Você está na página 1de 8

AGENDA MESYUARAT PERTAMA PANITIA 

KEMAHIRAN HIDUP
 
TARIKH    :    18   JANUARI   2007
TEMPAT   :     BENGKEL  KHB
MASA        :    1.30 TENGAHARI
 
 AGENDA :
 
1.0    Ucapan  Pengerusi
2.0    Perlantikan  AJK Panitia KHB 2007
3.0    Agihan Jadual waktu dan peruntukan guru
4.0    Sukatan dan huraian sukatan mata pelajaran
5.0    Buku persediaan mengajar
6.0    Analisis keputusan PMR 2006, post  Mortem, TOV dan  target 2007
7.0    Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
8.0    Penyediaan soalan ujian dan peperiksaan
9.0    Pembelian barang dan pengurusan stok
10.0 Projek Juara
11.0 Hal-hal lain
 
KEHADIRAN:
1. En.Hashim b. Mamat ( Ketua Bidang Teknik dan Vokasional)
2. En. Ariffin b. Mamat
3. Cik Normah bt Yusof
4. Puan Ruzilawati bt Abd. Aziz
5. Puan Zakiah bt Jusoh
6. Puan Siti Fatimah bt. Husain
 
     
BIL AGENDA/ PERKARA TINDAKAN
     
1.0 Ucapan Pengerusi  
  1.1  Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al- Fatihah dan Makluman
         mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir  
       serta mengucapkan selamat datang kepada guru baru
       Pn. Ruzilawati bt. Abd. Aziz dari SMK Kubang Bemban,
       Pasir Mas.
1.2  Kemungkinan panitia kemahiran Hidup akan kehilangan
       seorang guru lama iaitu Pn. Siti Fatimah bt Husain yang
       akan bertukar awal Februari nanti .   
 
     
2.0 Perlantikan AJK  Panitia KHB 2007  
2.1 Perlantikan Setiausaha yang baru bagi sesi 2007 ialah  
      Puan Zakiah bt Jusoh. Makluman
      Cadangan : Cik Normah bt Yusof
      Sokongan : En. Hashim b. Mamat
2.2 Semua guru yang mengajar mata pelajaran KHB adalah
      ahli Jawatankuasa Panitia Kemahiran Hidup   
 
     
3.0 Agihan Jadual waktu  dan peruntukan guru  
  3.1 Semua guru telah mendapat jadual masing-masing buat Makluman
        kali kedua selepas sekolah dibuka dan purata waktu
        mengajar bagi setiap guru ialah 26 waktu.
3.2 Bilangan guru mata pelajaran KHB dikira mencukupi
      Dengan nisbah pelajar sekiranya pertukaran Pn. Siti
      Fatimah berjaya. Buat masa ini secara purata Setiap guru
      mengajar  20 waktu mata  pelajaran kemahiran hidup dan
      6 waktu mata pelajaran  sivik atau mata pelajaran
      pendidikan seni.
3.3 Setiap kelas  dibahagi kepada dua orang guru mengikut
      elektif masing-masing iaitu Kemahiran Teknikal dan ERT
          
     
4.0 Sukatan dan Huraian Sukatan Mata Pelajaran KHB  
  4.1 Setiap guru harus mempunyai sukatan dan huraian sukatan Semua guru
        mata pelajaran serta membuat rancangan pengajaran  
        tahunan berpandukan huraian sukatan mata pelajaran .  
        Rancangan tahunan haruslah dirancang supaya tidak  
        bertembung waktu amali yang sama bagi kedua-dua  
        pilihan kemahiran taknikal dan pilihan ERT  
     
     
BIL AGENDA/PERKARA TINDAKAN
     
  4.2    Tugas membuat rancangan pelajaran tahunan dibahagikan  
kepada dua pilihan :  
a)      Pilihan ERT – Ting 1,2 dan 3  dibuat oleh Puan Zakiah Puan Zakiah
b)      Pilihan KT   -  Ting 1,2 dan 3 dibuat oleh En. Ariffin Dan En. Arif
      -Pastikan semua guru mendapat satu salinan untuk setiap
       pilihan
4.3  Guru harus mengajar mengikut Huraian Sukatan Mata
       Pelajaran (HSP) sahaja kerana soalan peperiksaan PMR
       berpandukan HSP
 
