Você está na página 1de 11

BAHASA DAN PERSPEKTIF GLOBAL

 Persoalan tentang bahasa tidak pernah berakhir kerana bahasa sentiasa


berkembang dan berubah sesuai dengan perubahan budaya dalam kehidupan
manusia.
 Bahasalah satu-satunya alat yang paling ampuh, baik dan jitu untuk berkomunikasi
dalam pelbagai konteks.
 Pewujudan bahasa yang menjadi milik manusia inilah yang membedakannya
dengan haiwan. Untuk memahami manusia dan kemanusiaannya, seseorang itu
mesti memahami sifat bahasa kerana bahasa menjadi sumber kehidupan dan kuasa
manusia.
 Salah satu sifat luaran bahasa ialah kewujudan hubungan antara bahasa dengan
etnologi, iaitu hubungan sejarah bahasa dengan sejarah bangsa dan ketamadunan
bangsa itu. Ketamadunan akan memberikan kesan pada perkembangan bahasa dari
pelbagai aspek.
 Bahasa juga bersifat global dan unik. Sifat inilah yang menjadikan bahasa berkuasa
dalam kehidupan manusia. Ini dijelmakan dalam ungkapan bahasa membentuk
bangsa, bahasa jiwa bangsa, bahasa menunjukkan bangsa, hilang bahasa pupuslah
bangsa, rosak bahasa binasalah bangsa…

1
DEFINISI BAHASA

Alat untuk membentuk minda, perasaan dan keinginan. Selain penanda


bangsa, bahasa juga dapat merefleksikan latar budaya.
Satu sistem tabiat yang amat rumit.
Sintesis daripada bunyi yang terbentuk dari aspek luaran dan dalaman.
Aktiviti yang dapat dihuraikan berdasarkan set prinsip yang terbatas,
tetapi mengandung pelbagai ragam ucapan yang tidak terbatas.
Sistem isyarat yang berupa gabungan makna dengan bayangan bunyi
yang bersifat psikologi.
Hubungan makna dengan bunyi dalam rentetan ucapan mengikut hukum
tatabahasa.
Sistem berstruktur daripada bunyi vokal dan urutan bunyi secara arbitrari
untuk berkomunikasi.

2
RUMUSAN DEFINISI BAHASA

Bahasa mencakup sistem komunikasi, alat berfikir dan pemangkin


untuk pembinaan umah.

Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang menyeru
(kamu) ke (jalan) Allah, serta berimanlah kamu kepada-Nya. (supaya dengan
ini) Ia akan mengampunkan dosa kamu, dan menyelamatkan kamu daripada
azab yang tidak terperi sakitnya (ayat 31, surah al-ahqaf)

 Terdapat dua amanat di dalamnya, iaitu kita dikehendaki bersatu dan


mempercayai agama, dan jika ingkar, azab dan sengsara balasannya.

 Bahasa yang telah digunakan itu telah berjaya menyampaikan mesej


dan berupaya untuk mengubah persepsi masyarakat dan bertindak
balas dengannya.

3
RUMUSAN DEFINISI BAHASA

Bahasa merujuk pengetahuan yang dimiliki oleh penutur bahasa ibunda,


yang membolehkan mereka berkomunikasi, mengungkapkan rasa, cita
dan makna, serta dapat melaksanakan fungsi bahasa yang lain.

 Kata merujuk entiti tertentu berasaskan konteks. Misalnya kata dalam


boleh menduduki posisi kata nama, kata sendi dan kata adjektif.

 Kata pen ialah kata tunggal satu suku kata, kata nama am, alat tulis
yang menggunakan dakwat basah atau kering, dan boleh didapati di
mana-mana kedai dalam pelbagai bentuk dan warna.

 Ini menunjukkan bahawa kata merujuk simbol bunyi yang mendukung


hubungan secara arbitrari dengan objeknya.

4
RUMUSAN DEFINISI BAHASA

Bahasa ialah satu institusi sosial yang menjadi alat ujaran, dan wadah
percakapan hanyalah kebetulan.

 Bahasa ialah sesuatu yang diujarkan. Idea yang disampaikan perlulah


diperdengarkan agar terjadi komunikasi, iaitu proses pengiriman idea
dan penerimaan idea daripada pengirim kepada penerima melalui
bahasa.

 Sesuatu yang diujarkan itu merupakan simbol, dan simbol itu dapat
mewakili dan melambangkan perasaan, fikiran, idea dan maksud
pembicara yang dapat diterima pendengar.

5
RUMUSAN DEFINISI BAHASA

Bahasa ialah perakaman pemikiran dan pengalaman.

 Bagi pengguna bahasa kedua dan bahasa asing, bukan sahaja bentuk bahasa ibunda mereka
turut berubah, tetapi juga pandangan hidup dan apresiasi budaya juga mengalami perubahan dan
memperoleh matra baharu, lebih-lebih lagi dalam konteks IT dan globalisasi.

 Sesetengah perkataan diasimilasikan ke dalam bahasa Melayu dengan penyesuaian tertentu,


iaitu bentuk kata dikekalkan, dan lafaznya mengikut kudrat dan sistem bahasa Melayu.

