iaitu Rekod Rayuan Jilid 1/2]
8

15. Setelah perbicaraan, Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman


membenarkan Saman Pemula itu pada 22.6.2015
(Keputusan

tersebut)

dengan

perintah-perintah

seperti dipohon.
[Sila

lihat

Perintah

bertarikh

22.6.2015

di

ekshibit NKN-2 iaitu Rekod Rayuan Jilid 1/2]

16. Pemohon/Defendan tidak puas hati dengan Keputusan


tersebut

dan

telah

mengarahkan

peguamcara

Pemohon/Defendan memfailkan Notis Rayuan kepada


Mahkamah Rayuan pada 16.7.2015 tanpa menyedari
keperluan

kebenaran

dari

Mahkamah

Rayuan

hendaklah diperolehi dahulu.


[Sila lihat Notis Rayuan di mukasurat 7 hingga 9
ekshibit NKN-1]

17. Pemohon/Defendan

telah

memfailkan

Notis

Pemberhentian Rayuan terhadap Responden Pertama


9

pada

19.10.2015

kerana

kedua-dua

pihak

telah

mencapai penyelesaian luar Mahkamah dan berhasrat


meneruskan terhadap Responden Kedua.

18. Alegasi-alegasi

Responden-Responden/Plaintif-Plaintif

terhadap saya adalah:a. bahawa saya telah memindah keluar aset-aset JC


Asia Motorsport Sdn Bhd semasa saya adalah
pengarahnya kepada diri Pemohon/Defendan untuk
mengagalkan perlaksanaan penghakiman ke atas JC
Asia

b.

Motorsport

(M)

Sdn

Bhd;

bahawa saya telah beritahu bailiff bahawa asetaset JC Asia Motorsport telah dipindahkan kepada
syarikat JC Racing sebuah pernigaan rakan kongsi
di alamat No.17, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway,
Subang Jaya, Selangor;

c.

bahawa
pengarah

saya

telah

meletak

jawatan

sebagai

J C Asia Motorsport Sdn Bhd dan


10

melepaskan saham saya dalam JC Asia Motorsport


pada

sekitar

Februari

2012

adalah

untuk

melarikan diri dari tindakan komital.


d.

bahawa

pengurangan

Motorsport Sdn Bhd pada


berbanding tahun berikut

aset-aset

JC

Asia

tahun akaun 2012


adalah

dibuat

oleh

saya;
e.

bahawa akibat pengurangan aset Syarikat JC Asia


Motorsport Sdn Bhd, ia tidak lagi boleh membayar
hutang Penghakiman bertarikh 4.11.2015;

f.

bahawa

situs-situs

menggambarkan

di

sesawang

internet

Pemohon/Defendan mengawal

JC Asia Motorsport Sdn Bhd dan syarikat itu


masih berniaga di alamat No.17, Jalan Pjs 11/7,
Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor.

19. Pembelaan saya dalam prosiding Mahkamah Tinggi


adalah:-

11

a.

saya menafikan memindahkan aset-aset JC Asia


Motorsport (M) Sdn Bhd kepada saya ataupun JC
Racing sebuah firma perniagaan rakan kongsi

b.

bahawa

Responden-Responden/Plaintif

mengemukakan bukti-bukti

kukuh

gagal
yang

menunjukkan bahawa saya telah memindahkan


keluar aset-

aset JC Asia Motorsport (M) Sdn

Bhd kepada saya atau kepada firma JC Racing.;

c.

bahawa tiada bukti yang menunjukkan bahawa


saya telah memberitahu bailiff Mahkamah Tingi
Shah Alam yang saya telah memindahkan assetaset JC Asia Motorsport (M) Sdn Bhd kepada saya
atau kepada JC Racing;

d.

bahawa tiada bukti yang menunjukkan bahwa


pengurangan

aset-aset

syarikat

JC

Asia

Motorsport Sdn Bhd adalah disebabkan oleh saya


kerana terdapat 2 orang Pengarah baru yang
menguasai syarikat itu selepas tarikh 21.2.2012.

