Você está na página 1de 2

Ruj. Kami : P.T.

04054-02/(05)

Tarikh : 27 Julai 2010

Semua Guru Besar,


Sekolah Rendah Negeri Terengganu.

Tuan,

PENGESAHAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH


BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2011

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran telah menetapkan untuk melaksanakan Pendidikan
Wajib Sekolah Rendah mulai 1 Januari 2003. Sehubungan itu tuan adalah dipohon untuk melaksanakan mengikut
prosedur yang telah ditetapkan seperti berikut :-

2.1 Kanak-kanak yang lahir 2.1.2004 hingga 1.1.2005 yang telah membuat
permohonan penempatan untuk tahun persekolahan 2011.

2.2 Semua urusan permohonan pengesahan penempatan hendaklah dilaksanakan di peringkat sekolah
mulai pada 1 hingga 30 Ogos 2010.

3. Dokumen yang perlu dibawa oleh ibu bapa/ penjaga ketika membuat pengesahan penempatan adalah
seperti berikut :-

3.1 Sijil lahir kanak-kanak berkenaan


(Salinan asal dan salinan fotostat)

3.2 Borang / Surat bukti pendaftaran sekolah yang berkenaan

4. Sila semak sijil lahir kanak-kanak berkenaan untuk memastikan kanak-kanak tersebut adalah
Warganegara Malaysia.

5. Borang RPPM 1 – Borang Rumusan Pengesahan Penempatan Murid Ke Tahun 1


(diisi oleh pihak sekolah untuk simpanan).

5.1 Semasa ibu bapa/ penjaga membuat permohonan pengesahan penempatan mereka
hendaklah dimaklumkan mengenai perkara berikut :-

Permohonan pengesahan penempatan ini hanya merupakan satu permohonan kanak-kanak untuk
memasuki sekolah. Jabatan dan Pejabat Pelajaran Daerah tidak menjamin kanak-kanak
berkenaan akan ditempatkan di sekolah di mana mereka membuat permohonan penempatan.

5.2 Pihak sekolah hendaklah menghubungi ibu bapa/ penjaga yang gagal membuat pengesahan
pendaftaran di sekolah yang berkenaan.

6. Setelah tamat tempoh masa pengesahan penempatan, pihak sekolah dikehendaki memenuhi LAMPIRAN
‘A’ yang dikembarkan dan dihantar kepada Pegawai Pelajaran Daerah masing-masing tidak lewat daripada 30
Ogos 2010.
7. Ibu bapa/ penjaga boleh membuat rayuan penempatan anak mereka mulai 1 hingga 30 September 2010.
Sekolah perlu menghantar Rumusan Rayuan Penempatan semula ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing pada
1 hingga 5 Oktober 2010. Keputusan Rayuan Penempatan Semula akan dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah
masing-masing melalui sekolah mulai awal November.

Sekian, terima kasih.

“Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(TENGKU ANUAR BIN TENGKU DALAM)


Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Sekolah,
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

s.k.

1. Semua Pegawai Pelajaran Daerah


- Sukacita kiranya dihantar senarai kunci ‘LAMPIRAN A’ – bagi daerah tuan untuk
perhatian Unit Sekolah Rendah tidak lewat daripada 10 November 2010.

2. Fail Timbul

WM/Penempatan murid tahun 1/Da**

Você também pode gostar