Você está na página 1de 5

1

PROFAIL PELATIH

PESERTA YANG MENGIKUTI


PROGRAM, KURSUS, LATIHAN DI-
KEM MODAL INSAN KEWAJA
BERMULA DARIPADA
TARIKH PENDAFTARAN MASUK
SEHINGGA TAMAT
TEMPOH KURSUS & LATIHAN
DI KEM MODAL INSAN KEWAJA.
2

PROSES PENDAFTARAN MASUK PELATIH

1. Pengururusan dan pentadbiran Kem Modal Insan Kewaja (KEWAJA) akan menyiasat terlebih
dahulu latar belakang pelatih.

2. Sekiranya aktiviti perlakuan seks yang berlaku keatas pelatih yang berumur dibawah 16
tahun; KEWAJA akan menasihatkan serta memberikan pandangan juga menggalakkan
ibubapa atau keluarga atau waris pelatih membuat lapuran polis terlebih dahulu.

ATAU

Sekiranya aktiviti perlakuan seks yang berlaku kepada pelatih ada unsur-unsur paksaan
penderaan, pencabulan dan ugutan; KEWAJA juga menggalakkan pihak keluarga terdekat
atau waris membuat lapuran Polis terlebih dahulu.

3. Sekiranya latar belakang pelatih bannyak terlibat didalam aktiviti tidak bermoral yang
terlampau dan pelatih masih berumur dibawah 18 tahun; Pihak KEWAJA akan menasihat dan
mencadangkan agar pihak keluarga atau waris terdekat membuat permohonan kepada
Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana jabatan yang berkaitan untuk membolehkan
pelatih berkenaan dimasukkan kemana-mana pusat pemulihan akhlak dibawah anjuran
kerajaan atau mana-mana pusat pemulihan akhlak yang lebih sempurna, lengkap dan sesuai
dengan keadaan permasalahan pelatih berkenaan.

4. Pelatih atau pemohon yang layak sahaja akan didaftarkan untuk masuk ke KEWAJA bagi
melalui proses Kursus, Latihan dan Motivasi yang menjurus kearah pembentukan Modal
Insan ATAU pemulihan moral.

5. Sekiranya pelatih berkenaan dibawah umur 18 tahun dan tidak datang bersama keluarga
yang paling layak atau terdekat malah pihak keluarga pelatih tidak mengetahui kemasukkan
pelatih berkenaan ke KEWAJA; Maka pihak KEWAJA akan berusaha mengesan dan
menghubungi waris terdekat atau keluarga sebenar pelatih berkenaan, ini adalah disebabkan
banyak perkara atau urusan yang berkaitan dengan peraturan atau sebarang akta yang
memerlukan penglibatan ibubapa, penjaga atau waris terdekat pelatih.

6. Walaupun pelatih yang memohon untuk memasuki KEWAJA telah mencapai usia lebih 18
tahun TETAPI pihak KEWAJA mendapati latar belakang pelatih itu pernah terlibat didalam
aktiviti sosial yang sangat tidak bermoral dan terlampau; Maka, pihak KEWAJA juga berhak
dan perlu memaklumkan perkara ini kepada ibubapa, penjaga atau waris paling hampir demi
untuk membolehkan pihak keluarga juga akan memberikan kerjasama kearah mengekalkan
cara hidup sihat pelatih tersebt setelah keluar daripada KEWAJA.
3

7. Semua pelatih yang memohon dan mendaftar untuk masuk KEWAJA adalah mereka yang
benar-benar bersedia untuk dipulihkan, dimotivasikan serta menerima kursus atau latihan
kearah menjadikan mereka Modal Insan. Apa yang penting mereka bersedia untuk berubah
setelah terlibat didalam aktiviti sosial yang tidak bermoral.

Nota: Data atau maklumat pelatih yang diperlukan semasa proses pendaftaran masuk adalah
bedasarkan contoh borang-borang yang kami lampirkan.

PROSES SETELAH MENDAFTAR & MASUK KEWAJA

1. Pihak KEWAJA akan melakukan sesi suai kenal ATAU menjalani temuduga terhadap pelatih
bagi mengenalpasti beberapa perkara yang berkaitan dengan pelatih; Antaranya:

1.1. Latar belakang pendidikan dan pencapaian tertinggi akedemik.

1.2. Latar belakang keluarga dan asal usul ( Pihak KEWAJA tidak menerima warga asing yang
tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah atau tidak lengkap ).

1.3. Latar belakang agama ATAU tahap pengtahuan agama khususnya Fardu Ain.

1.4. Pemeriksaan kesihatan ( Pihak KEWAJA tidak menerima pelatih yang mempunyai
penyakit yang merbahaya dan mudah berjangkit ATAU mereka yang mengalami masalah
mental yang terlampau serta membahayakan pelatih lain ).

2. Pelatih yang hamil akan segera dibawa menemui doktor panel KEWAJA bagi mengenal pasti
dan mengesahkan tahap kesihatan mereka terutama yang berkaitan dengan kandungan dan
kesihatan ibu (pelatih) itu sendiri.

3. Kedudukan pelatih akan dibahagikan mengikut tahap seperti yang telah dinyatakan di atas.

4. Setelah masuk dan diterima menjadi pelatih KEWAJA; Hubungan pelatih dengan aktiviti atau
mereka yang berada di luar KEWAJA akan dipantau atau disekat sementara kecuali untuk
keluarga atau ibubapa kandung pelatih.

4.1. Ibubapa kandung atau keluarga terdekat boleh menghubungi pelatih setelah pelatih
berada di KEWAJA 2 minggu. Hanya sekali seminggu pada waktu pejabat.

