Você está na página 1de 4

Anak 1 Malaysia. Teruk pada Abu Jahal.

Lebih Teruk pada


Firaun.
Posted by Saiful at 12:25 PM | | 0 comments

Kalau ditakdirkan Abu Jahal dan Firaun hidup


semula di Malaysia nescaya dia pun terkejut beruk. Zaman sekarang canggih lagi pada zaman mereka.
Yelahh... Malaysia bolehlah katakan.
Sebab zaman jahiliyyah mereka membunuh anak perempuan sahaja dan zaman Firaun mereka
membunuh anak lelaki sahaja. Sedangkan zaman kini mereka tak peduli lelaki ke perempuan. Mereka
bunuh dengan pelbagai cara. Ada yang dihanyutkan ke sungai, dibakar, disumbat ke dalam lubang
tandas, dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat pembuangan sampah. Semuanya ini
menimbulkan persoalan bilakah episod kejam itu akan berakhir. Dan episode terkini di Melaka baru-baru
ini mereka mewarisi kerja zaman jahiliyyah dengan membunuh anak dengan menanam hidup-hidup
bayi yang baru dilahirkan ke dalam tanah.

Disebut didalam al-Quran betapa kejinya kelakuan Firaun apabila mereka membunuh anak-anak lelaki
rakyatnya dikalangan Bani Israel. Ia difirmankan:-

َ‫ح ُيون‬
ْ ‫س َت‬
ْ َ ‫وي‬
َ ‫م‬ ُ ‫حونَ أَ ْب َنا َء‬
ْ ‫ك‬ ُ ّ ِ‫و ُي َذب‬
َ ِ‫ع َذاب‬ َ ‫سو َء ا ْل‬ُ ‫م‬ ْ ‫ك‬ ُ َ ‫م ون‬
ُ ‫سو‬ُ َ‫آل فِ ْرعَ ْونَ ي‬
ِ ‫ن‬ْ ‫م‬
ِ ‫م‬
ْ ‫ك‬ َ ‫إِ ْذ أَ ْن‬
ُ ‫جا‬
‫م‬ ِ َ‫م ع‬
ٌ ‫ظي‬ ْ ‫ك‬ ُ ّ ِ‫ن َرب‬
ْ ‫م‬ِ ‫م بَاَل ٌء‬ْ ‫ك‬ َ ‫وفِي‬
ُ ِ ‫ذل‬ َ ‫م‬ْ ‫ك‬
ُ ‫سا َء‬
َ ِ‫ن‬
Ketika dia menyelamatkan kamu dari (Fir'aun dan) pengikut-pengikutnya, mereka menyiksa kamu
dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak laki-lakimu, membiarkan hidup anak-anak
perempuanmu; dan pada yang demikian itu ada cobaan yang besar dari Tuhanmu". (Surah Ibrahim: 6)

Firasat dari ahli nujum bahawa akan lahir dari kalangan Bani Israel seorang anak lelaki yang menentang
dan bakal menghancurkan kekuasaan Firaun. Beliau lantas mengambil tindakan untuk membunuh
semua bayi lelaki dari kalangan Bani Israel tetapi membiarkan anak perempuan mereka hidup.

Begitu juga di zaman era jahiliyyah sebelum kebangkitan Rasulullah Saw. Mereka membunuh anak-anak
perempuan mereka. Firman Allah Swt:-

َ ‫ط ًئا‬
. ‫ك ِبيرًا‬ ْ ‫خ‬
ِ َ‫م كَان‬ َ َّ‫م إِن‬
ْ ‫ق ْتلَ ُه‬ ْ ‫ك‬ُ ‫وإِيَّا‬َ ‫م‬
ْ ‫ُه‬
ُ ‫ن نَ ْر ُزق‬
ُ ‫َح‬ْ ‫قن‬ ٍ ‫ماَل‬ َ َ‫شي‬
ْ ِ‫ة إ‬ ْ ‫خ‬َ ‫م‬ ْ ‫ك‬ َ ‫واَل تَ ْق ُتلُوا أَ ْواَل‬
ُ ‫د‬ َ
‫سبِياًل‬ َ ‫سا َء‬ َ ‫و‬ ً
َ ‫شة‬ َ ‫ح‬ ِ ‫فا‬َ َ‫ه كَان‬ ُ َّ‫واَل تَ ْق َر ُبوا ال ِزّنَا إِن‬
َ
31. Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu Karena takut kemiskinan. kamilah yang akan
memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu
dosa yang besar. 32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

