Você está na página 1de 10

TATACARA

PENYELESAIAN
MASALAH
(KITARAN PDCA)

Ramlan Bin Kamrin


Sektor Jaminan Kualiti
KITARAN PDCA

- Pemerhatian - Mengenalpasti Masalah


- Standardisasi - Memilih Masalah
- Tindakan Susulan (tema projek)
- Definisikan Masalah
- Menganalisis Masalah
- Cadangan Penyelesaian

- Mengukur Kejayaan - Perlaksanaan Cadangan


(percubaan)
1. PLAN (Rancang)
 Mengenalpasti Masalah
1. Dengan mengunakan teknik percambahan fikiran,
senaraikan masalah yang dihadapi sebanyak mungkin.
2. Dengan mengunakan teknik “Force Ranking”,
senaraipendekkan masalah kepada beberapa masalah
penting.

 Memilih Masalah (Tema Projek)


1. Dengan mengunakan teknik matrik, pilih satu masalah.
2. Dalam pemilihan masalah, faktor-faktor berikut mesti
diambilkira seperti kemampuan kumpulan, atas
kepentingan jabatan atau syarikat, kos yang terlibat
dan tempoh masa penyelesaian.
1. PLAN (Rancang)

 Mendefinisikan Masalah
1. Fahami latarbelakang dan kedudukan masalah dengan
mengumpul data-data awalan.
2. Dengan menggunakan teknik 5W + 1H, buat tafsiran
terhadap masalah yang dihadapi.
3. Kaji kesan dan akibat daripada masalah itu.
4. Tetapkan sasaran atau matlamat kumpulan.
5. Dengan menggunakan Carta Perbatuan, rancangan
aktiviti dan rancangan tindakan penyelesaian.
1. PLAN (Rancangan)
 Menganalisis Masalah
1. Dengan menggunakan Analisis Sebab Akibat, cari
punca-punca yang boleh menimbulkan masalah
sebanyak mungkin. Cari punca-punca masalah yang
paling mungkin (the most probable causes)
2. Setelah mendapat punca-punca masalah yang paling
mungkin, buat verifikasi. Kumpulkan data-data
kekerapan. Kira data kekerapan terkumpul dan peratus
terkumpul.
3. Dengan menggunakan Gambarajah Pareto, beri
perhatian kepada punca-punca utama yang penting
(Vital few, useful many)
1. PLAN (Rancangan)
 Cadangan Penyelesaian
1. Cara yang paling berkesan untuk menyelesaikan satu-
satu masalah ialah dengan menghapuskan punca-punca
utama yang menyebabkan masalah.
2. Dengan menggunakan teknik percambahan fikiran,
senaraikan cadangan-cadangan penyelesaian.
3. Cari cadangan penyelesaian yang paling mungkin.
Nyatakan orang yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan dan bila akan dilaksanakan.
4. Hantar cadangan kepada pihak pengurusan untuk
mendapatkan kelulusan dan peruntukan.
2. DO (Laksana)
 Perlaksanaan Cadangan (Percubaan)
1.Setelah mendapat kelulusan dan peruntukan,
laksanakan cadangan seperti yang dirancang.
2.Latih mereka yang terlibat tentang kaedah-
kaedah baru.
3.Minta bantuan daripada pihak lain (jika perlu)
sekiranya penghadapi masalah.
3. CHECK (Periksa)
 Mengukur Kejayaan
1.Kumpul data-data untuk menilai keberkesanan
perlaksanaan cadangan penyelesaian.
2.Dengan menggunakan alat-alat QC, ukur
kejayaan dengan membandingkan kedudukan
masalah sebelum dan selepas perlaksanaan
cadangan penyelesaian.
3.Kejayaan juga dapat diukur melalui penjimatan
kos.
4. ACTION (Tindakan)
 Standardisasi dan Tindakan Susulan
1.Buat pemerhatian untuk memastikan masalah
tidak berulang.
2.Hantar cadangan kepada pihak pengurusan
supaya kaedah lama dipinda dan diterima pakai
kepada semua mesin atau jabatan.
3.Standardisasi kaedah baru kepada lain-lain
mesin, jabatan dan cawangan-cawangan.
4.Ambil tindakan susulan bagi memastikan
kaedah baru dilaksanakan dengan berkesan dan
memberi hasil yang memuaskan.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Você também pode gostar