Você está na página 1de 3

AKTA 174

 Iaitu Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.


 Memperuntukkan perkara-perkara yang berkaitan dengan tatatertib pelajar dalam institusi-
institusi pelajaran iaitu Maktab Perguruan, Politeknik dan Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia
(Jadual I, Akta 174).
 Mula dilaksanakan pada Januari 1998.

 TAFSIRAN

Ketua Eksekutif

  Membawa maksud Pengarah Institusi yang bertugas sebagai eksekutif utama

 TAFSIRAN

Pegawai Hal Ehwal Pelajar

 Membawa maksud Pengarah yang ditetapkan oleh Menteri Pendidikan yang berkuasa
mengambil apa-apa tindakan tatatertib dan mengenakan hukuman tatatertib kepada pelajar di
bawah Jadual Kedua Akta 174.

 TAFSIRAN

Pihak Berkuasa Tatatertib

 Membawa maksud Pengarah Institusi atau mana-mana kakitangan Institusi atau lembaga yang
ditubuhkan yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Pengarah mengambil apa-apa tindakan
tatatertib dan mengenakan hukuman tatatertib kepada pelajar di bawah Jadual Kedua Akta 174.
(Pegawai Hal Ehwal Pelajar mempunyai kuasa untuk menyemak, membatal atau mengubah apa-
apa keputusan kakitangan / lembaga).

 Dalam Jadual 2 Akta 174, iaitu Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar)
1976, antara lain memperuntukkan:

1. Tatatertib Am (Kaedah 3 – 26)

(Mengandungi Perintah-Perintah dan Larangan-Larangan)

Contoh:

Kaedah 4: Kehadiran di kuliah

Kaedah 5: Menduduki peperiksaan


2. Tatatertib Asrama (Kaedah 27 – 34)

3. Tatatertib Lalulintas (Kaedah 35 – 47)

4. Acara Tatatertib (Kaedah 48 – 66)

Contoh:

Kaedah 48: Hukuman Tatatertib

Pelajar yang bersalah boleh dijatuhkan mana-mana satu atau gabungan

dua atau lebih hukuman berikut:

a) Amaran;

b) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;

c) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan Istitusi


selama tempoh yang ditentukan;

d) penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di Institusi selama tempoh yang


ditentukan;

e) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di


Institusi;

f) penyingkiran daripada mana-mana bahagian Institusi selama tempoh yang


ditentukan;

g) pembuangan daripada Institusi.

5. Rayuan-Rayuan (Kaedah 67 – 70)

Rayuan secara bertulis boleh dibuat oleh pelajar kepada Menteri Pendidikan dalam tempoh 14 hari
melalui Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Pengarah) sama ada:

a) terhadap sabit kesalahan tatertib, atau

b) terhadap hukuman yang dijatuhkan, atau

c) kedua-dua (a) atau (b) di atas.


PROSES MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB
 PERINGKAT I - Menerima aduan dan laporan

 PERINGKAT II - Memaklumkan kepada PBT

– kalau ada kredibiliti, buka fail (action file) atas nama pelajar,

ATAU

– atas nama kes atau kesalahan (jika pelajar tidak dikenalpasti)

 PERINGKAT III - Siasatan

– PBT arah unit HEP untuk dapatkan bukti yang mencukup

 ambil bukti

 ambil gambar jika perlu

 PERINGKAT IV - Laporan siasatan

– diteliti oleh pegawai lain (biasanya pegawai penyelia kepada pegawai penyiasat)

– jika tidak berasas, tutup kes. Simpan fail sebagai rekod.

– Jika bukti cukup, fail dihantar kepada PBT untuk diteliti.

 PERINGKAT V - Keputusan PBT

 sama ada:

 Arahan tutup kes (NFA)- jika tuduhan tidak berasas

 Arahan siasatan lanjut – jika bukti tidak mencukupi

 Arahan tindakan secara pentadbiran sahaja

 Beri nasihat

 Kaunseling

 Tindakan pentadbiran lain

 Arahan supaya dibicarakan

Você também pode gostar