Você está na página 1de 7

Wajah senyuman : Skala ukur bagi penilaian kanak-kanak.

Ditulis oleh wan Ahmad Jaafar b. Wan Yahaya & *Sobihatun Nur bt Abdul Salam

Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Penang

*Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah

Kanak-kanak seusia awal 5 hingga 9 tahun kebiasaannya mempunyai kemampuan dan


keupayaan yang rendah dalam pembacaan. Mereka juga mungkin tidak dapat membaca
perkara yang misteri dan kadangkala tersalah faham atau tersilap dalam mencapai maksud
sebenar. Dalam penilaian bersama kanak-kanak ini ia menggunakan pelbagai soalan, wajah-
wajah senyuman yang digunakan sebagai skala alat ukur dan mencuba untuk mendapatkan
tanda-tanda masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut. Tujuan utama kertas ini
adalah untuk mengukur kesesuaian skala ukur bagi memberikan maksud motivasi dikalangan
kanak-kanak seterusnya meyakinkan penggunaan pembelajaran persekitaran secara
multimedia (PMLE). Kertas ini terdapat tiga tahap.

Pertama bermula dengan konsep skala pengukuran terhadap wajah senyuman bagi
mengukur rasional kanak-kanak berdasarkan perspektif mereka, kedua intruksional Material
skala pengukuran. Dengan menggunakan wajah senyuman untuk mengukur motivasi dalam
terma perhatian, releven, keyakinan dan kepuasan. Responden adalah pelajar sekolah rendah
berumur antara 7 hingga 9 tahun. Ketiga, maklum balas daripada kanak-kanak dan juga guru
mengikut skala ukur wajah senyuman adalah menilai dan mengenalpasti apakah perkara-
perkara yang mendatangkan masalah dan juga limitasi. Pendapat semasa pembelajaran dan
pengajaran.

1.0 Pengenalan

Kanak-kanak berfikir dan memberi reaksi yang berbeza-beza dengan golongan dewasa.
(Preece, at al 2006). Duduk bersama kanak-kanak dalam situasi temubual yang formal
tidak akan menberi keputusan apa-apa kerana menghadapi kesenyapan. Kertas ini
menjelaskan rasionalnya menggunakan skala wajah senyuman dan menunjukkan
beberapa wajah senyuman ia amat praktikal apabila digunakan dalam pengukuran
tersebut.
1.1 Rasional penggunaan skala wajah senyuman terhadap penilaian kanak-
kanak.

Dalam bidang perubatan, skala wajah senyuman telah digunakan secara meluas untuk
mengukur kesakitan yang dihadapi oleh kanak-kanak. Kebanyakkan kanak-kanak
tidak dapat melaporkan secara lisan tahap kesakitan yang mereka lalui, ini disebabkan
mereka terlalu muda untuk menjelaskan keadaan tersebut dan mungkin juga
kelemahan daripada komunikasi. Laporan diri sendiri adalah seolah-olah maklumat
standant untuk mengukur kesakitan. (Finley,G.A, 2001). Laporan kesakitan oleh
pesakit sendiri kebiasaaannya diukur berdasarkan kadar daripada tidak sakit sehingga
kesakitan yang tidak dapat digambarkan. Ianya boleh diperingkatkan 0-10 secara
skala numerical yang mana ia amat mudah digunakan dan sesuai untuk remaja dan
juga kanak-kanak yang lebih besar dan juga untuk orang dewasa. Kanak-kanak yang
masih kecil memerlukan sesuatu alat bagi membantu mereka menjelaskan konsep
yang sangat abstrak. Pada kebanyakkan keadaan, ianya dibangunkan dalam bentuk
wajah senyuman dalam menentukan tahap tekanan yang dihadapi.

Wajah senyuman ini juga membantu untuk mengenalpasti dan menyatakan


atau dapat mengukur kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan pergigian.
(Buchanan, H, 2005) Justifikasi penggunaan skala ini adalah kerana skor mudah
diurus dan ideal untuk kanak-kanak, dan menarik minat kanak-kanak serta mudah
untuk diinterpretasikan.