12

e.

Saya menegaskan bahawa aset-aset syarikat JC


asia Motorsport Sdn Bhd terkini masih mencukupi
untuk

membayar

hutang

penghakiman

terhadapnya bertarikh 4.5.2011;

f.

bahawa syarikat JC Asia Motorsport Sdn Bhd


masih solvent dan active

Alasan-Alasan Rayuan Pemohon/Defendan


20

Alasan-alasan Saya untuk memohon adalah terkandung


dalam Memorandum Rayuan yang difailkan dalam
Rekod Rayuan Jilid 1/2 (iaitu mukasurat 10-23 ekshibit
NKN-2)

dan

saya

secara

ringkas

mengulangi

di

bawah:a.

Pesuruhjaya Kehakiman yang terpelajar tersilap


dari segi undang-undang dan fakta apabila beliau
memutuskan bahawa JC Asia Motorsports (M) Sdn
Bhd telah memindah keluar asetnya di antara
tarikh 1.10.2011 dan 30.9.2012 untuk menipu
pemiutang-pemiutangnya,

termasuk

Responden

Pertama dan Kedua.


Ini kerana walaupun terdapat pengurangan asetaset pada tempoh berikut akan tetapi syarikat
masih

mempunyai

jumlah

current

assets
13

sebanyak

RM

697,784.54

dan

Net

Current

Assets sebanyak RM226,074.43 cukup untuk


membayar penghakiman bertarikh 4.5.2011.

[Sila lihat ekshibit NKN - 2 Rekod Rayuan


Jilid

2/2

mukasurat

203

iaitu

Laporan

Penyata Kewangan JC Asia Motorsport (M)


Sdn Bhd bertarikh 30.9.2012]

b.

Pesuruhjaya Kehakiman yang terpelajar tersilap


dari segi undang-undang dan fakta apabila beliau
memutuskan bahawa kerana pemindahan itu, JC
Asia Motorsports (M) Sdn Bhd tidak mampu
membayar

liabilitinya,

termasuk

liabilitinya

kepada Responden Pertama dan Kedua.


[Sila lihat ekshibit NKN - 2 Rekod Rayuan
Jilid

2/2

mukasurat

203

iaitu

Laporan

Penyata Kewangan JC Asia Motorsport (M)


Sdn Bhd bertarikh 30.9.2012]

c.

Pesuruhjaya Kehakiman yang terpelajar tersilap


dari segi undang-undang dan fakta apabila beliau
memutuskan

Pemohon/Defendan
14

bertanggungjawab terhadap pemindahan aset JC


Asia Motorsports (M) Sdn Bhd apabila tidak ada
bukti yang mengaitkan Perayu kepada manamana pemindahan aset JC Asia Motorsports
(M) Sdn Bhd kepada dirinya sendiri seperti
yang didakwa, untuk mengelakkan kewajipan
membayar Penghakiman bertarikh 4.5.2011.

Ini kerana Pemohon/Defendan telah menafikan


memindahkan aset-aset JC Asia Motorsport Sdn
Bhd

kepada

afidavitnya

diri
.

sendiri

Pihak

mengemukakan

di

dalm

Responden

sebarang

affidavit-

pula

bukti

gagal
kukuh

menunjukkan Pemohon/Defendan adalah orang


yang memindahkan aset-aset JC Asia Motorsport
(M) Sdn Bhd.
[Sila lihat perenggan 10,11,12,13 dan 15
Affidavit

Jawapan

Defendan

18.12.2014,

ekshibit NKN-2 mukasurat 37 hingga 40


Rekod Rayuan Jilid 1/2]

d.

Pesuruhjaya Kehakiman yang terpelajar tersilap


dari segi undang-undang dan fakta apabila beliau
memutuskan

Perayu

yang

bertanggungjawab

memindahkan aset JC Asia Motorsports (M) Sdn


15

Bhd semata-mata berdasarkan kepada keterangan


rekod

carian

Suruhanjaya

Syarikat

Malaysia

("SSM" ) bagi tempoh berakhir pada tarikh


30.9.2011 dan 30.9.2012.

