Você está na página 1de 2

Adakah nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, lemah-lembut yang terdapat di

dalam tarian melayu mencerminkan orang melayu sekarang ataukah kita yang
mencerminkannya? Tiada jawapan yang tepat untuk soalan ini, memandangkan manusia
hidup mengikut peredaran zaman di samping menyesuaikan diri dengan keadaan yang
berbeza. Tarian melayu yang berasal dari kreativiti dan daya intelek leluhur kita yang
tajam terhadap alam sekeliling kita juga punya nilai-nilai murni yang boleh diaplikasikan
dan dibuat amalan kehidupan seharian manusia seantero dunia, walaupun didalam zaman
yang serba teknologi ini.
Arus goblisasi membawa evolusi kepada paradigma setiap insan juga. Misalnya, gadis-
gadis masa dahulu lebih bersikap konservatif dan tempat mereka adalah di dapur sahaja
sementara pemuda-pemudalah yang akan mencari rezeki untuk mengisi periuk nasi
sesebuah keluarga itu. Tapi kini pula, kian ramai wanita melayu yang keluar bekerja
untuk menampung kos kehidupan yang semakin hebat. Malah kaum hawa yang lazimnya
disifatkan sebagai lemah lembut mampu melakukan tugas-tugas yang selalunya
dikendalikan oleh kaum adam.
Pada pandangan saya, orang melayu sekaranglah yang mencerminkan nilai-nilai murni
yang menjadi ragam dalam pergerakan tarian melayu. Namun kita tidak boleh
menyatakan bahawa kesemua mempunyai amalan mulia ini kerana ada segelintir
daripada bangsa melayu hari ini yang hanya ’melayu di di mata tapi bukannya dihati’.
Kendatipun begitu, kita tidak boleh meminggirkan mereka begitu sahaja. Seandainya
orang melayu tidak menggambarkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, sopan
santun, berbudi bahasa dan sebagainya, maka lesaplah budaya melayu kita di arus
pemodenan.
Tidak dapat disangkalkan juga bahawa nilai-nilai murni yang dimaksudkan ini
membentuk perwatakan seseorang dan menjadikannya sebahagian daripada masyarakat
yang madani. Oleh kerana tarian melayu telah bertapak sejak dahulu lagi, ia banyak
menggunakan sifatsifat orang melayu dahulu dan sebab itulah agak sukar untuk kita
menyatakan disini bahawa nilai-nilai murni yang diperkatakan tadi mencerminkan sikap
orang melayu kini secara kesuluruhannya.
Saya tertarik dengan artikel di muka surat 114, majalah Mingguan Wanita, keluaran
1234, 13-19 Julai 2007. Artiel berkenaan bertajuk ‘ Sanggup Ke Penjara: Menanggung
Kesalahan Orang Lain.’ Artikel tersebut menceritakan tentang seorang lelaki yang
bernama Samad yang terlalu sukakan seorang perempuan yang bernama Aminah
sehingga sanggup menanggung akibat yang dilakukan oleh orang lain. Samad seorang
lelaki yang baik. Sebaliknya, Aminah ialah seorang perempuan yang agak liar dan suka
ikut gerak hati, melakukan perkara bodoh.
Aminah tak layan Samad disebabkan Samad tidak memiliki harta. Tidak seperti Samsul,
lelaki kesukaan Aminah yang memiliki harta kekayaan ibu bapanya. Samsul menjadi
pilihan Aminah dan akhirnya mereka bertunang hinggalah akhirnya Aminah dikerjakan
hingga mengandung belum sampai tarikh bernikah. Malangnya, keluarga Samsul tidak
mahu bertanggungjawab dan memutuskan pertunangan.
Akhirnya Samadlah yang menjadi penyelamat kepada hal yang berlaku. Samad
menawarkan diri untuk menjadi suami Aminah dan sanggup membimbing Aminah ke
jalan yang betul. Sekalipun masyarakat sekeliling mencemuh dan memandang serong
terhadap Aminah dan keluarganya, Samad tidak hiraukan.
Namun sebelum semuanya ini berlaku, tanpa disedari Samsul belum berpuas hati telah
memerangkap Aminah, pada masa yang sama sedang bersama dengan Samad. Kedua-
duanya ditangkap atas tuduhan berkhalwat. Sekalipun telah bernikah, oleh kerana
kejahilannya tidak menimbulkan rayuan tersebut. Oleh kerana bersimpati dengan nasib
pengantin baru, pegawai pendakwa yang baru mengetahui fakta tersebut memohon agar
kedua-duanya terus dibicarakan dengan mengambil kira perkahwinan yang dijalankan.
Tambahan pula Samad hanyalah pak sanggup.
Selanjutnya mahkamah memberi amaran kepada Aminah agar perbuatan bodoh
seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa akan dating dan sentiasa menghargai
pengorbanan yang dilakukan oleh Samad.
Daripada artikel ini, dapatlah kita ambik ikhtibar bahawa, semua yang kita pandang indah
itu, tidak semestinya indah. Adakalanya hanya wangi diluar tetapi busuk didalam.
Sebagai seorang Islam, kita dilarang membeza-bezakan sesame kita. Pangkat, darjat dan
harta kekayaan hanyalah sementara. Keikhlasan dan kejujuran adalah lebih penting.

Você também pode gostar