Você está na página 1de 3

Apa ItuTsunami?

Istilah �tsunami' menerangkan satu siri ombak lautan yang panjang yang terbentuk
selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. �Tsunami� adalah daripada
perkataan Jepun, dan apabila disalinkan ke Inggeris, ia bermaksud �Harbor (�tsu�)
wave (�nami�). Istilah ini pada mulanya digunakan oleh nelayan Jepun untuk
menerangkan kemusnahkan yang dilakukan ombak besar yang mana boleh
menghapuskan seluruh kawasan pengkalan kapal. Yang anehnya mereka tidak
mengalami sedikit pun kesan tsunami pada bot-bot mereka di laut.

Tsunami-tsunami adalah ombak-ombak mempunyai cirri-ciri pergerakan yang pantas,


kadang-kadang mempunyai ketinggian ombak yang tinggi, dan jarak ombak panjang oleh
itu tsunami-tsunami adalah seharusnya ombak-ombak raksasa.

Dalam lautan dalam, tsunami-tsunami jarang dirasakan kerana mereka ditutupi oleh
kebesaran / keluasan lautan yang lainnya. Walau bagaimanapun, tsunami-tsunami
memang boleh menghancurkan apabila jarak jauh di bawah lautan semakin kurang
apabila menuju ke darat. Kelajuan pergerakan tsunami juga merupakan suatu ciri yang
hebat. Tsunami boleh bergerak disepanjang lautan dengan sangat pantas, biasanya dari
500 ke 1000 kilometer sejam, dengan tenaganya yang agak konsisten dan agak sukar
kelihatan dilaut. Ini adalah sebabnya, mengapa tsunami dihasilkan dari satu kawasan dan
boleh memberi kesan ke kawasan-kawasan yang beribu-ribu kilometer jauhnya.

Dengan kejadian tsunami yang terbaru di Selatan Asia, pusat permulaan tsunami hanya
terdapat dipantai Indinesia, dan tetapi tsunami yang menuju ke Timur Afrika mempunyai
kekuatan yang sama - iaitu selepas 14 jam Asia Tenggara dilanda. Jarak ombak (jarak
diantara puak ombak) tsunami boleh mencapi lebih 100 kilometer dan lebih. Ini
bermaksud apabila tsunami yang awal memukul pantai, ombak yang kedua mungkin
tidak berlaku sehingga ke sejam kemudiannya. Inilah satu bahagian kewujudan bahaya-
bahaya tsunami.

Dengan kejadian terbaru tsunami di Selatan Asia, ramai individu-individu terbunuh


dengan ombak yang awal. Walaubagaimanapun, lebih ramai kematian telah berlaku
apabila ombak tsunami kedua melanda tempat yang sama dimana ramai orang, kira-kira
sejam selepas ombak pertama, berkejar balik ke pantai untuk menolong mereka yang
masih hidup.

Apabila tsunami melepasi lautan dalam dan bergerak menuju ke tempat kawasan air cetek
dipantai, berlaku seperti ombak biasa, hanya ia bergerak dengan kepantasan yang nyata
dan bertenaga dengan jarak panjang ombaknya. Tsunami bergerak perlahan disebabkan
oleh kawasan air yang cetek, tetapi itu juga membuat air �bertimbun� untuk
menambahkan ketinggian tsunami. Pada masa ia sampai di darat, ketinggian tsunami
boleh menjadi kelihatan mengerikan (ada yang boleh mencapai setinggi 30 meter) dan
kesan mereka boleh hampir sama dahsyat pukulan pantai dengan jumlah tenaga yang
begitu kuat.

Tsunami boleh menghakis pasir dari pantai-pantai, menghapuskan pokok-pokok, dan


bahkan memusnahkan sama sekali seluruh pekan-pekan seperti yang terjadi pada bencana
tsunami di Selatan Asia. Satu istilah yang biasa digunakan untuk menerangkan tsunami-
tsunami ialah �tidal wave� Ini telah digunakan kerena kekencangan tsunami-tsunami
yang boleh dilihat hampir sama dengan ombak yang cepat.

Menurut �Oceanographers� istilah penggunaan �tidal wave� adalah tidak tepat


kerana tsunami-tsunami tidak ada kaitan dengan air pasang atau surut dalam apapun.
Turun dan naik keadaan air laut disebabkan oleh tarikan graviti matahari dan bulan, di
mana kemasukan dan keluar boleh diramal secara tepat. Tsunami merupakan satu
phenomena yang jarang, yang disebabkan oleh peralihan jumlah isipadu air dan
menyatakan dengan sendirinya dalam bentuk siri ombak-ombak raksasa.

Apa Penyebab Tsunami?