Menjadi amalan jahiliah apabila mereka membunuh anak-anak perempuan mereka dan mereka
berbangga dengan anak lelaki mereka. Kedatangan Islam menghapuskan amalan jahiliyyah ini yang
amat keji. Bagi mereka anak perempuan akan menyusahkan mereka untuk member makan dan minum.
Status mereka hanya sekadar pemuas syahwat dan kilang kepada melahirkan anak. Perempuan tidak
mampu berperang bahkan menjadi tawanan yang memerlukan tebusan. Semua ini mendorong mereka
merasa malu untuk memiliki anak perempuan bahkan mereka memilih untuk membunuh anak
perempuan mereka hidup-hidup.
Inilah kanak-kanak yang bakal mengheret ibu-bapa mereka ke dalam neraka sebagaimana firman Allah
Swt dalam surah at-Takwir ayat: 8-9 :-

ْ َ‫ب ُقتِل‬
‫ت‬ ٍ ‫ذ ْن‬ ِ ّ َ‫ بِأ‬. ‫ت‬
َ ‫ي‬ ْ َ‫سئِل‬
ُ ‫د ُة‬ َ ِ ‫وإ‬
َ ‫ذا ا ْل‬
َ ‫م ْو ُءو‬ َ
8. Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya. 9. Kerana dosa apakah dia
dibunuh,

Memanglah ibu-bapa yang membunuh itu berdosa dan salah. Tetapi dalam konteks bernegara Kerajaan
UMNO-BN menanggung kesalahan 90% kerana merekalah bapa kepada rakyat keseluruhannya. Dan
kesalahan UMNO-BN kerana meninggalkan ajaran Islam daripada dilaksanakan di Malaysia. Mereka
mengamalkan dasar sekularisme dan inilah bala serta hasil yang ditimpakan kepada rakyat Malaysia.
Dan inilah hasrat penjajah selepas memerdekakan Tanah Melayu melebihi separuh abad yang lalu.
Menggunakan pakai dasar nasionalisme dan meninggalkan ajaran Islam yang sudah sedia terpakai
sebelum kedatangan penjajah. Kegagalan kerajaan dalam menjaga 5 perkara dharuri iaitu Agama, Aqal,
Zuriat, Harta & Nyawa. Kelima-lima perkara itu hanya akan terpelihara dengan menegakkan hukum
Allah diatas mukabumi ini.
Bagaimana kalau pemimpin yang bersekongkol dengan APCO Yahudi, menghalalkan judi, penaja
kepada kehidupan bebas, hiburan yang berleluasa, mengabaikan pendidikan Islam hendak kita
amanahkan dan diharap untuk melaksanakan hukum Islam. Ish jauh panggang dari api. Akibatnya ia
bukan penyelesai masalah tetapi pimpinan negara inilah sebenarnya pembawa dan punca masalah.

Lihatlah angka berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan
terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga
pada bulan Julai 2008. Bagaimana yang belum dilahirkan tahun1999 dan sebelumnya? Pada 2007
sahaja ia mencatatkan seramai 16,100 orang anak luar nikah didaftarkan di JPN dikalangan orang
Melayu manakala pada 2008 seramai 16,541 orang dan pada tahun 2009 jumlah tersebut makin
meningkat seramai 17,303 anak luar nikah atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara iaitu
purata 47 orang sehari. Siapa mereka ini. Inilah anak-anak 1 malaysia.

Ia bukan sekadar masalah tetapi sudah menjadi bala. Inilah akibat yang disabdakan oleh Rasulullah
Saw yang diriwayatkan oleh Abu Dawuud:-