Oleh

kerana

tiada

Pemohon/Defendan

bukti

yang

kepada

mengaitkan

pemindahan

asset-

aset JC Asia Motorsport (M) Sdn Bhd, Pesuruhjaya


Kehakiman hanya menimbang butir-butir rekod
carian SSM dan membuat inferens. Inferens ini
tidak betul kerana ia tidak diakarkan ke atas
sebarang

bukti

atas

fakta

yang

boleh

menunjukkan bahwa hanya Pemohon/Defendan


yang

boleh

memindahkan

asset

JC

Asia

Motorsport (M) Sdn Bhd.

e.

Pesuruhjaya Kehakiman yang terpelajar tersilap


dari segi undang-undang dan fakta apabila beliau
gagal

mengambil

kira

bahawa

JC

Asia

Motorsports (M) Sdn Bhd mempunyai aset bersih


(Net

Current

Asset)

yang

positif

berjumlah

RM226,074.43 dan merupakan suatu perniagaan


yang berterusan pada masa tersebut, berdasarkan
rekod carian SSM.
16

Berdasarkan

rekod

carian

SSM

kedudukan

kewangan syarikat JC Asia Motorsport Sdn Bhd


adalah lebih baik pada tarikh 31.9.2012 dari
tarikh 31.9.2011. Pada tahun 2011, syarikat JC
Asia Motorsport Sdn Bhd mencatat Aset Bersih
yang negative iaitu (RM116,295.50). Oleh itu,
Pesuruhjaya

kehakiman

tersilap

dalam

menggunapakai seksyen 304(1) Akta tersebut


bagi

mempertanggungjawankan

Pemohon/Defendan

terhadap

penghakiman

bertarikh 4.5.2011 itu.


[Sila lihat ekshibit NKN - 2 Rekod Rayuan
Jilid

2/2

mukasurat

Laporan

Penyata

Motorsport

203

dan

Kewangan

(M)

Sdn

Bhd

204

iaitu

JC

Asia

bertarikh

30.9.2012]
f.

Pesuruhjaya Kehakiman yang terpelajar tersilap


dari segi undang-undang dan fakta apabila beliau
gagal untuk mengambil kira bukti-bukti yang
menunjukkan
pemegang

bahawa

saham

Perayu

dan

bukan

pengarah

JC

lagi
Asia

Motorsport (M) Sdn Bhd dari tarikh 21.2.2012


dan bahawa apa-apa dakwaan pemindahan aset
berkemungkinan
penggantinya

berlaku

sebagai

selepas

pemegang

pelantikan
saham

dan

17

pengarah. Dari

21.2.2012 hingga 31.9.2012,

syarikat JC Asia Motorsport Sdn Bhd,

Oleh

itu,

Pesuruhjaya

adalah

tidak

munasabah

Kehakiman

Pemohon/Defendan

untuk

sebagai

bagi

memilih

pihak

yang

bertanggungjawab kerana dari bulan Mac 2012


hingga September 2012 ada pengarah-pengarah
lain yang mengawal syarikat dan asetnya.
g.

Pesuruhjaya Kehakiman yang terpelajar tersilap


dari segi undang-undang dan fakta apabila beliau
menganggap bahawa kerana tiada aset fizikal di
premis perniagaannya di No 17, Jalan PJS 11/7,
Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor untuk
penyitaan dan penjualan pada tarikh 25.8.2014,
maka JC Asia Motorsport (M) Sdn Bhd telah
memindah keluar asetnya.

Pihak Responden tidak mengemukakan sebarang


bukti

yang

menunjukkan

asset-aset

JC

Asia

Motorsport Sdn Bhd telah dipindah keluar oleh


Pemohon/Defendan dari alamat itu, walaupun
Pemohon/Defendan

telah

berkali-kali

menafikannya dalam affidavit jawapannya.