     
  5.0 Buku Persediaan Mengajar  
5.1 Maklumat di dalam buku persediaan mengajar haruslah   Semua guru
      mengandungi :
a)      Maklumat Diri
b)      Jadual waktu persendirian/kelas
c)      Sukatan mata pelajaran
d)      Huraian sukatan mata pelajaran
e)      Rancangan tahunan
f)        Carta alir proses pengajaran dan pembelajaran
g)      Rancangan mengajar Harian
h)      Nama pelajar kelas yang di ajar
i)        Markah ujian bulanan dan peperiksaan
5.2 Cara menulis buku persediaan mengajar haruslah
      mengambil kira kelompok sasaran dan kepelbagaian tahap
      kecerdasan pelajar. Guru di galakkan menggunakan ABM
      untuk menarik minat pelajar. 
5.3 Buku persediaan mengajar harus ditulis dan dibawa ke
      dalam kelas ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran.                                   
 
     
    Analisis Keputusan PMR 2006, Post Mortem ,  
6.0  Tov dan Target 2007  
     
  6.1 Analisia PMR 2006 Makluman
        Pencapaian mata pelajaran KHB dalam PMR  2006 telah  
        meningkat berbanding tahun 2005. Peningkatan dinilai dari  
        aspek :      
   i) Kuantiti (Peratus Lulus)  
  a)      Pilihan Kem. Teknikal  mencapai 100 % lulus  
  berbanding 97.2 % tahun 2005  
  b)      Pilihan Eko.Rumah Tangga mencapai 100 % lulus  
  berbanding 96.34 % tahun 2005   
     
  AGENDA /PERKARA  TINDAKAN
BIL
   ii) Kualiti (Gred)  
     a) Pencapaian gred A meningkat bagi pilihan ERT iaitu Makluman
         seramai 58 calon (2006)  berbanding 40 calon  
(2005)           
     b) Tiada seorang pun calon pilihan ERT mendapat gred D  
          pada tahun 2006 berbanding seramai 4 calon gred D dan   
          3 calon gagal (2005) manakala calon pilihan KT  
          menurun bilangan gred D daripada 11 calon kepada 9  
          calon.        
 iii) Bagi pencapaian Mata pelajaran KHB peringkat daerah  
      Tumpat, SMK Berangan mendapat tempat ke Empat  
      daripada 10 buah sekolah seluruh Tumpat. Tahniah dan  
      syabas kepada guru-guru yang mengajar  tingkatan tiga  
      dan semoga pencapaian PMR 2007 semakin melonjak.  
6.2 Post Mortem  
      Mencapaian pelajar pilihan ERT meningkat kerana  
      penekanan diberi kepada tajuk elektif dan  menyiapkan  
      kerja kursus dengan baik, manakala pelajar elektif KT  
      tidak mencapai target kerana ramai yang tidak boleh  
      membaca sedangkan soalan pilihan Kemahiran Teknikal  
      lebih susah.  
6.3 TOV  
       Nilai Tov diambil daripada peperiksaan akhir tahun 2006  
       Oleh itu setiap guru harus membuat target berdasarkan  
       keputusan peperiksaan tersebut agar  guru boleh membuat  
       penumpuan kepada pelajar target sekaligus boleh  
       mencapai kejayaan PMR 2007 . Semua guru
6.3 Target PMR 2007  
       Calon PMR 2007 ialah seramai  179 orang, dimana pilihan  
       Kemahiran Teknikal ialah 102 calon manakala pilihan  
       ERT 77 orang. Sasaran pada tahun ini ialah mengekalkan  
       kelulusan 100% dan meningkatkan kualiti pencapaian  
       gred A bagi kedua-kedua pilihan (Rujuk lampiran 1)
 
     
    7. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas  
  7.1 Proses P&P haruslah menarik dan tidak membosankan. Semua Guru
        Guru harus menyediakan aktiviti yang sesuai dengan  
        kelompok sasaran. Gunakan sebaik mungkin bahan-bahan  
        yang dibekalkan kerana pada tahun ini banyak bahan amali  
        yang diterima dari Kementerian  
  7.2 Guru diingatkan supaya menyiapkan kerja kursus lebih  
        awal bagi pelajar tingkatan 3 supaya dapat membuat  ulang  
        kaji Lebih cepat. Mana-mana pelajar yang telah  bertukar  
        pastikan fail kerja kursus di hantar ke sekolah yang baru.  
     