ِ َّ‫ل الل‬
‫ه‬ َ ‫سو‬ ُ ‫ْت َر‬ ُ ‫مع‬ ِ ‫س‬َ :‫ت‬ ْ َ ‫ق ال‬ َ ‫م‬َ َّ‫سل‬ َ ‫و‬ َ ‫ه‬ِ ‫ه عَ لَ ْي‬ ُ َّ‫صلَّى الل‬ َ ‫ي‬ ِ ّ ‫ة َز ْوجِ ال َّن ِب‬ َ َ ‫م ون‬ُ ‫م ْي‬َ ‫عَن‬
ْ
‫ذا‬ َ
َ ِ‫ولَ ُد ال ِزّنَا فإ‬
َ ‫م‬ ْ ‫يه‬ِ ِ‫ْش ف‬ ُ ‫م يَف‬ ْ َ ‫ما ل‬ َ ‫خ ْي ٍر‬َ ِ‫متِي ب‬ ُ
َّ ‫ل أ‬ ُ ‫ل اَل تَ َزا‬ ُ ‫م يَقُو‬ َ َّ‫سل‬
َ ‫و‬َ ‫ه‬ ِ ‫ه عَ لَ ْي‬ ُ َّ‫صلَّى الل‬
َ
‫ب‬
ٍ ‫َا‬
‫ق‬ ‫ع‬
ِ ‫ب‬ ‫ل‬ ‫ج‬ ‫و‬
ِ َّ َ َ َّ‫ز‬ َ‫ع‬ ‫ه‬
ُ َّ ‫ل‬ ‫ال‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫م‬ ‫ع‬
ْ ُ َّ ُ َ ‫ي‬ ْ‫ن‬ َ ‫أ‬ ‫ك‬ُ ‫ش‬ِ ‫و‬ ‫ي‬ َ
‫ف‬ ‫َا‬ ‫ن‬ ‫ز‬
ِّ ‫ال‬ ‫د‬ َ ‫ل‬ ‫و‬
ُ َ ْ ِ ‫م‬ ‫يه‬ ِ ‫ف‬ ‫ا‬ ‫ش‬َ َ
‫ف‬
ُ
Maksudnya: Daripada Maimunah Radhiallahu anha, Isteri Rasulullah Saw berkata: “ Aku mendengar
Rasulullah Saw bersabda: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas
anak zina di kalangan mereka.apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja
Allah azza wajalla akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya.( Haditis riwayat Ahmad,
baik sanadnya).

Hari ini bala bukan setakat meluasnya zina dan bunuh anak tetapi semua aspek. Keruntuhan sosial,
kebejatan ekonomi, kadar jenayah yang semakin meningkat. Sedangkan penyelesaian Islam sudah ada.
‫قاعدة‬
Untuk mencegah anak zina kita mesti menutup setiap pintu zina dan maksiat. Kaedah usul-fiqh
‫ سد الذرائع‬telah menyebut agar menutup segala lubang-lubang yang boleh membawa kepada
penzinaan.
Bermula dari pendidikan sejak awal, Pentarbiyyahan diperingkat institusi kekeluargaan, Mewujudkan
bi’ah dan persekitaran yang Islami disemua lapisan serta pengukuhan pendidikan Islam dan suasana
yang terkawal serta berakhlak islam dan terakhir adalah pengukuhan Negara Islam dan pelaksanaan
syariat Islam.

Realitinya pencegahan yang dilakukan sekarang hanya sekadar solekan semata-mata. Tidak
menyelesaikan ke akar umbi penyakit. Bab member pil tahan sakit sahaja. Sama seperti melapkan air
yang tumpah tetapi paip yang bocor tidak dibaiki. Para ulama dan pendakwah disalahkan jika berlaku
penyakit social tetapi mereka tidak boleh menutup punca sebenar segala permasalahan. Kerana
kuncinya dipegang oleh para pemerintah.
Ketika Rasulullah saw berada di Mekah, diera jahiliyyah didapati keadaan seperti ini wujud. Kekuasaan
yang berada ditangan bangsawan Quraish yang tidak Islam tidak memberi apa-apa kemudahan dan
pertolongan bahkan penguasaan amalan jahiliyyah yang parah dipaksakan diatas penduduk. Inilah yang
membawa Rasulullah Saw berpindah ke Madinah dan membentuk Negara Islam serta mewujudkan infra
dan pembinaan umat Islam disetiap sudut meskipun Madinah ketika itu berbilang agama dan berbilang
bangsa. Sehinggalah ke peringkat perlaksanaan undang-undang sebagaimana firman Allah Swt:-