18

h.

Pesuruhjaya Kehakiman yang terpelajar tersilap


dari segi undang-undang dan fakta apabila beliau
bergantung

kepada

keterangan-keterangan

dengar cakap yang dikemukakan oleh deponen


Plaintif Pertama, Encik Lee Leong Seng dalam
Afidavit-Afidavitnya, yang mana Encik Lee Leong
Seng sendiri tidak hadir di Premis No 17, Jalan
PJS 11/7, Bandar Sunway, Petaling Jaya Selangor
pada tarikh 25.8.2014, iaitu tarikh percubaan
penguatkuasaan penghakiman
Motorsport

Sdn

Bhd

ke atas JC Asia

secara

penyitaan

dan

penjualan.

Oleh

itu,

Encik

Lee

Leong

Seng

tiada

pengetahuan perihal apa yang berlaku semasa


cubaan perlaksanaan itu dan dia telah membuat
tuduhan

yang

kosong

terhadap

Pemohon/Defendan tanpa bukti yang kukuh.


i.

Pesuruhjaya Kehakiman yang terpelajar tersilap


dari segi undang-undang dan fakta apabila beliau
memutuskan bahawa JC Asia Motorsports (M) Sdn
Bhd

telah

dijadikan

"dormen"

tanpa

menilai

secara kritis bukti yang menunjukkan bahawa JC


Asia Motorsports (M) Sdn Bhd masih aktif dan
adalah suatu perniagaan yang berterusan.
19

Ini kerana masih terdapat lagi aset-aset di dalam


Syarikat JC Asia Motorsport (M) Sdn Bhd setakat
bulan

September

tahun

2012

sperti

yang

dinyatakan terdahulu di perenggan atas.

j.

Atas pertimbangan yang betul kepada undangundang dan bukti, Pesuruhjaya Kehakiman yang
terpelajar

sepatutnya

memutuskan

bahawa

Responden-Responden tidak dihalang daripada


menggulungkan JC Asia Motorsport (M) Sdn Bhd
kerana ia masih mempunyai aset yang mencukupi
untuk

memenuhi

Penghakiman

bertarikh

4.5.2011.

Tetapi,

pihak

Responden

tidak

pula

cuba

mendapatkan kembali wang penghakiman melalui


penggulungan JC Asia Motorsport (M) Sdn Bhd.
[Sila lihat ekshibit NKN - 2 Rekod Rayuan
Jilid

2/2

mukasurat

Laporan
Motorsport

Penyata
(M)

203

dan

Kewangan
Sdn

Bhd

204

iaitu

JC

Asia

bertarikh

30.9.2012]
20

k.

Atas pertimbangan yang betul ke atas undangundang, Pesuruhjaya Kehakiman yang terpelajar
sepatutnya

mempertimbangkan

semua

keterangan-keterangan yang dibentangkan atas


standard pembuktian yang lebih tinggi daripada
imbangan kebarangkalian, terutamanya ia adalah
berkenaan dengan dakwaan penipuan atau niat
untuk menipu menurut suatu Seksyen 304 (1)
Akta Syarikat 1965.
Ini

kerana,

pihak

mengemukakan

bukti

Pemohon/Defendan

Responden
jelas

dalam

yang

gagal

mengaitkan

sebarang

perlakuan

penipuan.
l.

Atas pertimbangan yang sewajarnya ke atas


undang-undang

dan

keseluruhan

keterangan-

keterangan itu, Pesuruhjaya Kehakiman terpelajar


sepatutnya memutuskan bahawa tiada bukti yang
mencukupi

menunjukkan

Perayu

telah

menjalankan urusan JC Asia Motorsports (M) Sdn


Bhd

untuk

menipu

pemiutang-pemiutangnya

menurut Seksyen 304 (1) Akta Syarikat 1965.

21

Você também pode gostar