BIL AGENDA/PERKARA TINDAKAN
     
   8. Penyediaan soalan ujian dan peperiksaan  
  8.1 Ujian dan peperiksaan akan berjalan seperti di dalam Makluman
        takwim sekolah kecuali jika dimaklumkan berlaku
        perubahan.Ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan
      tahun di sediakan oleh guru di sekolah manakala
      peperiksaan percubaan dan akhir tahun disediakan oleh
      Jabatan Pendidikan Negeri .
8.2 Jadual pembuat soalan rujuk lampiran 2
 
     
   9. Pembelian barang dan pengurusan Stok  
  9.1 Pembelian barang kerja kursus tingkatan 1,2, dan 3 bagi Makluman
        projek kerja kayu dan elektronik pilihan teras dan elektif
        Kem. Teknikal telah pun dibuat dan  mengharapkan 
        pilihan ERT juga telah selesai.
  9.2 Barang-barang baru kegunaan bengkel telah diterima
      dengan banyaknya pada hujung tahun 2006, diharapkan
      guru-guru Ert dapat sama-sama mengemaskini dan
      menyiapkan buku stok di  bengkel.
 
     
  10. Projek Juara  
  10.1 Ahli mesyuarat bersetuju supaya pada tahun ini bilik ERT Makluman
        tidak memasuki pertandingan JUARA kerana ingin
        memberi tumpuan dan penekanan kepada prestasi pelajar.
      Pertandingan ini akan disertai apabila AJK projek JUARA
      betul-betul bersedia  .
     
  Hal-hal lain  
11. 11.1 En. Hashim mencadangkan supaya apron di bengkel  
         ditambah sebanyak 20 helai kerana kuantiti yang di hantar  
         tidak mencukupi.  
  11.2 Pn. Zakiah  memohon untuk membeli tangga kerana  
          sentiasa mengalami kesulitan apabila ingin memasang  
          dan menanggalkan langsir serta melakukan kerja-kerja  
          menampal huruf dan mengantung gambar atau carta.  
  11.3 Cik Normah berharap pintu tandas bilik ERT segera  
          dibaiki kerana mengalami kerosakan sukar untuk  
          menutupnya.  
  11.4 En. Ariffin berharap semua guru dapat bersama-sama  
          menjaga kebersihan bengkel  dan menyusun atur alatan  
          tangan di tempatnya selepas setiap kali amali di jalankan.  
  11.5 Pn.Rozilawati mencadangkan supaya buku latihan topikal  
     
  AGENDA/PERKARA TINDAKAN
BIL
         
       dapat dibeli untuk pelajar tingkatan 1 dan 2
       memandangkan yang ada sekarang hanyalah soalan latih
       tubi tingkatan 3 dan buku rujukan sahaja.
 
     
  Penutup
     -  Pengerusi berharap semua yang telah dibincangkan dapat
        dilaksakan dengan baik kerana ini adalah tanggungjawab  
        yang perlu dilakukan.
     -  Sebarang masalah boleh di rundingkan  supaya setiap guru
        selesa dengan tugas masing-masing.
  -   Mesyuarat diakhiri dengan surah An-Nas dan tasbih
      kifarah.
   
 
 
 
 
 
Mesyuarat ditangguhkan pada jam  2.30  petang.
 
 
Disediakan oleh                                                            Disahkan oleh
 
 
 
-----------------------------                    
--------------------------------------
PN.ZAKIAH BT JUSOH                                 EN. HASHIM B. MAMAT
(Setiausaha Panitia KHB)                                (Ketua Panitia KHB, SMK
Berangan

Você também pode gostar