ٌ ‫ف‬
‫ة فِي‬ َ ‫ما َر ْأ‬ َ ‫ه‬
ِ ِ‫م ب‬
ْ ‫ك‬ ُ ‫واَل ت َْأ‬
ُ ‫خ ْذ‬ َ ‫ج ْل َد ٍة‬َ ‫ة‬ َ َ‫مائ‬ِ ‫ما‬ َ ‫م ْن ُه‬ ِ ‫د‬ ٍ ‫ح‬ ِ ‫وا‬َ ‫ل‬ َّ ‫اجلِ ُدوا ُك‬ ْ ‫ف‬ َ ‫وال َّزانِي‬ َ ‫ة‬ُ َ‫ال َّزانِي‬
‫ن‬
َ ‫م‬ِ ‫ة‬ ٌ ‫ف‬ َ ِ‫ما طَائ‬ َ ‫ع َذابَ ُه‬َ ‫ه ْد‬َ ‫ش‬ ْ َ‫و ْلي‬ ِ ‫م اآْل‬
َ ‫خ ِر‬ ِ َ‫و‬ْ ‫ي‬ ْ
‫ل‬ ‫ا‬ ‫و‬
َ ‫ه‬
ِ َّ ‫ل‬ ‫ال‬ ِ ‫ب‬ َ‫ون‬ ‫ن‬ُ ‫م‬
ِ ْ
‫ؤ‬ ‫ت‬
ُ ‫م‬
ْ ‫ت‬
ُ ‫ن‬ْ ‫ك‬
ُ ْ‫ن‬ِ ‫إ‬ ‫ه‬
ِ َّ ‫ل‬‫ال‬ ‫ين‬
ِ ‫ِد‬
‫ين‬
qَ ِ‫من‬ِ ‫م ْؤ‬ُ ‫ا ْل‬
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari
keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap
keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari
akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan
dari orang-orang yang beriman. [Maksud surah al-Nur : 2]

I’Allah inilah yang menjadi matlamat perjuangan kita dalam menyelesaikan secara total permasalahan
masyarakat yang ada sekarang.

Read More !

Summary Only

Ketua Dewan Muslimat Pas Dungun di Ragut dengan parang.


Posted by Saiful at 10:55 AM | | 0 comments

18 Mei. PAKA, Dungun. Kelmaren Khairiah Mokhti selaku Ketua Muslimat Pas Kawasan Dungun diragut
rantai lehernya di kawasan perumahan Taman Murni Uda, Paka. Beliau yang selesai menghadiri
program muslimat di sebuah rumah kawasan taman perumahan berjalan menuju ke kereta beliau untuk
pulang dengan tiba-tiba dihadiri oleh dua orang pemuda bermotorsikal . Dengan mengeluarkan parang
mereka kemudiannya meragut rantai leher disebalik jilbabnya. Sebelum itu seorang muslimat juga
menerima nasib yang sama pada hari yang sama di Taman Ros, Paka. Walaupun mereka tidak
dicederakan tetapi mereka kehilangan barang berharga.

Ini bukan kali yang pertama. Sudah acapkali kawasan perumahan yang dirompak bahkan ada yang
dirogol. Ada yang disamun dan tuan rumah yang diikat dan disumbat mulut mereka. Ada yang kena

pukau dan ditipu beribu ringgit.

Beberapa hari yang lalu kita digemparkan bagaimana pelajar berusia 16 tahun yang melahirkan anak
luar nikah di Klinik kesihatan. Dan setiap tahun sudah banyak kes yang melibatkan kelahiran anak luar
nikah dikalangan pelajar disekitar Paka ataupun Dungun. Bahkan menjadi perbualan dikalangan guru-
guru apabila mereka bukan lagi bertanya kecemerlangan sekolah berdasarkan jumlah A tetapi berapa
ramai sekolah mereka melahirkan anak luar nikah setiap tahun.

Dimana pemimpin UMNO-BN? Mereka gagal untuk member jaminan keselamatan kepada rakyat mereka
sendiri. Wakil Rakyat sibuk peteh keting masing-masing demi poltik dan periuk nasik mereka sedangkan
amanah dan tanggungjawab tidak dilaksanakan. Mereka membiarkan maksiat berlaku berleluasa.
Meskipun bantahan rakyat dibuat tetapi mereka hanya memekakkan telinga semata-mata

Baru-baru ni bagaimana bantahan rakyat di


Paka terhadap penjualan arak secara terbuka dan berleluasa. Adakah lessen arak ditamabah dikawasan
Dungun? Atau penjualan arak tersebut secara haram? Apa tindakan? Dimana Wakil Rakyat Paka ni???
Helloooo.. Helloooo ada orang tak?

Terengganu Darul Iman sudah tidak selamat lagi. Rakyatnya semakin tidak beriman dan inilah jasa atau
hasil serta akibat daripada pengamalan dasar sekular yang diharamkan Allah Swt. Hukum syariat hanya
berada dalam enakmen sahaja dan pihak kerajaan takut untuk melaksanakannya. Inilah bala yang
ditimpa akibat daripada meninggalkan arahan tuhan dan kesannya akan tertimpa kepada seluruh rakyat
tanpa mengira bangsa dan warna kulit.
Diharapkan Hajah khairiah terus bersabar dan tingkatkan usaha meneruskan perjuangan, I’allah satu
hari kita akan berjaya menggembalikan kegemilangan Islam di bumi Terengganu ini

Você também pode gostar