1. Gempa Bumi di Dasr Laut

Gempa bumi di dasar laut merupakan bentuk penghasilan tsunami yang paling biasa,
biasanya menghasilkan tsunami-tsunami yang sangat menghancurkan. Bumi senantiasa
bergerak pada atas “tectonic plates” yang besar. Apabila “tectonic plates” bergerak
melalui satu dengan yang lain, berlanggar dan masuk ke bawah dengan satu yang lain,
gempa bumi terjadi. Ini yang terjadi dengan tsunami yang telah berlaku di Selatan Asia
baru-baru ini.

Di sini satu gempa bumi yang besar di Lautan Hindi berukuran skala 10.0 Richter
menggoncangkan dasar laut mengakibatkan perpindahan isipadu air yang sangat besar
secara tiba-tiba. Untuk sementara, gempah bumi akan menyebabkan gerakan yang tidak
seimbang di bahagian tengah dasar laut pada bahagian tertentu. Ombak dengan segera
terbentuk sebaik sahaja air yang dipindahkan untuk mendapat equilibrium dengan
mengisi tempat kosong yang telah terbentuk. Adalah diperingatkan bukan semua gempa
bumi menghasilkan tsunami-tsunami. Biasanya ia akan melibatkan gempa bumi dengan
skala Richter yang besar melebihi 7.5 untuk menghasikan tsunami yang menghancurkan.

2. Tanah Runtuh

Tanah runtuh disebabkan kejatuhan batu, ais, atau dibawah air (submarin) tanah runtuh
atau tanah menurun dengan tiba-tiba boleh menyebabkan perpindahan air untuk
menghasilkan tsunami. Tanah runtuh submarine biasanya disebabkan oleh gempa bumi,
besar dan kecil, oleh itu menguatkan kuasa satu gempa bumi mengakibatkan tsunami.

Satu contoh tanah runtuh yang telah mengakibatkan tsunami ialah pada tahun 1980an di
Selatan Francis di mana gerakan tanah yang sangat nyata untuk pembangunan sebuah
lapangan terbang menyebabkan tanah runtuh dibawah air, yang mengakibatkan ombak-
ombak tsunami yang menghancurkan dan melanda pelabuhan Thebes.

. Gunung Berapi

Letupan gunung berapi walaupun jarang berlaku, letupan gunung berapi yang
menghancurkan juga mewakili kekacauan yang mendadak, yang mana boleh
memindahkan isipadu air yang banyak / besar dan menghasilkan ombak-ombak tsunami
yang sangat memusnahkan di kawasan sumber yang terdekat.

Gangguan gunung berapi boleh menghasilkan ombak-ombak dengan pemindahan air


yang tiba-tiba disebabkan oleh letupan gunung berapi. Kebanyakan tsunami-tsunami
yang terjadi di Lautan Pacifik terjadi disekitar “Ring of Fire” kawasan lingkungan
kepulauan Hawaii. Kawasan tersebut digelar sebagai “Ring of Fire” kerana bilangan
gunung-gunung berapi yang aktif terlalu banyak.

Sejak 1819, lebih 40 tsunami-tsunami melanda kepulauan Hawaii. Salah satu daripada
tsunami yang terbesar dan menghancurkan yang pernah direkodkan ialah terjadi pada
26hb Ogos, 1883 selepas letupan dan keruntuhan gunung berapi Kratatoa di Indonesia.
Letupan ini mengakibatkan ombak-ombak mencapai ketinggian 135 kaki, memusnahkan
perkampungan dan pekan-pekan di sepanjang pantai sunda di kedua-dua kepulauan Jawa
dan Sumatera, membunuh 36,417 orang.

4. Extraterrestrial Collision

Extraterrestrial Collision tsunami-tsunami disebabkan oleh “extraterrestrial collision”


(iaitu asteroids, meteors) adalah kejadian yang paling jarang berlaku. Walupun tidak ada
“meteor” menghasilkan tsunami yang pernah direkodkan dalam sejarah baru-baru ini,
para saintis menyedari bahawa jika “meteor” memukul laut, satu isipadu air yang
sememangnya dipindahkan untuk menyebabkan satu tsunami.

Para saintis telah mengira jika satu “asteroid” yang sederhana besar, 5-6km dalam garis
pusat (diameter) akan memukul ditengah lautan besar seperti Lautan Atlantik, ia akan
menghasilkan satu tsunami, yang akan terus bergerak melanda ke kawasan pergunungan
Appalachian di bahagian atas dua pertiga daripada Amerika Syarikat.

Pada kedua bahagian Atlantik, bandar-bandar di kawasan pantai akan disapu habis oleh
tsunami.

Asteroid yang berukuran 5-6 kilometer dari garis pusat apabila berlaku diantara
kepulauan Hawaii dan pantai Utara Amerika, akan menyebabkan satu tsunami yang mana
boleh melanda bandar-bandar di pantai Barat Canada, Amerika Syarikat dan Mexico dan
akan melanda kebanyakan kawasan tempat tinggal di kawasan pantai kepulauan Hawaii.

Você também pode gostar