Você está na página 1de 6

Simpulan Bahasa

Pilih maksud simpulan bahasa yang berikut.

1. Pak Pandir
A. orang bodoh

B. orang yang suka memberikan alasan

C. orang yang penakut

D. orang yang suka berangan-angan


2. Perang mulut

  A. bertengkar

B. memukul hingga benjol

C. memuji-muji

D. bercakar-cakaran
3. Jadi umang-umang

  A. orang yang suka pada kecantikan

B. orang yang berjiwa besar

C. orang yang suka memakai pakaian orang lain

D. orang yang tidak disukai


4. Mat Jenin

  A. orang yang suka berangan-angan

B. orang yang suka tidur

C. orang yang bercakap kosong

D. orang yang suka memanjat pokok

 
5. Angkat alis
  A. menunjukkan keinginan

B. menunjukkan kehairanan

C. menunjukkan kewibawaan

D. menunjukkan keghairahan
6. Angkat mata

  A. berani

B. berani melawan

C. suka mengutuk

D. suka dipuji

 
7. Anak wayang

  A. penyanyi

B. pelakon

C. pelawak

D. pengarang

 
8. Anak tut

  A. anak yang diambil

B. anak yang dikutip di tepi jalan

C. anak yang diambil dan dipelihara seperti anak sendiri

D. anak kandung yang dibela seperti anak sendiri


9. Baru celik

  A. baru mendapat cahaya mata

B. baru mendapat pasangan

C. baru mendapat kesenangan

D. baru dilahirkan

 
10 Bengkak hati
.
  A. mengharap

B. kecewa

C. orang sakit
D. ada penyakit

 
11 Belulang kering
.
  A. tidak sihat

B. kurus kering

C. sakit

D. sakit jantung
12 Bawa ke tengah
.
  A. bawa ke rumah

B. bawa berjalan

C. bawa ke muka pengadilan

D. bawa ke sekolah

 
13
Berat mata
.
  A. sakit mata

B. mengantuk

C. mata bengkak

D. mata berair

 
14 Bau-bau bacang
.
  A. hubungan persaudaraan yang sangat jauh.

B. tiada perhubungan persaudaraan

C. persaudaraan yang sangat rapat

D. adik beradik

 
15 Betul bendul
.
  A. orang yang lurus
B. orang yang bodoh

C. orang yang kurang sopan

D. orang tidak siuman


16 Berani mati
.
 
  A. takut

B. tidak takut

C. buat apa saja supaya puas hati

D. berhajat

 
17 Berani lalat
.
  A. berani-berani tahi ayam

B. berani sedikit sahaja

C. berani hanya di belakang musuh

D. berani melakukan sesuatu pekerjaan


18 Berganti tikar
.
  A. membujang sampai tua

B. mengahwini kakak atau adik isterinya atau suaminya yang telah


meninggal dunia.
 
C. berkahwin kerana simpati

D. mudah mencari ganti pasangan


19 Musuh dalam selimut
.
  A. musuh di kalangan rakan-rakan sendiri

B. musuh yang dicari-cari

C. musuh yang berdendam

D. musuh yang bersembunyi


20 Naik gila
.
  A. terlalu asyikkan sesuatu.
B. sasau

C. orang yang tidak sihat

D. mudah kecewa

 
21 Sejuk hati
.
  A. badan yang sejuk

B. tidak simpan perasaan marah

C. tenang

D. merajuk

 
22 Salah pandang
.
  A. tersalah pilih

B. tersalah pijak

C. sesuatu yang disangka betul tetapi sebaliknya

D. buat-buat tidak tahu


23 Zaman bahari
.
  A. zaman purba kala

B. zaman sekarang

C. sepuluh tahun yang lepas

D. sudah tamadun
24 Zaman atom
.
  A. zaman sekarang

B. zaman kemajuan sains dan teknologi

C. zaman naik ke bulan

D. akhir zaman
25 Upah seraya
.
  A. memberikan sagu hati
B. memberikan penghargaan

C. memberikan hadiah yang sangat besar

D. memberikan balasan

Você também pode gostar