4.2. Ibubapa kandung atau keluarga terdekat akan dibenarkan melawat pelatih setelah
sebulan pelatih berkenaan di KEWAJA. Hanya sekali sebulan pada waktu pejabat.
4

4.3. Sekiranya kemasukan pelatih ke KEWAJA tidak diketahui oleh keluarga ATAU pihak
KEWAJA tidak memaklumkan kepada keluarga pelatih berkenaan, pelatih akan
dibenarkan menghubungi keluarga mereka seminggu sekali, sekedar menanya dan
memberikan khabar; Perkara ini perlu, dikhuatiri pihak keluarga risau atau susah hati jika
tidak dapat berhubungan dengan pelatih berkenaan.

5. Semua pelatih akan melalui aktiviti dan program berjadual sepanjang mereka berada di
KEWAJA sehinggalah masalah mereka selesai atau sekurang-kurangnya 3 bulan daripada
tarikh mereka mendaftar dan masuk KEWAJA.

5.1. Pelatih-pelatih yang terlibat didalam aktiviti tidak bermoral tau perlakuan sosial yang
terlampau; Mereka akan berada di KEWAJA sekurang-kurangnya 3 bulan atau lebih.

5.2. Pelatih-pelatih yang hamil dibawah 5 bulan mereka akan berada di KEWAJA selama
tempoh hamil dan benar-benar sihat setelah 30 hari bersalin.

5.3. Pelatih yang hamil melebihi 5 bulan atau menunggu saat-saat melahirkan; Mereka
diwajibkan berada di KEWAJA sekurang-kurangnya 3 bulan walaupun sudah sihat.

NOTA: Semua pelatih perlu berada di KEWAJA sekurang-kurangnya 3 bulan kerana proses kursus,
latihan, bimbingan, pendidikan, pemulihan, kesedaran dan rawatan mental & fizikal terlalu penting
untuk mempastikan pelatih benar-benar bertaubat, insaf serta mendapat kekuatan dan keyakinan
diri untuk memulakan hidup baru setelah mereka keluar daripada KEWAJA.

PENGISIAN DAN PROSES SEMASA MENJADI PELATIH KEWAJA


1. Berdasarkan hasil daripada temuduga dan soal siasat setelah sesi pendaftaran masuk
KEWAJA, pelatih akan di kategorikan berdasarkan klasifikasi berikut;

1.1. KELAS PERTAMA: Pelatih yang berjaya didalam akademik, berkerjaya dan mempunyai
asas agama yang lengkap.

1.2. KELAS KEDUA: Pelatih yang masih bersekolah, belum berkerjaya tetapi mempunyai asas
agama yang lengkap.

1.3. KELAS KETIGA: Pelatih yang kurang pengetahuan agama, walaupun berkerja dan berjaya
dalam akademik.

1.4. KELAS KEEMPAT: Pelatih yang tidak tahu lansung tentang agama (Fardu Ain yang terlalu
lemah); Tidak boleh membaca Al-Quran, Tidak Boleh Solat dan latar belakang sosial yang
teruk serta keluarga bermasalah.
1.5. KELAS KELIMA: Pelatih yang bukan beragama Islam.
5

2. Berdasarkan maklumat pecahan pelatih diatas, KEWAJA akan mempastikan sebelum pelatih
tamat tempuh kursus, latihan, pemulihan dan rawatan atau sebelum mereka keluar daripada
KEWAJA; Pelatih berkenaan mestilah sempurna dan lengkap asas Fardu Ain mereka dan
telah memenuhi setiap kursus dan latihan yang dijalankan oleh KEWAJA.
3. Pihak KEWAJA berhak menangguhkan proses keluar pelatih, sekiranya mereka didapati masih
lemah pengetahuan dan amalan agama atau moral dan akhlak masih meragukan.

4. Pelatih yang telah tamat tempuh, sudah dibaik pulih dengan sempurna tetapi mereka belum
yakin lagi untuk memulakan hidup baru malah masih berminat untuk berada di KEWAJA,
mereka akan ditawarkan kursus atau latihan kemahiran seperti menjahit, komputer dan
menjadi sukarelawan KEWAJA.

5. Setelah tamat tempuh kursus, latihan, motivasi dan pemulihan KEWAJA akan menghubungi
ibubapa, keluarga atau waris terdekat pelatih untuk mengeluarkan dan mengambil pelatih.
Sekiranya tiada sesiapa yang mengambil pelatih di KEWAJA, pihak KEWAJA sendiri akan
menguruskan penghantaran balik pelatih tersebut sehingga kepangkuan keluarga.

NOTA: Tentatif program dan profail kursus serta latihan di KEWAJA dilampirkan bersama.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KEWAJA SETELAH PELATIH KELUAR


1. Mempastikan benar-benar berubah dan insaf serta bersedia memulakan hidup baru.
2. Mempastikan pelatih kembali sampai kepangkuan keluarga masing-masing.
3. Memantau dan menghubungi pelatih selama tiga bulan.
4. Membantu mendapatkan sebarang pekerjaan.
5. Membantu menyambung semula persekolahan.
6. Membantu proses perkahwinan jika ada perancangan ingin berkahwin dengan lelaki yang
menyebabkan mereka jadi pelatih KEWAJA.
7. Membantu mencarikan jodoh yang sesuai.
8. Membantu mengembalikan keyakinan dan kepercayaan keluarga.
9. Menguruskan pendaftaran kelahiran bayi. ( Maklumat lengkap akan dijelaskan dalam
lampiran berasingan).
10. Mempastikan anak yang telah lahir dijaga dengan baik sama ada dijaga sendiri atau
diserahkan hak penjagaan kepada keluarga angkat.

Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami

WANITA DIDAHULUKAN ~ MARUAH DIUTAMAKAN

Você também pode gostar