1.2 Contoh Skala Wajah Senyuman

Terdapat 3 contoh skala wajah senyuman yang telah diberikan dalam kertas ini.
Pertama adalah skala wajah senyuman (SFAS). Ia adalah salah satu penilaian sikap yang
digunakan untuk mengukur domain afektif kanak-kanak. SFAS telah digunakan oleh
kakitangan Camp Koinonio yang mana setiap minggu program perkhemahan dijalankan
kepada kanak-kanak pelbagai kurang upaya di Tennessee untuk mendapatkan apakah yang di
perolehi oleh setiap individu samada pengalaman dan perasaan semasa perkhemahan tersebut
Figure 1.1: The example of the Smiley Faces assessment scale used at Camp Koinonia in 1997

(source from Yang J. H., 2004)

Contoh penilaian skala wajah senyuman yang digunakan di Camp Koinonia pada 1997 adalah
wajah bosan, okey, baik, bagus, riang.

Kedua adalah skala wajah senyuman tentang persoalan berkaitan dengan perasaan ketakutan
kanak-kanak terhadap doctor dan hospital (Vitorine, et al, 2004) Dalam skala likert yang
digunakan adalah skor 1-7 ( 1 menunjukkan sangat takut dan 7 sangat gembira dan selesa).
Kanak-kanak akan ditanya mengenai pengalaman lepas terhadap doctor dan juga hospital dan
bagaimana perasaan mereka terhadap doctor dan hospital sebelem kedatangan Teddy Bear
hospital. Selepas kedatangan Teddy Bear tersebut, kanak-kanak akan berbelah bagi untuk
menjawab soalan yang merangkumi bagaimana gembiranya mereka dengan Teddy Bear,
bagimana alat mainan tadi boleh menggembirakan, kanak-kanak tersebut gembira dengan
mainan doctor untuk merawat mainan tersebut, apa yang mereka suka tentang Teddy bear
Hospital, dan apa perasaan mereka tentang doctor dan hospital sekarang sekiranya teddy bear
yang akan membantu mereka untuk mengurangkan rasa ketakutan. Ilutrasi pelbagai rupa
wajah untuk menggambarkan ketakutan terhadap doctor dan hospital.
The example of seven faces used as an assessment scale in measuring

children dental anxiety (Buchanan, H., 2005

1.3 contoh reaksi wajah senyuman untuk mengukur skala ketakutan kanak-kanak
terhadap doctor dan hospital.

Ketiga, ia adalah mengenai penggunaan wajah senyuman sebagai pengukur kerisauan


terhadap doctor pergigian . Insturmen ini dipanggil Program skala Senyuman (SFP). Terdapat
5 dimensi yang menjadi penyebab utama factor kepada kerisauaan pergigigan terhadap
kanak-kanak. Pengukuran skala terhadap SFP ialah menggunkan 7 set skala wajah senyuman
untuk menjelaskan perasaan kanak-kanak dan ia bermula1-7. Skor minumun adalah 4 dan
maksimum adalah 28 yang manan menunjukkan kerisauan yang tinggi. Rajah 1.3
menunjukkan contoh 7 pengukuraan yang difokuskan untuk mengukur kerisauan kanak-
kanak tersebut.

The example of seven faces used as an assessment scale in measuring

children dental anxiety (Buchanan, H., 2005

2.0 Penilaian

Pengkaji telah mengendalikan penerokaan terhadap pengurusan penggunaan alat ukur ini
terhadap kanak-kanak dalam beberapa perkara mengenai perhatian, kesesuaian,
keyakinan dan kepuasan. Ujian motivasi akan dijalankan untuk mengukur tahap kanak-
kanak penggunakan kaedah pembelajaran persekitaran multimedia (PMLE). Pendekatan
pembelajaran persekitaran multimedia merujuk kepada persembahan multimedia untuk
menyokong pembelajaran dengan menggabungkan elemen yang berbeza daripada media
contoh seperti teks, grafik, bunyi, animasi dan video terhadap penggunaan computer
untuk mengubah tingkahlaku dan gannguan tingkahlaku. PMLE adalah contoh pertama
yang akan ditiru untuk perkembangan di masa akan dating untuk mengurangkan
kebimbangan kanak-kanak terhadap pergigian di kalangan populasi Malaysia. Dalam
kajian ini tidak ditonjolkan ujian motivasi melalui IMMS untuk mengukur tahap motivasi
di kalangan kanak-kanak tetapi ia cubaan untuk menyiasat dua perkara. Persoalan kajian
yang pertama adalah “ Adakah kanak-kanak merasai skala wajah senyuman membantu
mereka menjawab soalan tentang ketidakselesaan, kesakitan atau kerunsingan? Dalam
bentuk lain ia mahu melihat bagaimanan pendekatan menggunakan 5 set wajah senyuman
sebagai skal ukur menjadi sesuai atau tidak, terutamanya membantu kanak-kanak dalam
menjawab soalan dengan betul. Pernytaan soalan yang kedua adalah, Adakah kanak-
kanak sesuai menjawab soalan dlam IMMS? Untuk tujuan itu, kanak-kanak sekolah
berumur 7 hingga 9 tahun dipilih menjadi responden. Alat kajian dan tatacara digunakan
untuk penilaian tersebut dan akan dibincangkan pada ruang seterusnya.

