Você está na página 1de 2

Asal Usul Bangsa dan Bahasa Melayu 

     Pada masa ini ada dua teori asal usul orang Melayu. Teori pertama mengatakan bangsa Melayu
berasal dari Asia Tengah. Teori kedua pula mengatakan bahawa bangsa Melayu memang berasal dari
kepulauan Melayu atau Nusantara.     

     Penyokong teori pertama yang paling terkenal ialah Geldern H.R.  Beliau mengunakan alasan
kapak tuan, atau beliung batu yang dijumpai di Nusantara. Menurut beliau, kapak tuan juga dijumpai
di sungai-sungai di India Utara, China, Burma dan Nusantara. Jadi beliau menpercayai kapak-kapak
itu itu mula-mula berasal dari Asia Tengah dan dibawa pindah ke Nusantara.   

     *   Teori ini lemah kerana kapak-kapak seperti itu juga dijumpai di Amerika dan Eropah pada
zaman yang sama.    

     Bukti-bukti lain yang menolak teori Geldern ialah bukti-bukti daripada kajian bahasa di kawasan
Benua Asia. Bahasa-bahasa di Asia terdiri daripada tiga keluarga besar, iaitu:

1. Di Asia Tenggara, bahasa-bahasa kawasan ini berasal daripada keluarga Cina


–Tibet,yang melahirkan bahasa-bahasa Cina, Tibet dan Siam.

2. Di kawasan Benua India, bahasa- bahasa di situ berasal daripada keluarga


Dravidia, yang melahirkan bahasa Tamil, Telegu dan Malayalam.

3. Di Asia Selatan,  Asia Timur dan Asia Tenggara, bahasa-bahasanya berasal


daripada keluarga Austronseia, dari mana bahasa Melayu dan bahasa–
bahasa kepulauan Polinesia berasal.

     Di sini jelas bahawa Melayu tidak berasal daripada keluarga bahasa- bahasa di Asia Tengah. Oleh
itu orang Melayu tidak mungkin berasal dari sana.       

     Antara penyokong teori kedua ialah Gorys Keraf. Beliau menyatakan bahawa bangsa Melayu
sudah sedia ada di kepulauan Melayu dan mereka menuturkan bahasa keluarga  Nusantara.
Menurut beliau negeri asal orang Melayu ialah daerah Indonesia dan Filipina. 

     Asmah Hj.Omar mengatakan kepulauan Melayu atau Nusantara memang mempunyai penduduk
aslinya tersendiri. Ada ahli sejarah memanggil penduduk asli itu sebagai Melayu Negrito .Mereka
telah ada di Nusantara sejak 8000 S.M . Mereka ialah nenek moyang orang - orang Melayu Asli iaitu 
Jakun atau orang-orang Biduanda, Temuan, Orang Laut, Orang Karak dan lain-lain. Zaman mereka
dinamai Zaman Batu Pertengahan. 

     Sultan Takdir Ali Syahbanna mengatakan bangsa-bangsa Melayu terdiri  daripada bangsa yang
hidup di Asia Tenggara,  iaitu terdiri daripada bangsa-bangsa yang hidup di Asia Tenggara, iaitu di
negara Thai Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina Selatan. Bangsa-bangsa ini
mempunyai ciri-ciri tubuh badan yang berlainan daripada bangsa Cina di Asia Utara dan bangsa-
bangsa India di Asia Barat. 

    Bahasa keluarga Nusantara juga dikenali sebagai bahasa Melayu purba. Bahasa Melayu purba
mula-mula mengalami perubahan pada abad pertama, iaitu akibat kedatangan para pedagang dan
penyebaran agama Hindu dari Kepulauan India ke Kepulauan Melayu. Mereka memperkenalkan
pengaruh bahasa sanskrit kepada bahasa Melayu Purba dan dengan itu membuat bahasa tersebut
berkembang dan menjadi bahasa Melayu Kuno. 

    Bukti bahasa Melayu kuno terdapat pada batu bertulis yang diisytiharkan sebagai prasasti dan
batu bersurat . Antara batu-batu bersurat yang penting ialah batu bersurat Kedukan Bukit, Batu
Bersurat Talang Tuwo, Batu Bersurat Batu Kapor dan Batu Bersurat Karang Berahi. Kesemua batu
bersurat itu ditulis mengunakan huruf palava dan mengandungi banyak perkataan pinjaman
daripada bahasa sanskrit. Huruf palava oleh para pedagang dan penyebaran agama Hindu dari India. 

     Teori pertama, yang mengatakan bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah percaya bahawa orang-
orang Melayu mula berpindah dari Yunan ke Nusantara pada 2500 S.M. Mereka dipanggil Melayu
Deutro. Zaman mereka dinamai Zaman Logam. Kedatangan Melayu Deutro telah membuat Melayu
Negrito lari ke daerah pedalaman. 

     Kerajaan Melayu yang pertama dipercayai terletak di daerah Jambi di Sumatera Selatan. Bukti
sejarah yang paling tua mengandungi perkataan “Melayu” ialah dalam catatan Cina yang ditulis
sekitar 644 Masihi. Pengembara Cina yang terkenal, I-sing (675-678 M) di dalam diarinya
mencatatkan ada kerajaan Melayu yang besar di Sungai Batang, tidak jauh dari Palembang,
Sumatera.       

    Kitab Sejarah Melayu pula menyebut adanya sungai yang dipanggil Sungai Melayu di Palembang. 
Sebelum orang-orang India memperkenalkan huruf Palava, orang-orang di Nusantara mempunyai
tulisan sendiri iaitu tulisan Lontara di Sulawesi, tulisan Batak di Sumatera Utara dan tulisan Rencong
di Sumatera Selatan. 

    Bahasa Melayu purba digunakan hingga abad pertama. Sesudah itu bahasa Melayu Purba 
berkembang menjadi bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Kuno digunakan sehingga abad ke- 13.
Setelah itu bahasa Melayu Kuno berkembang menjadi bahasa Melayu Klasik. Bahasa Melayu klasik
kekal sehingga abad ke-19. 

     Puncak kegemilangan bahasa Melayu Klasik ialah pada masa Kesultanan Melayu Melaka dan
zaman kerajaan Johor- Riau. Bahasa itu menjadi bahasa pemerintahan dan hubungan diplomatik
dengan dunia luar. Dipercayai ribuan karya kesusteraan ditulis pada zaman itu. 

    Bahasa Melayu Kuno berkembang menjadi bahasa Melayu Klasik hasil sumbangan pedagang dan
penyebar agama Islam yang datang ke Nusantara. Mereka memperkenalkan tulisan Arab dan tradisi
pemikiran intelektual yang tinggi kepada bahasa Melayu. 

Antara karya-karya penting yang ditulis dalam bahasa Melayu Klasik ialah Hikayat Raja-Raja Pasai,
Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Abdullah. 

Você também pode gostar