 Penguasaan bahasa Inggeris tidak lagi dianggap prasyarat untuk memperoleh pengetahuan,
tetapi yang lebih menonjol ialah rasa kebanggaan, dan kelemahan dalam bahasa itu dianggap
tidak cendekia ddan ketinggalan zaman. Keadaan ini akan memberi kesan terhadap budaya,
ekonomi dan pentadbiran.

6
ANALISIS HAKIKAT BAHASA

Bahasa mencakupi aktiviti manusia yang sangat luas dan tidak


terbatas. Ini demikian kerana budaya bahasa dan pemikiran
mempunyai hubungan timbal balik yang sangat erat.

Pada masa hadapan, keadaan akan menjadi lebih tidak menentu


kerana banyak warga Malaysia yang belajar, melawat dan menetap di
manca negara. Kerancakan MOA dan MOU dalam pelbagai bidang
kerjasama antara kerajaan dengan pihak swasta membuka peluang
yang seluas-luasnya kepada warga asing masuk ke Malaysia.

Sebarang perubahan yang terjadi pada bahasa akan memberikan


kesan besar tehadap budaya, dan cukup untuk merobah akar umbi
budaya, jati diri dan ketamadun bangsa.

7
ANALISIS BAHASA

Petikan 1: Apa-apa yang kita bincang orang tak faham.

Sebaris ayat dalam petikan 1 dapat menggerakkan perkara berikut:

 Ahli dalam kumpulan perbincangan tidak mempunyai ketrampilan bahasa yang


berpada, istilah terlalu teknikal, tidak tekal dan diksinya tidak sesuai atau faktor
lain yang relevan.
 Keinginan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara yang
dibincangkan, sama ada untuk difahami, disahkan kebenaran maklumat atau
untuk panduan masa hadapan.
 Tindakan mencari dan mendapatkan maklumat dari premis ke premis,
menghubungi penerbit, membelinya, mengeluarkan kos pembelian, membaca,
memahami, menganalisis, mengkritik, menghayati dan mengamalkannya
dengan mengorbankan banyak masa dan tenaga.
 Ini menunjukkan bahawa kuasa bahasa ke atas manusia begitu hebat.

8
ANALISIS BAHASA

Petikan 2: “e – e – e – e – e – mak”. Dia menjerit. Sambil berjalan terhenyut-henyut, dia


menghampiri meja besar di tengah rumah. Tangannnya terkapar-kapar untuk mencapai gelas air.
“e – e – e – e – e – mak, a – a – a – a – a – air”. Tangannya dapat mencapai gelas, dan dia mula
ketawa menunjukkan giginya yang rongak.

Petikan di atas dapat mewujudkan perkara berikut:

 Simpati kita terhadap penghidap penyakit afasia, iaitu kehilangan keupayaan bertutur
secara menyeluruh atau sebahagian akibat kecacatan, penyakit atau kecederaan
otak.Maklumat yang ingin dikemukakan amat mudah, tetapi amat sukar bagi penghidap
afasia ini.

 Kemampuan berbahasa masih wujud dalam kalangan penghidap penyakit ini. Keadaan
ini menarik perhatian ahli psikolinguistik untuk mengkaji dan mencari jalan
penyelesaiannya.

9
ANALISIS BAHASA

Petikan 3: Sekurang-kurangnya 90% kematian daripada penyakit paru-


paru yang kronik disebabkan rokok. Kajian mendapati bahawa keupayaan paru-
paru kanak-kanak akan berkurangan jika ibu mereka merokok. Mereka juga
mengalami risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit yang berkaitan dengan
respiratori seperti demam, selesema, bronkitis, asma dan pneumonia.

Petikan 3 akan mewujudkan perkara berikut:

 Apabila mengetahui bahaya rokok, bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada
pihak lain, terutama kanak-kanak, maka perokok akan cuba meninggalkan tabiat buruk
itu.

 Pakar perubatan juga akan berusaha untuk mengenal pasti penyakit lain yang wujud
akibat merokok, dan mencari rumusan ubat untuk menghentikan tabiat merokok itu, di
samping mengatasi masalah penyakit sampingan yang lain.

10
RUMUSAN BAHASA DAN PERSPEKTIF GLOBAL

Kepelbagaian dan skop pemikiran manusia memerlukan penglibatan aktif


bahasa.
Bahasa perlu dilengkapi dengan sistem dan leksikon baharu untuk
membolehkan manusia memahami kata, frasa, klausa, ayat dan wacana dalam
pelbagai konteks.
Bahasa perlu kreatif, imaginatif, dinamik dan luwes demi inovasi yang selaras
dengan pengetahuan, pengalaman, pemikiran dan suasana baharu dunia tanpa
sempadan.
Penguasaan tatabahasa formal dan tatabahasa sosial perlu diberikan
keutamaan.
Hubungan antara ketrampilan berbahasa dengan kudrat dan kuasa bahasa amat
mengagumkan.
Penyelidikan kebahasaan perlu mengambil kira individu, bahasa, dan sosial.
Bahasa, penutur dan dunia merupakan satu sistem yang sebati dan bertaut erat.

11

Você também pode gostar