2.1 Alat Ukur

Soalan-soalan tersebut adalah IMMS yang mana diadaptasikan oleh Keller (1987). Ia
merangkumi 36 soalan dan terdapat 4 skala ukur. Ianya adalah Perhatian, kesesuaian,
keyakinan dan kepuasan. Respon menggunakan 5 set wajah senyuman menujukkan tahap
daripada 1 (sangat setuju) 2 (setuju) 3 (tidak pasti) 4 (tidak setuju) dan 5 (sangat tidak setuju).
Menurut Keller (1993) kesahan alpa croncbach menunjukkan koofesion pada setiap ARCS
dimensi 0.89, 0.81, 0.90, dan 0.96. Rajah 2.0 menunjukkan 5 wajah skala yang digunakan
sebagai alat pengukuran untuk penilaian kanak-kanak. Kesahan insrtumen akan dilihat
daripada guru-guru pakar.

2.2 Tatacara

Kanak-kanak yang terlibat dalam kajian ini dikehendaki menjawab menggunakan PMLE
pada permulaan. Selepas mereka sudah berpengalaman menggunakan pada kali pertama,
mereka akan diberi IMMS. Guru-guru bertindak sebagai fasilitator, monitar pelajar dan
membantu jika diperlukan. Instrument ini juga mencuba untuk menyiasat kesan akan datang
terhadap penggunaan pengajaran multimedia di kalangan kanak-kanak. Skor IMMS akan di
kodkan dan aplikasi SPSS digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi.

3.0 Keputusan

Keputusan adalah berasaskan kualitatif komen daripada kanak-kanak selepas daripasa


penilaian tersebut. Menurut soalan pertyama kajian, mereka melihat keadaan skala wajah
senyuman membantu mereka untuk menerangkan tahap kerisauan dan kesakitan yang
kanak-kanak alami.Melalui penilaian tersebut, kank-kanak menemui terdapt 5 jenis muka
senyuman sebagai pilihan yang sukar untuk mereka pilih dan dapat memberikan jawapan
yang tepat dengan apa yang dirasai. Disebabkan itu, kanak-kanak mendapati kesukaran
untuk memilih wajah yang betul dan tepat dengan apa yang mereka ingin sampaikan.
Ianya juga turut diakui oleh guru dan melihat mereka menjalani IMMS.

4.0 Cadangan dan Kesimpulan

Mereka meneriam bahawa skala wajah senyuman IMMS sebagai intrumen skala untuk
kanak-kanak. Strategi untuk membantu kanak-kanak menjawab soalan dengan mudah dan
juga menyeronokkan. Keputusan daripada ekplorasi kajian dengan kanak-kanak dan guru-
guru menemui bahawa 5 jenis wajah senyuman tidak sesuai untuk menyatakan jawapan
yang betul terhadap soalan yang diberikan. Kami mencadangkan ubahsuaian terhadap 5
jenis wajah senyuman dengan lebih jelas atau perbezaan yang lebih jelas menunjukkan
maksud yang tepat seperti contoh Skala yang digunakan oleh Victorine et all (2004)

Guru juga member komen IMMS memberikan soalan yang sangat panjang untuk dijawab
oleh kanak-kanak. Soalan yang panjang mnenyebabkan kanak-kanak mudah boring dan
sukar untuk memperolehi kesahan dan kebolehpercayaan. Ianya perlu diringkaskan
kerana kanak-kanak yang terlibat sukar untuk member perhatian yang lama.

Você também pode gostar